Followers

Sunday, October 31, 2010

Memorabilia

Pembaca...Selongkar punya selongkar, ini sajalah gambar kenangan ketika di...

MTD...Sepupu & adik-adik datang melawat...

Kiri ke kanan: Arwah Hisham Zubairi (sepupu), Ahmad Kamaruddin, arwah Ahmad Hanapiah@Ami, Wahinuddin di belakang 'Model Room'. Sekitar 1967

Sebagai Pegawai 3 Meriam...

Berkelah di Kuala Abai, Kota Belud. Di sebelah kanan saya ialah Lt Kenny Koh. Sekitar 1970

Bersama adik, Wahinuddin, di bilik penginapan, Mes Pegawai, Taiping. Sekitar 1971

Sebagai 'Paymaster' 7 RAMD, Pengkalan Chepa...                                                              
 




Gambar Kiri: Kiri ke kanan - saya, Lt M Sawaluddin Lamin, Lt Abdullah Ali






Gambar Kanan: Kiri ke kanan - Lt M Abdullah, Lt Kamarulzaman, saya, Lt M Jamaluddin



Pembaca...Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah...peliharalah gambar-gambar dan apa lagi memorabilia sebagai ghazanah untuk tontonan anak cucu anda nanti. Sekarang semua ni nak ditampal dalam 'scrap book' sepertimana yang dipraktik oleh Lt Kol Basri Omar PGB. 

Saturday, October 30, 2010

Selamat Pengantin Baru...Intan & Amir

SELAMAT  PENGANTIN BARU
 KEPADA INTAN & AMIR
AGAR
JODOH BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT


Saudara Mejar Ramli Joned TUDM (B)...Terima kasih di atas jemputan anda. Harap maaf  kami berdua tidak dapat hadir.

Friday, October 29, 2010

Pusara Pahlawan Negara...Terkini

Pembaca...Hasil coretan saya berkaitan dengan cadangan agar kerajaan mewujudkan Pusara Pahlawan Negara di sini dan ini (juga di bawah label 'War Memorial'), squad-mate saya, Lt Kol Robert Rizal Abdullah PGB, telah mengadakan satu mesyuarat yang dihadiri oleh ahli Persatuan SP & PGB. Hasil mesyuarat boleh dibaca di sini.

Ketika perbualan kami melalui talifon sebelum beliau pergi ke KL untuk mesyuarat tersebut, saya telah mencadangkan kepada beliau bahawa Pusara, sekiranya dipersetujui dan seterusnya dilaksanakan, tidak terhad hanya kepada penerima anugerah SP & PGB sahaja. Saya berpandangan, semua mereka yang terkorban - KIA (Killed In Action) - layak disemadikan di Pusara tersebut. Pada saya, mereka yang terkorban ketika mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, termasuk isteri-isteri yang turut berjuang, adalah wira negara. Sama juga mereka yang terkorban angkara jerangkap samar, serang hendap atau bertempur dengan musuh. Takrif 'musuh' tidak dihadkan kepada pengganas komunis sahaja. Mereka yang KIA ketika bertugas dibawah bendera PBB...bukannya kerana insiden seperti kemalangan jalan raya. Insiden seperti   operasi  menyelamatkan anak kapal 'Blackhawk' di pasar Bakara, Somali, yang mengorbankan arwah Koperal Mat Aznan. Arwah pasti  layak disemadikan di Pusara yang dalam perancangan kerana beliau telah dianugerahkan SP.

Ini hanyalah pandangan seorang mejar pencen yang cuba mendendangkan wira-wira yang telah luput dimamah zaman. Sekarang....tunggu dan lihat sajalah!!

Wednesday, October 27, 2010

Tidak Tahu Mengalah

Pembaca...Ini gambar pesawat Nuri, FM1725, dengan Kapten (U) KL Chong sebagai kapten, yang telah ditembak oleh pengganas komunis ketika cuba mengambil casevac 6 RAMD, Prebet Majenin, pada 16 Ogos 1978 ketika Ops Selamat Sawadee. Beliau tercedera ketika anggota Kompeni D bertembung dengan musuh. Dalam percubaan Kapten (U) Chong untuk mengambil casevac tersebut, seorang warga ART, Lans Koperal Ismail, telah terkorban dalam FM1725 (sila imbas coretan ini). 

Kol (U) Fauzi menunjukkan kesan peluru kepada Brig Jen (U) Mohd Ngah

Bersama Panglima 2 Bde, Brig Jen Daud (3 dari kiri) dan juruterbang Tebuan




Cermin hadapan turut terkena tembakan

Kehadiran juruterbang Tebuan adalah untuk mengebom kawasan yang telah dikenalpasti keesokan hari sebelum Kapten (U) Chong terbang semula ke LP untuk mengambil Prebet Majenin. Memetik sms seorang Ketua UCIS 6 RAMD yang berada di Kroh ketika itu '...The next day, a massive coordinated covering/defensive fire of pl/coy support weapons incl mortars, arty, alouette gunships and FGAs' was launched within perimeter and general area of LP. The mission was succcessful'. 

Nota: Sehingga sekarang tiada sebarang respons dari pihak TDM terhadap permohonan saya di sini. Apa nak dikatakan...itu hak mereka!!

Saudara Xxx Xxxxxxx...Terima kasih. 

Monday, October 25, 2010

Surat Terakhir?

Pembaca...Saya telah menghantar surat berikut melalui faks...
24 Oktober 2010


YBhg  Datin Seri Rosmah Mansor   
Penaung 
Tabung Rayuan Hari Pahlawan
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
525250 PUTRAJAYA
Wilayah Persekutuan
Faks: 03-88883963 

Assalamualaikum,

ELAUN UNTUK PENERIMA ANUGERAH KEBERANIAN JPP, PTU & KPK 

Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan perghargaan saya terhadap keprihatinan Datin Seri tentang rentetan veteran anggota ATM. Dengan campur tangan pihak Datin Seri, KEMENTAH telah membuat rayuan buat kali kedua kepada JPM untuk mendapat elaun perkara di atas. Namun demikian, dukacita sekali rayuan tersebut tidak berjaya meyakinkan pembuat keputusan bertukar fikiran kerana jawapan rasminya ialah "...tidak wajar untuk dipertimbangkan".

Secara jujur dikatakan, saya bersyukur dengan limpahan rezeki yang  Allah anugerahkan kepada saya. Tetapi yang membuat saya memperjuangkan  isu ini ialah kerana bersimpati  melihat penerima-penerima anugerah, terutama dari golongan Lain-Lain Pangkat, yang sangat memerlukan rezeki tambahan bagi menyara kehidupan dalam keadaan kos harian semakin meningkat tanpa penghujungnya. 

Perkara ini  tidak akan timbul sekiranya kelima-lima penerima Darjah Perkasa tidak diberi imbuhan. Apabila SP & PGB layak mendapat elaun, sudah pasti timbul persoalan mengapa penerima anugerah JPP, PTU & KPK didiskriminasikan? Perasaan kekecewaan bertambah apabila kerajaan mengumumkan penerima Military Medal, dll, turut diberi elaun. Ini menggambarkan negara lebih mementing anugerah dari negara asing yang pernah menjajah negara Malaysia kita ini. Adakah pemberian kepada 695 wira negara, iaitu 92 JPP, 31 PTU dan 572 KPK, daripada 27 juta rakyat Malaysia, akan membebankan kerajaan? (Jumlah sebenar adalah kurang kerana ada yang menerima secara ‘posthumous’ dan mungkin ramai sudah meninggal dunia). Adakah pengiktirafan negara lebih memihak mereka yang mengharumkan negara, seperti ‘wira’ sukan, daripada mereka yang sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara supaya ‘wira’ sukan dapat mengharumkannya?

Saya tidak nampak sebarang perubahan kepada keputusan penjawat awam di JPM sekira KEMENTAH terus membuat rayuan. Kemungkinan ianya hanya akan berubah sekiranya ada ‘political will’ daripada, tak lain dan tak bukan, YAB PM sendiri. Malah, pemberian imbuhan kepada penerima SP & PGB pun adalah dengan syor YAB PM ketika menjawat Menteri Pertahanan pada suatu ketika dulu.

Sepertimana yang saya cadangkan dalam coretan yang dimajukan bersama ini (coretan ini) , JPM perlu membuat kertas kerja untuk ‘degazette’kan saja JPP, PTU & JPP bagi mengelak isu ‘remeh temeh’ ini dibangkitkan lagi. Kemungkinan selepas ini, PBTM pula akan membincangkan isu ini ketika mesyuarat agung nanti kerana Kedah dan Melaka telah menyuarakan perkara ini.

Sementelah berbicara tentang imbuhan, perlu diingatkan bahawa para veteran yang tercedera di suatu ketika dulu sedang menunggu kuantum bayaran ‘ex-gratia’ yang mereka akan terima nanti. Bayaran ini telah diumumkan oleh YAB PM pada 10 Oktober 2010 bagi mereka yang tercedera sebelum 1995 semasa perjumpaan beliau dengan ahli PBTM di Bukit Jalil. Adakah nilai kehilangan anggota tubuh badan bersamaan atau kurang dari nilai pingat emas Sukan Commonwealth di New Delhi, India, baru-baru ini?

Saya harap YAB PM, melalui Datin Seri dalam kapasiti sebagai Penaung Tabung Rayuan Hari Pahlawan, akan memberi respons yang mengembirakan kami seramai 695 orang. Janganlah  isu ini dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Tindakan positif Datin Seri sangat diharapkan. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Isu ini diKIV sehingga satu waktu yang sesuai nanti...InsyaAllah. 

Saturday, October 23, 2010

Jerangkap Samar (Booby Trap)..Bhg 4

Pembaca...Apabila isteri saya membaca coretan berkaitan dengan jerangkap samar di sini, beliau telah bertanya bagaimana wire, bateri, dan sebagainya boleh membunuh atau pun mencedera warga tentera kita? Inilah masalah saya...menganggap semua pembaca tahu apa saya yang maksudkan. Beliau memang betul...yang terpapar dalam gambar adalah'mekanisma' sahaja, bukan bahan yang membinasakan. Justeru, hantarlah e-mel kepada Mej Baharudin Noryat untuk bantuan. Hasilnya...

Bahan logam, seperti 'ball bearing', serpihan besi, dll, yang membawa kecelakaan kepada mereka yang malang...

Nota: Tak reti nak 'copy & paste', jadi 'photostat & paste'. Asyik-asyik nak minta tolong saudara Katon Tin-Ton...malu. Ini yang dikatakan 'bodoh sombong'...He...He...He.

Bagaimana warga RAJD mengesannya? Macam kita tengok filem yang memaparkan keperwiraan tentera 'Uncle Sam' di Vietnam (tapi kalah juga) dululah. Diantaranya alatan yang digunakan ialah...

               
mine detector                   &                             prodder

Warga RAJD terbabit dikehendaki menjalani latihan bagi memahirkan diri dengan peralatan tersebut...                                

Latihan mengguna mine detector..


...dan prodder

...sebelum menghadapi tugas yang sungguh mencabar di kawasan operasi....


Jika silap langkah...jadilah seperti ini....Innalillahiwainnailaihirojiun. Maha Pencipta mengambil balik hak ciptaanNya..
Mejar Baharudin Noryat...Terima kasih.

Thursday, October 21, 2010

Sungguh Ironis!

Penerima anugerah JPP, PTU & KPK...Satu pengumuman...Dengan ini, dimaklumkan bahawa JPM secara rasminya menyatakan "...tidak wajar untuk dipertimbangkan" rayuan KEMENTAH untuk memberi elaun kepada penerima-penerima ketiga-tiga Darjah Perkasa tersebut. Jawapan rasmi ini ditandatangani oleh Dato' Wan Hamidah, Bahagian Istiadat, JPM, telah dihantar ke kementerian (di sini)

Sungguh ironis...Mak Dato' berkenaan tidak meluluskan rayuan yang dibuat oleh bos beliau sendiri, iaitu KP JPA ketika beliau (KP) menjawat KSU KEMENTAH sebelum memegang jawatan sekarang! Tapi ialah...Mak Dato' hanya menurut perintah sahaja. Sebenarnya, si Perayu (KP) yang menolak rayuannya sendiri! Mungkin sebagai KSU, beliau melihat dari perspektif 'mikro' tetapi sekarang  dengan jawatan yang lebih tinggi, sudah pasti secara 'makro'. Jadi...pandangan beliau berubah 180*. Ini adalah persepsi saya sahaja sebagai seorang rakyat kerdil tidak ternama dan bergelar yang tidak memahami prosidur agensi kerajaan.

Tak apalah...apa nak dikatakan...dah tak ada rezeki! Apalah nak hiraukan sangat  kedukaan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh waris wira-wira yang terkorkan seperti mereka ini kerana mempertahankan negara tercinta Malaysia ini...



...atau cacat anggota tubuh badan...



....atau semuanya menjadi gelap gulita kerana kehilangan kedua-dua pancaindera...


Itu hanyalah satu kisah silam. Lebih berfaedah mengiktiraf wira-wira sukan yang mengharumkan negara....

...selain imbuhan RM1juta untuk pingat mas!

...paling tidak pun, RM80K (tolong perbetulkan sekiranya tersilap fakta) untuk pemenang pingat mas Sukan Commonwealth baru-baru ini!

Atau pun....menyanjung pingat yang di impot, terutama yang dianugerahkan oleh negara penjajah kita sebelum Merdeka dulu seperti Military Medal, George Cross. Apalah sangat JPP, PTU & KPK!

Pada 19 Oktober, jam 2013, saya telah menghantar sms ini kepada Pak Menteri Pertahanan '...Salam. Sungguh kecewa. Dato Wan Hamidah, JPM, dgn rasminya menolak rayuan KEMENTAH utk elaun JPP, PTU & KPK. Jujur saya kata bahawa saya begitu hampa dgn YB Dato'. Siapa lagi yg kami boleh harapkan? Tiada sebab saya harus berterima kasih pada Dato'.

Di sini saya ingin mencadangkan kepada JPM agar membuat satu kertas kerja bagi 'degazette' ketiga-tiga anugerah tersebut dari senarai Darjah Perkasa Persekutuan; memadailah SP & PGB sahaja. Sekiranya dipersetujui, kerajaan tidak lagi dihujani dengan permohonan yang 'remeh-temeh' dan mejar pencen ini pun tiada ruang lagi untuk buat bising!

Sekarang tunggu dan lihat sama ada PBTM akan mengambil tindakan terhadap usul yang dibangkitkan oleh ahli-ahlinya dari Kedah dan Melaka terhadap isu ini.

Wednesday, October 20, 2010

Pulau Layang-Layang

Pembaca...Saya asyik-asyik tulis 'Terumbu Layang-Layang' padahal ianya sekarang dah dikenali sebagai 'Pulau Layang-Layang' (klik pada gambar untuk diperbesarkan)...

Satu-satunya pulau yang mempunyai logo rasmi Malaysia-Okt 2010

Dari hanya sebuah atol pada 1980 (gambar ulangan)...


....menjadi sebuah pulau (gambar dari sudut yang sama)...

Oktober 2010

...hasil pengorbanan segelintir rakyat yang sentiasa bersedia  memerah keringat demi menyahut seruan negara tercinta Malaysia ini.

Tak kira siang...

Warga RAJD ada kelas...mendiami di 'multi-storey condominium'...He...He...He

dengan 'sea frontage'
...atau malam...
Tanpa rehat

Dengar...Dengar...Dengar...Dengan ini diistiharkan batu-batu yang terdapat di sini adalah hak negara Malaysia yang berdaulat...Jangan sekali-kali cuba menceroboh... 

 Pelopor Tugu

Inilah pengorbanan wira-wira negara yang tak pernah didendangkan...

 RAJD...Saya tabek spring anda semua. Lt Kol Basri...Terima kasih.

Tuesday, October 19, 2010

Permohonan Rasmi

Pembaca...Saya telah menghantar e-mel berikut kepada PTD pada 18 Oktober 2010...

Assalamualaikum,
Berhubung perkara di atas, saya memohon kebenaran dari pihak Tentera Darat untuk menyalin gambar-gambar tertentu yang terdapat di dalam buku ini.

 Untuk makluman, saya dalam proses mendokumentasikan pengalaman saya sebagai seorang juruterbang helikopter Nuri dan juga rakan-rakan seperjuangan, termasuk anggota TDM, terutama mereka dari pasukan RGKM, RAMD dan RAJD, ketika menentang ancaman pengganas komunis di suatu ketika dulu . Keperincian diberi kepada Ops Gubir 11 di mana sebuah Nuri telah ditembak jatuh dan mengorbankan 11 warga tentera pada 26 April 1976.

Mereka yang terlibat telah menceritakan dengan terperinci dari mula diaturgerak dari Kem Sg Udang, kemasukan ke kem pengganas komunis, pemusnahan jerangkap samar, ops mencari dan menyelamat Nuri terbabit, sehingga pembolosan warga komando dari kepungan pengganas komunis.

Tajuk buku yang dicadangkan ialah "Pengalaman Wira-Wira Tak Didendang".

Kerjasama pihak Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Gate-keepers...Bukan permohonan ini pun anda tak nak tunaikan. Apa yang anda perlu lakukan hanya menalifon pegawai berkaitan, lagi pun mana ada 'breach of security? Saya hanya nak mengabadikan pengorbanan warga tentera sahaja, termasuk anggota TDM.  Pembaca...Agak-agaknya penerima e-mel akan respons tak? Kalau ya, memang saya terkejut (lihat gambar)........... 

Sunday, October 17, 2010

Bahan Rujukan

16 Oktober 2010...Saya menerima buku ini melalui Pos Laju dari Mejar Baharudin Noryat, Kurator Muzium RAJD, Kluang. Ianya memudahkan saya membuat rujukan dalam penulisan saya. Apa yang termampu saya katakan hanyalah...Terima kasih. 


Khusus untuk saudara 'zaid' & 'Anonymous' yang bertanyakan melalui ruangan komen di coretan ini, Mejar Ishak Isa telah menghantar e-mel berikut kepada saya bagi menjelaskan pertanyaan anda... 

Tuan,
assalamualaikum.

 Dalam era  menentang insurgensi Batalion MTA / RAW khas nya 11, 12 13 dan 14MTA berperanan sepertimana  peranan yg di mainkan oleh batalion RAMD dan Rangers. Pasukan Infanteri 
Yang membezakan MTA dengan RAMD dan Rangers adalah 

1. Batalion MTA keanggotaan terdiri daripda  berbagai kor dan rejimen, campuran ada Pegawai RAMD, Rangers, Armor dan pegawai Wataniah kerahan sepenoh masa dan begitu juga dengan Lain lain pangkat. (Batalion rojak. ) dan kebanyakan anggota LLP mya adalah anak watan negeri batalion itu di tubuhkan. Batalion batalion ini akhirnya pada  akhir akhir tahun 70an diserap menjadi batalion infanteri biasa.
 11 MTA -21 RAMD - 
 12 MTA -? RAMD - 
 13 MTA - ? RAMD - 
 14 MTA - 9 Rangers 

2.  Pada zaman itu juga terdapat unit unit TA/RAW yg berperanan sebagai barisan kedua.. Batalion 301, 302, 303, 304 dan 305. Tugas, jaga sempadan dan lebuhraya Timur Barat dari Gerik ke Jeli.

3. Banyak lagi unit unit TA/RAW yg ada pada era itu. termasuk batalion seri 100 dan Rejimen seri 500.

major Ishak
Cairo
Mej Ishak Isa...Terima kasih.

Saturday, October 16, 2010

Oktober...Bulan Bahasa Kebangsaan

Pembaca...Masih kisah coretan ini tapi anda mesti 'klik' kat  u-tube untuk menghayati coretan seterusnya.

Menara Kawalan Alor Setar: '9 Mike November India Sierra ...Clear to land runway 22, wind light and variable'. (Maksudnya mendarat dengan arah landasan terbang 220*).(NIS=Nor Ibrahim Sulaiman. Itu pendaftaran helikopter AS 365 Dauphin peribadi saya....dalam mimpi..He...He...He).

Ketika 'final' untuk mendarat, sekiranya pilot tak nampak tulisan .....



...pilot tersebut mesti membuat pemeriksaan mata kerana mana mungkin tak boleh nampak tulisan yang terpampang sebesar itu....mustahil!! 

Kalau depa tak nampak tulisan....


...bolehlah dimaafkan kerana ianya 'tersorok' di Jalan Hutan Kampung.

Bukan sekadar itu sahaja, malah kenderaan Perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia ini dengan bangganya mengagungkan bahasa asing...

 Bukan sahaja di belakang, malah di kedua-dua pintu hadapan kenderaan 

Gomen sekarang telah mengisytiharkan bulan Oktober sebagai "BULAN BAHASA KEBANGSAAN" dan sekarang anda semua sudah pasti terdengar lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' di tv dan radio. Sedih...sungguh sedih...Masih ada agensi kerajaan yang begitu berat untuk menjayakan usaha kerajaan memertabatkan bahasa rasmi negara Malaysia yang tercinta ini!! Lagi sekali saya ulangi, saya tidak sama sekali mengatakan kita perlu mengenepikan bahasa Inggeris, apa yang saya pertikaikan ialah Bahasa Kebangsaan MESTI diguna oleh agensi kerajaan. Saya sendiri masih mengguna bahasa 'London' walaupun 'nahunya' berterabur. 

Mungkin 'AIR FORCE' sentiasa berurusan dengan negara asing, justeru, memang justifikasi mereka sentiasa mengguna bahasa antarabangsa. Tapi heran juga...Perancis sungguh bangga dengan bahasanya, Armée de l'Air (ALA, literally Army of the Airatau Germany dengan Luftwaffe  (German IPA ['luftvafə]) is a generic German term for an air force).  Mungkin kedua-dua negara tersebut masih tinggal kebelakang kerana masih mundur agaknya! Atau adakah ini permulaan proses yang Tentera Udara (tak janggal pun bunyinya) laung-laungkan'Air Force...The Next Generation'?

Tak tahulah saya...Siapa lagi yang nak dipertanggungjawabkan bagi memperkasakan bahasa kebangsaan kita kalau tidak kita sendiri! Mujurlah ada Organisasi Bukan Kerajaan seperti Perkasa yang melobi penggunaan bahasa kita ini. Kalau ada masa, sila baca Utusan Online di sini. 

Pembuat dasar Tentera Udara...Fikir-fikirkanlah....!

'CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA...BAHASA JIWA BANGSA'

Friday, October 15, 2010

Pengalaman Pertama 'Footslogger'

Pembaca...Ini satu kiriman pengalaman Mej Ishak...

My first real ops selepas commissioned .

selepas ditauliahkan sebagai peg, seramai 21 peg infanteri ie, RAMD dan Rangers diwajibkan
menjalani satu kursus intensif sebelum  melapor diri ke pasukan masing masing.

30 October tauliah , pergi bercuti selama  satu minggu dan minggu kedua lapor diri di 1 RAMD
 Kem Batu 5 Mentakap, Pahang. Kursus in di kelolakan oleh sel latih Jabatan arah Infanteri. KEMENTAH di ketuai oleh mejar Amir Guntor.

Senarai pegawai yg terlibat termasuklah, LtM Abd Razak Husin-11 MTA ( WIA trajedi heli
 terhempas   setahun kemudian ), LtM Saleh ( WIA kena booby trap beberapa bulan selepas 
 lapor ke pasukan, 13 MTA) Lt M Abdullah Saad -8 Ranger- KIA, sebelum PW11 Kanang
 dapat PGB.

Kursus ini sangat intensif. Jadual kursus, tiap tiap hari  merempoh halangan  full battle order, 
section battle drll, map reading, compass marching, abseiling.dan menembak, siang dan malam.
Di akhir kursus di adakan final exercise....

Kami di bawa ke Tac HQ briged di Bentong untuk mendengar taklimat dan juga menerima 
ops orders di sana.
 
Selepas mendengar orders ini, baru kami sedar yg final exercise ini ops betul betul bukan
main main punya exercise.

kami di pecahkan kepada 5 kumpulan setiap kumpulan di anggota oleh 5 pegawai dan diikuti
oleh seorang jurulatih. 
Kumpulam saya di ikuti oleh mejar Amir sendiri. Apa yg kami buat dalam ops ini?  Membiat
Rondaan Kumpulan kecil (RKK) termasuk membuat serang hendap. Kawasan Operasi ialah
sekitar Karak. 2 minggu kami menjalankan ops ini. 

Kami belajar the real thing that  we are going to faced later in the service.
 
saya, sekali lagi berguru dengan major Amir Guntor setahun kemudian semasa menjalani kursus
Taktik Pegawai Muda di 1 RGK Kem Sungai Udang. .................

major Ishak...Terima kasih. 
Cairo

Thursday, October 14, 2010

Hadapi Risiko

Pembaca...Ini satu lagi cerita dari Mej Ishak Isa yang pada mulanya 'FYI only',' as is where is.' Sekarang beliau sedia kongsi bersama pengalamannya...

Tuan, 
incident yg saya maksudkan bukan di Gerik tapi di Kroh. to be morespecific ..Lepang Nenering.

Incident ini just FYI only. Just to share sebab saya  dah sebut tempoh hari.

Semasa saya bertugas di Task Force 083 Kem Kroh.
Kejadian tembakan menenbak  keatas pos /foward base kita di Lepang Nenering sering berlaku tetapi musuh tidak dapat di kesan. Untuk menjawab persoalan ini Task Force Commander Kol Zulkifli ( Arwah) telah mengarah saya untuk pergi menyiasat akan kemuskilan ini.

Kejadian tahun 1983.
awal pagi selesai mendengar taklimat CTF bersama seorang lagi pegawai. Kapt Jeya ( signal officer) dia volunteer untuk ikut. Kata nya nak cari  experince menjadi infantry man.

Kami berdua menaiki sebuat moto scramble, berpakaian biasa berbekal dengan sepucuk pistol, compas dan peta menuju kawasan Lepang Nenering.
perjalanan  melalui trek balak dan denai denai menuju sempadan Mal/Thai. Persekitaran hutan tebal  tetapi banyaknya denai yg tidak terdapat dapat peta yang di bawa.  Boleh sesat kalau tak ada pengalaman. saya bernasib baik kerana map reading, compas marching and combat treking is my expertise. Yakin dengan pengalaman itu. dan pasti sampai di sempadan. Untuk mengesahkan lokasi semasa itu saya mencadangkan kpd kapt Jeya , lets go a little bit further if you want to be in Thailand. Tak sampai 20 meter kmi bergerak, kami di kepong oleh Thai Border Police.  

mereka ingatkan kami ini smugglers dan tidak mahu mendengar penjelasan  , mangapa kami berada di sempadan. mereka tidak puas hati dan terus menahan kami dan di bawa ke Betong untuk di soal- siasat. Berpuashati dengan penjelasan, kami di lepaskan. Di hantar semula ditempat kami ditahan. semasa di Betong komander polis yg menyoal kami ada menyebut. "Next time want to come to betong and enjoy, use you passport".

Perjalanan pulang lagi mencemaskan kerana hujan  telah mulai turan dan keadaan trek dan denai licin dan kalau tidak silap saya kami tergoleh jatuh tidak kurang dari empat kali.
Sesampai di kem Kroh , debrief TFC dan buat laporan kejadian, plot denai denai dalam "going map"( Up Dating) . End of Mission.  Conclusion dari mission ini . Some many denai, trek dalam kawasan ini dan musuh senang masuk, harass ST position and escape. SF cannot follow-up. may be yang dok masuk dan harass itu mungkin Thai Border Polis .

Keesokan hari saya bertanya capt jaya mengapa beliau  tidak dapat menonggang motosikal dengan baik semalam tidak seperti biasa. Apa beliau kata :" when the Thai Police surrounded us , my heart drop to my feet".  selepas tu dia kata... "Next time call another officer  not me. if you have any mission,not me "

This is no the first time officers from other corp yng serik untuk mengikut saya buat ops bersama. Pernah di Gubir, Arti Officer, semasa mencari LP baru, terkejut biawak melihat cara kami mengejar musuh....buat ambush. Arti officer ini pernah berkata..: "next time I dont want to follow you again, You all  gila ." 

Itu lah salah satu kenangan yang saya tidak akan lupa.

Mejar Ishak...Terima kasih.