Pengikut

Selasa, 28 Jun 2011

SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN - BHG 2

Sambungan dari coretan ini....

Sebagai seorang pegawai muda, saya ditugaskan di 'B' Squadron, 1st Recce Regt, yang 'Squadron Leader'nya  ialah Major N. H Seibel PGB. Skuadron kami diarahkan bertugas untuk ketenteraman awam (Public Order) di sekitar Kuala Lumpur sewaktu peristiwa berdarah 13hb Mei 1969. Skuadron saya turut terlibat dalam  operasi membendung tragedi  berdarah tersebut. Memadailah saya katakan...amatlah dahsyat sekali! Selaku rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama, haruslah menjauhkan peristiwa berdarah seperti ini berulang lagi demi kemakmuran dan keamanan Negara kita yang tercinta ini.


Dari Kuala Lumpur, saya telah ditempatkan di Masjid Tanah Melaka bersama Skuadron yang sama. Selepas itu, saya telah ditumpangkan ke Skuadron Bantuan, 1 Peninjau DiRaja di bawah Ketua Squadron, Captain Ariff Ali (Major General Dato Ariff Ali), yang bertempat di Jasin, Melaka. Apabila situasi negara telah reda dan aman seperti sediakala, saya telah ditumpangkan kembali ke Squadron B dan telah diarah bertugas di sempadan Thailand/Malaysia selama 3 bulan.

Semasa bertugas mengawasi Kem Bukit Kayu Hitam di sempadan Thailand, Kem saya telah diserang oleh segerombolan pengganas komunis (KP) daripada Communist Party Malaya (CPM) di waktu tengah malam. Saya dapat mempertahankan kem tersebut sehingga bantuan sampai keesokan harinya. Insiden ini tidak melibatkan kehilangan  nyawa pada kedua belah pihak.

Semasa ditugaskan menjaga keselamatan di sempadan Thailand, saya juga terkenang satu peristiwa di pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun 1969. Pada hari lebaran tersebut, jam 0600, pasukan saya telah dikerahkan ke Kampung Kok Mah. Di sini, sebuah jambatan keretapi yang menuju ke Thailand telah diletupkan oleh segerombolan PK. Pasukan saya telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan sekitar jambatan tersebut sehingga pasukan bantuan tiba. Pada jam 1700, barulah bantuan tiba dan saya telah diarahkan kembali ke pangkalan di Changlun, Kedah. 

Semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan, setibanya di Arau, saya telah di jemput oleh Raja Muda Perlis semasa itu (Tuanku Syed Sijajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalulai) untuk jamuan Hari Raya di Perkarangan Istana di Arau. Untuk makluman, Tuanku Raja Muda Perlis sempat bertugas di Rejimen Kedua Peninjau Malaysia yang bertempat di Mentakab dan Kuantan, Pahang. Alangkah gembiranya kesemua ahli-ahli pasukan saya dapat merasai juadah Hari Raya yang disediakan oleh pihak Istana. Apabila tiba di pangkalan, kesemua persiapan juadah Hari Raya yang kami siapkan sehari sebelum semuanya telah rosak dan basi. Alangkah sedih rasa di hati apabila melihat linangan air mata anggota- anggota yang menyediakannya.

Selepas itu, saya telah ditumpangkan ke A Squadron 1 Peninjau di Kem Perisai, Tasik Biru, Bau, Divisyen Pertama, Sarawak, di bawah Squadron Leader Captain Joe Tan Soon  Aun dan kemudiannya di bawah Squadron Leader Allahyarham Major Abdul Rahman Mohammed. Semasa di A Squadron 1st Rejimen Peninjau, saya sempat menjalani 'Operation Jala Raja' yang berkesudahan dengan amat memberangsangkan dan telah mendapat kejayaan yang paling cemerlang.  A Squadron 1 Peninjau telah mengharumkan nama baik Pasukan. Banyak pengganas komunis dapat dibunuh dan ditawan. Pusat latihan kadre komunis dapat dimusnahkan dan sedikit sebanyak telah membantuk perkembangan kegiatan PK yang baru hendak berkembang di sekitaran Sarawak pada masa itu.

Semasa di Rejimen Pertama Peninjau Malaysia, saya  telah dihantar menghadiri kursus asas Senjata di Pusat Lahitan Pegawai (LATEDA), Port Dickson dari 23 October 1969 hingga 2 Disember 1969 dan seterusnya Kursus Pegawai Perisikan Rejimen di Kuala Lumpur dari 11 Mac 1970 hingga 4 April 1970.

Pada June 1970, saya telah ditukarkan ke Rejimen Ketiga Peninjau Malaysia yang bertempat di Remmiles Camp, Ahsby Road Ipoh, Perak, apabila pasukan berkenaan baru ditubuhkan. Semasa di Regimen Ketiga Peninjau Malaysia, saya telah dihantar untuk menjalani kursus asas Young Officer Recce Course di Latehan Tentera Darat (LATEDA) pada 22 September 1970 hingga 12 Disember 1970 dan kursus Peperangan Urat Saraf (Psychological Operation/Warfare) di Pusat Latihan Risik, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, pada 26 September 1971 sehingga 2 Disember 1971.
Bersambung....

6 ulasan:

basri bin omar berkata...

Salam Tuan dan Dato'!

Tk paparan tu....Mej Siebel PGB di anugerahkan PGB kerana keberanian beliau semasa bertugas di bawah Panji2 PBB di Kongo dlm tahun 60an. Pernah bertugas sbgai DQ 6 Bgd semasa BG Dato Arul Panglima 6 Bgd. Pertama kali jumpa beliau terkejut juga...tertanya2 mcmana Mat Salleh(Rupa beliau) boleh bertugas dlm TD!!!!
Kini menetap d Ampang Jaya ,Selangor.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam Saudara Basri,

Kalau ada gambar Mej Siebel yg terdapat dalam buku Dr syed Othman, tolong emelkan. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Mmg kerjaya di unit Recce amat mencabar pada masa dahulu (yakni semasa Insurgensi).
Tanggungjawab Recce ialah meng"eskot" pergerakkan keluar masuk / pertukaran unit dikws ops pasukan sahabat spt unit meriam, infrantri, angkut dll ketika melalui jalan-jalan yang dikenalpasti sbg kws serangan hendap terutamanya di Grik!.
Sebelum di"eskot" oleh Recce, taklimat penting akan diberikan dan merupakan kemestian bagi semua Peg & LLP.

Tanpa Nama berkata...

Recce diibarat seperti " Alouette Gunship" di darat

FMZam berkata...

Rasanya Dato Salehuddin dah boleh buat buku tentang pengalamannya kerana jalan ceritanya ada unsur pembentukan minda untuk anak2 muda yang sedang berada di alam remaja memupuk minat menyertai angkatan tentera. Pada saya perjalanan hidup tentera Dato' Salehuddin menjadikan beliau seorang ikon patriotisme yang mana negara kita ini amat kekurangan kisah2 "manusia biasa yang mempunyai semangat luarbiasa" untuk dihadiahkan kepada anak2 muda kita.

Kita yang hidup sebagai rakyat biasa pasti ingin mempunyai wira atau pun adiwira dari kalangan rakyat biasa kerana bagi rakyat biasa kita memang mahukan motivasi yang "heroes are not born, they are trained" maka akan jadi dorongan untuk pemuda2 kita belajar dan berlatih menjadi rakyat yang berguna.

Hell is for heroes!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuan,Leftenan Kolonel (B)Abdul Rahman Mohamed adalah arwah ayah saya.Terima kasih.