Followers

Saturday, October 16, 2010

Oktober...Bulan Bahasa Kebangsaan

Pembaca...Masih kisah coretan ini tapi anda mesti 'klik' kat  u-tube untuk menghayati coretan seterusnya.

Menara Kawalan Alor Setar: '9 Mike November India Sierra ...Clear to land runway 22, wind light and variable'. (Maksudnya mendarat dengan arah landasan terbang 220*).(NIS=Nor Ibrahim Sulaiman. Itu pendaftaran helikopter AS 365 Dauphin peribadi saya....dalam mimpi..He...He...He).

Ketika 'final' untuk mendarat, sekiranya pilot tak nampak tulisan .....



...pilot tersebut mesti membuat pemeriksaan mata kerana mana mungkin tak boleh nampak tulisan yang terpampang sebesar itu....mustahil!! 

Kalau depa tak nampak tulisan....


...bolehlah dimaafkan kerana ianya 'tersorok' di Jalan Hutan Kampung.

Bukan sekadar itu sahaja, malah kenderaan Perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia ini dengan bangganya mengagungkan bahasa asing...

 Bukan sahaja di belakang, malah di kedua-dua pintu hadapan kenderaan 

Gomen sekarang telah mengisytiharkan bulan Oktober sebagai "BULAN BAHASA KEBANGSAAN" dan sekarang anda semua sudah pasti terdengar lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' di tv dan radio. Sedih...sungguh sedih...Masih ada agensi kerajaan yang begitu berat untuk menjayakan usaha kerajaan memertabatkan bahasa rasmi negara Malaysia yang tercinta ini!! Lagi sekali saya ulangi, saya tidak sama sekali mengatakan kita perlu mengenepikan bahasa Inggeris, apa yang saya pertikaikan ialah Bahasa Kebangsaan MESTI diguna oleh agensi kerajaan. Saya sendiri masih mengguna bahasa 'London' walaupun 'nahunya' berterabur. 

Mungkin 'AIR FORCE' sentiasa berurusan dengan negara asing, justeru, memang justifikasi mereka sentiasa mengguna bahasa antarabangsa. Tapi heran juga...Perancis sungguh bangga dengan bahasanya, Armée de l'Air (ALA, literally Army of the Airatau Germany dengan Luftwaffe  (German IPA ['luftvafə]) is a generic German term for an air force).  Mungkin kedua-dua negara tersebut masih tinggal kebelakang kerana masih mundur agaknya! Atau adakah ini permulaan proses yang Tentera Udara (tak janggal pun bunyinya) laung-laungkan'Air Force...The Next Generation'?

Tak tahulah saya...Siapa lagi yang nak dipertanggungjawabkan bagi memperkasakan bahasa kebangsaan kita kalau tidak kita sendiri! Mujurlah ada Organisasi Bukan Kerajaan seperti Perkasa yang melobi penggunaan bahasa kita ini. Kalau ada masa, sila baca Utusan Online di sini. 

Pembuat dasar Tentera Udara...Fikir-fikirkanlah....!

'CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA...BAHASA JIWA BANGSA'

8 comments:

Anonymous said...

Maj,
PAT, PTU dan semua general dalam TUDM tu ada jiwa bangsa ke?
Mereka tu cakap orang putih pun tak betul perasan sahaja -ehmmm Air Force Next Generation!
Gua bilang da..."out of sight..out of mind" I bet you among the generals and some senior officers in the RMAF instead of looking very positive on the issue highlighted but they are talking bad about the person and thinking it is "remeh temeh".
You chose to be in the Air Force once upon a time and surely you know the quality of the No 1 Airman in the country and bet you that you even know the current No 1 soldier of Malaysia. But as you have said " belum cuba belum tahu" so I tabik you lah Maj.
Alahai... General angkatan tentera yang berpakaian seragam Biru. Bila nak sedar!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Saya tak kisah sama ada depa nak kutuk saya. Mungkin pada 'Air Force' Patriotism tak semestinya mengguna bahasa Kebangsaan (isu remeh-temeh)...tak ada standard! Patriotism ialah 'Defending nation's airspace'(air display & crashes).

Anonymous said...

Menarik juga posting tuan kali ini. Tambahan dengan persekitaran di mana bahasa slanga dan rojak campur lebih mudah dituturkan dalam filem, drama, malah mempengaruhi generasi muda sehingga jiwa bahasa Melayu makin lenyap. Di mana kredibilitinya bangsa Melayu, pejuang bahasa dan bangsa, pemikir politik malah orang yang berkuasa menggubal undang-undang.
Adakah kita tidak global bila ungkapan KLCC, SACC, KL Sentral, Pavillion dan segala macam penjajahan bahasa yang terang-terang berlaku.
Apa pula fungsi dan peranan DBP, majlis perbandaran yang rata-ratanya orang kita. Siapa lagi nak pertahan bahasa kita kalau bukan orang kita. Jangan nanti bila kuasa sudah hilang, baru tepuk dahi..kenapa aku tak buat itu ini begitu begini. Ketika itu..nasi sudah menjadi bubur.

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Entahlah...kita ni memang Rojak kot? Teringat saya masa p ikut Rombongan STAROBA ke negara Brunei Darussalam bulan Syaaban 1430 dulu ...Semua Iklan bahasa Melayu ...Tulisan Jawi diatas dan Tulisan Rumi di bawah!!!!!Apa macam,any comment? If there is a WILL,there is A WAY!

Tak PERLU cakap banyak2,BUAT sahaja!

nasrul79 said...

Saya benar-benar tidak setuju dengan beberapa penggunaan bahasa ingeris didalam motto kerajaan, saya masih ingat motto TUDM baru-baru ini 'Air Force...The Next Generation'. sedih masih ada sebilangan pegawai memandang remeh perkara ini diharapkan para pegawai tentera tidak memandang remeh perkara ini, mungkin kerana sebelum ini ramai pegawai tinggi sekarang adalah anak didik dan terbiasa dengan suasana inggeris ketika mereka masih muda ketika dahulu, diharapkan para pegawai muda terutamanya di KTU, UPNM, atau para pegawai terlatih yang tersedia terlatih di Malaysia tidak terikut rentak pegawai atasan ini suatu hari nanti, pssttt..... Suka tulisan ust Rhiduan Tee... (malu anak bukan melayu menulis artikel yang berjiwa sayangkan bahasa kebangsaan ini, maaf inilah bezanya mereka yang mengaku patriotik tapi tertipu dengan semangat patriotik, ambillah islam sebagai semangat utama nescaya isnyaallah kita tidak akan tertipu dengan isme isme yang lain.)

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous, Basri & nasrul79,

Tentang 'Air Force'...hanya sejak kebelakangan ini perkhidmatan tersebut mengagungkan bahasa Inggeris. Dulu tak sehingga tahap ini.

Nota Fikir said...

Paling sedih ialah bila lihat orang Melayu masih tak fasih berbahasa Melayu dengan betul - masih lagi berbangga menggunakan bahasa negeri asal masing2 - bersikap kenegerian yang tinggi / taksub dengan hidup cara berpuak2.
Amat sedih juga bila bangsa2 lain fasih berbahasa Inggeris tetapi tidak fasih berbahasa Melayu @ Malaysia walaupun sudah lebih 20 tahun dilahirkan di Malaysia; amat memalukan, jijik dan tak baik untuk slogan - 1Malaysia.

nasrul79 said...

Maaf Mejar, betul dulu tak macam ni! hairan jugak. mintaklah mana-mana pegawai didalam tu jengok-jengoklah sikit.