Followers

Friday, November 26, 2010

"Degazette"

Saya difahamkan draf jawapan kepada surat ini daripada Datuk Siti Azizah, Pegawai Khas PM, telah dihantar kepada KSU 2 minggu lepas dan sekarang masih dalam 'IN' tray (mungkin 'KIV'?)...Manalah beliau ada masa nak melayan perkara remeh-temeh ini, lagi pula surat itu hanya '...untuk perhatian dan makluman' sahaja. Saya dicadangkan supaya 'push' sikit KSU....Ya lah, bukan ada apa nak rugi pun!

Justeru, perahlah sikit otak ni dan melayanglah e-mel berikut.... 

From: nor ibrahim sulaiman
To: KSU KEMENTAH
Cc: Datuk Azizah Abod ; Dato' Zahid Hamidi ; Mininter of Def ; Dato Abu Bakar JPA ; Datuk Wan Hamidah ; Datuk Siti Azizah Abod ; sidek ksn ; Tan Sri Azizan ; PTU ; PTU ; PTD
Sent: Thursday, 25 November 2010 17:24:17
Subject: Elaun Untuk Penerima Anugerah Perkasa JPP, PTU & KPK

Assalamualaikum Datuk,

Rujuk:
A. Surat saya kepada YBhg Datin Seri Rosmah Mansor pada 24 Okt 2010. 
B. PPM-PK-PEL-09/1 bth 1 Nov 2010.
C. Surat saya kepada Datuk Siti Azizah Bt Sheikh Abod pada 15 Nov 2010.

Berhubung perkara di atas, saya difahamkan sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak KEMENTAH kepada rujuk B (ini). Secara jujur saya katakan, saya 'tabik spring' pada Datuk sekiranya Kementerian masih mahu merayu bagi kali ketiga agar pihak berwajib di JPM mengkaji semula keputusan 'tidak wajar untuk dipertimbangkan'. Seperti mana yang saya katakan di rujuk C (ini), "...Ianya hanya satu tindakan yang sia-sia sahaja". Tanggapan negatif saya ini bersandarkan kepada jawapan-jawapan standard yang sama daripada pegawai terbabit di Bahagian Istiadat, JPM!!

Saya telah mencadangkan di rujuk A (ini), bagi mengatasi masalah ini, anugerah JPP, PTU & KPK di 'degazette'kan sahaja dan digantikan dengan pingat 'George Cross''Military Medal' dan lain-lain pingat keberanian British Empire. Kewajaran tindakan ini berlandaskan kepada pemberian elaun kepada penerima anugerah tersebut seperti yang dinikmati oleh penerima SP & PGBberkuatkuasa 1 Julai 2009.

Sekiranya Datuk memberi respons kepada rujuk B, saya harap saya tersenarai dalam "s.k".

Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Terus terang saya katakan, saya tidak mengharapkan apa-apa daripada pihak kerajaan. Saya akan terkejut berok sekiranya menerima pengesahan penerimaan e-mel tersebut. (xKSU {KP JPA sekarang} ada juga 'courtesy' memberi respons kepada e-mel saya. KSU semasa...Wallahualam).  Itulah persepsi saya tentang kewibawaan agensi-agensi kerajaan tertentu (bukan semua). Orang tengah sibuk nak rancang pergi bercuti, mengurus majlis perkahwinan anah-anak atau pun merancang bagi menangani masalah banjir di pantai timur dan juga di tempat saya ni, simejar pencen ini tak habis-habis cakap pasal elaun...elaun. OKlah....KIV dulu sehingga tahun depan.

7 comments:

FMZam said...

Salam tuan,

Dulu waktu zaman belum cyber, kita disuruh tampil kehadapan membuat aduan atau rayuan, bersusah payah kita buat surat rasmi yang mesti betul protokolnya dan ambil masa lama untuk sampai ke pengetahuan orang tu. Sekarang zaman cyber apa saja aduan dan rayuan hanya dihujung jari dan tiba ke destinasi dalam sekelip mata. Namun hasilnya sama juga tak ada beza macam "zaman batu" jugak. Betul lah orang2 ni semua BATU!!!!

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Setuju ngan FMZam yg org-org tu semua dok zaman batu kerana bangunan yg mereka dok tu pun dibuat dari batu. Heheeheee...

Like I said the other day, "what benefit do I get in entertaining the request from Mejar pencen ni."

So, mereka buat don't know jer la sedangkan ahli sukan, belum tentu menang dah ditawarkan ngan 1001 mcm imbuhan kerana dpt jugak kat poket mereka tak byk pun sikit.

Sekalipun Tuan tak mengharapkan apa-apa daripada pihak KERAjaan, kalau kita push tanpa rasa jemu, Insya-Allah mereka akan lembut jugak hati tu suatu hari nanti. Tapi bagi saya, hati mereka tu, rebus guna pressure cooker pun tak empuk dahhh...

xpara87 said...

Tuan,
Memang betul apa yg di katakan, bulan Disember , musim cuti cuti, musim banjir, musim kenduri, musim shopping christmas sale, musim tutup akaun dan segala macam musim. So, jangan harap perkara ini akan mendapat perhatian sewajarmya.....

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

xpara87, saya tambah satu lagi musim...... musim mengawan, jgn marah. Melawak ajer..

Heheheheheh............

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Semua,

Ini semuanya 'CAKAP TAK SERUPA BIKIN'. Kalau mengikut arahan KSN, agensi kerajaan MESTI memberi respons dalam masa 3 hari bekerja...itu dasar. Kenyataannya...!!!!

Mej Baharudin Noryat said...

Salam tuan-tuan, inilah lumrah dunia yang berjasa dilupakan. tapi tak mengapa saya amat menyokong usaha keras tuan untuk mebolehkan wira yang berjasa diberikan sedikit ganjaran, insyaallah saya merasakan kalau kita terus mendesak suatu hari nanti ianya akan berjaya juga. Satu lagi dah memang trend masa kini wira negara terutama pasukan keselamatan akan terkemudian sekali mendapat pengiktirafan ini terbukti dalam iklan pun pasukan keselamatan terkebelakang daripada atlit sukan negara.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Mej Baharudin,

Terima kasih. Mereka, ahli sukan, adalah WIRA NEGARA DI ERA AMAN DAMAI. Mereka tepaksa berkorban dalam kesejukan di luar negara demi untuk negara.