Pengikut

Isnin, 16 Ogos 2010

Koleksi Pengalaman

Pembaca...Ketika memandu ke Pasar Jitra pada pagi Ahad, 15 Ogos, saya terfikir mengapa saya tidak membukukan pengalaman anggota Pasukan Keselamatan, tidak kiralah dari TDM, TLDM, TUDM dan juga PDRM (terutama PPH & Cwg Khas). Sudah pasti keutamaan kepada perjuangan menentang pengganas komunis. Namun demikian, pengalaman warga PASKAL di Terumbu Layang-Layang atau penglibatan krew Nuri di Acheh, Kampuchea, mereka yang bertugas di bawah panji-panji BB, dan lain-lain operasi, akan diambil kira.

Justeru, saya mempelawa para pembaca, tidak kira walau apa pangkat sekali pun, yang sudi berkongsi pengalaman untuk menghantarkannya kepada saya melalui e-mel termasuk gambar-gambar, jika ada.  Dicadangkan anda menghantar gambar anda untuk disiarkan...baru ada ummph sikit. He..He...He.

Saya akan menyiarkan dalam blog ini. Sekiranya sambutan menggalakkan, lebih kurang 200 muka surat, saya akan berusaha untuk mencari penerbit yang berminat untuk menerbitkannya tanpa mengenakan sebarang bayaran. Manalah tahu, mungkin ada penerbit yang berbangga dengan pengorbanan warga tentera, InsyaAllah. Seboleh-bolehnya, saya akan menyiarkan coretan dalam bentuk asal '...as is where is'. 

Di sini saya ingin tegaskan bahawa tiada sebarang imbuhan dalam apa bentuk sekali pun, terutama kewangan, kepada penyumbang semua. Imbuhan hanyalah pengalaman anda akan diabadikan untuk tatapan anak cucu dan generasi akan datang, InsyaAllah. Pada saya, tujuan utama ialah untuk mengabadikan liku-liku perjuangan kita di suatu ketika dulu agar ianya tidak berkubur dengan jasad apabila kita disemadikan nanti.

Apa kata anda? Tiada sebarang paksaan...semuanya terpulang pada diri anda sendiri. Kepada sesiapa yang berminat...terima kasih.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan ,
Your email?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

nibsny@yahoo.com

Unknown berkata...

Assalammualaikum Tuan...

Selamat berpuasa diucapkan semaga puasa pada tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lepas.

Hasrat Tuan untuk membukukan semua pengalaman yang ada dari zaman selepas perang dunia kedua hingga perletakkan senjata, penglibatan trup kita dengan PBB serta trup2 komando (Darat, Laut & Udara) amatlah dialu-alukan. Ini berasakan, negara kita jarang menerbitkan buku yang berkisarkan kepahlawanan negara. Sebagai contoh, saya adalah anggota yang baru memasuki perkhidmatan, x tahu apa yang berlaku kecuali perkara yang berlaku semasa perang dunia kedua. Itu pun tahu sebab nak amik exam Kapt ke Mej.. Heheh..

Semoga usaha Tuan ini akan berjaya akhirnya.. Insya-Allah. Terima kasih

SUHAIDI berkata...

Assalamualaikum Mejar. Saya Muhammad Suhaidi Suhaimee, Pelajar Kej. Kej.Elektrik Politeknik Jitra/POLIMAS. Saya amat bersetuju dengan hasrat Mej untuk menulis buku mengenai pasukan keselamatan negera (ATM atau PDRM). Saya sendiri merupakan peminat TUDM sejak sekolah rendah. Saya ada mempunyai keratan2 akhbar tahun 1993-1995 yang disimpan oleh bapa saudara saya. Beliau mlekatkan keratan akhbar tersebut dalam beberapa buah buku. Jika Mej berminat untuk mendapatkan salinan atau'Scan' keratan akhbar atau ingin meminjam keratan2 tersebut boleh hubungi sya. 0195771353. saya juga bersedia meminjamkan buku2 tersebut kepada mej.
Boleh juga hubungi saya melalui Facebook (Muhammad Suhaidi Suhaimee)
T/kasih

Temuk berkata...

Salam Mejar
Hasrat Mejar itu amat murni & sangat dialu-alukan. Bangsa Malaysia hari ini, khususnya generasi mudanya, tidak tahu banyak (malah rasanya ada yg tak sedar langsung) akan rol dan pengorbanan pelbagai pasukan keselamatan dalam pembangunan negara ini. Celik-celik mata, mereka melihat Malaysia telah berada pada tahapnya sekarang ini. Pengorbanan, hatta darah & nyawa pelbagai pasukan keselamatan kita yg lalu, amat wajar mereka ketahui & hayati. Semoga mereka dapat (walaupun tak boleh dipastikan) menghargai kejayaan mereka sekarang bukan semata-mata hasil usaha diri mereka sendiri sahaja. Tetapi ada orang lain yg telah banyak berkorban masa lalu utk mewujudkan persekitaran yg selamat yg membolehkan mereka berfungsi hari ini. Semoga hasrat Mejar menjadi realiti. Insya Allah.

hobbit1964 berkata...

Dear Sir
Maj Jeffrey, from Labuan.
I lost your number but I knew well that if my hunt for your shought after pictures was ever fruitful, I could leave a message here.
Alas and alack, the picture you mentioned is not in the scrapbooks no matter how stringently I perused them.
Seeing the current populace of the squadron, you would be more than a guest therein if the pusruit of the picture remains impertive. Sometimes it is the eye that knows the picture with intimacy that finds it.

hobbit1964 berkata...

I observe that from your blogposts on the construction of Stn Lima, some of the pictures are the digitised versions from the No 5 Squadron's scrapbooks. My remarks may have been OBE, and I apologise.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear MajorDad64,

Thank you for stopping by. No problem. Yes, those photographs were from the scrap book of No 5 Sqn. You're most welcome to share your experiences for the benefits of future generations.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara MK TD,

Terima kasih. Saya pun hairan juga mengapalah ATM kurang menonjolkan kisah perjuangan di negara kita sendiri. Malah kurang buku rujukan yang ditulis oleh warga ATM. Kita terpaksa membaca buku yang ditulis oleh 'mat saleh' seperti 'Jungle Is Neutral', dll.

Saya harap pelawaan saya ini akan disambut baik oleh para veteran.

Saudara SUHAIDI,

Terima kasih diatas tawaran anda. Sudah pasti saya memerlukan bahan-bahan rujukan sekiranya rancangan saya ini dilaksanakan. Adakah bapa saudara anda seorang anggota pasukan keselamatan? Kalau ya dan sekiranya beliau tidak keberatan, syorkan kepada beliau untuk menulis pengalamannya dan e-mel kepada saya.

Assalamualaikum Cikgu,

Terima kasih. Semuanya terpulang kepada mereka yang bersedia menceritakan pengalaman mereka. Saya juga berdoa agar ianya menjadi kenyataan, InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Mejar,

Semalam - 16/8/2010 jam 10.00 hingga 12.00 malam saya menonton ASTRO History Channel (Saluran 555) bertajuk The Malayan Emergency yang memaparkan kisah perjuangan tentera Malaya di zaman darurat (ancaman komunis).
Tetapi saya berasa kecewa kerana peristiwa bersejarah - insiden di Gubir dan insiden di Lebuhraya Timur-Barat ( Sempadan Perak - Kelantan) tiada dimasukkan dalam slot dokumentari tersebut, seolah - olah peristiwa penting itu dilupakan begitu sahaja.
Bagi saya itu amat penting di paparkan bagi menunjukkan betapa zalimnya pengganas2 komunis.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Nota Fikir,

Terima kasih. Saya terlepas pandang program tersebut. Saya sebenarnya ada menghantar e-mel kepada pihak berwajib di KEMENTAH & Kementerian YB Dato Rais Yatim mencadangkan agar operasi Gubir dan lain-lain didokumentasikan. Dewasa ini, bila bercakap tentang Darurat, mesti menonjolkan keperwiraan 'Mat Saleh'. Itu dah terlalu lama. Mengapa tidak membuat dokumentari penentangan melawan pengganas komunis yang berlaku pada 70'an & 80'an?

Seperti yang dijangkakan...sepi sesepinya!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Untuk maklumat Tuan Mejar,

Walaupun saya anti-komunis, saya pernah melawat markas komunis di Betong, Thailand (PiyaMit Tunnel) pada tahun 2006. Bukannya apa, cuma nak tahu lebih dekat hal2 komunis ( kerana di Malaysia tak ada langsung kem komunis dijadikan resort pelancongan ). Kem itu amat cantik seperti bukit pari-pari, terletak diatas bukit / hutan dan dilengkapi dengan, tangga simen, kubu serta terowong, bilik rehat, dapur memasak (kalis asap), dewan mesyuarat, bilik pengantin baru, bilik sembahyang, sekolah, galeri, tapak rekreasi / sukan, tapak pertanian (getah / padi / sayur) dan jalan balak.

Nota : Ini blog yang saya jumpa untuk mengetahui tentang kem itu :-

http://abangboyc.blogspot.com/2010/04/betong-bandar-komunis-malaya.html

Apa yang saya hairankan, apakah pendirian pihak Thailand dalam soal ini, memandangkan begitu selesanya pihak komunis dibiarkan lama 'bermastautin' tanpa kawalan?
Adakah Thailand berkecuali ataupun bersimpati dengan perjuangan komunis dan membiarkan negara kita bersendirian menghadapi komunis?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Nota Fikir,

Saya sendiri teringin juga untuk melihat sendiri perkampungan pengganas komunis. Mungkin satu-satu hari nanti saya akan ke sana, InsyaAllah.

Penggana komunis bukannya satu ancaman yang begitu ketara untuk negara jiran. Pengganas komunis tidak berhasrat untuk memerintah negara tersebut.

Tanpa Nama berkata...

saya telah berjumpa dgn x komando di merbok dan dia telah tunjukkan parang komunis yg telah dibunuh dan dirampas dibetong dan set radio komunis. Beliau juga telah menjumpai coli komunis wanita dlm pondok yg tertera nombornya. Skg beliau tlah berpencen dan menetap di Sg Petani.Namanya sSARJAN kHAMIS. INSYALLAH RAYA NI saya jumpa dia lagi..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Apa kata anda mencadangkan kepada Sjn Khamis agar beliau berkongsi pengalamannya dengan kita semua. Hantarkan gambar2 dan coretan kepada saya supaya dijadikan bahan untuk buku tersebut.

Tanpa Nama berkata...

SSjn Khamis juga menceritakan dia stand by diGubir waktu helikopter jatuh kena tembak sebab jadual waktu ialah kamaruzaman dan suandi dan Bg Pragasam pengsan bila dengar 11 orang maut dalam kejadian tu.Boss pd SSn Khamis juga pengsan sebab dia ingat SSjn Khamis yg maut rupanya Sjn Khamis yg lain.

Dlm kes parang komunis yg dirampas, sblm tu dia minta kebenaran dari pegawai dia utk naik atas bkt bersama kwan dia. Dia tgk komunis duk dlm pondok sambil dengar radio siaran komunis dan buat-buat menebas selama dua tiga hari hingga satu mlam kedengaran bunyi sesuatu yg disangka tikus mkn rebung buluh, makin lama makin dekat.Rasa tak sedp hati beliau trus tembak rambang dan kedengaran tiga empat komunis sebut chow chow.Bila komando buat chek,jumpa komunis mati sorang tepat kena kat dahi sambil pgang parang,

basri bin omar berkata...

Salam Tuan & Anonym!

Tk Tuan..syok juga cerita Sjn Khamis tu...jika tak keberatan mhn Sdr Anonym hubungi saya di talian 017-2050119..saya cuma lahir di Merbok dan kadang2 balik juga ke SP..teringin nak jumpa Sjn Khamis tu.Salam Ramadhan!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous & Basri,

Cerita Sjn Khamis sungguh menarik. Ada # telefon beliau supaya saya dapat menghubunginya untuk berjumpa? Kita mesti memaparkan cerita kejayaan kita juga, bukan asyik-asyik kena hentam sahaja.

Abah berkata...

Tuan,

Saya sememang kenal sangat dengan SSJN Khamis ini dan apa yang detik-detik apa yang diceritakan itu juga saya turut serta dengan operasi tersebut. Cerita itu tidak habis begitu sahaja malah ada keseinumbungannya lagi. Terus menjadi misteri sehingga kini.....

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Abah,

E-melkan kepada saya cerita tersebut. Terima kasih.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Semasa bertugas di Mk 2 Divisyen dulu pernah menjadi Pemerhati Pemusnahan senjata dan Bahan Letupan ekoran Perjanjian Damai Hadyai Dis 1989. Melawat ke Perkampongan Damai 3 di bawah kelolaan Allahyarham Sdr Rashid Maidin di Selatan Thailand pada awal tahun 1990..akan melkan gambar nnt.Salam Ramadhan!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

Terima kasih. Ceritakanlah sikit pengalaman itu untuk diabadikan.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.Saya baru phone SSJN Khamis.Dia asal org Taiping.Dia kata dia ingat Tuan Basri dan Mejar NIB.No Phone 013-3902644. Utk dpt gambaran sebenar dpt tuan phone dia.Nampaknya dia gembira dan sudi bercerita.Phone saya 019-7802291

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Saya telah menghubungi S/Sjn Khamis dan beliau akan cuba menulis kisahnya nanti.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

siapa nama sebenar 'Abah'.Tkasih.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Mungkin Abah tidak keberatan memberitahu.

Tanpa Nama berkata...

Apabila kita menonton filem filem dokumentari mengenai darurat kita akan melihat Mat salleh sebai pejuang pejuang menentang komunis ini kerana semasa zaman darurat. Jabatab Perang tentera British ada unit PR yang mantap. Mereka bersama sama memasuki hutan, pikul camera dan buat fiem in situ. Berbeza dengan unit PR Askar Malaysia. PR Malaysia, dimana ada Jeneral disitu depa ada. Carma jeee.

Abah berkata...

Tuan,
Untuk Anon Anon24/8/10 9.49pm

Nama sebenar ANON????

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Abah,

Maaf, saya tak tahu.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Memang betul kata anda tu.

Ismail aka Pak Mail berkata...

Assalamualaikom Tuan,

Rujuk kepada entri tuan ini, saya menjemput tuan untuk singgah ke blog saya. Sekiranya tuan dapati cerita yang saya paparkan tentang tenggelamnya kapal KD Sri Perak itu boleh dirakamkan dalam bentuk buku yang tuan fikirkan saya dengan sukacitanya memberi keizinan untuk tuan ambil dari blog saya itu. Namun, saya juga sedang cuba untuk menghasilkan satu buku dalam bentuk Memoir Khas mengenai kejadian ini.
Sekian.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam PakMail,

Terima kasih kerana membaca coretan saya. Saya masih ingat tenggelamnya KD Sri Perak. Terima kasih juga kerana memberi kebenaran untuk saya mencedok cerita tersebut sebagai bahan cerita buku yang saya rancangkan, InsyaAllah. Sekiranya dimakbulkanNya, saya akan masukkan 'as is where is' tanpa sebarang pindaan kerana itu adalah cerita anda.

Tetapi, kemungkinan masalah akan timbul memandangkan anda akan menghasilkan Memoir nanti, InsyaAllah. Andainya buku anda diterbitkan dulu, bermakna saya telah menyalahi hak cipta. Begitu juga sebaliknya melainkan penerbit memberi kebenaran.

Saya berminat untuk mendapat cerita daripada 'submariners'. Bagaimana kehidupan dalam kapal selam yang begitu sempit. Semangat mereka begitu kental. Kehidupan dalam kapal selam US boleh ditonton di National Geographic. Sesiapa yang boleh menceritakannya?

Ismail aka Pak Mail berkata...

Tuan,

Saya percaya tiada masalah akan timbul sekiranya tuan terbitkan buku yang bersangkutan dengan peristiwa tersebut. Jika sekiranya diizinkan Allah, buku yang akan saya tulis hanya berupa buku kecil untuk tatapan anak-anak dan cucu saya kelak nanti.
Ianya tidaklah berupa buku yang tebal dan hebat.
Sekian.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Assalamualaikum Saudara PakMail,

Terima kasih. Inilah sumbangan pertama dari anggota TLDM.

Ismail aka Pak Mail berkata...

Assalamualaikom Tuan,

Berhubung gambar yang tuan minta, saya telah cuba untuk hantar melalui email namun tidak dapat menghantar kerana masalah teknikal yang saya tidak faham.

Walaupun begitu, tuan boleh ambil sahaja gambar dari blog saya dari ruangan 'Potret Kenangan'.

Saya juga membenarkan tuan membuat beberapa suntingan kerana mungkin terdapat tatabahasa yang saya tulis tidak indah dibaca.

Sekian, terima kasih.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam PakMail,

Terima kasih. Saya ni pun baru nak tak-teh pasal IT. Saya akan hubungi anda sekiranya ada masalah untuk ambil gambar dari blog.