Followers

Tuesday, October 5, 2010

Jerangkap Samar (Booby Trap)..Bhg 2

Sambungan dari sini...

Selain daripada jerangkap samar yang menggunakan arus kuasa bateri yang mungkin
daya tahan akan hilang dalam tempoh tertentu dan mungkin sukar untuk diperolehi
dalam kuantiti yang besar, PGK juga menggunakan perangkap artificial yang lebih
ringkas, mudah dengan menggunakan sumber tempatan yang senang diperolehi tetapi
berkesan iaitu ranjau atau punjis.



Suis‐suis jerangkap samar berasaskan kefungsian elektrik yang diubahsuai mengikut citarasa pereka dalam pelbagai fungsi.

Ranjau jenis ini digunakan tentera Vietcong semasa menentang tentera Amerika dan
digunakan juga oleh PGK.

RAJD sebagai Rejimen Bantuan Tempur Tentera Darat, banyak membantu dalam operasi-operasi menentang insurgensi komunis. Penglibatan utama RAJD dalam operasi-operasi ini adalah membersih/memusnahkan jerangkap samar, membina tapak pendaratan helikopter di samping membina penempatan-penempatan rakyat di kawasan-kawasan tertentu sebagai operasi gerak saraf bagi mengelak rakyat memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya(PKM). Antara operasi utama yang disertai oleh RAJD merangkumi:

Op Naga
Op Kota
Op Cahaya Bena I dan II
Op Selamat Sawadee
Op Daoyai Musnah I dan II
Op Seri Aman
Op Indera
Op Ukur
Op Pagar
Op Gerakan Sedar
Op Gerakan 802
Op Setia Khas
Op Tak Sin
Op Gubir

Operasi Naga dilancarkan pada tahun 1976-1977 adalah salah satu operasi dalaman. RAJD terlibat secara aktif menanam jerangkap samar (askar tanam ubi) bagi mengekang pengganas komunis menggunakan sesuatu kawasan. Telah dilaksanakan di Negeri Perak dan Kedah bersempadankan Thailand.

Operasi Kota dilancarkan oleh Tentera Darat pada 21 Februari 1968. Meliputi kawasan
perbatasan dari Negeri Perlis ke Kelantan. Beberapa operasi khas lain telah dilancarkan merangkumi Op Tedung, Op Banding dan Op Gubir. Kesemua operasi ini telah melibatkan terup RAJD terutama dalam kegiatan membersih/memusnahkan jerangkap samar pengganas komunis (PGK).

Operasi Daoyai Musnah I - Merupakan operasi gabungan bersama Royal Thai Army. Dilancarkan pada 14 Januari 1977. Terup RAJD turut terlibat dalam operasi ini. Dilaksanakan di kawasan Sadao, selatan Thailand. Operasi ini disusuli Op Daoyai Musnah II bagi meneruskan kecemerlangan Op Daoyai Musnah I.

Operasi Selamat Sawadee - Dilaksanakan di kawasan Betong di Selatan Thailand. Dilancarkan pada tahun 1978. Manakala Op Cahaya Bena I dan II pula adalah operasi bersama yang dilancarkan di sekitar kawasan Weang. Pengganas Komunis di sekitar Selatan Thailand agak kreatif dalam membuat jerangkap samar berbanding di kawasan lain, ini mungkin disebabkan mereka mendapat ‘teknologi’ dari Vietnam yang amat terkenal dengan pembikinan jerangkap samar buatan sendiri ketika itu. Anggota RAJD sentiasa terus mendalami ilmu dan kemahiran mengenai pembaharuan yang berlaku dalam bidang pembersihan/pemusnahan
jerangkap samar.

Di Sarawak, RAJD terlibat dalam Op Seri Aman bagi menentang kegiatan pengganas
yang diterajui oleh Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU). Pasukan-pasukan RAJD
di bawah perintah Markas RAJD 1 Div bersama-sama dengan unit-unit Tentera Darat
lain telah bekerjasama menjayakan operasi ini.



Bersambung...

11 comments:

Nota Fikir said...

Gerun betul saya tengok jerangkap samar tu, macam ranjau...Kalau terkena alangkah sakitnya dan memang tersiksa agak lama didalam tu sampai datangnya ajal.
Alangkah zalimnya pengganas Komunis ni......
Inilah akibatnya pemikiran anggota komunis yang terpesong jauh akibat terpengaruh ideologi sesat hingga sanggup membunuh anggota keselamatan kita, tanpa rasah bersalah.
Agak2 nya komunis ni sepatutnya digelar pengkhianat negara!

Mej Baharudin Noryat said...

Salam kepada Nota fikir, saya rasa awak baru tengok dalam gambar aje, kalau tengok dengan mata kepada sendiri lagi mengerikan, nantikanlah dalam Part 3, insyaAllah Mej Nor Ibrahim akan memaparkan akibat jerangkap samar yang telah meragut ramai nyawa pasukan keselamatan dan yang tercerdera kekal hingga kehari ini demi mempertahankan agama, bangsa dan negara tercinta. Mungkin sekarang mereka telah dilupakan, mereka sepi dan menyendiri...... tapi tak mengapa ianya adalah sumbangan bakti perwira negara berpantang undur sebelum ajal... memang mereka itu pengkhianat negara yang tidak dapat memikirkan mana yang terbaik untuk kesejahteraan sejagat.

FMZam said...

Salam tuan,

Setinggi perhargaan kepada Mejar Baharudin Noryat, kurator Museum RAJD, yang sudi menyumbang artikel tentang Jerangkap Samar (JS) untuk tatapan para pembaca blog ini tentang serba ringkas tugas pasukan jurutera tentera dalam menangani JS dalam waktu peperangan bukan konvensional menentang ancaman kominis di negara ini.

Perlu diingat bahawa walau apa saja senjata buatan manusia, semuanya tidak mengenal kawan atau lawan, maka begitu jugalah dengan JS dan perangkap punji, bila kita kata PGK tidak berhati perut sanggup menggunakannya, maka kita juga sama seperti mereka bila masa kita juga menggunakannya, semuanya atas nama PERANG! Yang penting kita dapat ilmu pengetahuan tentang membuat JS bukan sahaja untuk menangani senjata ini malah menggunakannya kepada musuh kita bila kita berPERANG. Jadi tidak timbul soal berhati perut atau tidak, kerana PERANG itu memang kejam, kalau tak kejam itu bukan PERANG namanya.

Kita bernasib baik kerana kominis yang kita lawan dulu tidak berpeluang mendapat periuk api (mines), kalau tidak pasti negara kita mungkin jadi seperti Kampuchea dan Vietnam atau di negara2 di Benua Afrika dan Asia Barat, Negara2 Teluk dan Timur Tengah, dimana berjuta periuk api yang ditanam sewaktu perang sehingga sekarang masih merupakan ancaman dan masih banyak kawasan negara2 itu yang belum dapat dibersihkan dari periuk api. Jangkahayat periuk api konvensional adalah jauh lebih lama dari JS. Hingga saat ini pun masih ada syarikat2 awam yang diupah oleh United Nation yang kerjanya mencari dan membersih mana2 kawasan2 perang diseluruh dunia dari ancaman periuk api dan UXO (unexploded ordnance) peninggalan perang yang jumlahnya dianggarkan mencecah puluhan juta.

Kita tak akan tau bila sampai waktunya bila kita juga perlu berlaku seperti PGK, bila kita perlu berPERANG mempertahankan negara kita dari musuh, maka segala ilmu pengetahuan membuat senjata JS ini pasti ada gunanya. Perkataan JS atau Boobytrap mungkin sudah agak lapuk dengan teknologi yang semakin berkembang pesat dimana perkataan JS yang lebih menggerunkan sekarang ini adalah yang dulu kita kenal sebagai IED (Improvised Explosive Device), yang sekarang semakin bertambah canggih (sebenarnya JS adalah sejenis IED - prototype).

Bila dalam PERANG nanti, bila tiada rotan akar pun berguna, JS bila2 pun mampu menjadi akar itu. Jadi diharap pihak RAJD perkasakanlah pengetahuan tentang JS ini ketahap yang sejajar dengan teknologi terkini, jangan hanya tinggal dengan pengetahuan lapuk sahaja.

Salam.

Mej Baharudin Noryat said...

Salam dan tk Tuan Fauzi, apa khabar tuan, tk atas ingatan tuan, saya amat tertarik dengan komen tuan dan saya amat menghargainya. Tuan mungkin kurang mengenali saya tetapi saya amat mengenali tuan kerana tuan adalah pegawai atasan saya pada satu ketika ketika saya mula berkhidmat di 7 Skn Jurutera dimana oc ketika itu ialah Mej Rashid Anjang Saat. Ketika itu saya hanya seorang sapper di bawah jagaan Kapt Razali Omar.

Rasanya tuan masih ingat dalam tahun 1977 gugurnya kawan kita Allhyarham Kpl Dorashid dan Spr Makun semua ini adalah angkara jerangkap samar.

Tuan juga pernah memangku jawatan Ketua Jurulatih kalau tak silap saya semasa saya hadir jurutera tempur kelas 1.

Memang saya akui pelajaran JS agak lapuk tetapi ianya amat berguna dalam peperangan secara gerilla. InsyaAllah pembelajaran ini telah lebih moden untuk makluman Yang Berbahagia tuan, tuan amat di alu-alukan untuk berkunjung ke IKEM (down memories land)kerana saya adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembelajaran tersebut termasuk IED/EOD dan NBC. Tk sekali lagi dan kalau tuan nak datang ke IKEM jangan lupa bawa sahabat baik tuan Lt Kol Basri Omar PGB yang juga merupakan teman baik saya dan bekas Komandan saya. Wassalam.

FMZam said...

Salam Mejar Baharudin,

Dua anggota terup saya Allahyarham Kpl Derased dan Spr Midon (bukan Dorashid dan Makun) yang didalam kumpulan Lt Ali Gajah (sekarang Kol) adalah korban pertama JS sewaktu membuat tugas membersih kem musuh. Mengikut laporan, mereka sedang membuka almari di dapur kem tersebut bila letupan kuat berlaku dan membunuh kedua2 mereka. Pintu almari itu merupakan suis yang melengkapkan litar JS yang dipasang musuh. Begitulah kepelbagaian suis2 JS hasil kepintaran otak manusia untuk memerangkap mangsa. Alfatihah untuk kedua2 arwah.

Maaf saya tidak ingat tuan tapi saya ingat Ketua Terup tuan (Terup No.4)waktu itu dan pasukan kita 7 Skn Medan Jurutera adalah satu2nya Skn Jurutera yang mempunyai 4 terup medan sedangkan Skn2 lain hanya 3 sahaja. Sebabnya kerana 7 Skn diperkuatkan untuk menjadi Skn jurutera yang paling kerap dihantar ke hutan untuk tugas operasi di sempadan.

Saya bangga tuan telah meningkat naik dalam kerjaya dari seorang Sapper kepada seorang Mejar, itu satu pencapaian yang jarang berlaku dan hanya berlaku kepada seorang LLP yang berwibawa dan berazam kuat seperti tuan, syabas saya ucapkan. Terima kasih atas ingatan tuan terhadap saya dan juga jemputan tuan itu, Insya Allah saya pun memang dah lama tak ke Keluang.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara semua,

Terima kasih. Memang benar apa yang saudara FMZam katakan tentang kecelakaan yang menimpa arwah Kpl Derased & Spr Midon. Saya mendengar cerita itu sendiri daripada En Mohsain, xjururadio tekita bertemu beliau di Haji Ramli Nasi Kandar. Beliau berada di kem tersebut ketika kejadian berlaku. Insiden berlaku di waktu pagi dan pada hari yang sama, FOO pula kena JS. Saya telah membuat 2 penerbangan ke AS untuk menghantar kesemua bodivacs dan casevacs pada hari tersebut.

Anonymous said...

nor,

...pls check out with the police field force on ops bamboo whereby many incidents with booby traps were involved plus the RMAF choppers coming in and out almost on a daily basis in support.
...try contacting Capt Lim Tow Liang on the incident whereby someone stepped on a boody trap infront of him while walking from the LP to the captured CT camp near Ulu Kinta jungle. I was there a day ahead too and walked pass the booby traps with some senior officers, guess we were just lucky or kept within the safe limits. I followed their foot steps along the way to the camp. This incident was after one of the police inspector was shot and killed at short range by the CTs. This camp was within the Ulu Kinta Police Field Force camp area too. Darm too close, i must say !. The CTs even has a dug-in shooting range at their camp site !!!! if i can remember correctly.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Sharif,

That's very interesting. You know Lim's phone #?

Anonymous said...

Cuti baru saya sempat berbual dgn bapa saudara saya semasa beliau di 6 jurutera.Dia telah diberi pilihan samada mengikuti operasi bersama arwah derasid dan midon atau kursus dikluang selama 1 thn.Maklum bls dri kwn yang pergi operasi memang teruk,byk jerangkap samar.Tapi kursus pula RSM garang pula, ptg silap ashik nak charge je.akhirnya dia pilih pg kursus.

Dia juga sempat mengiringi jenazah spr midon ke batu pahat utk pengkebumian.Sedih masa tu sebab kubur penuh dgn air kerana keadaan tanah gambut.Alfatihah.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Saya yang mengambil jenazah Sapper Derasid dan Sapper Midon dari dalam hutan melalui kaedah 'winching'. Syukur Alhamdulillah sekurang-kurangnya ramai yang mula mengetahui peranan yang dimainkan oleh pasukan seperti RAJD, Meriam, selain infantri.

mohamed jamil said...

1977, saya di tingkatan 4...dan 1 jan 1980, saya ikuti lat rikrut di 7 skn jutra di bawah Lt Rahim da oc, Mej Rashid...kem lengang kerana semua anggota ke perbatasan, kami sebagai rikrut tak tau apa, cuma nampak trak dan treler air bersimpang-siur...sjn munusamy, mat siam jadi jurulatih kami. Saya bernasib baik sebab latihan jadi askar hanya 4 bulan, elaun rm120. Tahun 1999, saya berkhidmat di 7 Skn RAJD sebagai Ketua Tp di Terup Pertama dan selalu buat semak stok peralatan lama unit. Kenangan menimbau kembali kisah tuan-tuan semasa operasi tahun 1977...