Followers

Friday, June 24, 2011

Perginya Seorang Wira

23 Jun 2011, jam 2204...Saya terima sms ini daripada seorang rakan seperjuangan yang masih berkhidmat dalam TUDM '....KEMALANGAN PESAWAT. POTU 232323H. 1 X PSWT JENIS CHRISTIEN EAGLE MILIK KELAB PENERBANGAN DIRAJA SUBANG TERHEMPAS JAM 1824H DI PADANG SUMATERA BARAT MINGAN AIRSHOW. JURUTERBANG KOL (B) ZAKARIA BIN SALLEH TUDM TERKORBAN. WARIS PUAN LAILA ZURINA (012383XXXX). ACK'. 

Diikuti dengan posting berikut...

Alfathihah, buat Col Zakaria (R)... crashed during LLaeros in Padang today.. Body still in hospital Padang, Indonesia..(Fm Royal selangor Flying Club)
24 June 00:40
Alfathihah, buat Col Zakaria (R)... crashed during LLaeros in Padang today.. Body still in hospital Padang, Indonesia..(Fm Royal selangor Flying Club)
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
“Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali“.
Sungguh mengejutkkan saya! Komunikasi saya terakhir dengan arwah ialah pada 5 Jun 2011, jam 1146, melalui sms.
Saya ...Salam. Kan tak nak beli buku saya kut!
Arwah...Jumpa saya di Terminal 3 petang ini.
Saya...Saya tinggal d jitra.
Arwah...Saya berada di Jitra pada Khamis (9 Jun). Apa alamat?
Saya...darulaman heights, bandar darulaman. Kita boleh jumpa kat golf club, insyaAllah.
Saya pun simpanlah senaskah buku untuknya tetapi beliau tidak muncul. Mungkin arwah tiada di dalam negara pada hari tersebut kerana terbang ke luar negara: beliau adalah juruterbang jet ekskutif 'Berjaya Air'  yang berpangkalan di lapangan terbang Subang.  Malah, petang kelmarin saya teringat sangat hendak menalefon beliau tetapi tidak terlaksana sehinggalah saya menerima sms di atas.
Saya mengenali arwah semenjak  1974 semasa berkhidmat di No 10 Skuadron, TUDM Kuantan. Beliau merupakan juruterbang CL-41G Tebuan di No 6 Skuadron. Selepas itu putus hubungan sehinggalah saya hendak menulis tentang penglibatan pesawat pejuang dalam operasi di Gubir. Saya telah menghubungi beliau mencadangkan agar beliau menulis pengalamannya. Arwah telah menyarankan agar saya melayar laman sesawang Muzium TUDM yang memaparkan tulisan beliau ini

Saya telah memohon kebenarannya untuk membukukan kisah tersebut. Respons beliau melalui sms pada 09-04-2010 jam 16:32:57 '....boleh'. Saya telah e-melkan draf untuk diedit. Selain Muzium TUDM, kisah arwah Kolonel Zakaria Bin Saleh TUDM (B) PTU  turut diabadikan dalam buku saya - Coretan Xnuripilot - muka surat 49, Bab 8, "Hujan Bom...".

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham....Al-Fatihah.

11 comments:

Anonymous said...

saya lepas jer baca paper terus bukak blog tuan...
semoga rohnya di cucuri rahmat.

Anonymous said...

Semuga di cucuri rahmat. Alfatihah...

Anonymous said...

Salam, anak beliau merupakan teman di universiti. Banayak mengetahui mengenai arwah daripada anak beliau. Setahu saya selepas meninggalkan service arwah merupakan bekas cheif examiner RSFC dan bekas juruterbang Falcon Special Air Service.

Arwah memang aktif dalam aktiviti penerbangan especially melibatkan light plane.

Al-Fatihah untuk arwah

Anonymous said...

al fatihah

Mohd Ismail Bin Mohd Hashim said...

Al-fatihah buat arwah.

Setelus Hati Zinnirah said...

Innalillahi Wa Inna'ilaihiraji'un.. smoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. Al-Fatihah

yankeeALPHA said...

Al-Fatihah .....berkenaan dengan peristiwa 'aerial bombing' tu ada tak ex-tentera darat atau pilot heli melihat operasi tu...tentu bergetar badan melihat area CT's di bom bertalu-talu....harap berkongsi cerita. Salam

basri bin omar said...

Salam Tuan dan YankeeAlpha!

Innalillah.....alfatihah kpd Roh Almarhum Kol Zakaria-doa agar di cucuri RahmatNYA..

Utk Yangkee Alpha!

Saya tak tgk hujan bom tu...tapi tgk juga kesannya bila di terbangkan msk ke Kem PGK didlm Ops Gubir 2 tu...di mskkan pada 23 Apr 76 hari Khamis...2 pokok besar lintok patah akibat bom2 tu ..jadi tempat Tim Pemusnah JS tambahan(3 Skn RAJD) di turunkan satelah Nuri hover paling rendah(Landing Point msh tak siap).
Kami di terbangkan msk dari Kem Gubir dgn Nuri ..Kapt Nuri Skuad saya Kapt Shariff(Uban)XTUDM
Lainnya hanya tinggal kenangan dan sejarah saja...Buat Teman2 yang telah di pggl Allah mengadapNYA...Alfatihah!

yankeeALPHA said...

encik basri omar,
terima kasih,.... melalui blog encik Nor Ibrahim ini semakin jelas kepada saya operasi-operasi yang pernah di jalankan di Gubir dan tragedi-tragedi yang menimpa pahlawan-pahlawan kita di sana.

budakboy said...

Salam tuan mej nor ibrahim. Basri omar tu rasanya Lt Kol Basri Omar Bersara PGB. tuan kol basri omar, mohon clarify sebab banyak cerita sejarah tersembunyi dan terbenam di dalam diri tuan.

TQVM.
razaksalim
Lt Kol TUDM Bersara

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Waalaikumussalam budakboy,

Betul tu. Lt Kol Basri bin Omar PGB, xsapper. Beliau boleh dihubungi di 017-2050119.