Followers

Friday, November 12, 2010

JHEV Prihatin

Saya telah 'copy & paste' dan seterusnya mengemelkan coretan  ini kepada Ketua Pengarah JHEV...  

From: nor ibrahim sulaiman
To: KP Veteran 
Cc: Tan Sri Azizan 
Sent: Thu, November 11, 2010 12:15:41 PM
Subject: Mangsa Banjir

Assalamualaikum Dato',

Adakah peruntukan membantu mangsa banjir sepertimana yang dialami oleh saudara Samad?

Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
http://xnuripilot.blogspot.com

Tidak disangka KP ada masa untuk melayan mejar pencen ini...

From: Zul Mazlan
To: nor ibrahim sulaiman
SentThursday, 11 November 2010 13:12:19 

Assalamualaikum Tuan, terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang LK Samad. JHEV memang ada skim bantuan bencana alam utk Veteran saperti LK Samad. Saya cadangkan LK Samad mendampingi Pejabat JHEV Kedah di Alor Setar untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menguruskan bantuan tersebut mengikut syarat dan peraturan semasa.

 Terima kasih

Tanpa membuang masa, saya telah menalifon saudara Samad mencadangkan agar beliau menghubungi Veteran di Sahab Perdana. Selain memberi zakat, ini sahaja yang termampu saya lakukan untuk saudara Samad.

Dato' Zul...Terima kasih.

Catatan: Saya dah hantar surat rasmi melalui faks, bukan e-mel, kepada Ketua Staf Markas TD, KEMENTAH, sebagaimana yang dikehendaki untuk memohon kebenaran menyalin gambar-gambar tertentu yang terdapat dalam buku ini pada 26 Oktober 2010. Sebelum itu, saya telah menghantar e-mel ini, kepada PTD. Tapi, sehingga kini, masih menunggu...menunggu...terus menunggu.....!!! Takpalah...itu hak mutlak mereka.

3 comments:

Hafizie said...

Salam tn, off topic sikit hari ini. Saya just nak minta kebenaran untuk guna gambar dalam blog tn dan coretan tn untuk blog saya di mokopawritepad.blogspt.com. Ini bila saya menonton discovery channel mengenai rencana bertajuk Inside Afghan ER yang menyiarkan mengenai medevac dan casevac guna heli. jadi saya nak relate pengalaman dahulu dan juga zaman sekarang. terima kasih

abu muaz said...

salam kenal. t.kasih atas info ini.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Hafizie,

Silakan.