Pembaca...Antara warga Jurutera yang terkorban dan cacat anggota yang terpaksa ditanggung badan sehingga akhir hayat angkara jerangkap samar yang tidak mengenal kawan atau lawan...
Mejar Baharudin Noryat...Terima kasih.
Kepada yang tercedera....Jasamu tetap dikenang. Kepada mereka yang terkorban...Al-Fatihah.
9 ulasan:
Salam tuan Nor Ibrahim semoga tuan berada dalam perlindungan Allah SWT hendaknya, tk atas penerbitan tentang JS ini, kerana telah memanjangkan untuk pengetahuan orang ramai. Kesedaran ini harus dipupuk supaya menjadi pedoman pada warga Malaysia jenerasi baru tentang kepayahan pasukan keselamatan mempertahankan negara walau gugur dan cedera oleh JS. Berdiri megah berdirinya Malaysia sekarang, sebahagiannya adalah kerana pengorbanan mereka, apa yang diharapkan hargailah, kenang dan ingatlah jasa mereka.
Untuk Lt Kol Basri Omar PGB dan Mej Fauzi Mat Zam (B)tk atas keperihatinan tuan-tuan berdua dalam perkara ini, kerana satu ketika dahulu tuan-tuan juga telah bertungkus lumus menentang perkara ini dalam siri-siri operasi yang kita laksanakan terima kasih.
Salam Tuan dan Mej Baharuddin!
Tk kerana paparan tu...atas gigih Tuan menerbitkan segala catatan demi untuk MENGINGATKAN generasi kini ttg PENGORBANAN anggota2 Pasukan Keselamatan...Buat Roh2 mereka kita doakan Allah sentiasa mencucuri mereka AMIN!
Buat Mej Baharudin...JAZAKALLAH!...dulu di tugaskan atas kepentingan perkhidmatan...!Seronok buat tugas kerana masih KUAT maklumlah MUDA...Di bantu oleh anak2 Buah yang tak pernah KENAL erti jemu atau Bosan...walaupun TERUK!
Doa dan harapan segala PENGORBANAN kita ini di GANJARkan oleh ALLAH sewajarnya .AMIN!
keep up the good works sir....of detailing out all the sacrifices made by our security forces during the insurgency,
It would be a good way to enhance nation building, where upon once all races tthe malays, chinese and indians worked together cohesively to dislodge a common enemy. The stories of Maj Zainal SP, Capt Mohan Chandran, Supt Paul Khiong and countless others whould be written in our history book so that the younger generation can emulate their courage and determination.
Salam tuan2 semua,
Semua askar tahu bahawa JS dan periuk api adalah merupakan senjata pemusnah semangat juang (demoralising factor) yang paling efektif dalam sesuatu pertempuran, walau segagah mana sekalipun kekuatan satu pasukan tentera, namun bila waktu tiba saat berdepan dengan ancaman ini, bila melihat teman2 gugur gara2 "musuh yang halimunan" ini, waktu itulah semangat kita luntur bila kita tidak dapat melawan balik musuh sedangkan teman2 kita terkorban. Kemarahan kita tidak pernah terbalas bila azam kita untuk bertindak keatas musuh dikekang oleh halangan yang berupa JS dan periuk api. Bila kita berperang menentang JS dan periuk api, kita sebenarnya berperang dengan hantu dahulu sebelum dapat berdepan dengan musuh.
Namun kita adalah askar, maka dalam perang kita tetap berjuang tak kira musuh kita itu hantu atau orang, kita tetap lawan. Yang gugur dalam pertempuran adalah mereka yang mati supaya teman2 yang lain boleh hidup untuk meneruskan perjuangan.
Salam tuan.
Blog tuan ini mesti disebar luaskan lagi supaya kisah keperwiraan, pengorbanan anggota dan keluarga mereka diketahui oleh masyarakat.
Hari pahlawan sepatutnya disiarkan kisah-kisah ini tetapi apa yang berlaku tarikh hari pahlawan pun tidak diketahui masyarakat.
Saya sudah linkkan blog tuan .... moga ia akan terus berkembang.
Saudara abu muaz,
Terima kasih. Dah nak kebas jari-jemari 'mematuk' keyboard untuk menghantar e-mel kepada pihak berwajib tapi....!
salam...
saya zamre
perlu lebih banyak lagi cerita tentang operasi yg dijalankan oleh ATM moga kita semua insaf dan bersyukur dengan apa yg ada pd hari ini.Dgn adanya pendedahan sedemikian rupa ATM akan terus disanjung. Saya juga ingin mencadangkan lakonan semula dibuat oleh penerbit dekumentari tentang semua peristiwa-peristiwa yg berlaku seperti yg ada di blog ini..TK
zamre tk,
cadangan tuan sungguh bernas tapi masakan ada penerbit yg hendak buat dokumentari yg tak ada commercial value zaman lani.....
Inilah diantara kezaliman2 aggota komunis PKM yang patut kita kutuk.
Bagaimana perasaan balu2 dan anggota keselamatan yang cedera cara kekal?
Tak ada sebab ada pihak2 yang sokong usaha membawa bekas2 anggota komunis terutamanya Chin Peng kembali ke Malaysia....Mereka ini adalah pengkhianat negara dan sepatutnya dilucut kewarganegaraan mereka. Mereka bukan lah rakyat Malaysia sebenarnya....
Tidak ada hak menetap di Malaysia.
Catat Ulasan