Followers

Friday, November 5, 2010

Hello Zero...

Para Veteran...Mengapa tidak kongsi bersama pengalaman anda ketika berkhidmat dalam ATMdi suatu ketika dulu? Kita semua ada peranan masing-masing, tidak kira dalam apa 'corp' sekali pun. Jangan ingat tukang masak, pemandu, kerani gaji, 'medic', dll, tidak mustahak...semuanya mustahak. Masih ingat cerita ini? En Ramli ketika itu hanya seorang pemandu trak 3 ton dan sekarang seorang yang berjaya dalam bidang makanan dengan Restoran Nasi Kandar Ayan Kampung.

Berikut saya paparkan satu 'Bab' dari buku 'ke2' yang dicadangkan. Ia mengisah cerita seorang  'Pronto/Signaller', mantan PW 2 Roslan, ditokok tambah dengan komen FMZam. Apa yang saya cuba sampaikan...mari kita kongsi bersama pengalaman untuk diabadikan.

Bab ...

Hello Zero...This Is One Two Alpha

Ketika Ops Selamat Sawadee, anggota tentera kerap melakukan 'hot pursuit' terhadap pengganas komunis. Justeru, adalah mustahil untuk mereka membuat 'LP' sekiranya bantuan Nuri diperlukan untuk mengambil 'casevac' seperti terkena jerangkap samar. Sebagai juruterbang Nuri, kami menghubungi mereka untuk mempastikan kami tiba di lokasi mereka. Hutan tebal dan pokok yang tinggi membuatkan kami sukar mengenalpasti kedudukan trup. Orang yang kami berkomunikasi ialah 'Jururadio/Signaller'. Salah seorang Jururadio pasukan komando ialahTruper Roslan Abdullah (bersara Pegawai Waren 2).

Setelah hampir tiga tahun di Skuadron 'X', 1 RGKM, Roslan telah dicalonkan untuk mengikuti Kursus Asas Semboyan. Kursus selama 3 bulan ini menitikberatkan segala bentuk perhubungan radio  dan mereka yang berjaya dikenali sebagai seorang 'Signaller' atau Jururadio. Diantara subjek yang diajar adalah Tatacara Suara, Tatacara Telegrai, Organisasi ATM/TDM, menghantar dan menerima Morse Kod, mengenali/mengendali semua alat perhubungan ATM dan sebagainya.

Menurut  beliau '...Mata pelajaran yang paling menjadi favorite saya adalah Tatacara Telegrapi. Pelajaran ini ada berkaitrapat dengan penghantaran/penerimaan 'Morse Kod'. Demi memahirkan, latih tubi perlu dilakukan oleh setiap individu untuk memahirkan pelajaran Morse Kod dengan cara memantau Freq Kapal dagang laut dengan Morse Kod yang laju. Sayugia itu, ketika menjalani kursus, anggota-anggota kursus dikecualikan dari membuat tugas luar pasukan seperti  menjalani operasi dsbnya. Di benak hati saya berazam suatu hari nanti saya akan menjadi seorang Jururadio (Signaller) yang berdidikasi dan berketerampilan, insyaallah'.

Setelah berjaya menamatkan kursus dengan cemerlangnya, Roslan telah ditukarkan ke Trup Semboyan, Skuadron Bantuan, 1 RGKM. Beliau sekarang layak bergelar 'Pronto'...panggilan untuk Jururadio. 

Cerita Roslan seterusnya '...Walaupun bergelar seorang truper yang juga sebagai seorang 'Signaller', maka tanggungjawab, beban tugas serta 'beban memikul' akan bertambah. Saya bertanggungjawab terhadap keselamatan alat-alat perhubungan yang dikendongnya dan juga menasihati Ketua Trup dari aspek perhubungan ketika menjalani gerakan dan sebagainya. Pendek kata, sebagai seorang Signaller merupakan anggota yang paling akhir and paling mula di dalam beberapa pergerakan di hutan. Sentiasa berdamping rapat dengan Ketua Komander dan Trup Sjn ketika berada di medan. Di samping itu, beban yang dibawanya sentiasa berat dan tidak akan bertambah ringan, walaupun anggota-anggota yang lain membawa beban yang semakin ringan dari hari ke hari.

Disamping itu juga, sebagai seorang Signaller pelbagai masalah dihadapi ketika bertugas di medan seperti tidak dapat berhubung akibat 'skip zone', kerosakan alat perhubungan, dsbnya. Nak pulak ketika itu waktu atau lepas 'contact' atau ada anggota pasukan yang WIA (Wounded In Action) atau KIA (Killed In Action). Berpeluh jagung dibuatnya.

Macam nak gila apabila nak pasang 'Daipole Antena'...Pusing 360*. Siap dua orang pulak 'fatique' untuk pusing aerial, namun perhubungan tidak juga 'thru'. Masa tu rasa nak hempas jek radio set tu. Last-last sekali, buat deq jek buat panggilan 'membabi buta'...tak kisahlah masuk jek freq pasukan sahabat yang tau sama ada TD atau Air Force dengan Callsign 'Charlie'.

Inilah 'kelebihan' seorang Pronto...beban yang dipikul tidak berkurangan. Beban anggota trup yang lain akan berkurangan kerana rangsum dan mungkin juga peluru yang dibawa berkurangan setiap hari. FMZam bersimpati dengan yang apa yang terpaksa dilalui oleh seorang Pronto '...pronto bila keluar masuk hutan ialah bila beban pack kita berkurangan dengan banyak selepas selesai tugas, beban pack dia tak berubah sebab radio set 906 dengan anak gajah (hand generator) dan 2 biji bateri tetap kena pikul. Bukan senang kerja pronto ni, bila malam orang tidur, dia kena 'kayuh basikal' nak recharge bateri guna si anak gajah tu kena mengayuh. Saya masih ingat macam mana hasslenya nak hantar satu message dari dalam hutan belantara bila ada kalanya tiap2 huruf kena "I spell out" dan sambil hantar sebelah tangan pronto dok kayuh basikal. Masihkah sdr ingat phobia ni...Helo Zero this is One Two Alpha...Long Message Over...jawabnya berjamlah kayuh basikal nak lepaskan satu kiriman message panjang...SITREP OVER!'

Itu dulu. Sekarang semua sudah berubah. Ada juga anggota yang membawa 'hand-phone' semasa membuat operasi dalam hutan belantara. Menurut FMZam lagi '...cakap pasal komunikasi ni, sekitar penghujung 90an ada seorang mamat pegawai RAMD, kawan baik saya, yang mungkin askar Malaysia yang pertama guna hanfon dalam hutan. Nama takyah sebut tapi dia Melayu keturunan Pattan, muka memang handsome macam  mamak. Kita terkial2 nak hantar message guna set askar, tiba2 mamat ni keluarkan handfon ATUR dia yang kalau bergerak kena pikul set dan bateri sekali sebesar beg tangan pompuan. Bila dia dail no telepon kem terus je dapat cakap, kita masih terkial2 dengan radio set askar'. 

Saudara FMZam & En Roslan...Terima kasih.

Dedikasi kepada 'Ayah Lang'...mantan 8675 Koperal Abdul Rahman Bin Mat Wahi (adik ibu saya), seorang Pronto 2 RAMD yang pernah berkhidmat di Congo.

Kiri ke kanan: Wan Lang (Wan Fatimah), Ayah Lang (Abdul Rahman), ibu (Rahamah) di rumah Ayah Lang, Batu 8 Lekir, Manjung

10 comments:

Abah said...

Tuan,

TK diatas kesungguhan tuan mencoretkan sedikit sebanyak tugas sebagai seorang insan yang bergelar'Signaller'. Semoga dengan pendedahan sedikit sebanyak itu akan dapat menarik minta seorang Perajurit Muda untuk menceburi didalam bidang 'perhubungan'.

Mungkin tidak begitu ramai dikalangan anggota tentera itu sendiri berpeluang memikul alat perhubungan ketika menjalankan tugas sebagai pembawa alat perhubungan. Paling tidak dengan pendedahan ini dapat juga mendedahkan bagaimana kemanisannya seorang insan yang bergelar 'pronto' ketika menjalan tugasnya.

Semoga anggota-anggota tread yang lain akan menyahut cabaran tuan untuk merealisasikan pengalaman mereka bagi menarik minat masyarakat awam menceburi kerjaya didalam ATM mengikut minat dan kecederungan masing-masing.

FMZam said...

Salam tuan,

Askar yang setiap hari makan compo ration, pakaian tak pernah kering, boot & stokin sentiasa basah, beg galas sentiasa berat, namun raifel & peluru sentiasa dijaga rapi dan dalam beg galasnya pasti sentiasa ready sepasang uniform yang bersih dan kering yang berbungkus dengan plastik waterproof, akan tahan lebih lama dalam hutan dari tarikh luput semua makanan dalam tin yang dia bawa....hehehehe...

Anonymous said...

Salam tuan..

Memang tak dapat dinafikan bahawa jasa dan pengorbanan warga TD amat besar kpd negara. Malah pd pendapat saya betapa seksa dan teruknya halangan dan cabaran yg terpaksa dihadapi oleh anggota TD mmg jauh lebih besar dr apa yg dihadapi oleh anggota TLDM. Saya berpendapat sekiranya negara kita berada di dlm situasi 'armed conflict' harapan yg ada hanyalah bersandar kpd TD..yg lain2 tu agak susah skit...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Semua,

Terima kasih. Saya harap ada pemandu Ferret Scout Car dari pasukan Peninjau sudi menceritakan pengalaman mereka semasa melaksanakan tugas eskot.

FMZam said...

Salam Sdr Anon,

Setiap satu elemen tentera itu ada fungsi dan gunanya maka kalau sebuah angkatan tentera itu tidak mempunyai elemen2 penting yang perlu ada pada sebuah pasukan tentera maka itu adalah satu kelemahan yang besar dan pasukan tentera itu tidak mungkin menjadi pasukan yang efisien. Dengan hanya kekuatan TD sahaja tanpa tentera udara dan laut, musuh yang kecil tapi lengkap dengan elemen2 penting pasti dengan mudah akan menelan kita. Kata mat salih, "It takes all sorts to make a world" maka begitulah juga dengan sebuah angkatan tentera dimana "none of us is as strong as all of us".

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

"UNITY IS STRENGTH"

Anonymous said...

Salam...satu pengalaman yg hampir serupa tapi tidak sama jika dibandingkan antara anggota semboyan TD dgn anggota semboyan TLDM...jika di dlm TD ianya dikenali dgn panggilan spt signaller atau pronto maka di dlm TLDM ianya dikenali sbg RO (radio operator)...jika dlm TD pronto sibuk kayuh anak gajah utk charge bateri radio set, anggota RO di kapal TLDM tak perlu berbuat demikian kerana mmg kapal TLDM dilengkapkan dgn generator utk bekalkan letrik...nampak mudah kan...tapi cuba bayangkan kesengsaraan anggota RO menghantar mesej dlm keadaan ribut di tgh laut...dhler duk kat dlm comcen yg sempit dan cramped, kena lak kapal tgh rolling and pitching akibat laut bergelora dan ombak besar...tuhan saja yg tahu...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Sepanjang berkhidmat dalam ATM selama 25 tahun, saya tidak berpeluang belayar di atas kapal TLDM. Pengalaman di laut selama 2 hari satu malam di Bay of Bengal hanya di atas kapal tentera laut Bangladesh ketika mengikuti kursus di DSCSC pada 1981.

Mungkin anda hendak kongsi pengalaman sebagai seorang pelaut?

Anonymous said...

Salam tuan..

sepanjang service sy di dlm TLDM mmg ada pengalaman yg menarik tetapi ianya tidak sehebat pengalaman tuan dan sahabat2 tuan semasa menentang komunis di era insurgensi.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Emelkan pengalaman anda pada saya. Hebat tak hebat adalah relatif...tak hebat mungkin pada anda, sebaliknya bagi pemcaca lain ianya hebat. Biar pembaca yang menentukannya. Mari kita kongsi bersama.