Followers

Thursday, June 30, 2011

SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN - BHG 3

Sambungan daripada coretan ini.... 

Ketika di Rejimen Ketiga Peninjau, saya telah ditumpangkan ke Markas 2 Briged yang bertempat di Ipoh sebagai Pegawai Perisikan dan juga Pegawai Perhubungan. Di sinilah satu operasi besar-besaran telah dilancarkan yang bernama 'Operasi Iblis' bertempat di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam. Di dalam operasi inilah Captain Mohana Chandran a/l Velayuthan telah gugur ditembak oleh pengganas komunis yang beroperasi di kawasan tersebut. Dengan keberanian Captain Mohana Chandran, beliau telah dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 7hb June 1972.

(Pada 13 Jun 1971, selepas 10 hari membuat rondaan untuk menjejaki PK di kawasan Hutan Simpan Kinta, pasukan 4 Renjer yang diketuai oleh mendiang Kapt Mohan telah menjumpai sebuah kem PK yang dianggarkan boleh memuatkan seramai 50 orang. Namun demikian, kehadiran mereka telah disedari oleh musuh. Maka berlakulah satu pertempuran yang begitu hebat di antara kedua-dua pasukan. Akhirnya, Kapt Mohan telah terbunuh dan 2 anggota lagi  turut tercedera).

Satu-satu detik di Rejimen Ketiga Peninjau DiRaja yang tak dapat saya lupakan,  ialah semasa saya telah terpilih mewakili kesemua Pasukan Kor Peninjau DiRaja untuk membawa ‘The Corp Royal Colors’ (‘Colors atau Panji Panji DiRaja adalah satu-satunya kebanggaan satu pasukan Angkatan Tentera) semasa ulang tahun kemerdekaan Malaysia pada tahun 1971 di Dataran Merdeka. Alangkah bangganya saya semasa berjalan melintas lalu di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta dif-dif kehormat. Ketika itu sayalah orang yang pertama berjalan lalu lintas memula perbarisan berjalan kaki yang begitu besar. (Lt M Salehuddin mengetuai perarakan sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1970).
Dengan kelulusan dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang perisikan, saya telah di tumpangkan ke Kor Risik ATM. Di Kor Risik, saya telah  ditempatkan di Angkatan Tentera Cawangan Khas (ATCK) atau Military Inteligent Special Branch di Bukit Aman pada tahun 1972 sebagai Pegawai Perisikan Tentera (Military Inteligent Officer (MIO)) . Di ATCK, saya telah ditugaskan sebagai MIO Sandakan, Sabah. Memandangkan di Sandakan, Sabah, buat masa itu tiada ancaman daripada  sebarang ‘element subversive’  atau pun  dari lain-lain ancaman, maka saya telah ditempatkan menjadi Pegawai Penyelaras  Operasi  Bersama Indonesia/Malaysia  di Wongpadong, Semangang, Division Kedua, Sarawak, di bawah Pegawai Perisikan Tentera Sarawak, Captain Maulud Maamin (Lt General Dato Maulud Maamin) yang lokasinya di Kuching, Sarawak. Saya telah ditempatkan di sini untuk menyelaraskan kesemua informasi dan maklumat termasuk mengawal kesemua operasi gabungan berkaitan dengan ancaman komunis di Malaysia dan Indonesia.

Pada masa itu juga,  satu serang hendap telah dilakukan oleh segerembolan penganas komunis di Jalan Biawak/Titiakar, Lundu, di Bahagian Pertama, yang mana 15 orang anggota keselamatan daripada Rejimen Ketujuh Renjer Malaysia telah terkorban. Oleh demikian, saya telah diarahkan oleh Lt General Dato Maulud Maamin ke Lundu untuk mencari maklumat membenteras kesemua pergerakan komunis di sana. 
Semasa di Lundu, saya telah diarahkan oleh Lt General Dato Maulub Maamin untuk mengendalikan satu operasi  yang dinamakan 'Operasi Teliti 2', iaitu satu operasi bersama pihak Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia, Cawangan Sarawak dan Bahagian Perisikan Angkatan Tentera. Operasi ini dilancarkan berikutan kejayaan pihak Cawangan Khas Sarawak dibawah pimpinan Deputy Superintendent Polis Yuen Yet Leng (Commissioner of Police). Commissioner of Police Dato Yuen telah berusaha dengan gigihnya sejak tahun 1971 menusupi  organisasi dan rangkaian perhubungan Pasukan Militan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU/NKCP). Di Lubuk Antu, Semanggang, ketika itu seorang pengganas komunis telah menyerah diri kepada orang kampung. PK berkenaan telah diserahkan kepada pihak Polis Cawangan Khas Semanggang. 

Semasa disoal siasat dilakukan terhadapnya, pihak Polis telah mendapati satu maklumat yang amat penting yang mana pengganas yang menyerah diri ini daripada anggota Unit Bersenjata 1026 (Combat Unit 1026), Pasukan Raayat Kalimantan Utara (PARAKU). Tetapi Unit penggempur yang bergerak dan beroperasi di kawasan Semanggang ini sebenarnya ialah daripada Unit Bersenjata 330 (Combat Unit 330) PARAKU. Berikutan penyerahan ini pengganas komunis berkenaan, satu operasi telah dirancangkan untuk menjemput Commander Pasukan Bersenjata 330 PARAKU, Commander Fam Tze Heong dan isterinya, Comrade Hoi Yen keluar. 

"Saya sebagai Military Intelligent Officer Sarawak ketika itu...", kata Lt General  Dato Maulub Maamin sewaktu diwawancara kira-kira 30 tahun selepas kejadian, "...diarah mengetuai misi tersebut tetapi oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ketika itu, tempat saya telah digantikan oleh Major Dato Salehuddin Abd Muttalib. Saya menaruh kepercayaan setinggi-tingginya terhadap Major Dato Salehuddin Abd Muttalib untuk memimpin 3 orang anggota bekas pengganas komunis yang baru saja menyerah diri untuk menangkap Commander Fam Tze Hiong dan isterinya hidup-hidup atau pun membunuh mereka saja, jika perlu.  Major Dato Salehuddin Abd Muttalib telah diarahkan untuk mengetuai sendiri Operasi Teliti 2 ini dengan bantuan 3 orang penganas komunis yang baru saja menyerah diri dua hari yang lalu.

Saya tidak tahu bagaimana perasaan Major Dato Salehuddin Abd Muttalib apabila beliau saya arahkan untuk membawa tiga bekas pengganas komunis yang belum begitu dikenalinya bagi melaksanakan misi yang sebegitu penting dan berisiko yang amat tinggi." Menurut Lt General Dato Maulub Maamin "....Major Dato Salehuddin Abd Muttalib menerima tanggung jawab yang telah diarahkan dengan senyum ketawa sahaja. Saya amat gembira beliau kemudian berjaya melaksanakan misi sebagaimana yang saya telah rancangkan". (Ketika diwawancara oleh Lt Kol Dr Syed Othman (B), penulis buku "Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia Jilid 1", para 1, muka surat 224). 

Menurut Police Commissioner Dato Yuen, sepanjang pengalamannya, terdapat terlalu sikit Surrendered Enemy Personnel (SEP) yang tidak jujur. Kalaupun mereka tidak jujur, mereka tidak akan berbuat demikian dalam waktu yang panjang. Ia bergantung kepada cara mana mereka dikendalikan. Ramai pegawai Tentera dan Polis tidak faham hal melakukan kesilapan katanya. Mereka mahukan setiap SEP bersikap jujur seratus peratus sejurus selepas mereka menyerah diri. Oleh sebab itu, kita harus bersabar dan sentiasa cuba untuk memenangi hati mereka sebelum mengharapkan kejujuran yang tidak berbelah bahagi daripada mereka, ujar Dato Sei Yuen Yet Leng.

Tiga orang Surrendered Enemy Personnel (SEP) yang akan begerak bersama-sama beliau ialah SDO Xx XxxxSEP Yy YyySEP Zzz Zzz dan SEP Vvvv Vvvv. Sebelum Operasi Teliti dilaksanakan, saya dikehendaki belajar cara-cara hidup sebagai saorang pengganas komunis serta gerakan-gerakan yang dilaksanakan oleh mereka sehari sebelum kami bergerak. Kami bergerak ke simpang Engkelili/Semangang dengan dihantar oleh kenderaan MIO yang dipandu oleh Prebet Omar pada jam 11.30 malam, 16 Julai 1972. Kami meninggalkan Balai Polis Semanggang setelah makan malam dan menerima maklumat daripada District Special Branch Officer (DSBO) Deputy Supritendent Police Bobby Ong Yon Chuan. 

Setelah berjalan lebih kurang satu jam, kami diturunkan 500 meter dari persimpangan masuk ke Engkelili. Prebet Omar terus kembali ke Semanggang setelah kami semua diturunkan. Dari situ, kami kesemua dikehendaki berjalan kaki ke lokasi yang telah ditetapkan lebih kurang satu jam. Jam 0430 pagi, kami telah mengambil tempat masing-masing untuk membuat serangan hendap.

Lebih kurang pada jam 0615 pagi 17 Julai 1972, SEP Yy Yyy pergi seorangan ke sebuah rumah penyokong mereka dan meninggalkan sepucuk surat untuk disampaikan kepada Ketua Pasukan Bersenjata 330 (Combat Unit 330), Commander Fam Tze Heong. Semasa Operasi Teliti 2 ini berlangsung, kami tidak dibenarkan membawa sebarang apa jua makanan. Kami hanya dibekalkan dengan senjata dan peluru sahaja. 

Sewaktu menunggu kedatangan Commander Fan Tze Heong dan Comrade Hoi Yin, kami tinggal di dalam belukar berdekatan dengan rumah penyokong tersebut dan pada setiap hari SEP Yy Yyy akan keluar mengambil makanan yang telah dimasak oleh penyokongnya yang berhampiran. Memandangkan kesemua masakan yang diberi tidak halal, maka saya terpaksa memakan roti kering, bekalan yang saya bawa hasil masakan isteri Prebet Omar (pemandu kereta MIO) dan minum air sungai sahaja. Kami dilarang sama sekali memasak sebarang makanan semasa Operasi Teliti 2 ini. Semasa menunggu, kami habiskan masa dengan persiapan dan juga ‘rehearsal’ cara-cara hendak menangkap mereka berdua.

Mengikut perjanjian antara SEP Yy Yyy dan penyokongnya, ketibaan Commander Fam Tze Heong dan Comrade Hoi Yin di rumah penyokong tersebut akan dimaklumkan melalui isyarat batuk oleh penyokong. Sebagaimana yang telah dijanjikan, tepat jam 0000 malam 20hb  Julai 1972, saya terdengar bunyi batuk dari arah rumah penyokong. ‘Itu dia sudah datang’, kata SEP Yy Yyy. ‘Baiklah...Lu pergi sekarang dan jaga baik baik’, . ‘Baik’ jawab SEP Yy Yyy lalu dia mencapai senapang LE Riflenya terus meninggalkan kami.

Bersambung....

Tuesday, June 28, 2011

SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN - BHG 2

Sambungan dari coretan ini....

Sebagai seorang pegawai muda, saya ditugaskan di 'B' Squadron, 1st Recce Regt, yang 'Squadron Leader'nya  ialah Major N. H Seibel PGB. Skuadron kami diarahkan bertugas untuk ketenteraman awam (Public Order) di sekitar Kuala Lumpur sewaktu peristiwa berdarah 13hb Mei 1969. Skuadron saya turut terlibat dalam  operasi membendung tragedi  berdarah tersebut. Memadailah saya katakan...amatlah dahsyat sekali! Selaku rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama, haruslah menjauhkan peristiwa berdarah seperti ini berulang lagi demi kemakmuran dan keamanan Negara kita yang tercinta ini.


Dari Kuala Lumpur, saya telah ditempatkan di Masjid Tanah Melaka bersama Skuadron yang sama. Selepas itu, saya telah ditumpangkan ke Skuadron Bantuan, 1 Peninjau DiRaja di bawah Ketua Squadron, Captain Ariff Ali (Major General Dato Ariff Ali), yang bertempat di Jasin, Melaka. Apabila situasi negara telah reda dan aman seperti sediakala, saya telah ditumpangkan kembali ke Squadron B dan telah diarah bertugas di sempadan Thailand/Malaysia selama 3 bulan.

Semasa bertugas mengawasi Kem Bukit Kayu Hitam di sempadan Thailand, Kem saya telah diserang oleh segerombolan pengganas komunis (KP) daripada Communist Party Malaya (CPM) di waktu tengah malam. Saya dapat mempertahankan kem tersebut sehingga bantuan sampai keesokan harinya. Insiden ini tidak melibatkan kehilangan  nyawa pada kedua belah pihak.

Semasa ditugaskan menjaga keselamatan di sempadan Thailand, saya juga terkenang satu peristiwa di pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun 1969. Pada hari lebaran tersebut, jam 0600, pasukan saya telah dikerahkan ke Kampung Kok Mah. Di sini, sebuah jambatan keretapi yang menuju ke Thailand telah diletupkan oleh segerombolan PK. Pasukan saya telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan sekitar jambatan tersebut sehingga pasukan bantuan tiba. Pada jam 1700, barulah bantuan tiba dan saya telah diarahkan kembali ke pangkalan di Changlun, Kedah. 

Semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan, setibanya di Arau, saya telah di jemput oleh Raja Muda Perlis semasa itu (Tuanku Syed Sijajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalulai) untuk jamuan Hari Raya di Perkarangan Istana di Arau. Untuk makluman, Tuanku Raja Muda Perlis sempat bertugas di Rejimen Kedua Peninjau Malaysia yang bertempat di Mentakab dan Kuantan, Pahang. Alangkah gembiranya kesemua ahli-ahli pasukan saya dapat merasai juadah Hari Raya yang disediakan oleh pihak Istana. Apabila tiba di pangkalan, kesemua persiapan juadah Hari Raya yang kami siapkan sehari sebelum semuanya telah rosak dan basi. Alangkah sedih rasa di hati apabila melihat linangan air mata anggota- anggota yang menyediakannya.

Selepas itu, saya telah ditumpangkan ke A Squadron 1 Peninjau di Kem Perisai, Tasik Biru, Bau, Divisyen Pertama, Sarawak, di bawah Squadron Leader Captain Joe Tan Soon  Aun dan kemudiannya di bawah Squadron Leader Allahyarham Major Abdul Rahman Mohammed. Semasa di A Squadron 1st Rejimen Peninjau, saya sempat menjalani 'Operation Jala Raja' yang berkesudahan dengan amat memberangsangkan dan telah mendapat kejayaan yang paling cemerlang.  A Squadron 1 Peninjau telah mengharumkan nama baik Pasukan. Banyak pengganas komunis dapat dibunuh dan ditawan. Pusat latihan kadre komunis dapat dimusnahkan dan sedikit sebanyak telah membantuk perkembangan kegiatan PK yang baru hendak berkembang di sekitaran Sarawak pada masa itu.

Semasa di Rejimen Pertama Peninjau Malaysia, saya  telah dihantar menghadiri kursus asas Senjata di Pusat Lahitan Pegawai (LATEDA), Port Dickson dari 23 October 1969 hingga 2 Disember 1969 dan seterusnya Kursus Pegawai Perisikan Rejimen di Kuala Lumpur dari 11 Mac 1970 hingga 4 April 1970.

Pada June 1970, saya telah ditukarkan ke Rejimen Ketiga Peninjau Malaysia yang bertempat di Remmiles Camp, Ahsby Road Ipoh, Perak, apabila pasukan berkenaan baru ditubuhkan. Semasa di Regimen Ketiga Peninjau Malaysia, saya telah dihantar untuk menjalani kursus asas Young Officer Recce Course di Latehan Tentera Darat (LATEDA) pada 22 September 1970 hingga 12 Disember 1970 dan kursus Peperangan Urat Saraf (Psychological Operation/Warfare) di Pusat Latihan Risik, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, pada 26 September 1971 sehingga 2 Disember 1971.
Bersambung....

Sunday, June 26, 2011

SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN - BHG 1

Pembaca...Saya telah berjaya menyakinkan seorang squad-mate, Mejar Dato Salehuddin Abd Muttalib PGB, untuk menceritakan pengalaman beliau. Saya telah menerima e-mel berikut yang bertajuk di atas. Beliau telah ditauliahkan dalam pasukan Peninjau (Amor). Ikuti ceritanya....  
Saya, Mejar Dato Salehuddin Abd Muttalib, telah dilahirkan pada 16 haribulan November 1948 di Rumah Guru, Sekolah Melayu Jalan Sungai Nibong, Telok Anson (Telok Intan) Perak, merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik beradik. Bapa saya, Tuan Haji Abdul Muttalib bin Haji Abdul Rahman, adalah saorang guru berkelulusan dari Maktab Sultan Idris, Tanjung Malim (Sultan Idris Teachers College) pada tahun 1942. Saya mendapat pendidikan awal dari darjah Satu hingga Dua di Sekolah Melayu Jalan Sungai Nibong, Telok Anson (Telok Intan) sebelum berpindah ke Sekolah Melayu Jalan Birch, Ipoh, Perak dari Darjah Dua dan Darjah Tiga. Selepas itu, saya telah beerpindah ke Sekolah Melayu, Kampong Melayu, Aerodrome, Ipoh, untuk sementara waktu.  Pada tahun 1958, saya ditempatkan di Sekolah Melayu Jalan Pasir Putih, Ipoh. Pada tahun 1959, setelah lulus peperiksaan kelayakan untuk memasuki sekolah Inggeris, saya telah ditempatkan di Darjah Sepecial Malay Class 1, St Micheal’s Institution Primary School; seterusnya Special Malay Class 2 dan Darjah Enam hingga tahun 1961. Pada tahun 1962, saya berada di St Micheal’s Institution, Ipoh,  di Tingkatan 1 sehingga tamat pengajian saya di Tingkatan 5 pada tahun 1966.

Permainan rugby, hockey dan kricket merupakan sukan yang paling saya minati. Saya mempelajari permainan rugby itu daripada anggota anggota 13/18th Royal Hussars Regiment, Remmelles Camp, Ipoh, yang kebetulan tinggal bersebelahan dengan rumah kediaman saya di Ashby Road, Ipoh. Kadangkala saya dijemput berlatih, bermain bersama dengan pasukan Royal Hussars Regiment itu. Saya pernah mewakili Negeri Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam sukan rugby, cricket dan hockey. Saya pernah mewakili Negara dalam sukan rugby.

Dengan sebab itu, saya telah digalakkan oleh seorang kenalan daripada 13/18th Royal Hussars Regiment untuk menceburi dalam bidang ketenteraan agar minat dan bakat  permainan rugby mendapat pendedahan yang lebih meluas lagi.

Semasa berlajar di St Micheal Institution, Ipoh, minat saya dalam ketenteraan bermula dengan  menceburi Pasukan Kedet Bersatu (Kadet Tentera) semenjak Tingkatan Satu lagi, iaitu pada tahun 1962 sehingga saya berada di Tingkatan Lima pada tahun 1966. Dengan memasuki Kadet Tentera Bersatu ini, ia adalah asas  bagi saya mula berjinak-jinak untuk menceburi ATM. Semasa di dalam Tingkatan Empat, Pasukan Kedet Bersatu St Micheal’s Institution telah menganjurkan satu ‘Annual Camp’ bersama-sama dengan Rejimen Kelima Askar Melayu DiRaja yang bertempat di Kem Remelles Ashby Road, Ipoh. Di sini saya telah dilatih cara-cara untuk menembak, membaca peta dan juga berkawat. Kami telah di tempatkan di satu berek yang mana kami dikehendaki hidup sebagai seorang tentera. Pengalaman ini telah mendorong saya serba sedikit untuk menceburi did alam bidang ketenteraan. Galakan daripada sepupu saya, Major Abu Sofian bin Abd Rashid (Royal Electrical Mechanical Engineering yang berpangkalan di Singapura ketika itu), sedikit sebanyak telah menaikkan semangat saya untuk memasuki ATM.

Selain mendapat galakan daripada  kenalan, minat yang telah sedia wujud dalam jiwa saya untuk menjadi seorang anggota tentera juga telah menyebabkan saya menceburi bidang ketenteraan walaupun  tidak disenangi oleh kedua Ibu Bapa saya,  selepas menamatkan pelajaran pada peringkat Senior Cambridge. Kedua ibu bapa ingin melihat saya menjadi saorang guru sekolah demi untuk meneruskan perjuangan Bapa saya di dalam bidang pendidikan. Saya pernah pergi temuduga dan memasuki ujian sebagai guju pelatih di Ipoh. Sebelum memasuki Angkatan Tentera Malaysia, saya sempat berkerja sambilan selama 2 bulan sebagai penjual insuran nyawa bersama dengan Malaysian Cooperative Insurance Society.

Pada bulan December 1966, saya bersama dengan jiran baik sekampung, Mohamad Azumi Mohamed (General Dato Seri Mohd Azumi Mohamed, Bekas Panglima Tentera Darat), telah memohon untuk memasuki ATM sebagai Pegawai Kedet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi. Setelah lulus kesemua temuduga dan pernilaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pemilihan ATM, saya memulakan kerjaya saya dalam ATM sebagai Pegawai Kedet Tauliah Jangka Tetap Panggilan ke-11. Pada 5hb Mei 1967 dengan waran keretapi Kelas 2, berangkatlah saya dari Ipoh untuk satu perjalanan yang akan mencorakkan masa depan saya. Mulai 6hb Mei 1967, Nombor Tentera 410320 inilah pengenalan diri saya selama 17 tahun. Saya telah ditauliahkan pada 12hb April 1969 kepasukan pilihan saya iaitu Rejimen Peninjau Malaysia dan bertugas di Pasukan Rejimen Pertama Peninjau Malaysia (1st Malaysian Reconnaissance Regiment) yang berpengkalan di Kem Sunggala, Port Dickson, Negri Sembilan.
Minat saya terhadap pasukan Peninjau berputik sejak saya kecil lagi. Hal ini mungkin kerana Kem Pasukan Royal Hussars terletak bersebelahan dengan rumah saya dan sejak kecil saya sering melihat kenderaan perisai dan kenderaan besi (armored vehicles) yang digunakan oleh pasukan berkenaan.

Bersambung....

Friday, June 24, 2011

Perginya Seorang Wira

23 Jun 2011, jam 2204...Saya terima sms ini daripada seorang rakan seperjuangan yang masih berkhidmat dalam TUDM '....KEMALANGAN PESAWAT. POTU 232323H. 1 X PSWT JENIS CHRISTIEN EAGLE MILIK KELAB PENERBANGAN DIRAJA SUBANG TERHEMPAS JAM 1824H DI PADANG SUMATERA BARAT MINGAN AIRSHOW. JURUTERBANG KOL (B) ZAKARIA BIN SALLEH TUDM TERKORBAN. WARIS PUAN LAILA ZURINA (012383XXXX). ACK'. 

Diikuti dengan posting berikut...

Alfathihah, buat Col Zakaria (R)... crashed during LLaeros in Padang today.. Body still in hospital Padang, Indonesia..(Fm Royal selangor Flying Club)
24 June 00:40
Alfathihah, buat Col Zakaria (R)... crashed during LLaeros in Padang today.. Body still in hospital Padang, Indonesia..(Fm Royal selangor Flying Club)
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
“Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali“.
Sungguh mengejutkkan saya! Komunikasi saya terakhir dengan arwah ialah pada 5 Jun 2011, jam 1146, melalui sms.
Saya ...Salam. Kan tak nak beli buku saya kut!
Arwah...Jumpa saya di Terminal 3 petang ini.
Saya...Saya tinggal d jitra.
Arwah...Saya berada di Jitra pada Khamis (9 Jun). Apa alamat?
Saya...darulaman heights, bandar darulaman. Kita boleh jumpa kat golf club, insyaAllah.
Saya pun simpanlah senaskah buku untuknya tetapi beliau tidak muncul. Mungkin arwah tiada di dalam negara pada hari tersebut kerana terbang ke luar negara: beliau adalah juruterbang jet ekskutif 'Berjaya Air'  yang berpangkalan di lapangan terbang Subang.  Malah, petang kelmarin saya teringat sangat hendak menalefon beliau tetapi tidak terlaksana sehinggalah saya menerima sms di atas.
Saya mengenali arwah semenjak  1974 semasa berkhidmat di No 10 Skuadron, TUDM Kuantan. Beliau merupakan juruterbang CL-41G Tebuan di No 6 Skuadron. Selepas itu putus hubungan sehinggalah saya hendak menulis tentang penglibatan pesawat pejuang dalam operasi di Gubir. Saya telah menghubungi beliau mencadangkan agar beliau menulis pengalamannya. Arwah telah menyarankan agar saya melayar laman sesawang Muzium TUDM yang memaparkan tulisan beliau ini

Saya telah memohon kebenarannya untuk membukukan kisah tersebut. Respons beliau melalui sms pada 09-04-2010 jam 16:32:57 '....boleh'. Saya telah e-melkan draf untuk diedit. Selain Muzium TUDM, kisah arwah Kolonel Zakaria Bin Saleh TUDM (B) PTU  turut diabadikan dalam buku saya - Coretan Xnuripilot - muka surat 49, Bab 8, "Hujan Bom...".

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham....Al-Fatihah.

Wednesday, June 22, 2011

Radio FM Kedah

29 Mei 2011....Saya telah menghantar tulisan Dato' Zaini Hassan (kanan) kepada Radio FM Kedah. Faham...Fahamlah sajalah tujuan penghantaran tersebut. Harapan saya ialah agar mereka mempromosikan buku   "Coretan Xnuripilot". Tapi...sepi sesepinya!

Tak ada angin....tak ada ribut....tut...tut... pada 20 Jun saya terima panggilan telefon daripada Radio  Kedah menjemput saya sebagai tetamu pada hari ini, 22 Jun, jam 2200 hingga 2300 untuk ditemubual tentang 1Malaysia. Mengikut juruhebah berkenaan, mereka hendak berbincang tentang pengalaman saya yang berkonsepkan 1Malaysia.

Mereka hanya mengetahui tentang saya melalui keratan akhbar tersebut, justeru, mereka mensarankan agar saya menulis sedikit sebanyak tentang konsep yang saya perkatakan. Jadi, mahu tak mahu, terpaksalah menulis secara ringkas seperti berikut....
Oh ya....Saya hari tidak bermain golf kerana nak menonton anak 'Tarzan Malaysia' yang disiarkan pada jam 0820-0830 (di sini). Saya telah menghubungi beliau untuk mengucapkan tahniah dan berdoa agar ada production house yang sedia menerbitkan filem tentang bapa beliau, insyaAllah.

Monday, June 20, 2011

"Cat"

"Cat"....Tak malu saya katakan...Kerap ke tandaslah jawabnya bila tiba masanya untuk menduduki 'cat'. Apakah itu cat? Cat adalah singkatan 'Categorization' atau istilah sebenarnya ialah 'Standardization Check'. Saya hanya layak menceritakan apa yang saya lalui sebagai seorang juruterbang helikopter Nuri di era saya sahaja.

Semua juruterbang Nuri MESTI di'cat'kan selepas mengikuti Kursus Peralihan, tak kira kapten pesawat, ko-pilot atau Kuatermaster Udara (KU). Pemeriksa akan terbang dari Unit Pemeriksaan, TUDM Kuala Lumpur. Biasalah...Sesiapa yang kena cat tunggulah ketibaan pemeriksa  di Air Movement untuk membawa beliau ke crew room untuk sarapan pagi (nasi lemak bungkus dan nescafe panas)....rasuah beb! He...He...He. Habis saja formality,  bermulalah perut bermulas-mulas.

Dimulai dengan 'ground subjects': emergencies, teknikal, meteorology, aerodynamic (Principles of Flights), Air Law.

Emergencies ....Apa tindakan diambil sekiranya enjin 'mati' ketika dalam penerbangan, mengapa tiada reaksi bila 'pedal' di'tekan' dan apa tindakan....blah....blah....blah. Bukan 1-2....banyak lagi!!!!

Ambil teknikal pula.....Soalan merangkumi 'limitations': berapa limit T5, engine oil pressures, bila semua booters pumps (4) di'on'kan dan berpuluh-puluh lagi. Bukan itu saja, kena pula 'trace diagram' seperti FCU (Fuel Control Unit). Kenalah 'explain' perjalanan bahan api dari 'fuel tank' ke enjin yang melalui FCU. Enjin GE T58.... prinsip enjin jet, berapa turbine blades....banyak lagi!!!!

Aerodynamic....Mengapa 'less power' digunakan apabila 'hover' dekat dengan bumi, rotor blades masih berpusing walaupun kedua-dua enjin sudah mati, tail rotor buzz....banyak lagi!!!!

Meteorology....Apa itu 'Sumatras', North-East/South West Monsoon, jenis-jenis awan....banyak lagi!!!!

Air Law....Berapa paras ketinggian kalau terbang ke arah 'heading' tertentu, tindakan sekiranya tidak dapat menghubungi menara kawalan, kandungan 'Pan/Mayday' calls....banyak lagi!!!!

Lepas tu....sesi penerbangan pula. Kalau tiada buat penerbangan operasi, cat dilaksanakan di kawasan latihan sahaja, seperti 'confine area', wet winching, circuit & landing. Sebelum terbang, kenalah 'brief' pemeriksa tentang persedian pesawat, seperti # airframe, jumlah bahan api, 'red/blue/black line entries', laporan cuaca....banyak lagi!!!!

Terbanglah.....Ketika sedang 'final'.....tangan gatal pemeriksa tarik satu SSL (Speed Selector Levers).....dah mengalami 'single engine failure'. Atau, beliau tekan satu pedal untuk 'simulate' 'tail rotor failure'.  Kenalah buat emergency drill. Yang tak syoknya.....beliau buat muka bodoh saja. Saya kena buat Pan call, monitor T's & P's, execute landing....banyak lagi!!!! 

Diikuti dengan 'Instrument Flying' dan kadang-kadang, penerbangan malam dan mungkin juga 'high altitude landing'.

Untuk cat, kebiasaannya mengambil 2 hari. Bagi saya memang berpeluh. Selepas itu, sesi 'debrief' yang dihadiri oleh Pegawai Latih. Syukur alhamdulillah, sepanjang berkhidmat dalam TUDM, saya tidak pernah gagal sesi cat ini.

Ketika saya cat untuk mengekal 'B' cat di No 3 Skuadron, pemeriksa telah men'simulate' single engine failure semasa 'down-wind'. Saya telah mengarahkan beliau membuat 'pan call' dan seterusnya membuka 'emergecies manual' dan membaca tindakan yang sepatutnya diambil. Beliau menurut arahan saya. Ketika debrief, beliau menegur tindakan saya tersebut. Saya menjawab adakah beliau menguji saya sebagai seorang  D cat captain atau B cat captain? Nuri adalah 'multi-crew helicopter' dan setiap juruterbang ada peranan masing-masing. Kalau semuanya kena dibuat oleh hanya seorang....baik terbang sorang saja. Itu pandangan saya. Mungkin saya akan luahkan pandangan saya lagi tentang cara 'cat' ini yang dipraktikkan di era saya, insya-Allah.

Sekarang? Wallahualam.

Friday, June 17, 2011

MHI - 22 Jun 2011

Berita terkini berkaitan coretan ini....


Saya terima sms ini pada 15 Jun, jam 1159, daripada waris 'Tarzan Malaysia'.....Assllmkm. Major I'll be on air. MHI by 22.06.2011. I won't get it without you, sir. may God bless U'. Apabila ditanya waktu siaran '....antara 8.30-9.00'.

Saudara Mahrop, iaitu waris Tarzan, telah menghubungi saya bertanyakan sama ada saya boleh membantu beliau dalam menerbitkan filem Tarzan Malaysia ini. Tak dinafikan memang saya kenal semua orang ternama di seluruh dunia, termasuk pengarah/penerbit filem terkemuka, tetapi masalahnya....mereka tak kenal sipesara mejar ni!!! He...He... He. Apa yang saya boleh bantu hanyalah memberi # telefon penerbit 'Malaysia Hari Ini' di TV3 dan mencadangkan beliau menghubunginya. Beliau terima saranan saya ini dan hasilnya ialah sms di atas.

Sudah pasti saya akan menonton MHI pada tarikh/jam yang dinyatakan, insya-Allah. Teringin juga nak tengok saudara Mahrop yang saya kenali hanya melalui sms. Golf tolak ketepikanlah untuk hari itu nanti. 

'......U are always in my mind sir. I wish I could meet you..'. Satu penghargaan yang tak ternilai harganya...Terima kasih.

Saudara Mahrop....Saya berharap anda akan berjaya dalam impian untuk mengabadikan kisah 'Tarzan Malaysia', Insya-Allah.

Wednesday, June 15, 2011

'Tactical Low Flying'

Masih lagi tentang topik 'Tactical Low Flying (TLF)'....di era saya. Ketika melaksana TLF, juruterbang yang 'having control'  MESTI memberi fokus 100% menerbangkan pesawat beliau. Konsentrasi beliau adalah melihat di hadapan: pilot yang seorang lagi akan mengawasi T's & P's. Anda bayangkan masalah terbang rendah yang hampir mencecah pucuk pokok-pokok dengan kelajuan 90-110 knots. Silap sikit....Nahas jawabnya!!

Tidak seperti pesawat pejuang, kebanyakan helikopter tidak dilengkap dengan 'Terrain-Following Radar (TFR)'.....Terrain-following radar (TFR) is an aerospace technology that allows a very-low-flying aircraft to automatically maintain a relatively constant altitude above ground level. It is sometimes referred-to as ground hugging or terrain hugging flight. The term nap-of-the-earth flight may also apply but is more commonly used in relation to low-flying military helicopters, which typically do not use terrain-following radar.'..Wikipedia. Secara mudah, pilot 'set altitude', katakan 40 kaki, dan terbang. Pesawat akan turun-naik untuk mengekalkan 40 kaki di atas halangan di hadapan. Bagi kami pula, peralatan  yang ada hanya apa yang dianugerah oleh Allah ....MATA/MARK 2 EYEBALLS!!  

Selain sentiasa kena 'alert', masalah yang dihadapi dalam penerbangan TLF ialah 'MGB High Temp' (Main Gear Box High Temperature). Keadaan ini berlaku kerana teknik yang diguna pakai oleh juruterbang Nuri ialah kelajuan dikekalkan sepanjang penerbangan tersebut. Ini bermakna 'power varies'....collective 'turun-naik'. Kesan pergerakan collective yang tidak menentu ini adalah punca suhu MGB meningkat sehingga boleh melebihi had maksima.

Pesawat Alouette 111 tidak mengalami masalah ini ketika membuat TLF. Teknik yang digunakan ialah sebaliknya '....Power remains constant but speed varies'

Ketika saya di TUDM Labuan,  saya telah diarahkan untuk menghadiri satu seminar tentang penerbangan TLF. Penceramah adalah juruterbang helikopter daripada negara Uncle Sam. Teknik yang digunakan ialah sama yang dipraktikkan oleh juruterbang Alouette. Apabila ditanya sama ada mereka menghadapi masalah MGB High Temp, jawapannya ialah 'NO'.

Sekembali ke Labuan, saya telah membuat eksperimen. Dengan dibantu oleh warga Tentera Darat yang ketika itu sedang membuat excercise, saya telah membuat TLF dengan menggunakan teknik Alouette; kelajuan varies. Apabila ditanya sama ada mereka dapat mengesan arah saya  dengan kelajuan, misalnya 50 knots,  jawapannya ialah '...negative'; mereka sedar-sedar lihat Nuri sudah berada di atas mereka (bukan LP). Kesimpulannya, kelajuan bukan faktor utama pesawat dapat dikesan.

Tindakan saya seterusnya ialah mengarahkan anak buah saya melaksanakan teknik ini, termasuk ketika membuat 'cat'. Setelah mengaplikasikan teknik ini, masalah MGB High Temp tidak timbul lagi. Sekiranya pemeriksa mempertikaikannya, beritahu beliau bahawa ini adalah arahan Ketua Skuadron. Memang betul, seorang pemeriksa telah berjumpa saya tentang isu ini kerana juruterbang saya mematuhi arahan saya...satu teknik di luar prosidur penerbangan TLF bagi helikopter Nuri. Saya memberitahu beliau supaya membawa isu ini pada Helicopter Seminar untuk dibincangkan sekiranya beliau tidak bersetuju. Selagi saya Bos, inilah teknik TLF untuk No 5 Skuadron. Saya kurang pasti sama ada perkara ini dibincangkan atau tidak dan apakah teknik yang dipraktikkan sekarang ini....Wallahualam.

Itu dulu....Sekarang lain. Dulu musuh tiada misil atau peluru berpandu....sekarang ini era 'remote-control'. Tanpa kehadiran pesawat di udara pun boleh memusnahkan pesawat yang sedang berterbangan. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan sahaja. Sila tonton u-tube di sini.

Sunday, June 12, 2011

Nak Hidup!

Kalau tak silap saya, ketika menjalani latihan penerbangan untuk mendarat di LP, kami diajar untuk membuat 'High & Low Recce' bagi menentukan '5 S's - shape, surroundings, slope, sight & surface'.  Jadi, apabila tiba di LP pada ketinggian lebih kurang 1000 kaki, berlegar-legarlah di ruang udara LP bagi menentukan 5 S's tadi, terutama dari arah mana untuk membuat 'approach'.  Faktor utama diambil kira ialah angin. Kemudian, turun  ke paras 500 kaki. Di ketinggian ini, dapatlah menentukan arah angin dengan melihat goyangan daun-daun....lebih kurang begitulah.  Lepas itu, buatlah 'landing check' untuk mendarat.

Prosidur ini MESTI dipatuhi ketika menduduki 'cat' (standardization check). Kalau tidak, jawabnya '...see you next month'. Dengan perkataan mudah....GAGAL! 

Tapi prosidur ini tidak pula terbawa-bawa ketika membuat penerbangan operasi. Kebanyakan LP memang sudah begitu 'familiar' dan dah 'masak' dengan bentuknya dan keadaan angin, seperti LPs di kawasan 'Bamboo Xpress'. LP yang tak pernah mendarat, kenalah membuat recce pada ketinggian yang munasabah, mungkin 500 kaki. Sortie seterusnya, terus approach saja. 

Jika terlalu ikut buku sangat ketika Ops Selamat Sawadee, jawabnya jadi target practice untuk pengganas komunis (PK). Mana tidaknya....PK tak akan melepas peluang untuk menjadikan siburung Nuri ini sebagai sasaran....ketika approach, hover, berada di LP & take-off. Jadi, kami pun terpaksa buat 'tactical low flying'. Sebelum melaksanakan teknik penerbangan ini, aircrew sudah biasa terbang ke LP berkenaan dan pesawat tidak 'berat' iaitu AUW tidak melebihi had maksima - lagi ringan lagi bagus. 

Bagi memudahkan pemahaman, andaikan ada 2 LPs yang berdekatan, marker 'TANGO' & 'LIMA' yang jaraknya lebihkurang 3-4 map square; misi adalah untuk menghantar bekalan ke LIMA. Nuri & gunship akan terbang ke TANGO (sebagai contoh, anggap gambar LP di atas sebagai TANGO).  Gunship akan berlegar-legar di udara TANGO manakala Nuri akan 'dive' dari TANGO menuju ke LIMA untuk 'tactical low flying'....lebih kurang 50 kaki atas kanopi hutan belantara dengan kelajuan 110 knots. Masa tu,  tak tahulah perasaan paxs dalam pesawat apabila collective lever diturunkan secara mengejut! Bila tiba di LP (LIMA),  kena 'execute flare'  sebelum mendarat. Kalau pesawat berat, nahas jawabnya kerana susah nak 'arrest descent'. Sebab itulah  kami kerap membuat 'running refuelling' setiap 1-2 jam penerbangan bagi menentukan 'keringanan' pesawat.

Seorang FAC (Forward Air Commander mewakili Panglima Udara), merangkap Ketua No 12 Skuadron (F5E) dan bersara sebagai PTU, ikut bersama dalam pesawat saya. Beliau merupakan seorang juruterbang Alouette 111 sebelum beralih ke F5E.  Justeru, beliau sedia maklum tentang teknik menerbang helikopter. Apabila mendarat di Kroh setelah selamat membuat sortie dengan kaedah ini, beliau bertanya'....Terbang apa macam tu?'. Jawapan saya '....Nak hidup Tuan'.

Gunalah apa-apa teknik sekali pun....janji selamat. Tidak dinafikan bahawa PK masih boleh mengambil pot-shots kat Nuri ketika berada di LP atau masa take-off. Tetapi sekurang-kurangnya keberangkalian ditembak ketika Nuri membuat approach untuk mendarat dapat dikurangkan. 

Seingat saya, penerbangan taktikal yang kami praktikkan tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak...jauh sekali pemeriksa. Those were the good old flying days. I really missed flying those beautiful, old but  faithful....The Nuri!!! 

Thursday, June 9, 2011

Berdoa

Saya terima sms ini daripada Lt Kol  Basri Omar (B) pada  9 Jun, jam 0738 '....Sms dr Lt Kol Husaini xTUDM Intake 32. As Salam, dimaklumkan bahawa sy akan menjalani major operation utk buang buah pinggang sebelah kiri hari ini diHUKM kerana terdapat cancer disitu, mohon doakan agar pembedahan berjalan lancar dan segera sembuh, ampunkan segala kesalahan serta halalkan makan minum. Tkasih atas segalanya. Ahmad Husaini.'

Saya kenal seorang juruterbang Nuri bernama Mejar Husaini. Saya pernah berjumpa beliau di No 10 Skn dan ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan. Saya masih ingat beliau menjemput saya datang ke Skuadron sekiranya saya 'terpergi' ke Labuan. Lt Kol Basri mengesahkan Lt Kol Husaini adalah xnuri pilot dan cadet beliau di MTD di suatu ketika dulu. Mej Husaini=Lt Kol Husaini (B).

Para Pembaca....Marilah kita berdoa  kepada  Allah agar hambaNya ini selamat menjalani pembedahan...Amin. 

Tuesday, June 7, 2011

Tarzan Malaysia

Pembaca....Tahukah anda bahawa Malaysia ada seorang "Tarzan"? Jangan terkejut....memang  ada. Salah satu 'ciri-ciri' Tarzan yang dipopularkan oleh Edgar Rice Burrough, selain Lady Jane dan chimpanzee, ialah melawan buaya dengan tangan dan pisau sahaja. Ciri ini terdapat dalam 'Tarzan Borneo' yang berasal dari Sabah, arwah Abdul Salam Candiah Logan.
'Tarzan' menaikkan buaya yang dibunuhnya - dirakamkan dalam filem "Borneo" terbitan  'Martin & Osa Production' dan diabadikan di muzium production house tersebut

Pada 1 Jun, saya terima sms daripada saudara Mahrup A.C. Logas, waris kepada Tarzan kita. Melalui anaknya, saya seterus telah menerima keratan akhbar 'Daily Express' bth 15 Nov 2009, bertajuk "Remembering Borneo's Tarzan". Menurut laporan akhbar berkenaan, penerbit tersebut telah membuat filem "Borneo" pada tahun 1935. Kisah benar in berlaku di Kuala Abai, Kinabatangan, Sabah. Tetapi malang sekali tidak ditayangkan. Ini kerana pengarahnya, Martin Johnson, telah terbunuh dalam nahas pesawat ketika dalam penerbangan ke California untuk mengedit filem tersebut.

'Tarzan' diapit oleh 'Feely' (kiri) & 'Jeeli' (kanan) - pelakon "Borneo"

Tiadakah pengarah/production house di luar sana yang sedia memilemkan kisah Tarzan 'Made in Malaysia' ini? Negara kita mempunyai seorang Tarzan yang betul-betul wujud; bukannya watak yang wujud dalam imaginasi Edgar Rice Burrough. Sekiranya ada, sila hubungi saudara  Mahrup A.C. Logan di 019-2073039. 

Sound macam iklan saja....He....He....He. 

Sunday, June 5, 2011

Rakan Seperjuangan

4 Jun 2011, jam 1500 di Taman Siswa.....Pertemuan saya dengan rakan seperjuangan di suatu ketika dulu....

Kapten Aziz Laji bersama saya

Oh ya....Kami sama-sama mengikuti 'Nuri Conversion Course' di No 10 Skn sekitar Jun 1974. Malah, kami berkongsi bilik di Mes Pegawai No 4 Briged sebelum dihalau oleh PMC . Beliau telah tamat perkhidmatan dengan TUDM ketika menjawat jawatan Flight Commander saya di No 5 Skn pada 1983. Saya tidak sempat membuat majlis perpisahan untuk beliau kerana ketika itu saya sedang menunai fardu haji.

Beliau berada di Jitra untuk meraikan majlis perkahwinan anak lelakinya dengan seorang 'Jitran'. Sekarang ini beliau tidak lagi terbang dan menetap di Kuantan.

Masa mengubah kita semua...

Dari kiri: Pilot Officer Aziz Laji, Lt James Chong, Lt Ismail Malek, Lt Sawaluddin Lamin (sekitar 1974 selepas menerima 'sayap' daripada AVM Sulaiman Sujak)

Saudara Aziz....Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada anda dan keluarga.

Friday, June 3, 2011

Selenggaraan Pesawat

Pembaca...Saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit penjelasan kerana terdapat kenyataan, yang pada saya, kurang menyenangkan. Maksud saya, terdapat komen yang mengatakan juruterbang Nuri memberi alasan 'tak cukup hours...!' apabila tidak dapat meneruskan sesuatu penerbangan di era insurgensi dulu. Persepsi yang mengandaikan kami  'unprofesssional' perlu diperbetulkan. 

Sama seperti kereta, semua pesawat terbang MESTI diselenggarakan mengikut jadual. Kalau kereta rosak, boleh berhenti di tengah/tepi jalan: pesawat yang sedang terbang menghadapi kerosakan kerana mengabaikan selenggaraan? Percayalah....Industri penerbangan adalah salah satu 'highly regulated industry'.

Berikut adalah 'jadual' penyelenggaraan helikopter Nuri... 

Schedule Servicing

     Type Of Check                     Hours Due
  • Check 1                                 60 Hrs
  • Check 2                               180 Hrs
  • Check 3                               540 Hrs
  • Check 4                              1080 Hrs
  • Check 5                              4320 Hrs
Note:
  • Check 1 & 2 done by squadron
  • Check 3, 4 & 5 presently done by AIROD
Jadual tersebut melibatkan 'airframe': komponen seperti enjin, gearbox, FCU, dll pula ada 'life' mereka sendiri. 

Kebiasaannya, kami diberikan pesawat yang paling banyak jam untuk satu-satu tugasan penerbangan. Namun demikian, kami terpaksa menunda tugas yang diberi apabila tiba jadual selenggaraan. Suka tak suka....sortie terpaksa ditinggalkan. Persoalan 'unprofessional' tidak timbul langsung.

Selain itu, jam penerbangan aircrew juga menghadkan kelanjutan sesuatu penerbangan. Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, jam penerbangan Nuri aircrew yang tercatat dalam SOP ialah:
  • 7 jam/sehari
  • 60 jam/sebulan
  • 600 jam/setahun
Saya harap dengan penjelasan ini dapat mengikiskan tanggapan negatif terhadap profesionalisme semua juruterbang TUDM.

Wednesday, June 1, 2011

Jangan Terperdaya

Pembaca...Jangan terpedaya sekiranya anda menerima e-mel seperti berikut....

(URGENT) -ACCOUNT PENDING ACTIVATION


FROM:
Monday, 30 May 2011 3:15 PM
General Message Alert: 
Dear Valued Customer,

Your account was disabled due to a recent security check on Maybank2u online banking on Tuesday, May 31, 2011. We require you to confirm your details and Re-activate your account.

        
 Re-activate now         Re-activate now            Re-activate now      

Inactive accounts will be disabled after 3 hours of notice for security reasons.

Thank you.
Maybank2u

Anda jangan ketawa...mana mungkin orang akan terpedaya dengan e-mel seperti itu. Tetapi, kenyataannya ramai yang mempercayai utusan seperti itu sehingga mereka mendapati kesemua simpanan mereka '....gone with the wind!!!'  setelah mematuhi arahan yang diberikan. Percayalah, bank-bank atau Bank Negara TIDAK akan mengarahkan pemegang akun untuk mengemaskinikan butir-butir akaun anda melalui e-mel.


Saya pernah di'con'kan di sini. Syukurlah bukan melibatkan simpanan saya dikebas tetapi perbuatan mereka yang tak bertanggungjawab ini telah memalukan saya.


Oh ya....Saya tidak mempunyai akaun Maybank.