Followers

Friday, October 29, 2010

Pusara Pahlawan Negara...Terkini

Pembaca...Hasil coretan saya berkaitan dengan cadangan agar kerajaan mewujudkan Pusara Pahlawan Negara di sini dan ini (juga di bawah label 'War Memorial'), squad-mate saya, Lt Kol Robert Rizal Abdullah PGB, telah mengadakan satu mesyuarat yang dihadiri oleh ahli Persatuan SP & PGB. Hasil mesyuarat boleh dibaca di sini.

Ketika perbualan kami melalui talifon sebelum beliau pergi ke KL untuk mesyuarat tersebut, saya telah mencadangkan kepada beliau bahawa Pusara, sekiranya dipersetujui dan seterusnya dilaksanakan, tidak terhad hanya kepada penerima anugerah SP & PGB sahaja. Saya berpandangan, semua mereka yang terkorban - KIA (Killed In Action) - layak disemadikan di Pusara tersebut. Pada saya, mereka yang terkorban ketika mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, termasuk isteri-isteri yang turut berjuang, adalah wira negara. Sama juga mereka yang terkorban angkara jerangkap samar, serang hendap atau bertempur dengan musuh. Takrif 'musuh' tidak dihadkan kepada pengganas komunis sahaja. Mereka yang KIA ketika bertugas dibawah bendera PBB...bukannya kerana insiden seperti kemalangan jalan raya. Insiden seperti   operasi  menyelamatkan anak kapal 'Blackhawk' di pasar Bakara, Somali, yang mengorbankan arwah Koperal Mat Aznan. Arwah pasti  layak disemadikan di Pusara yang dalam perancangan kerana beliau telah dianugerahkan SP.

Ini hanyalah pandangan seorang mejar pencen yang cuba mendendangkan wira-wira yang telah luput dimamah zaman. Sekarang....tunggu dan lihat sajalah!!

No comments: