Followers

Thursday, September 29, 2011

Rumah Terbuka XSappers - 2011

24 September 2011....Saya telah pergi ke Sg Petani bersama PW2 Krishnan (B) untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Aidilfitri Pertubuhan XSappers Wilayah Utara. Pertubuhan ini sungguh aktif dan saya perhatikan ada 2 buah bas yang datang dari Taiping. Sudah pasti saya sungguh terharu kerana HANYA XSAPPERS  SAHAJA yang sudi menjemput saya dan saya bukannya xsappers! Ini adalah satu penghormatan bagi saya. Untuk itu...TERIMA KASIH. Saya juga turut tabik spring kepada  ahli-ahli yang mempamirkan semangat keakraban yang utuh walaupun sudah lama meninggalkan perkhidmatan...Syabas!

Seperti yang sudah dijangkakan, apa lagi...saya pun mengambil kesempatan untuk mempromosi buku "Coretan Xnuripilot". Sambutannya sungguh menggalakkan.

Dari kiri: Lt Kol Hj Khairuddin (B), PW2 Abd Ghani (B), PW2 Mohd Razali (B) 

Rancak bersembang

Ada di antara xsappers, seperti Encik Mohd Razali, menceritakan pengalaman mereka terkena jerangkap samar ketika menjalankan tugas sehingga ada yang kaki terpaksa dipotong. Ini membuatkan saya terfikir...adakah pengorbanan mereka ini diiktiraf oleh negara? Pengiktirafan yang saya maksudkan ialah dianugerah pingat. Saya tidak pasti sama ada mereka menerima sebarang pingat. 

Saya sokong kata-kata Datuk Kanang ketika beliau menerima anugerah PGBK baru-baru ini, petikan '...Kanang berkata penganugerahan ini merupakan satu penghormatan kepada seorang pegawai rendah tentera sepertinya' (Mingguan Malalysia 25/9/2011) dan '....Kanang hoped more soldiers would be given such recognition' (New Sunday Times 25/9/2011). 

Sepertimana yang saya cadangkan kepada Yayasan Bekas Komando (YBK) di sini, apa kata Pertubuhan XSappers mencalonkan ahli-ahli tertentu untuk dianugerah pingat. Apa yang perlu dilakukan hanya hantarkan saja borang pencalonan kepada pihak kerajaan persekutuan atau negeri: Pertubuhan sebagai pencalon. Saya yakin kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya, terutama negeri teman...Perak. Tidak menghairankan...Tut...Tut...ada ahli yang 'terpaksa dalam kegembiraan' menempah sepasang Baju Melayu hitam nanti, InsyaAllah. Ingatlah, sebagai tergolong dalam kategori 'mantan/x', manalah ada avenue terbuka bagi mereka mendapatkan penghormatan ini, wallahualam! 

Satu kelebihan para veteran ialah kita semua tidak tertakluk kepada 'Kelayakan'  berikut...

Kelayakan Pencalonan Bagi Sektor Kerajaan Untuk Negeri Pahang

Ini bermakna sesiapa pun, tak kira pegawai atau LLP, layak dicalonkan untuk anugerah sehingga membawa gelaran 'Dato/Tan Sri'. Dah banyak bukti dan yang mutakhir sekali ialah Datuk PW1 Kanang (B). Ada Dato' Kpl/Kapt/Mej/Lt Kol/Kol......: Tan Sri Kapt/Mej..... Malah, sekarang ni ada Dato' Prebet (dia bergelar Dato' sebelum masuk ATM). Cuba teka...He...He...He.

Mungkin ramai yang akan mempertikaikan cadangan ini. Itu tidak menjadi masalah pada saya. Yang tak nak, tak usahlah dicalonkan...Itu hak seseorang individu. Tapi saya yakin ramai yang akan terhutang budi kepada Pertubuhan dan teruja sekiranya mereka menerima surat berklasifikasi 'RAHSIA' menawarkan anugerah darjah pingat/bintang negeri diikuti kad jemputan untuk hadir di acara penganugerahan darjah/pingat nanti, InsyaAllah.

Apa pun....Terpulanglah kepada Pertubuhan XSappers. Oh ya, jangan lupa selit juga nama saya nanti. He...He...He.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan XSappers Wilayah Utara & Mej Fauzi (B)....Terima kasih.

Tuesday, September 27, 2011

Faktor 'Gemuk'

Kesian....Itu saja yang saya mampu luahkan apabila membaca surat dalam 'Forum' Utusan Malaysia. Saya mengandaikan apa yang ditulis oleh FIZA, Perlis, adalah benar dan tidak ada yang tidak benar...semuanya benar belaka. Maksud saya, perkhidmatan saudara beliau dalam ATM ditamatkan setelah berkhidmat selama 18 tahun 'atas alasan kegemukan'- kurang 3 tahun untuk melayakkan beliau mendapat pencen! Saya ambil cerita 'at face value' tanpa memikir wujudnya berbagai kemungkinan.

Bayangkan sekiranya anda dalam keadaan begini. Umur mungkin belum pun mencecah 40 tahun...tiba-tiba dah tak ada kerja. Simpanan dalam bank, kalau beringat, kian menguncup kerana tiada lagi ongkos dikredit dalam akaun. Kos untuk menanpung kehidupan kian meningkat. Memang satu cabaran!!

Tapi, kan kita nak soldadu kita macam gambar ini. Malah, masalah obes dah jadi 1 phenomena yang dihadapi oleh kebanyakan angkatan tentera di seluruh dunia.

Tak tahu apa nak dikatakan. Nasihat yang mampu saya berikan kepada mereka yang masih berkerja hanya jagalah kesihatan dan pandailah mengurus kewangan anda. Dan, ikutilah kursus kemahiran. Ingat....Bila anda susah...anda yang menanggungnya. Mungkin ramai yang bersimpati tapi, setakat bersimpati sahaja tidak dapat mengeyangkan perut. Dan sekiranya dapat bantuan orang ramai, bukan berterusan sepanjang hayat. Ini adalah satu kenyataan. Dah berbuih mulut saya bercakap perkara ini. Mungkin kalau sesiapa ada masa, fikirkan apa yang saya coretkan di sini

Menurut pakar perancang kewangan (saya hanya pakar standard warong tepi jalan saja), merancang hendaklah bermula hari pertama berkerja. Betul tu. Jangan lupa peribahasa orang dulu-dulu....Langit tak lalu cerah...sediakan payung sebelum hujan...malang tidak berbau.  Buat permulaan, jadikan kisah ini sebagai satu iktibar...Wallahualam.  

Pihak berwajib...Kalau betul apa yang dinyatakan, tengok-tengoklah masalah wang pampasan tu. Kan ambil 9 bulan untuk memprosesnya kot! Ingat....Satu hari nanti, giliran anda pula akan di'sayonara'kan. Bagaimana perasaan jika ketika itu anda diperlekehkan?

Saturday, September 24, 2011

Tahniah....Datuk Kanang Anak Langkau

Datuk Kanang Anak langkau....TAHNIAH DI ATAS PENGANUGERAHAN 'PANGLIMA GEMILANG BINTANG KENYALANG (P.G.B.K).

Akhirnya, pengorbangan wira ini diiktiraf oleh negeri kelahirannya...SARAWAK.

Utusan Malaysia 24 September 2011

Sudah pasti saya turut bergembira kerana semenjak 2010 lagi saya telah mempersoalkan dalam coretan ini mengapa beliau tidak di anugerah 'Dato'. Malah, saya telah menghantar emel ini  kepada YAB PM berkaitan dengan topik tersebut. Saya yakin penganugerahan ini tiada langsung ada kaitan dengan surat saya, tetapi sekurang-kurang saya telah menyuarakan apa yang saya fikirkan. After all, I'm not that influential! 

Hai...Yop oi di sana tu...Tak nakkah rekomen teman dapat Dato'? Teman teringin juga. He...He....He.

Thursday, September 22, 2011

Kita Juga Hebat


Saya kagum dengan penyampaian puak Uncle Sam ni. Jangan salah sangka ya.....Apa yang saya 'kagum'kan ialah cara mereka menonjolkan kehebatan anggota tenteranya. Untuk lebih tepat apa yang saya maksudkan ialah skuadron helikopter khusus untuk Presiden.  

Baru-baru ini saya telah menonton program National Geographic berkaitan helikopter untuk 'Presidential Flight' dengan nama panggilan 'MARINE ONE'. Ia menceritakan bagaimana skuadron helikopter ini mengendali penerbangan yang melibatkan presiden mereka. Juruterbang yang terpilih sebagai Presidential Pilots, perlu memenuhi beberapa kriteria. Cara 'narrator' menyampaikan cerita begitu hebat sekali. Mana tidaknya....pilot perlu membuat beberapa penerbangan ke 'LP'....South Lawn, White House - bukannya LP macam di coretan ini . Yang bestnya, mengikut commentator,'acid test' untuk juruterbang VVIP ini ialah mendarat di waktu malam di South Lawn...Eh...Eh...Eh. Memang hebat depa tu!

Lihat....Sempit betul LP tersebut.....very confined indeed!!!


'Approach' dari tugu 

'Take-0ff' ke arah tugu juga

Kesimpulan saya, Presiden depa tak pernah mendarat di LP dalam kata erti sebenarnya. Jauh beza dengan VVIP kita yang sedia melawat barisan hadapan. Pada 22-24 Jun 1980, saya telah membawa DYMM Sultan Pahang melawat kawasan operasi. Pada 23 Jun, Baginda telah bermalam di Bt Yong (dah lupa kat mana). Saya masih ingat tempat beradu Baginda ialah sebuah  3 x ton berhawa dingin. Dalam kesibukan melayan VVIP dan Pak-Pak Jeneral yang mengiringi Baginda, kami di'terlepas' pandang. Oleh kerana kami tidak membawa ponco untuk membuat basya, kami bertiga menginap di  'Hotel D'Nuri' yang begitu selesa dengan di'serenade' oleh sang nyamuk. Nak tutup cargo dan cabin doors nanti panas. Jadi buka sikitlah cargo door untuk menghirup udara malam. Apa pun....No problem!

Kesimpulannya, jangan sama sekali kita merasa rendah diri terutama ketika berhadapan dengan 'kehandalan' rakyat negara asing. Ada tempatnya kita lebih handal daripada mereka dan kelebihan ini harus ditonjolkan keseluruh dunia melalui media yang sedia ada...Tiada apa kurangnya orang Malaysia !

Monday, September 19, 2011

Kehidupan Menjelang Senja


Saya terbaca tulisan ini dalam forum 'Kelab Veteran ATM'....

bekas seorang anggota Batalion ke 22 Rejimen...
PakLang Hamzah
bekas seorang anggota Batalion ke 22 Rejimen Gerak Khas iaitu 1033876 Lance Koperal Che Poh @ Kamaruzaman bin Che Kob. Jobless kerana komplikasi penyakit kronik. Tinggal di Kg Baharu Besut Trengganu. JKM bagi RM200 untuk dirinya dan RM 150 utk isterinya. RM 350 sebulan utk menyara anak kecil 2 orang dan membeli ubatan..
Menurut PakLang Hamzah, beliau telah menulis kisah malang yang menimpa xL/Kpl Che Poh dalam majalah 'Perajurit' terbitan Julai 2007 lagi.  Kini, beliau masih menimbulkan kisah sedih tersebut. Setelah membaca artikel yang di'copy & paste' dalam ruangan forum berkenaan, saya pun ...apa lagi hantarlah emel ini kepada, tak lain & tak bukan, KP JHEV....  


1033876 LANS KOPERAL CHE POH @ KAMARUZAMAN BIN KOB
FROM: nor ibrahim sulaiman
TO: KP Veteran
CC: dollah hamzah
Sunday, 18 September 2011 8:43 PM

Assalamualaikum YBhg Dato',

Saya terbaca kisah yang menyedihkan tentang anggota perkara tajuk dalam forum 'Kelab Veteran ATM'. Difahamkan, anggota berkenaan menghadapi kesempitan dalam menghadapi kehidupan seharian. L/Kpl Che Poh telah tamat perkhidmatan selama10 tahun dalam 22 RGK pada 1990. Beliau seterusnya telah kembali ke kampung kelahirannya di Kelantan. Menurut rencana yang disiarkan dalam majalah "Perajurit" isu Julai 2007, beliau pernah mendapat rawatan di hospital Melaka dan Kota Baru disebabkan masalah tekanan jiwa. Juga, beliau turut menghadapi penyakit 'gout' yang memerlukan rawatan berterusan.

Menurut penulis rencana majalah tersebut, L/Kpl Che Poh menerima bantuan RM100 sebulan daripada JKM. Ini petikan tulisan penulis berkenaan '...  

Penulis berharap JHEV, KVKM atau pun PBTM boleh meninjau secara khusus permasalahan yang sedang dihadapi Che Poh. Walaupun sebelum ini permasalahan ini tidak dimaklumkan. Apapun sebab dan alasannya fungsi persatuan-persatuan terbabit atas dasar menjaga kebajikan pesara harus merendah diri untuk turun padang sejajar dengan sumpah perajurit Komando yang Kedua Belas yang berbunyi “Saya Akan Mengharumkan Nama Bere Hijau dan Rakan-rakan Seperjuangan Yang Memakainya Hingga Akhir Hayat Saya” rasanya amat terkilan dengan kisah ini dan mungkin ramai lagi yang belum tampil atau belum dikesan. Che Poh yang kini boleh dihubungi di alamat No 1A, Kampong Baharu, Jalan Gong Manok, 22300 Kuala Besut. Trengganu . No Telefon: ibunya Aminah 0199203810. Sekian.'

Sebagai seorang yang sungguh prihatin terhadap kebajikan veteran, saya berharap pihak Dato' dapat membantu anggota berkenaan bagi meringankan kepahitan kehidupan yang terpaksa beliau lalui ketika menjamah usia senja. Sekiranya pihak Dato' sudah pun mengambil tindakan...Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Ini respons KP JHEV...

From: Zul Mazlan 
To: nor ibrahim sulaiman 
Sent: Sunday, 18 September 2011 10:56 PM
Subject: Re: 1033876 LANS KOPERAL CHE POH @ KAMARUZAMAN BIN KOB


Salam Tuan, slmt hari raya dan maaf zahir batin. Terima kasih diatas maklumat tentang kisah veteran che poh itu. Saya arahkan pgh jhev kelantan /tganu utk susuli kes ini dan harap jhev dpt membantu beliau dgn sebaik mungkin, insyallah.

M/Gen Dato Zul 

Saya harap pihak JHEV akan mengambil tindakan positif bagi membantu meringankan bebanan kehidupan yang terpaksa dilalui oleh L/Kpl Che Poh,  terutama dari aspek kewangan,  insyaAllah.

Saturday, September 17, 2011

Gambar2 Membawa Kenangan

Saya terima gambar ini, saya sendiri pun sudah lupa, daripada saudara Mangchik Mangchuk. Gambar ini diambil pertengahan 1980 ketika menjawat Ketua Flait, No 10 Skuadron, TUDM Kuantan.

Duduk. Dari kiri: Kapt (U) Fauzi Narawi, Kapt (U) Mushar, Mej (U) Nor Ibrahim, Lt Kol (U) Agil, Mej (U) Affendi, Mej (U) Abdullah Nasution, Kapt (U) Wee Hong Chong
Berdiri. Dari kiri: Kapt (U) Mohd Sulong, F/Sjn Peter Nunis, Sjn ?, mendiang PW2 Lai, F/Sjn Hassan, Lt (U) Arif

....Dan ini....Anak buah ketika di No 5 Skuadron yang berjaya dalam kerjaya mereka (hanya 3 orang sahaja yang masih berkhidmat)....

Dari kiri: Mej Jen Dato' Mohd Sulong TUDM (B), Mej Jen Dato' Sabri Adam TUDM, Brig Jen Ibrahim Hashim TUDM, Brig Jen Sharbe Hussein TUDM

Ini gambar yang terjumpa setelah menggeledah almari....


Ini pula gambar yang dipos lajukan oleh Mej Ishak (B) bagi melengkapkan coretan ini...He...He...He.
'Para parade'...Jump Master 'KOMPENI BRAVO ' membuat peneriksaan ke atas penerjun sebelum menaiki C130 Hercules 

Penerjun menaiki pesawat sebelum nama bertukar kepada 'KOMPENI B.R..K' ....jangan marah ye

Saya harap janganlah ada yang tersinggung...Kan tak pernah dengar 'Humour In Uniform' kot! 

Saudara Mangchik Mangchuk & Mej Ishak....Terima kasih.

Wednesday, September 14, 2011

Usaha...Terus Berusaha

Saya tertarik dengan cadangan seorang ahli forum 'Kelab Veteran ATM' ini...

Mohd Sattar Hms
Mohd Sattar Hms13 September 11:06
Assalam, dan hamba pernah sarankan dan teus sarankan, semasa perbarisan MERDEKA, mereka mereka yang dianugerah Pingat SP,SPGB,PGB dan JPP serta PTU, berada di pentas UTAMA bersama barisan kabinet berdiri segak dan megah, menyaksikan perbarisan lalulintas. Selayaknya mereka dipentas utama bukan dalam perbarisan. Pandaaaaaaaaaaang kanan.
Semenjak 2009 lagi, saya telah meluahkan perasaan yang terbuku di dalam kalbu...Mengapa penerima JPP, PTU & KPK tidak turut dijemput mengambil bahagian dalam perarakan menyambut hari keramat itu (coretan ini)? Petikan perenggan akhir surat saya itu '...Malah, mereka tidak dijemput untuk mengambil bahagian semasa perarakan Hari Merdeka; hanya penerima SP ddan PGB sahaja dijemput'.

Saya ni bukannya seorang yang boleh duduk diam dan hanya menunggu....dan terus menunggu sahaja. Justeru, pada 25 Julai 2010, melayanglah e-mel kepada bos Bahagian Istiadat & Protokol di JPM, petikan '.....Satu perkara lagi. Hari Pahlawan hampir tiba...31 Julai 2010. Kenapakah agaknya kami, penerima Darjah Perkasa JPP, PTU & KPK dipinggirkan untuk menghadiri majlis memperingati Pahlawan negara. Jauh sekali sempena menyambut Hari Kemerdekaan, 31 Ogos! Adakah darjah-darjah tersebut dianggap kelas kedua?'. 

Ini petikan respons JPM yang diterima pada 27 Julai 2010 '....Untuk makluman tuan, jemputan untuk bekas-bekas tentera bagi menghadiri Sambutan Hari Pahlawan yang akan diadakan pada 31 Julai ini adalah diuruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia. Memandangkan jemputan adalah terhad, maka ia hanya dipanjangkan kepada penerima anugerah S.P. dan P.G.B. Walau bagaimanapun, Bahagian Istiadat mengambil perhatian ke atas input yang diutarakan oleh tuan dan akan mengemukakan perkara ini untuk pertimbangan Jawatankuasa Sambutan bagi memanjangkan jemputan kepada penerima-penerima J.P.P., P.T.U. dan K.P.K di masa-masa akan datang.' Bermulalah proses taichi-menaichi...biasa le tu!!!!


Saya telah memanjangkan emel tersebut kepada pihak yang difahamkan bertanggungjawab di KEMENTAH untuk mendapatkan maklumat. Petikan respons yang diterima pada 4 Ogos 2010 '.... utk makluman Tuan penglolaan termasuk tanggungjawab utk menentukan jemputan ke sambutan tsb adalah di bawah bidangkuasa JPM dan Markas ATM.' Pi Mai Pi Mai..Tang Tu!!!

Pada 6 September 2011, saya telah menghantar e-mel kepada JPM sama ada mereka masih ingat e-mel bertarikh 27 Julai 2010. Dan turut bertanya adakah kami sekarang layak dijemput sementelah gomen telah bersetuju untuk memberi Elaun Kenangan kepada para penerima JPP & PTU. Well...Well....Well...Ini jawapan rasmi yang saya terima pada keesokan harinya....
From: Datuk Wan Hamidah bt. Wan Ibrahim 

To: Muhammad Firdaus bin. Mohd Ramli 
Cc: Kamis b. Samin ; Mohd Hanafiah bin Moktar ; nibsny@yahoo.com
Sent: Wednesday, 7 September 2011 7:39 AM
Subject: FW: HARI PAHLAWAN & KEMERDEKAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam 1Malaysia

KPSU (L),

Perkara ini telah dibincangkan. Sila hubungi ATM dan PDRM supaya memastikan jemputan bagi Sambutan Kemerdekaan pada 16 September 2011 akan datang dipanjangkan kepada penerima-penerima J.P.P., P.T.U. dan K.P.K.  seperti yang telah diputuskan.


Terima kasih jua.

"Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
"Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"

WAN HAMIDAH WAN IBRAHIM
07092011

Untuk makluman, sehingga kini tiada sebarang berita daripada KEMENTAH (PDRM saya tak tahulah). Pada saya itu masih boleh diterima. Pokoknya, gomen telah bersedia menjemput penerima JPP, PTU & KPK ke acara menyambut Hari Merdeka!!! Manalah tahu, mungkin tahun depan kami akan menerima kad jemputan (itu pun kalau depa guna Pos Laju), sekiranya dipanjangkan umur, insyaAllah. Pada saya, ini juga satu kejayaan hasil usaha melobi dan melobi...terus melobi, syukur alhamdulillah.

Pembaca....Hayatilah apa yang dikatakan oleh squad saya ini...


Robert Rizal Abdullah
Robert Rizal Abdullah13 September 08:26
Trend masa kini bukan TUNGGU DAN MENGHARAP sesuatu di buat pehak atasan
untuk kebaikan kita. Kita harus berusaha untuk mendapatkan apa yang kita
mahu. Umpama 1: Mej (U) Nor Ibrahim Sulaiman (Bersara) telah berusaha
supaya pemegang anugerah JPP dan PTU di beri allowance tiap-tiap bulan dan alhamdullilah hari ini mereka dapat allowance RM1000 sebulan dan juga diberi pengiktirafan seperti SP dan PGB. Syabas Squad!!! Umpama 2. Pada tahun 1998
saya juga telah berusaha supaya SP dan PGB di beri allowance. Umpama 3: Pemindahan kubur Iban Trackers dan Sarawak Rangers ke negeri asal mereka Sarawak. Tentu anda ada terbaca kisahnya dalam surat-surat khabar. Saya
telah memulakan usaha itu semenjak tahu 2008. Sekarang ini saya tengah
berusaha untuk menghidupkan Sarawak Rangers (dalam bentuk lain) dan
menubuhkan Sarawak Rangers Association untuk membela nasib mereka.

Apa yang hendak saya utarakan disini adalah: BERUSAHA UNTUK APA YANG KITA
MAHU. BERURUSAN DENGAN PEHAK TERTINGGI SUPAYA USAHA KITA DAPAT PENGETAHUAN
PEHAK ATASAN. JANGAN SENANG PUTUS ASA. ATASI SEGALA RINTANGAN. Mej Nor
Ibrahim dan saya telah mengalami banyak rintangan sebelum berjaya dalam
usaha kami.

Tun Mahathir pernah berkata: "IN MALAYSIA YOU DON'T GET WHAT YOU DESERVE
BUT YOU GET WHAT YOU FIGHT FOR."

Selamat berjuang.
Dato' Wan Hamidah, Lt Kol Rizal (B) & PakLang Hamzah....Terima kasih.

Saturday, September 10, 2011

65:35

Wow....Sungguh mengkagumkan!!! Memang tidak terlintas dalam pemikiran saya seorang OKU, tanpa kaki 'ORI',  berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dalam acara 400m di World Athletics Championship, di Daegu, Korea Selatan. Mind you, beliau bertanding bukannya dalam pertandingan 'paralympic' tapi dengan mereka yang semuanya ORI. Sepatutnya,  kita jadikan jaguh pelari Afrika Selatan ini, Oscar Pistorius, sebagai idola dan sumber inspirasi untuk mencapai sesuatu kejayaan yang diberkatiNya.
Mungkin ramai 'pemecut' (semuanya 'ori) Malaysia tak dapat mengatasi masanya, termasuk saya....(100m pun setengah mati) He...He...He 

Sayang seribu kali sayang! Sebaliknya, terdapat segolongan remaja, terutama kaum lelaki,  memilih keseronokan dengan berempit saja....

Nak kata akrobatik tak juga...

yang akan berakhir sebegini bukannya sesuatu yang mustahil.....

Hanya akan ditangisi oleh kaum keluarga sahaja!

Kesan kehebatan 'jaguh' yang mengabaikan pelajaran, maka tidak lagi mengejutkan apabila kemasukan kaum lelaki ke IPT terus menurun setiap tahun semenjak 2002.... 

Di UKM, nisbah siswi-siswa ialah 65:35!!

Bilalah mereka yang terbabit nak sedar!!!

Thursday, September 8, 2011

ANTARA DARAH, MARUAH DAN PENGHARGAAN - BHG 2

Sambungan dari coretan ini....

Aku terus membetulkan senjataku ke arah sasaran yang ku lihat sekarang. Ketika pejera senjataku tepat menghala ke sasaran, aku terfikir sejenak...terlintas di fikiranku sekiranya aku tembak seorang pengganas yang berhampiran Kapt. Xxxx, bagaimana dengan pengganas yang lain, sudah tentu mereka akan menembak Kapt Xxxx, dan tentu sekali MISSIONKU gagal, sedangkan perintah yang ku terima ialah menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekalipun.

Sekiranya terbunuhlah Kapt Xxxx dalam Gerakan ini, bererti UTUSANKU gagal. Jika dengan tembakanku membunuh musuh yang pertama menyebabkan matinya Kapt Xxxx ke mana...di mana dan dengan siapa aku akan bergantung nasib? Siapakah yang akan membela aku jika terjadi demikian? Kerana aku benar-benar melanggar perintah yang diarahkan iaitu Menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekali pun.

Masa terus berlalu, kira-kira 10 minit kemudian selepas Mej Damian keluar ke tempat Permulaan, aku terdengar bunyi brek 3x3 ton tentera di luar sana yang tidak jauh dari kedudukan kami. 5 minit kemudian, ku dengar satu tembakan dan diikuti dua tembakan (double tap). Ku tahu tembakan double tap ialah tembakan dari rakanku, kerana kumpulan kami dilatih menembak double tap sekali tembak. Pada mulanya, aku menyangka yang kami telah mendapat bantuan dari 8 Melayu Diraja, tapi sebenarnya dua orang pengganas wanita telah cuba untuk membuat serang hendap terhadap pasukan tentera yang datang dengan truck sebentar tadi. Pemergiannya ke lokasi tersebut telah bertembung dengan Kpl yusof yang berada di situ, dan melepaskan tembakan satu das dan dibalas oleh Kpl Yusof dengan double tap. Selepas menembak Kpl Yusof, penggganas tersebut terus menghilangkan diri. Kedua-dua tembakan tidak mengena sasaran.

Dengan kedengaran tembakan tadi, pengganas yang bersama Kapt Xxxx terus membiarkan Kapt Xxxx dari jagaannya, bagi menyelamatkan dirinya. Sangkanya kumpulan tentera telah masuk ke lokasinya berpandukan bunyi brek kenderaan serta bunyi tembakan sebentar tadi.

Dari pemerhatianku, Kapt Xxxx telah bebas dari ketiga-tiga pengganas yang mengawasinya kerana menyelamatkan dirinya. Aku tidak pasti dari sudut mana mereka menghilangkan diri. Suasana hening seketika. Aku dan kumpulanku, kecuali Mej Damian, masih di kedudukan yang sama. Lebih kurang 10 ke 15 minit selepas itu, datanglah Panglima Markas Kor Lt Jen Dato' Zzzz bersama-sama beberapa orang panglima lagi serta beberapa orang Pegawai Kanan yang mengiringi beliau. Setelah mendengar taklimat ringkas dari Mej Damian mengenai operasi yang berjalan tadi, lantas beliau berkata yang beliau ingin berjumpa dengan anggota-anggota yang terlibat.

Aku, Mej Damian, Kapt Muzaini, Kpl Yusof serta beberapa orang lagi datang berjumpa Panglima Markas Kor Lt Jen Dato'  Zzzz. Beliau mengarahkan supaya Kpl Yusof yang terlibat dengan tembak-menembak tadi, menceritakan apa yang berlaku. Kpl Yusof, berdiri di sebelah kedudukanku, menceritakan apa yang berlaku terhadapnya sebentar tadi. Memulakan cerita, beliau berkata '.....setelah kedengaran bunyi brek 3x3 ton di luar sana, aku mengawasi kawasan hadapanku. Seketika kemudian, aku terdengar seperti ranting kayu dipijak orang. Aku terus berpusing menoleh ke belakang. Ketika itulah musuh menembakku dan aku terus membalas tembakan tersebut tapi musuh sempat melompat melarikan diri.  Jarakku dengan musuh lebih kurang 10 meter dari kedudukanku'. 

Panglima Markas Kor terus mengemukakan soalan terhadap Kpl Yusof. Katanya....'Kamu dengar tak kalau orang melompat di jarak 10 meter?' Soalan ini ku (Ghani) fikir harus ku jawab bagi mententeramkan keadaan. Dengan perasaan separuh berani, aku mengemukakan soalan terhadap Panglima Markas Kor. Kataku '....Dato', jika saya tembak musuh tadi, matilah Kapt Xxxx dalam kumpulan itu. Saya nak bergantung dengan siapa Dato'?' 

Panglima Markas Kor menjeling ke arahku, mungkin agaknya dia marah kerana soalan yang dikemukakan terhadap Kpl Yusof masih tidak berjawab. Kemudian beliau terus menyambung '...Orang melompat di jarak 10 meter kamu dengar tak?' Lantas aku terus menjawab '...Dengar Dato''. Beliau terdiam sejenak, mungkin sedang memikirkan pertanyaanku tadi. Akhirnya beliau berkata '...Orang habis juta-juta ringgit cari musuh. Kamu dapat musuh kamu lepas. U..L..S Komando'. Kemudian beliau bangun dan beredar dari kedudukannya, serta diiringi oleh pegawai-pegawai kanan yang mengikutinya.

U..L..S atau T.K G..A....begitulah yang aku dan rakan-rakanku terima setelah aku dan rakan-rakanku mempertarungkan nyawa menyelamatkan Kapt Xxxx. Sekiranya Kapt Xxxx Xxxxxx terbunuh dalam usaha menyelamatkannya tadi, sudah pasti komando dipersalahkan. Sebaliknya Kapt Xxxx selamat, komando juga dipersalahkan.

Sidang pembaca yang saya hormati, untuk memakai BERE HIJAU dan bergelar KOMANDO yang diiktirafkan, kami terpaksa menjalani kursus selama 2 bulan lebih, pelbagai derita yang kami tempuhi. Hanya orang-orang yang tabah sahaja dapat menghabiskan kursus yang penuh cabaran itu.

Aku menulis cerita ini sekadar untuk meluahkan perasaan yang terpendam agar ianya tidak menjadi trauma yang menghantui fikiran. Kepada Kapt Xxxx yang khabarnya telah berpangkat kolonel ketika cerita ini ku tulis, banyak-banyaklah bersyukur kepada Allah yang telah menyelamatkan nyawanya dalam peristiwa tersebut. Kalau ada kelapangan, carilah seorang demi seorang anggota KOMANDO yang terlibat dalam menyelamatkan nyawa tuan. Cuma 8 orang sahaja dan kini cuma tinggal 7orang lagi yang masih ada. Kerana baru-baru ini Kapt Muzaini telah pulang ke rahmatullah. marilah kita  MEMBACA AL-FATIHAH untuknya. AL-FATIHAH.~

Saya telah menghubungi Kol Xxxx  untuk mendapatkan cerita beliau. Kerana kesuntukan masa, tidak banyak maklumat yang dapat dicatatkan. Menurut beliau, insiden ini berlaku Ahad, Februari 1987, 2-3 hari sebelum Tahun Baru Cina. Beberapa keluarga telah pergi berkelah di Batu 16 Jalan Gombak, berhampiran dengan kuil Hindu. Itu sahaja yang dapat dicatatkan. Saya akan cuba mendapatkan cerita selanjutnya, insyaAllah. 


PW2 Haji Abdul Ghani....Saya tabik spring kepada Encik terhadap keikhlasan meluahkan apa yang terpendam dalam diri selama ini. Saya berbangga dengan semangat setiakawan/esprit de corps  anda yang tak berbelah bagi terhadap pasukan anda. Terima kasih.

Tuesday, September 6, 2011

ANTARA DARAH, MARUAH DAN PENGHARGAAN - BHG 1

Saya terima e-mel daripada PW2 Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Kadir (B), mantan 'X' Skuadron. Beliau menceritakan pengalaman dalam operasi menyelamatkan seorang pegawai tentera yang telah ditangkap oleh pengganas komunis ketika berkelah di Batu 16 Jalan Gombak (jalan lama). Saya hanya edit nama pegawai tersebut, yang lain-lain...as is where is.

PENULIS                         :Hj.Abdul Ghani bin Hj.Abdul Kadir
MULA BERKHIDMAT    :6Hb.Spt.1968
BERSARA                        :5Hb.Spt.1990
PANGKAT                    :PW 2
PASUKAN                    :REJIMEN GERAKHAS MALAYSIA

Selama lebih kurang 22 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia berbagai suka duka yang saya tempuhi membuatkan saya begitu berpengalaman dalam menghabiskan sisa-sisa hidup selepas bersara.
Masih terbayang jelas difikiran saya yang kini seolah-olah menjadi trauma apabila  saya kenang-kenangkan.
Banyak peristiwa,dan operasi yang saya ikuti,tapi tidak seperti operasi yang saya tempuhi ini.
Ianya sungguh meninggalkan kesan memberikan kenangan hingga ke hari ini.
Sudah lebih dari 20 tahun saya bersara dari Angkatan Tentera,tetapi peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan saya.
Kejadian berlaku pada tahun 1987. Ketika itu hanya 3 tahun lagi perkhidmatan yang akan saya jalankan bagi mencukupi 21 tahun persaraan wajib bagi seseorang tentera.
Satu gerakan pembersihan kawasan telah ditugaskan terhadap pasukan kami. Ianya bermula dari sebelah Ulu Selangor menuju ke Pahang.Saya dan ketua Sekuarden Mej. Damian Christoper Anak Dalang bersama-sama Kapt Muzaini Ssgt.Idris Sgt Md.Zain Lk.Yusof Tpr Zam Zam Tpr Zulkifli sebagai kumpulan tadbir.Kami ditempatkan di Bukit Cincin Genting Highland, bersama-sama askar WATANIAH yang menjaga kawasan tersebut.
Sebagai kumpulan TADBIR aku sentiasa mengawas pergerakan rakan-rakan hari demi hari. Aku sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.Bimbangkan rakan-rakan yang sedang menjalani gerakan,kalau-kalau bertempur dengan pengganas atau terpijak jerangkap samar yang merata-rata ditanam oleh pihak musuh.
Setelah 16 hari lebih kurang pasukanku menjalani gerakan pembersihan ,Aku masih ingat ketua sekuardenku menerima satu massage (BERITA) melalui anggota semboyan dari Markas Gerakan yang sentiasa memantau pergerakan kami.
Berita berbunyi demikian; Dua Pegawai Tentera telah ditangkap oleh PGK semasa berkelah di batu 16 Jalan Karak Highway.
Mej.Damian memanggil ku serta menunjukkan massage yang baru diterima  sabentar tadi.
Aku secara bergurau mengatakan sekejap lagi habislah Pegawai tu..taulah Pengganas, di Serawak dulu pun peristiwa begitu pernah terjadi. Tuan,dipotongnya kemaluan dan disumbat kedalam mulut dan macam-macam lagi penyiksaan yang dilakukan hingga mati. Aku menceritakan satu kisah yang serupa terjadi di Serawak dulu.
Lebih kurang 10 minit berselang dari penerimaan massage yang pertama ,datang lagi satu massage yang berbunyi `` Anda dikehendaki menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekali pun’’.
Ternyata markas gerakan telah dapat mengesan kumpulan kami yang kini sedang menjalani gerakan,itulah sebabnya massage ditujukan khas kepada kumpulan kami yang berada diBukit Cincin Genting Highland.
Dengan tidak melengahkan masa, Ketua Sekuardenku, Mej.Damian memanggil aku dan Kapt Muzaini untuk membahagi-bahagikan anggota yang hanya ada 8 orang sahaja kepada 2 kumpulan iaitu 4 orang satu kumpulan.
Satelah berkemas menyiapkan peralatan dan senjata serta mendengar taklimat ringkas aku dan kumpulan terus menaiki 2 buah LandRover menuju ketempat yang diarahkan.
Jam ketika itu baru 2.30 petang.
Ketika berada didalam LandRover, puas aku memikirkan bagaimana pegawai itu ditangkap oleh Pengganas, bagaimana keadaannya sekarang berada didalam rumah, terikat atau bagaimana?
Bukan satu tugas yang mudah untuk menyelamatkan seseorang tawanan jika berada ditempat yang tidak menentu ,maksudku dihutan lainlah kalau didalam bangunan,segala tumpuan kita terhadap bangunan tersebut sahaja.
Lebih kurang setengah jam perjalanan kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Pergerakanku agak laju kerana perjalanan menurun bukit.
Sesampai sahaja aku ditempat kejadian kami berpecah dua ,kumpulan satu diketuai oleh
Mej.Damian,terdiri dari aku sendiri dan Tpr  Zam Zam Tpr Zulkifli.
Manakala kumpulan kedua diPimpin oleh Kapt.Muzaini anggotanya terdiri Sgt Md.Zain kpl\
 Yusof dan SSgt Idris Q-Skn.
Kumpulanku menaiki bukit yang menghala ke sasaran ,manakala kumpulan Kapt Muzaini
Bergera kasebelah  kiri kami bagi mengawasi jika sekiranya ada pihak musuh yang sedang
Menahan Kapt Xxxx .
Kumpulan kami yang diketui oleh Mej.Damian bergerak perlahan menuju ke sasaran , apabila
sampai sahaja di pertengahan bukit. Mej.Damian memberitahu Tpr Zam Zam yang beliau akan
Balik semula kebawah (tempat permulaan) untuk menunggu pasukan 8 Melayu Diraja yang
akan datang membantu,Berita ini disampaikan oleh Tpr Zam Zam kepadaku atas perintah Mej
Damian. Aku bergerak lagi kedepan lebih kurang 10 langkah ,aku terpaksa merangkak oleh
kerana dihadapanku tiada apa-apa perlindungan lagi.
Alangkah terkejutnya aku apabila terpandang 5 orang Pengganas,terdiri daripada 2 Perempuan dan 3 lelaki sedang  mengacu sesuatu terhadap Kapt Xxxx.

Bersambung...

Sunday, September 4, 2011

Di mana Ada Kemahuan....

Saya tabik spring kepada Saudara Jamal Md Yunus di atas kejayaannya sebagai seorang usahawan sepertimana yang dilaporkan.....

Para penganggur termasuk siswazah...Mengapa tidak jadikan pengalaman usahawan ini sebagai ikon untuk berjaya dalam kehidupan sementara ini? Lihat, walaupun tanpa segolong kertas daripada mana-mana IPT sekali pun, beliau berjaya memiliki kereta idaman kebanyakan penghuni negara, termasuk saya. Teringin juga nak memandu Ferrari...He...He...He.

Kalau beliau boleh berjaya....Mengapa anda tidak? Apa gunanya ilmu yang ditimba di IPT sekiranya tidak dipraktikkan? Segolong kertas itu tidak menjamin apa-apa sekarang ini, kecuali kelulusan tertentu sahaja seperti doktor. 

Saya melanggan akhbar di sebuah kios berhampiran dengan rumah....


Terfikir juga mengapa sipenjual, seorang perempuan, hanya menjual surat akhbar sahaja. Saya perhatikan beliau berada di lokasi mulai jam 0730 hingga 1100, ada kalanya sehingga jam 1230. Beliau masih menjual sehari sebelum Hari Raya dan buka semula pada Raya ke-3. Apabila ditanya tentang komisyen, beliau memaklumkan beliau diberi antara 15-20 sen (20 sen untuk hari minggu) bagi setiap akhbar yang dijual.  Jumlah akhbar diterima daripada pengedar tidak sampai 100 naskah pada hari berkerja: hanya hari minggu melebihi 100 naskah.  Andaikan purata jualan 100 naskah sehari dan komisyen 15 sen, ini bermakna pendapatan sehari ialah RM15.00. Jawapan kepada soalan saya mengapa tidak menjual kuih-muih dan nasi lemak ialah nanti pemilik kios di sebelah akan marah kerana warong mereka menjual makanan dan minuman. Mengapa tidak pindah ke lokasi lain? Susah...Ini hanya seronok-seronok saja kerana suami  mempunyai kedai di Taman Serina yang turut menjual akhbar. Jadi, shut-up sajalah dan tiada lagilah nak jadi Pak Penyebuk.

Para penganggur yang masih mencari pekerjaan....Semunya terpulang kepada anda untuk menentukan arah haluan yang anda kehendaki. Susah-senang hanya anda yang akan tanggung...Tepuk dada tanya selera.