Pengikut

Selasa, 31 Ogos 2010

Kem Gubir

Pembaca...Saya menerima e-mel berikut dari Saudara Katon Tin Ton...

Selalu sgt dgr cerita pasal GUBIR. Agaknya sekarang GUBIR tu dah maju ka? GUBIR ni sebenarnya sebelah mana? Ada pekan ka kat situ? Saya kalau membaca mmg suka imagine. Tapi bila masuk bab GUBIR, imagination saya agak terhad sbb I have no idea about this place.

Justeru, khusus untuk Saudara Katon Tin Ton, pertama sekali lokasi Gubir adalah seperti di 'google earth' berikut...


Walaupun Gubir sentiasa menjadi sebutan, saya sendiri tidak pernah keluar dari Kem tersebut ketika membuat penerbangan di sana. Kami hanya berada di padang dan mes pegawai untuk makan tengah hari. Ini Kem Gubir ketika era  saya - 70'an (rujuk coretan ini)...


Ini pula Kem yang sama pada 2010...

Nuri membuat 'approach' ke padang bola, Kem Gubir

Kem Gubir dari udara...Adalah sedikit perubahan dengan bangunan baru

Menurut Mej Ishak Bin Mohamad Isa (di sini), Pegawai Memerintah beliau, '...Lt Col Harun pernah mengarahkan saya  membuat sebuat lukisan dinding. Tujuannya sebagai penghargaan kpd Pilot pilot yg berjasa kpd kami.

Lukisan dinding itu saya buat di dinding officers Mess kem Gubir. Ukuran 15x10. Gambar nuri....'. Sayang sekali, lukisan tersebut sudah tiada lagi. Saya ingat-ingat lupa.

Xxx Xxxxxxx & Katon Tin Ton...Terima kasih di atas kerjasama anda. 

11 ulasan:

Abah berkata...

Tuan,

Kalau kita tengok kepada keadaan persekitaran dan bangunan yang ada, memang banyak perbandingannya. Kalau dulu-dulu bangunan Hotel 5 bintang yang terdapat disitu beratap dan berdindingkan zink dan berlantaikan kayu. Seingat saya , bangunan-bangunan itu juga mempunyai ruang dibahagian bawah Bangunan tersebut lebih kurang 3'. Yaa Allah!!! Amat nyaman sekali ketika hari siang dengan suhu kedinginan nya melebihi
35* Celcius atau mungkin lebih dari itu. Sementara menunggu untuk di 'hunjamkan' kedalam, maka itu saya dan kumpulan lebih rela dan selasa duduk dibahagian bawah bangunan (bawah rumah) yang mungkin tahap kedinginan nya kurang sedikit berbanding dengan duduk dibahagian atas.

Kalau diperhatikan pulak bangunan yang terkini pada gambar yang disnap pada tahun 2010. Secara fisikal nya kelesaan bertambah baik berbanding dengan zaman kita dulu. Dengan keadaan bangunan mungkin separuh kekal, sudah pasti memberi sedikit keselesaan kepada penghuni sementara di Kem tersebut sementar dihunjamkan kedalam hutan belantara Gubir.

Dikala itu juga lah terasa-rasa kengiluan tapak kaki dan menaruh harapan agar kedua-dua belah kaki serta keadaan tubuh badan ini kekal seperti sediakala ketika dikeluarkan kelak......

Selamat HUT Malaysia ke 53 tahun.....
Merdeka!!!
Merdeka!!!
Merdeka!!!

Tanpa Nama berkata...

Dear sir,
Rasanya lukisan pada dinding officer mes tu ada lagi. Nanti saya cuba tengok kalau2 masih ada.Kalau ada,saya akan ambil foto untuk dikongsi bersama

Xxx 7x

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Abah,

Memang betul. Kami terasa bahangnya ketika makan dalam mes. Berjam-jam dalam flying suit dengan peluh...boleh tahan juga bau aircrew semua. Tak apalah, janji tugas dapat dilaksanakan.

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Sesiapa yang ada gambar tersebut, sila e-melkan kepada saya.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Tengok Kem Gubir terkenang 1001 mcm ingatan...buat teman2 yang telah pergi dulu di sedekahkan ALFATIHAH utk ROH2 mereka...moga2 ditempatkan bersama Syuhadah! Pengorbanan Insan2 yang tak pernah mengenal ERTI Bosan dalam melaksanakan TUGASAN tanpa banyak KERENAH.....walaupun PAHIT dan GETIR!

Selamat Meneruskan Ibadah Ramadhan..!

FMZam berkata...

Salam Tn Abah,

Living in the outpost is but enduring the hardship to the fullest. Gubir was an outpost and so was Kroh and Grik camps, the three legendary military outposts of Malaysian counter-insurgency war. Every soldier who had been there had been tested with the true real sense of living in military hardship and had learned to adapt, adopt and endure the environment until each and everyone of us became acclimatised with it and came out a seasoned warfighter of the frontlines.

Having said that, I believe we were fortunate to have gone thru' the experience of living in those camps during their infant days in a 100% zinc huts that were so blistering hot in the day and shivering cold in the night, to make us think today that all those hardship, fightings and dyings in the jungle were unnecessary that the insurgency war we had had actually being won thru pschological means at the cost of our sacrifices to this country and for the people of this country.

What war this insurgency war really was when there were no battles other than skirmishes and near misses with some band of bandits. Our soldiers had merely being the pawns of a psychological war that the communists had never being defeated and we had never really won.

Tanpa Nama berkata...

salam...saya nie muda lagi..saya penah masuk kem gubir pada tahun 2007 atas sebab belajar kem serviver dia sana..kem gubir nie jika tidak silap saya dlm daerag padang terap,berhampiran dengan empangan gubir,empangan beris,empangan muda....

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Anonymous,

Betul tu. Kem ini sungguh banyak cerita dan kenangan.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Kelmarin(3 Sep 2010)Hari Jumaat p Mutiara Pedu Lake...melawat anak buah yang menjaga keselamatan Resort tu...lepas
solat Jumaat d Masjid Kota Aur,masuk kem Gubir...lawatan Nostalgia tanpa di Undang..jumpa Ops Officer kerana CO keluar....!
(Tak sat,pg 4 Sep , CO tel dari Kem Gubir memohon maaf kerana ketidak sempatan bersua...!..A very Gentleman Gesture)
Terimbas kembali 34 thn dulu...kini Kem Gubir dah OK berbanding dulu2...dah nampak LEBIH selesa.!

Teringat pada 23 Apr 1976(Hari Khamis) dulu di terbangkan dgn pesawat Nuri msk kwsn Operasi Ops Gubir 2 membantu RGK ..sebagai Tim Tambahan Jurutera...dan di bawa pulang cedera bersama Jenazah Almarhum Lkpl Abdullah Majid...transit sat kemudian di terbangkan ke Hosp Besar Alor Setar untuk rawatan...Jenazah Almarhum diterbangkan ke Kem Sangro,Taiping untuk urusan saterusnya! Dikebumikan di kampong beliau, Selandar,Melaka.

Dalam perjalanan ke Pedu, teringat dan p ziarah...kubur Skuad Almarhum Lt M Abd Hamid bin Ismail SP..yang telah di semadikan di PUSARA PAHALAWAN ,Tanah Perkuburan Madrasah AlKhairiah ,FELDA Bukit Tembaga Selatan,Padang Terap,Kedah...Surau(Madrasah) ini telah di bina oleh pasukan RAJD 2 Divisyen diakhir tahun 1991/awal 92.Surau telah di rasmikan oleh YB Dato Seri Haji Mohd Najib Menteri Pertahanan pada 4 hb Jun 1992....apa yang menyedihkan PUSARA PAHLAWAN ini terBIAR tanpa sengaraan---KOTOR dan BERDANOQ(Loghat Kedah..BERDAKI)....Mcm Tuan selalu kata...OUT OF SIGHT OUT OF MIND! Al Fatihah buat Almarhum Lt M Abd Hamid bin Ismail SP dan Almarhum LKpl Abdullah bin Majid....moga2 ALLAH mencucuri ROH mereka ..AMIN!

Selamat Meneruskan Ibadah Ramadhan!

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Basri,

Terima kasih. Harap sesiapa yang berkuasa menganjurkan gotong-royong untuk membersihkan kubur pahlawan itu. Saya dah beberapa hari cuba menghubungi kem Gubir tapi tak berjaya. Nak tanya CO sama ada lukisan Nuri di mes pegawai masih ada atau tidak. Ada # CO?

adnan berkata...

Saya Mej Adnan dari 6 RAMD, kebetulan semasa Kol Basri PGB singgah di Kem Gubir tempohari, kalau tak silap saya bukan pada 3 Sept tetapi mungkin 3 Okt, saya yang menyambut dan sempat chatting dengan beliau di dalam Officers Mess.

Lukisan Heli Nuri di dinding Officers Mess masih lagi ada dan kekal. Ada 2 bahagian iaitu di kiri dan kanan pintu yang memisahkan antara Dining Room dan TV Room.

Memang cantik lukisan itu, pemandangan bukit yang mengelilingi tasik, beberapa buah heli serta gambar Assault Boat.

Adakah itu gambar yang dimaksudkan atau ada lukisan yang sama sebelum ini?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Mej Adnan,

Terima kasih. Gambar Nuri dekat LP dengan dieskot oleh gunship telah pun dimmskan oleh seorang pegawai 6 RAMD. Saya tidak perasan mural 'beberapa heli serta gambar Assault Boat'. Sekiranya tak menyusahkan, bolehkah anda menghantarkan gambar tersebut untuk dikongsi bersama? Terima kasih.