Followers

Wednesday, November 3, 2010

Gubir...Keringat, Darah & Tangisan

Pembaca...Orang lagi banyak tulis buku tapi tak hebuh pun bagai nak rak satu dunia...tut...tut...dilancarkan dan berada di kedai buku. Ini baru nak cuba buat satu, itu pun tak tahu diterima atau tidak...dah hebuh satu blog! Tak apalah...syok sendiri tapi 'it keeps me busy'. He...He...He. Fikir punya fikir apa yang dicadangkan oleh pembaca yang budiman, saya pun membuat keputusan tajuk sementaraan (tentative) buku itu ialah....


Gubir...Keringat, Darah & Tangisan 

diceritakan oleh xnuripilot



Nor Ibrahim Bin Sulaiman

Sekiranya diizinkan Allah berjaya buku ini diterbitkan...semuanya ini adalah hasil sumbangan dari para pembaca, InsyaAllah.

Terkini: Gambar banjir di Bandar Darulaman pada 2 Nov 2010 boleh dilihat di sini.

13 comments:

abu muaz said...

salam mej. moga ia cepat menjadi kenyataan.

Anonymous said...

Salam pakcik.. Insyaallah sy akan dapatkan buku ini bila di jual kelak.. :)

Anonymous said...

salam tuan..

sy doakan agar projek penerbitan buku ini menjadi kenyataan..dh tak sabar rasanye nak membaca coretan tuan di dlm buku tersebut.


Lt Khaidir

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Come tajuk..org kelete kata...cuma nak cadang sikit tukar tangisan tu kpd Air mata???? apa macam ok kot?

Doa dan harap jadi kenyataan,Insyaallah!

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Tuan sebenarnya tidak keseorangan di dalam mendoakan agar buku tersebut berjaya diterbitkan. You have my pray too.

p/s: Tak tahu ler apa dah jadi dlm rumah mak saya di Taman Jitra tu... Nak masuk Jitra susah sbb dah jadi "pulau"

Abah said...

Tuan
OOT sikit....

Gambar terkini keadaan banjir dio Kedah DN takde ke?

Katon Tin Ton said...

Salam tuan,

saya confirm booking buku ni satu, harga brp pun tak pa

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara semua,

Terima kasih. Harap usaha ini akan terlaksana, InsyaAllah.

Anonymous said...

salam

bila buku ni nak keluar

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Wallahualam. Nak terbit sendiri memerlukan paling tidak pun RM15K untuk pencitakan 1000 buah buku. 100 mungkin boleh jual...1000? Jadi terpaksa cari penerbit. Buat masa ini sedang berurusan dengan UKM.

Anonymous said...

Salam tuanx sume...

Buku yg bakal diterbitkan ini wajar dijadikan bahan bacaan atau rujukan di sekolahx dan universitix tempatan. Barulah anakx muda masa kini tahu dan faham pengorbanan tentera zaman insurgensi dahulu. Barulah mereka faham kenapa kita menentang usaha membawa balik Chin Peng ke negara kita ini.
Selain drp sekolah dan universiti, buku ini juga harus dijadikan salah satu bahan bacaan di setiap unit ATM..barulah askar zaman moden ni tahu sejarah perjuangan golongan veteran spt Mej Nor. Ini yg mereka tahu cuma peace time soldiering shj.


Lt Khaidir

Wan said...

Insya'Allah Tuan, saya juga pasti takkan melepaskan peluang utk memiliki buku ini bila ianya keluar nanti..

telokperang said...

salam tuan,
saya menyokong penuh usaha2 tuan ke arah menerbit buku ini utk tatapan generasi akan dtg. Tentu sekali buku ini nnti akan menceritakan pengorbanan tak terhingga tentera2 kita masa itu. Pengorbanan dan perjuang yg tidak didendangkan. Bila teringat semasa berada didlm tentera dulu, mmg terasa sayu dan bangga. Bangga kerana masa muda ini telah kita korbankan utk negara tercinta. Masa dulu kita tidak kejar dunia dan harta tetapi setia berkhidmat utk agama, bangsa dan negara. Walaupun jasa dan khidmat tidak dibalas dgn sebidang tanah oleh kerajaan tapi kita tetap bangga dan merindui detik2 dulu. Insylh selagi nyawa di badan dan kudrat masih ada, akan kita pertahankan tanah air tercinta ini. Dari bekas tentera dan bekas anak murid Lt Kol (B) Basri...heheheee..