Followers

Saturday, October 23, 2010

Jerangkap Samar (Booby Trap)..Bhg 4

Pembaca...Apabila isteri saya membaca coretan berkaitan dengan jerangkap samar di sini, beliau telah bertanya bagaimana wire, bateri, dan sebagainya boleh membunuh atau pun mencedera warga tentera kita? Inilah masalah saya...menganggap semua pembaca tahu apa saya yang maksudkan. Beliau memang betul...yang terpapar dalam gambar adalah'mekanisma' sahaja, bukan bahan yang membinasakan. Justeru, hantarlah e-mel kepada Mej Baharudin Noryat untuk bantuan. Hasilnya...

Bahan logam, seperti 'ball bearing', serpihan besi, dll, yang membawa kecelakaan kepada mereka yang malang...

Nota: Tak reti nak 'copy & paste', jadi 'photostat & paste'. Asyik-asyik nak minta tolong saudara Katon Tin-Ton...malu. Ini yang dikatakan 'bodoh sombong'...He...He...He.

Bagaimana warga RAJD mengesannya? Macam kita tengok filem yang memaparkan keperwiraan tentera 'Uncle Sam' di Vietnam (tapi kalah juga) dululah. Diantaranya alatan yang digunakan ialah...

               
mine detector                   &                             prodder

Warga RAJD terbabit dikehendaki menjalani latihan bagi memahirkan diri dengan peralatan tersebut...                                

Latihan mengguna mine detector..


...dan prodder

...sebelum menghadapi tugas yang sungguh mencabar di kawasan operasi....


Jika silap langkah...jadilah seperti ini....Innalillahiwainnailaihirojiun. Maha Pencipta mengambil balik hak ciptaanNya..
Mejar Baharudin Noryat...Terima kasih.

3 comments:

basri bin omar said...

Salam Tuan dan Mej Baha!

Tk paparan tu....memang matlamat utama JS untuk mencederakan bukan membunuh TAPI jika terbunuh bonus!
Terkenang akan rakan2 yang tercedera hingga membawa MAUT...pun ada yang masih hidup tapi hilang penglihatan antaranya Kpl Sham xRAJD dan Lt Kol Dr Syed Othman(Bersara).
Alfatihah!buat Roh2 mereka..moga2 Allah mencucuri RahmatNya,Insyaallah!

Mej Baharudin Noryat said...

Salam tuan dan Kol Basri.

Semoga tuan berdua di dalam kerahmatan dan kesihatan drp Allah SWT. Terima kasih kembali kepada tuan Nor Ibrahim. Memang itulah matlamat kita untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang JS dan bagaimanana pengorbanan parajurit tanah air pada masa lalu supaya mereka lebih dihargai bukan untuk mengejar nama dan kedudukan cuma jasa itu dihargai jangan sehingga langsung tidak didendangkan dan lupus ditelan zaman dan langsung tidak diketahui oleh generasi pada tahunx mendatang tk.

Katon Tin Ton said...

alah tuan

saya free ja, nak minta tlg apa2 sila sms, call, email. I'm ready