Pengikut

Isnin, 20 Jun 2011

"Cat"

"Cat"....Tak malu saya katakan...Kerap ke tandaslah jawabnya bila tiba masanya untuk menduduki 'cat'. Apakah itu cat? Cat adalah singkatan 'Categorization' atau istilah sebenarnya ialah 'Standardization Check'. Saya hanya layak menceritakan apa yang saya lalui sebagai seorang juruterbang helikopter Nuri di era saya sahaja.

Semua juruterbang Nuri MESTI di'cat'kan selepas mengikuti Kursus Peralihan, tak kira kapten pesawat, ko-pilot atau Kuatermaster Udara (KU). Pemeriksa akan terbang dari Unit Pemeriksaan, TUDM Kuala Lumpur. Biasalah...Sesiapa yang kena cat tunggulah ketibaan pemeriksa  di Air Movement untuk membawa beliau ke crew room untuk sarapan pagi (nasi lemak bungkus dan nescafe panas)....rasuah beb! He...He...He. Habis saja formality,  bermulalah perut bermulas-mulas.

Dimulai dengan 'ground subjects': emergencies, teknikal, meteorology, aerodynamic (Principles of Flights), Air Law.

Emergencies ....Apa tindakan diambil sekiranya enjin 'mati' ketika dalam penerbangan, mengapa tiada reaksi bila 'pedal' di'tekan' dan apa tindakan....blah....blah....blah. Bukan 1-2....banyak lagi!!!!

Ambil teknikal pula.....Soalan merangkumi 'limitations': berapa limit T5, engine oil pressures, bila semua booters pumps (4) di'on'kan dan berpuluh-puluh lagi. Bukan itu saja, kena pula 'trace diagram' seperti FCU (Fuel Control Unit). Kenalah 'explain' perjalanan bahan api dari 'fuel tank' ke enjin yang melalui FCU. Enjin GE T58.... prinsip enjin jet, berapa turbine blades....banyak lagi!!!!

Aerodynamic....Mengapa 'less power' digunakan apabila 'hover' dekat dengan bumi, rotor blades masih berpusing walaupun kedua-dua enjin sudah mati, tail rotor buzz....banyak lagi!!!!

Meteorology....Apa itu 'Sumatras', North-East/South West Monsoon, jenis-jenis awan....banyak lagi!!!!

Air Law....Berapa paras ketinggian kalau terbang ke arah 'heading' tertentu, tindakan sekiranya tidak dapat menghubungi menara kawalan, kandungan 'Pan/Mayday' calls....banyak lagi!!!!

Lepas tu....sesi penerbangan pula. Kalau tiada buat penerbangan operasi, cat dilaksanakan di kawasan latihan sahaja, seperti 'confine area', wet winching, circuit & landing. Sebelum terbang, kenalah 'brief' pemeriksa tentang persedian pesawat, seperti # airframe, jumlah bahan api, 'red/blue/black line entries', laporan cuaca....banyak lagi!!!!

Terbanglah.....Ketika sedang 'final'.....tangan gatal pemeriksa tarik satu SSL (Speed Selector Levers).....dah mengalami 'single engine failure'. Atau, beliau tekan satu pedal untuk 'simulate' 'tail rotor failure'.  Kenalah buat emergency drill. Yang tak syoknya.....beliau buat muka bodoh saja. Saya kena buat Pan call, monitor T's & P's, execute landing....banyak lagi!!!! 

Diikuti dengan 'Instrument Flying' dan kadang-kadang, penerbangan malam dan mungkin juga 'high altitude landing'.

Untuk cat, kebiasaannya mengambil 2 hari. Bagi saya memang berpeluh. Selepas itu, sesi 'debrief' yang dihadiri oleh Pegawai Latih. Syukur alhamdulillah, sepanjang berkhidmat dalam TUDM, saya tidak pernah gagal sesi cat ini.

Ketika saya cat untuk mengekal 'B' cat di No 3 Skuadron, pemeriksa telah men'simulate' single engine failure semasa 'down-wind'. Saya telah mengarahkan beliau membuat 'pan call' dan seterusnya membuka 'emergecies manual' dan membaca tindakan yang sepatutnya diambil. Beliau menurut arahan saya. Ketika debrief, beliau menegur tindakan saya tersebut. Saya menjawab adakah beliau menguji saya sebagai seorang  D cat captain atau B cat captain? Nuri adalah 'multi-crew helicopter' dan setiap juruterbang ada peranan masing-masing. Kalau semuanya kena dibuat oleh hanya seorang....baik terbang sorang saja. Itu pandangan saya. Mungkin saya akan luahkan pandangan saya lagi tentang cara 'cat' ini yang dipraktikkan di era saya, insya-Allah.

Sekarang? Wallahualam.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best ni, masa saya nak jadi ATC dulu pun belajar subjek-subjek tu.....berpeluh jugak...

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni dah dipraktikkan CRM (Crew Resource Management). Kena penglibatan semua crew untuk sesuatu penerbangan. Walaubagaimanapun, hanya Captain yang mempunyai authority untuk menentukan decision terbaik. Crew yang lain boleh menasihati antara satu sama lain supaya dapat melaksanakan tugas penerbangan dengan jayanya.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan

Apa yg akan terjadi sekiranya seseorang pilot tu gagal semasa ujian 'Cat' tersebut? Adakah beliau akan kehilangan sayapnya?

Khaidir

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous (4:44),

Terima kasih.

Saudara Anonymous (5:02 PM),

Terima kasih. Saya gembira sekarang ini sudah ada perubahan...baguslah tu!

Saudara Anonymous (6:45 PM),

Sekiranya seorang juruterbang/KU tidak di'rekomen' (gagal) untuk mengekal 'cat'nya, beliau akan dicat semula dalam masa tempoh tertentu. Adalah menjadi tanggungjawab skuadron untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menentu beliau berjaya catnya nanti. Pemeriksa hanya boleh 'recommend' sahaja tapi kebiasaannya eksekutif skuadron/pangkalan akan menerima cadangan pemeriksa.

Seingat saya tiada kru Nuri yang 'grounded' selama-lamanya hanya kerana gagal catnya. Terdapat juruterbang yang terpaksa di'grounded'kan kerana kesihatan. Sayap dikekalkan tetapi tidak lagi menerima elaun penerbangan...Wallahualam.

Erfan Seth berkata...

Salam,
Menarik sungguh, saya ada satu soalan

- Apakah kriteria yang akan di ambil kira samada seseorang pilot itu sesuai untuk piloting heli, aircraft atau fighter jet?

-kriteria apa pula untuk seorang pilot samada beliau akan bawa nuri atau alloutte, selepas training?

Teriam Kasih

Tanpa Nama berkata...

Kriteria yang dipilih:

1. Minat yang mendalam sama ada fighter, transport atau heli.
2. Kebolehan mengendalikan pesawat.
3. Kematangan membuat keputusan dan kecekapan 'skill' yang tinggi dalam mengendalikan pesawat (untuk upgrade cat dan dicalonkan untuk Aircraft Commander a.k.a PILOT!)

Untuk menjadi MILITARY PILOT memerlukan kesihatan yang baik, kesabaran, keberanian, semangat setiakawan dan kecekalan semangat yang amat tinggi.

Tanpa Nama berkata...

takde ke ex-crew f-5e dan tebuan yang nak ceritakan pengalaman mereka masa dulu....sesekali nak jugak dengor cerita pengalaman fighter pilot....

Tanpa Nama berkata...

Salam Sir,

It has been 28 years ago since I last saw and flew with you during dad’s tour of duty to East Malaysia! Wow..and here by coincidence I saw your blog, Congratulations with your publication of CORETAN XNURIPILOT! I will surely share this with my parents.

Regards,
Fadzil ‘Jay’ Merican

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Fadzil,

Thank you for stopping by. It was a very long time indeed. Remember I gave you and your brother No 5 Sqn's caps? How's your parents? My salam to both Dato' & Kak Engku.