Followers

Wednesday, October 27, 2010

Tidak Tahu Mengalah

Pembaca...Ini gambar pesawat Nuri, FM1725, dengan Kapten (U) KL Chong sebagai kapten, yang telah ditembak oleh pengganas komunis ketika cuba mengambil casevac 6 RAMD, Prebet Majenin, pada 16 Ogos 1978 ketika Ops Selamat Sawadee. Beliau tercedera ketika anggota Kompeni D bertembung dengan musuh. Dalam percubaan Kapten (U) Chong untuk mengambil casevac tersebut, seorang warga ART, Lans Koperal Ismail, telah terkorban dalam FM1725 (sila imbas coretan ini). 

Kol (U) Fauzi menunjukkan kesan peluru kepada Brig Jen (U) Mohd Ngah

Bersama Panglima 2 Bde, Brig Jen Daud (3 dari kiri) dan juruterbang Tebuan




Cermin hadapan turut terkena tembakan

Kehadiran juruterbang Tebuan adalah untuk mengebom kawasan yang telah dikenalpasti keesokan hari sebelum Kapten (U) Chong terbang semula ke LP untuk mengambil Prebet Majenin. Memetik sms seorang Ketua UCIS 6 RAMD yang berada di Kroh ketika itu '...The next day, a massive coordinated covering/defensive fire of pl/coy support weapons incl mortars, arty, alouette gunships and FGAs' was launched within perimeter and general area of LP. The mission was succcessful'. 

Nota: Sehingga sekarang tiada sebarang respons dari pihak TDM terhadap permohonan saya di sini. Apa nak dikatakan...itu hak mereka!!

Saudara Xxx Xxxxxxx...Terima kasih. 

10 comments:

FMZam said...

Salam tuan,

Tu sape tu yang pakai sandal dan pegang tongkat? penghulu Kem Kroh ke? macam pernah jumpa je?

Anonymous said...

Saudara FMZam!
Aisay man! memang pernah jumpa brother... zaman tu kalau kat kroh wow! itu lah hero.
Hahhahahah terkenang semasa dulu buat operasi di Pangkalan Hulu tetapi yang mengemudi ATM sekarang pada zaman tu jadi Air Traffic Controller je dan duduk dalam bilek sejuk sebab tu lah dia tak tahu pe pe pun apa pengorbanan anggota tentera dalam operasi tersebut.
Ia lah, apa nak di katakan...hak mereka.

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Melihat kepada sejarah kepenggunaan Nuri ni, memamg saya salute kepada mereka-mereka yg terlibat secara langsung bagi memastikan work-horse ni masih terbang hingga sekarang.

Dah cukup edah, haul dan nisab utk perkhidmatan Nuri ni ditamatkan dan digantikan dengan yang baru demi keselamatan anggota ATM. Pemimpin pun dok guna jugak time org kalut nak buat rescue banjir, sibuk depa nak melawat kawasan.

Cuma, proses pembelian yg baru tu, jangan sampai dilihat punya ler gila harganya sampai ramai yg bangkang. Elok ditanya pada para pilot heli yg berkenaan tu dan mereka2 yg menggunakannya secara langsung, model, spesifikasi apa yg sesuai, jgn main hentam saja demi komisyen yg tinggi.

Puak-puak punk-5 ni pun bukan tau sangat pasai heli sekalipun dari TUDM. Jenis kaki hangguk ajer.

p/s: Lt Khaidir TLDM, betui la tuuu...

Anonymous said...

FmZam,
masakan tak pernah jumpa....jeneral ada sayap para tuu. Brig Jen Daud.
Kroh oh Kroh. Sungguh nostalgik.
Tuan Nor,terima kasih

Katon Tin Ton said...

dgr cerita NURI nak di upgrade

Anonymous said...

salam tuan,

nk tye skit leh tak...apa perbezaan di antara medevac dgn casevac..sy tak brp pasti maksud dan perbezaan kedua terma tersebut..mohon pihak tuan menjelaskan...TQ


Lt Khaidir

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Lt Khaidir,

Dengan perkataan mudah, 'medevac (medical evacuation)' bererti anggota yang sakit, seperti demam, dipatuk ular, sakit gigi, dll. 'Casevac (casualty evacuation)' melibatkan anggota yang tercedera disebabkan terkena jerangkap samar atau cedera akibat bertempur dengan musuh. 'Bodevac (body evacuation)' pula mengeluarkan mereka yang terkorban.

Anonymous said...

Salam tuan,

terima kasih di atas penjelasan dr tuan..sblm selalu dgr term medevac dan casevac tp tak tau apa perbezaan dia...bile tye org2 senior lak depa kata benda yg sama iaitu angkat org sakit...


Lt Khaidir

Anonymous said...

Salam tuan,

Terima kasih dengan perkongsian maklumat daripada tuan. Sama seperti yang saya alami, bila bertanyakan yang "senior2"..jawapannya adalah sama je maksud smua tu (yg ditanyakan tn khaidir).tetapi dengan penjelasan daripada tuan dapat saya membezakan jawapan daripada "seorang yang berpengalaman tapi tak ada pengetahuan" dan jawapan daripada "seorang yang berpengalaman (pernah berada pada situasi itu) dan ada pengetahuan yang luas"... hmmm...macam mana la nasib anak bangsa kita nnti...

:shah

Anonymous said...

shah.
depa memang senior , senior dalam perkhitmatan bukan dalam pengalaman.
Peace time soldering, membodek is the game.