Followers

Thursday, November 18, 2010

Solat Aidiladha

17 Nov '20...Solat Raya Aidiladha di Masjid Darulaman yang jaraknya lebih kurang Par 3 saja ( Tiger Wood boleh 1 'on' dengan 5 iron saja. Saya 2 'on', itu pun terpulang pada nasib. He..He..He).  Sebenarnya, masjid ini asalnya hanyalah sebuah surau. Ada rancangan untuk membina sebuah masjid bagi kariah Darulaman Heights, kumpulan 'Suasana' dan Taman Tunku Serina. Sementara menunggu pembinaan (tak tahu bila akan bermula), surau Darulaman dinaik taraf ke status masjid. Orang ramai telah diminta menderma di sini.

Difahamkan kos ubahsuai ialah lebih kurang RM160K; kutipan hanya lebih kurang RM30k. Tapi Syukur Alhamdulillah, ada seorang Hamba Allah sedia menyumbang RM130K. Jadi, bermula kerja-kerja ubahsuai tersebut...

Dalam proses ubahsuai...

Pemandangan dari belakang

Walaupun tak siap, tapi dah boleh digunakan

Sebelum solat 

Selesai ibadah solat Aidiladha

Terkini...Saya difahamkan Hamba Allah tersebut membiayai sepenuhnya perbelanjaan untuk pengubahsuaian masjid. Semoga dimurahkan rezeki beliau oleh PenciptaNya.

18 Nov...Masjid telah mengorbankan 5 ekor lembu saja. Dan, Syukur Alhamdulillah, saya masih dapat membantu melapah lembu-lembu tersebut.


Hari Rezeki untuk doktor...Mana tidaknya, selepas ini ramailah berjumpa doktor kerana terlalu banyak makan daging....He...He...He.

4 comments:

Temuk said...

Salam Mej. Nor Ibrahim

Seronoknya kalau dapat menyumbang RM yang begitu banyak utk menegakkan sebuah masjid! Semoga penderma yang begitu murah hati itu berterusan memperolehi ganjaran selagi mana masjid itu digunakan.

I hope you enjoyed the berqurban ritual, the melapah session, and the hari raya haji very much. Have a nice day.

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Jgn makan daging terlebih pulak, nanti blood going up tau.

Salam Aidil Adha

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Cikgu,

Duit yang disimpan bukannya duit kita. Duit yang belanja itulah sebenarnya duit tuan empunya. Penderma tersebut menderma kejalan yang diredai Allah...Alhamdulillah.

Kalau saya tidak ke mana-mana, saya turut bersama mereka ini setiap tahun.

Saudara Sanusi,

Terima kasih. Memang betul tu, daging=BP naik.

hamzah said...

salam tuan.
ekspresi saya mungkin ada yang tersurat dan tersirat.
http://lamandihati.wordpress.com/2010/09/11/ekspresi-aidilfitri/