Followers

Tuesday, November 30, 2010

Cakap Tak Serupa Bikin

Sebenarnya saya tak terniat langsung untuk menulis dalam 'Forum' Utusan Malaysia yang tersiar pada 29 Nov 2010 berikut (klik untuk membaca).


Pada 27 Nov, saya telah menghantar e-mel kepada Datuk Siti Azizah, Pegawai Khas PM, ekoran kepada e-mel ini dan ini. Isi kandungannya lebih kurang apa yang tersiar di atas yang telah diedit. Saya turut kepilkan bab bertajuk "Terkorban" dalam draf manuskrip sebagai kembaran. Bab ini mengisahkan 2 orang anggota Air Rescue Team, arwah Lans Koperal Ismail Ahmad dan Lans Koperal Sibki, yang terkorban dalam dua insiden berasingan tetapi melibatkan krew Nuri yang sama, iaitu Kapt (U) Chong Keng Lay, Lt M (U) Johan dan Sjn Mohsain. Lans Koperal Ismail terkorban dalam misi penerbangan untuk mengambil satu casevac dari 6 RAMD; Lans Koperal Sibki pula ditembak mati ketika pesawat berada di LP dalam misi 'resup'. Seterusnya, saya telah 'forward'kan e-mel tersebut kepada seorang editor Utusan Malaysia.

Pada 28 Nov, jari-jari yang tidak boleh duduk diam ini telah menghantar sms kepada editor berkenaan '...Dicadangkan UM tulis rencana tentang anugerah perkasa JPP, PTU & KPK dalam ruangan Perajurit. Y not highlight my struggle. Kesian penerima  dpd anggota LLP. Yr reporter is welcomed 2 contact me if my assistance is nec. Tk.' Saya menerima jawapan dari editor dalam beberapa minit saja '...Ok nanti saya uruskan'. Ha...Ini peluang saya untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kepada wartawan nanti. Pada jam 2154 (28 Nov), saya menerima mms yang memaparkan surat yang tersiar di atas! Itu sebabnya ada kesilapan seperti '...operasi menyelamat 'Cepung 475 Juliet Alpha'. Cepung 475 Juliet Alpha adalah 'callsign' Nuri. Insiden terbabit ketika Ops Selamat Sawadee. Walau apa pun, saya berterima kasih kepada editor terbabit yang sedia menyiarkan surat tersebut.

Pembaca...Kalau anda tak puas hati terhadap prestasi agensi kerajaan, saya syorkan anda menulis kepada akhbar-akhbar, tak kiralah NST, Star, Utusan, Berita Harian, dll. Kalau dapat, hubungi stesyen tv. Bukannya apa, terdapat agensi yang bolayan saja e-mel yang dihantar kepada mereka...mungkin di'delete' atau pun terhenti dekat 'gate-keepers' sahaja. 

Kabinet telah memberi arahan.....


Turut diperingati oleh TPM...

Cuba dikuatkuasakan oleh KSN (boleh tahan juga orangnya) yang mengarahkan penerima mesti menjawab dalam masa 3 hari berkerja....nampak memang cantik, tapi kenyataannya ialah respons pengakuan penerimaan standard ini pun 'bahawa perkara ini dalam tindakan'   (entah apa maknanya) tak kunjung tiba. Yalah...Kan ke kontrak KSN  tak lama lagi akan tamat, nak sibuk buat apa!!

Itulah ceritanya.

Monday, November 29, 2010

Midlife Crisis?

I enjoy reading this article in the NST by Dato' Johan Jaafar (click to enlarge)...


Midlife crisis...What is it actually? Truthfully, I don't know. Basically, the write-up is about those who finally achieved their 'self-actualization' in their twilight years...(up to you to define the term 'twilight years'). One of his friends finally fulfilled his dream to own a car...Ferrari, at the age of 65 while another friend is still actively participating in marathons, mountain climbing, cycling to Beijing and completed the world's most gruelling foot race, Marathon of the Sands in the Sahara...at the age of 67!! A late friend of mine could not live without cigarettes even at the terminal stage of his colon cancer. When I advised him to stop smoking when visiting him at Kinrara Hospital, he told me he would  continue smoking till his last breath...He lived up to his wishes!

I'm approaching 62 this coming April, InsyaAllah, and to date, I'm yet to achieve my dream...a Jack Nicklaus of Malaysia (in golf). One of these days when the golf icon is to old to hit the ball, I'm sure by then my dream would be fulfilled especially with my new grips (here)...He...He...He. But then, what the heck. I still have the time to pull my golf trolley and laugh at my friends' jokes and at my own antics. 'Laughing' is an Allah-given rahmat...mind you.  I'm grateful to Almighty Allah for the good health bestowed on me (as at the time of typing this article and, hopefully, forever, InsyaAllah) and free from the mother of all human misery after retirement...DEBTS, Syukur Alhamdulillah.

As I said in my entry here, people have to go for therapy just to laugh. But of course, laugh in moderation...everything in moderation!

Well, enjoy life while you can within the perimeters of the do's of Islam. Don't worry about your hair turning grey, ears hard of hearing like what I'm beginning to experience now, too many gaps in my mouth, aches here and there...so what? Only a privileged group of people are given the opportunity to experience these stages of ageing...most of us will have to go through this process. Remember this...All Allah's creations are approaching their final destination from the very first second of their emergence in this world. Syukur to Allah for whatever you have and face the reality of life gracefully.

Sunday, November 28, 2010

Grips Replacement

I have been using a customised 'Srixon' 403 AD iron set which I bought on 5 March 2005 for RM2200. Well, even though it's customized, the ball still goes haywire. In fact, for a pro like me, I only need my hybrid for tee-off dan fairway shots, #7, #8, #9, "S" and putter. You see, the distance using a 'driver'=hybrid=150 metre...He...He...He. I never used #3 & #4 irons from day one I bought the set...those two irons are still 'untouchable'. For fairway shots, my favourite is Srixon hybrid. My other gang members use their irons and I really envy them. So, not to be left out, I too, started to use irons. The problem I'm having now is that the grips are getting too slippery even after I had  sand papered and filed to roughen them but all in vain.

Finally, on 25 Nov, I sent my driver and #6 through pitching wedge, to Kedah Club to be fitted with new grips. Well, it cost me RM150...OKlah. I'm sure this Monday I'll have iced nescafe foc (RM1.20), InsyaAllah. He...He...He.

My golf members and I were invited for the annual 'Muhibah Tournament' at UUM Golf Club on 27 Nov. The partners were made up of the Club's members and non-members. Except for Abang Tad, the 3 of us declined the invitation. The reason was that we felt our partners from UUM, whoever they might me, were of no equal stature in golf. They might be the cause of we, the partners, losing the competition. He...He...He.

You know, one thing I like about DGCC is its ponds in 'Sultan 9' which  are blooming with beautiful lotus plants....simply awesome.

Near green # 5


For at least till end of December 2010, my weekend excerices, ie, Sat & Sun, are limited to a walk to the  Darulaman lake since Kedah Club is closed for golfing. During the recent flood, the whole course was totally submerged. What a pity, the greens were repaired only a few months back...a very costly affair. (Picture - full of garbage after every fishing competition held at the lake).

Saturday, November 27, 2010

Misi: Hijaukan Padang Golf

Pembaca...Saya terima e-mel berikut daripada Mej Ishak Isa. Terpulanglah pada anda untuk membuat rumusan tentang peranan unit elit ini di masa negara tidak menghadapi sebarang ancaman yang boleh menggugat keamanan negara.... 

Ini satu coreta cerita sedih.


Kem Terendak mempunyai sebuah padang golf. Bagaimana pun, terdapat banyak kawasannya yg botak....terutamanya  kawasan bersempadan dengan unit-unit tentera di sana. Untuk mencantikkan  kawasan-kawasan berbotak tersebut, pihak kelab telah bersetuju untuk memperbaikinya.

Maka, Markas 3 Div telah  mengeluarkan  satu perintah untuk membaiki  padang itu.


Mission: Hijaukan  padang golf Kem Terendak...

Ketika itu, saya Ketua Kompeni C, 8 Renjer. Ditugaskan membersihkan  batu-batu kerikir dan tanam rumput di sektor yg telah di bahagi-bahagikan.

Bayangkan sebuah pasukan elit, missionnya tanam rumput untuk kaum elit ATM main golf....Malu. Sedih dan kecewa.....memang kecewa!!

Bayangkan, jadi buruh paksa, rumput cari sendiri...so kami pergi cari di ladang-ladang getah berhampiran dan bukannya ada modal...modal air liur saja  dan ada pasukan yang bergaduh dengan pihak estate sebab ambil rumput.......kerja-kerja  ini berjalan  dalam beberapa bulan baru selesai.

Yang lebih parah lagi...pada satu ketika, sedang kami sibuk membuat kerja..ada seorang pemain golf berselisihan dgn kami dan bertanya... berapa kos yg di bayar untuk kerja-kerja ini?
Ketika itu..memang nasib pemain golf ini baik.......kalau tidak, dah tentu batang cangkul singgah di kepalanya.

One of the many other reasons  I quit the ARMY......pada hal, I was in line to be CO, 8 Royal Malaysian Rangers.

Cerita sedih zaman dulu dulu.

Saya harap 'peace time activities' seperti di atas tidak lagi menjadi amalan...kalau membantu rakyat, seperti membina/membaiki rumah,  menggali telaga, dll, OKlah juga. 

Kepada Pang5-Pang5, terimalah kenyataan bahawa masa sudah berubah. Suka tak suka, kita sekarang hidup dalam zaman IT di mana setiap rakyat, termasuk anggota tentera, berupaya menyuarakan perasan mereka melalui berbagai kaedah, seperti blog ini. Era '...by hook or crook' sudah lama berlalu. Fikir-fikirkanlah!! 

Friday, November 26, 2010

"Degazette"

Saya difahamkan draf jawapan kepada surat ini daripada Datuk Siti Azizah, Pegawai Khas PM, telah dihantar kepada KSU 2 minggu lepas dan sekarang masih dalam 'IN' tray (mungkin 'KIV'?)...Manalah beliau ada masa nak melayan perkara remeh-temeh ini, lagi pula surat itu hanya '...untuk perhatian dan makluman' sahaja. Saya dicadangkan supaya 'push' sikit KSU....Ya lah, bukan ada apa nak rugi pun!

Justeru, perahlah sikit otak ni dan melayanglah e-mel berikut.... 

From: nor ibrahim sulaiman
To: KSU KEMENTAH
Cc: Datuk Azizah Abod ; Dato' Zahid Hamidi ; Mininter of Def ; Dato Abu Bakar JPA ; Datuk Wan Hamidah ; Datuk Siti Azizah Abod ; sidek ksn ; Tan Sri Azizan ; PTU ; PTU ; PTD
Sent: Thursday, 25 November 2010 17:24:17
Subject: Elaun Untuk Penerima Anugerah Perkasa JPP, PTU & KPK

Assalamualaikum Datuk,

Rujuk:
A. Surat saya kepada YBhg Datin Seri Rosmah Mansor pada 24 Okt 2010. 
B. PPM-PK-PEL-09/1 bth 1 Nov 2010.
C. Surat saya kepada Datuk Siti Azizah Bt Sheikh Abod pada 15 Nov 2010.

Berhubung perkara di atas, saya difahamkan sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak KEMENTAH kepada rujuk B (ini). Secara jujur saya katakan, saya 'tabik spring' pada Datuk sekiranya Kementerian masih mahu merayu bagi kali ketiga agar pihak berwajib di JPM mengkaji semula keputusan 'tidak wajar untuk dipertimbangkan'. Seperti mana yang saya katakan di rujuk C (ini), "...Ianya hanya satu tindakan yang sia-sia sahaja". Tanggapan negatif saya ini bersandarkan kepada jawapan-jawapan standard yang sama daripada pegawai terbabit di Bahagian Istiadat, JPM!!

Saya telah mencadangkan di rujuk A (ini), bagi mengatasi masalah ini, anugerah JPP, PTU & KPK di 'degazette'kan sahaja dan digantikan dengan pingat 'George Cross''Military Medal' dan lain-lain pingat keberanian British Empire. Kewajaran tindakan ini berlandaskan kepada pemberian elaun kepada penerima anugerah tersebut seperti yang dinikmati oleh penerima SP & PGBberkuatkuasa 1 Julai 2009.

Sekiranya Datuk memberi respons kepada rujuk B, saya harap saya tersenarai dalam "s.k".

Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Terus terang saya katakan, saya tidak mengharapkan apa-apa daripada pihak kerajaan. Saya akan terkejut berok sekiranya menerima pengesahan penerimaan e-mel tersebut. (xKSU {KP JPA sekarang} ada juga 'courtesy' memberi respons kepada e-mel saya. KSU semasa...Wallahualam).  Itulah persepsi saya tentang kewibawaan agensi-agensi kerajaan tertentu (bukan semua). Orang tengah sibuk nak rancang pergi bercuti, mengurus majlis perkahwinan anah-anak atau pun merancang bagi menangani masalah banjir di pantai timur dan juga di tempat saya ni, simejar pencen ini tak habis-habis cakap pasal elaun...elaun. OKlah....KIV dulu sehingga tahun depan.

Thursday, November 25, 2010

Evolusi Penerbangan Berjadual

Pengalaman pertama saya menaiki kapal terbang ialah pada penghujung 1967. Sekumpulan kadet dari Kompeni Abdul Rahman, di bawah pengawasan mendiang Kapten Ranjit Singh, telah mendaki Gunung Kinabalu sebagai 'Adventure Training'.

Kami menaiki Penerbangan Berjadual dari TUDM KL ke Labuan dengan pesawat Dart Herald, kepunyaaan No 4 Skuadron. Sehingga sekarang, saya tiada sebarang jawapan terhadap susunan tempat duduk dalam pesawat Herald ini. Tempat duduk terbahagi kepada 2; sebelah 'para seats' dan sebelah lagi 'seats' biasa. Apa yang menghairankan saya ialah seats biasa ini menghadap ke belakang...bukannya ke kokpit! Saya difahamkan aturan ini berasaskan kepada faktor keselamatan penerbangan...Apakah agaknya yang dimaksudkan!Dari Labuan, kami menaiki pesawat 'Dakota' kepunyaan MSA (Malaysia-Singapore Airlines). Buat satu ketika, sebuah pesawat F28 turut digunakan untuk Penerbangan Berjadual diantara Semenanjung dan Sabah/Sarawak.

Pesawat C130 Hercules mengambil alih tugas penerbangan ini dengan tertubuhnya No 14 Skuadron pada 17 Julai 1976 yang dirasmikan oleh arwah Tun Hussein Onn, Perdana Menteri/Menteri Pertahanan ketika itu. (PM turut mengumumkan penganugerahan SP kepada arwah Mejar Zainal Abdul Rashid yang terkorban pada 15 Jul '76 di sini).
Jadual penerbangan adalah seperti berikut:

A. Sabah...
  • Isnin - Angkasa 061 
  • Rabu - Angkasa 063
  • Jumaat  - Angkasa 065
Route: Subang-Labuan-Kota Kinabalu atau Subang-Kota Kinabalu-Labuan-Subang

B. Sarawak...
  • Selasa - Angkasa 062 
  • Khamis - Angkasa 064
  • Sabtu - A ngkasa 066
Route:  Subang-Kuching-Subang

Catatan: Sebelum Subang, 'point of departure' ialah TUDM KL.

Sepertimana yang diperkatakan oleh Lt Kol Basri ketika beliau mengikuti penerbangan ke Bosnia, pesawat Charlie ini '...Dalam penerbangan ni amat sejuk sangat2 sampai tak boleh tidur!!!'.Memang sejuk. Bagi mengurangkan kesejukan, saya dan isteri akan duduk berhampiran dengan pintu ke kokpit.

Anda lihat gambar ini...masih bolih tahan lagi. Kebiasaannya, penerbangan berjadual ini membawa penumpang penuh kapasitinya. Jadi, bayangkanlah...lutut bertemu lutut! Penerbangan dari KL ke Labuan mengambil masa melebihi 3 jam. Lebih kurang setiap jam, 'Load Master (LM)' akan melangkah dicelah-celah peha penumpang dengan lampu picit menyuluh ke 'siling' pesawat. Sudah pasti, bagi mereka yang pertama kali menaiki pesawat ini, terutama kaum Hawa, berasa cemas dengan tindakan LM dan isteri-isteri dan tertanya-tanya masalah apa yang dihadapi. Sebenarnya, LM hanya...

"....looking for leaks. Since it is much higher up and dark a torch light is required to see clearly. Forward of the wheel well area is the Hydraulic Reservoir. Aft of wheel well, overhead is the Flaps Hydraulic motor. Rear, next to Port Pax door is the Ramp & Cargo Door Hydraulic Reservoir. A lot of Hydraulic line are in the ramp & cargo door area. Both for their operations and also going into the Tail for Rudder and Elevator control."...petikan xWO 1 Faizul Abdullah.

Anda masih ingat 'In Flight Rations' ketika menaiki Hercules? Penumpang diberi satu kotak putih yang mengandungi seketul ayam goreng, sebiji epel, sandwich, garam, kertas tisu dan kopi dalam cawan kertas. Masa tu...semuanya sedap. Tapi bagi kami anak kapal...dah jemu. Asyik-asyik ration tu saja. Dalam satu penerbangan dari Labuan ke Kuala Lumpur, sedang asyik membaca buku, tiba-tiba terasa pesawat 'yaw' sikit lepas tu 'back to normal'. Saya percaya kapten pesawat telah 'shut off' 1 enjin dan tekaan saya memang betul. Bila mendarat, saya difahamkan kapten pesawat terpaksa 'shut off' 1 enjin kerana ada masalah teknikal. Biasalah...Bila melepasi 'point of no return'...teruskan saja penerbangan. (Kalau tak silap saya, kapten pesawat ialah Mej (U) Harun). Dengan 3 enjin, Charlie boleh terbang tanpa masalah dan pesawat mendarat dengan selamatnya. Tiada apa yang perlu ditakuti, InsyaAllah, kerana tahap professionalisme mereka, memetik Lt Kol Basri lagi '...Pilot2 dan krew amat professional..'.

Penerbangan berjadual di Sabah dan Sarawak dilaksanakan oleh pesawat Caribou dari No 8 Skuadron, TUDM Labuan. Terdapat pertukaran kepada jadual penerbangan pada pertengahan 80'an... 

  A. Sabah...
  • Angkasa 591: Labuan-Kota Kinabalu-Sandakan-Labuan (seminggu sekali)
  • Angkasa 594: Labuan-Kota Kinabalu-Tawau-Labuan (seminggu sekali)
B. Sarawak...
  • Angkasa 703: Labuan-Kota Kinabalu-Miri-Sibu-Kuching
  • Angkasa 705: Kuching-Sibu-Miri-Labuan
Satu perjalanan yang penuh nostalgik! Sekarang pergerakan anggota dan keluarga menaiki...

Air Asia

Lt Kol Nazri (PS1 Muzium TUDM), En Faizul Abdullah & saudara Mangchikla...Terima kasih.

Wednesday, November 24, 2010

Semoga Berjaya

Saya ada bertanyakan tentang anak kepada arwah Mejar Zainal Bin Abdul Rashid  SP dalam coretan ini...Mohd Hazem Shah...  


Pada 23 Nov, saya menerima e-mel daripada saudara mangchikla untuk klik dekat facebook. Apabila diklik, terpampanglah gambar sepasang suami-isteri. Dari butir-butir peribadi, saya yakin beliau adalah Mohd Hazem. Saya telah menalifon (# dipamerkan) beliau untuk pengesahan dan jawapannya ialah 'YA'. Inilah gambar terbaharu putera kepada Pahlawan Gubir  yang sekarang ini sudah menjadi seorang suami kepada Puan Maria Tutie dan ayah kepada 2 orang cahaya mata...

Mohd Hazem & Maria Tutie

Sekarang saudara Mohd Hazem bertugas di Accelteam Sdn Bhd sebagai Business Consultant/Manager. Bidang tugas ialah 'dealing with Corporate Performance management, Business Intelligence tools specialise in consulting and training. Trainer (Management Soft Skill C) certified by Pembangunan Sumber Manusia Berhad'....Wow...It sounds Greek to me...He...He...He.

Saudara Mohd Hazem...Saya doakan agar anda berjaya dalam kehidupan anda. 
Saudara mangchikla...Terima kasih.

Tuesday, November 23, 2010

Mejar Zainal Abdul Rashid SP


20 Nov 2010...Saya terima buku ini daripada Lt Kol Basri Omar melalui Pos Laju.
Ia mengisahkan seorang pahlawan, arwah Kapten Zainal Bin Abdul Rashid SP (gambar), Ketua Kompeni 'Alpha', 17 RAMD, yang terkorban dalam satu pertempuran, di mana lagi kalau tak bukan...GUBIR, berhampiran dengan Sg Baho, sumber air dan mandi. Pada  pagi 15 Julai 1976, Kompeni A sungguh teruja kerana si 'burung besi' akan datang untuk menghantar, bukan sahaja catuan 'government issued', tetapi juga makanan tambahan (extra messing) yang ditempah oleh mereka dan  surat-surat daripada yang tersayang. Tiba-tiba terdengar beberapa das tembakan dari arah tempat anggota beliau mengambil air. Kapten Zainal pasti tembakan tersebut adalah daripada musuh. 

Beliau membuat keputusan untuk mengenal pasti punca tembakan tersebut. Dengan 4 orang anggota, Kpl Adnan, Pbt Awang, Pbt Ariffin dan Pbt Razali, dengan berhati-hati mereka telah pergi ke lokasi tersebut. Tanpa disedari oleh musuh yang jumlahnya lebih kurang 15 orang, pada jam 0845, Kapt Zainal mengarahkan anak buahnya untuk menyerang musuh. Beliau sendiri telah menembak mati 4 orang PK sebelum ditembak mati; anggota beliau berjaya membunuh 2 orang musuh.   Tembak-menembak ini berlaku hampir 45 minit sebelum PK beredar. 4 orang wira ini bernasib baik kerana PK tidak mengetahui jumlah sebenar anggota Kapt Zainal. Ketika Kpl Adnan yang terpaka kembali ke pangkalan untuk melapor insiden ke Markas Taktikal dan meminta bantuan, Pbt Awang, Pbt Ariffin dan Pbt Razali menjaga jenazah Ketua Kompeni mereka. Mereka mendengar laungan PK kepada mereka..."Oi, Melayu...lebih baik lu orang serah diri...kalau tidak, kamu semua akan mati". 

Platun 1  yang diketuai oleh Lt Mohd Yassin tiba di lokasi jam lebih kurang 1000, dan diikuti oleh Lt Abdul Rahman Yat, Ketua Platun 3. Walaubagaimana pun, musuh sudah beredar dari kawasan pertempuran. Hasil penggeledahan, mereka menemui 6 mayat PK dan dipercayai ramai yang tercedera. Antara senjata yang ditinggal oleh musuh termasuk selaras 60 mm mortar, M79, 4 laras carbibe, rifle 0.22, bom tangan dan patchet. Mereka beredar balik ke pangkalan pada jam 1200 membawa bersama jenazah arwah Kapt Zainal dan mayat musuh.

Dua buah Nuri tiba untuk membawa 7 'bodevacs' dan selamat mendarat di Kem Gubir pada jam kira-kira 1545. Arwah Kapten Zainal disemadikan di Pantai Remis, Perak, tempat kelahirannya. Arwah telah dinaikkan pangkat pangkuan Mejar mulai 1 Januari 1976. Arwah meninggalkan seorang isteri, Puan Azizah Binti Ismail dan 2 orang cahaya mata, Mohd Hazem Shah dan Nurulaini. Malang tidak berbau, pada 3 April 1977, Puan Azizah, Nurulaini dan anak saudaranya, terkorban dalam satu kemalangan jalan raya Tenang, Jalan Muar-Segamat, Johor (lebih kurang 10 km dari Bandar Segamat). Mohd Hazem, ketika itu berusia 3 tahun 7 bulan, terselamat dan ...menjadi yatim piatu. Beliau telah memilih untuk tinggal bersama Tok dan Pah di Pantai Remis.

Mohd Hazem menyertai Tingkatan 1 sebagai 'Budak Boy' pada 1986. Sekarang di mana beliau berada saya tidak ketahui...Wallahualam.

Saya masih ingat insiden ini dilaporkan dalam akhbar-akhbar. Apabila mengetahui nombor tenteranya, 410488 dan ditauliahkan pada 21 September 1968, baru saya teringat bahawa arwah adalah dari Intake 13 TJP. No tentera saya ialah 410316 dan saya berada di MTD daripada Mei 1967 hingga April 1969. Ini bermakna saya 'Senior Cadet' ketika beliau berada di MTD.

Di mana saya berada semasa insiden ini? Jawabnya buka Log Book...


Masa itu saya masih "D" cat...lebih kurang lesen "P" (dulu lesen "L")...tak boleh bawa trup, hanya layak bawa 'freights' dan 'ferry flights'. Mengikut Log Book, pada 18 Jul 1976, saya telah menerbangkan pesawat FM1716 dari Kuantan ke Butterworth dan terbang balik ke Kuantan dengan FM1703 pada hari yang sama.  Ini bermakna Nuri yang membuat detasmen di TUDM Butterworth dan terlibat dalam ops di Gubir perlu diganti. Ketika itu, Skuadron Komposit masih belum wujud; Nuri hanya di No 10 Skuadron, TUDM Kuantan. 

Saya difahamkan, baru-baru ini 17 RAMD telah membuat lawatan ke rumah arwah di Pantai Remis...Inilah kali ke2 keluarga arwah diziarahi oleh pasukan di mana anaknya pernah berkhidmat selepas 34 tahun berlalu. Kali pertama semasa menyebadikan arwah Mejar Zainal. Pusara arwah dibersihkan dan ikuti dengan majlis tahlil. Adakah tindakan ini kemungkinan hasil surat saya ke Forum Utusan Malaysia? Kesan terhadap pusara Leftenan Muda Abd Hamid Bin Ismail SP (410945) memang sudah terbukti di sini. Sekiranya betul, OK jugalah coretan mejar pencen ni...Syukur Alhamdulillah. (Saya akan menyiarkan gambar pusara arwah Mejar Zainal sekiranya ada yang sudi menghantarkannya). Terfikir pula...Bagaimanakah agaknya pusara squad-mate saya, arwah Leftenan Muda Razak Hussein SP, 8 RAMD, yang terkorban di Sarawak!

Para Veteran...Banyak lagi cerita wira-wira yang tidak diketahui umum. Tiadakah sesiapa yang sedia menulis kisah wira-wira seperti arwah Lt M Abd Hamid Bin Ismail SP (410945), arwah Truper Rosli Bin Buang SP (19151), mendiang Kapten Mohan Chandran SP (200402), arwah Leftenan Kolonel Ahmad Bin Rashit PGB (410336) (difahamkan arwah dianugerah dua pingat PGB), arwah Renjer Isa Bin Hassan PGB (207770), Lans Koperal Mereng A/K Imang  PGB (929393) dan ramai lagi. Saya tabik spring squad-mate saya, Lt Kol Robert Rizal  Abdullah PGB (B) yang telah mengabadikan pengalaman beliau melalui autobiografinya "My Adventure".  Sesiapa yang berminat dengan buku ini boleh menghubungi beliau di 012-2751171.

Buku "Pahlawan Gubir" diterbitkan oleh DBP pada 1994 berharga RM8.00 sahaja. Lt Kol Basri...Terima kasih.

Monday, November 22, 2010

"Extra Mile"

Pembaca...Saya terima e-mel berikut (tanpa edit) daripada seorang xAQM pesawat Caribou yang ada kaitan dengan cerita ini.

...Looks like you have written about toilet problem in our C-130 & Caribou. (Gambar-cabin Caribou).

I cannot recall any passengers having tummy problems but I myself in my 13 years flying the Caribou had to declare mayday on 3 occasion. On the C-130, it was not a problem as a toilet was available for emergency purposes. We tried not to use it as the Cabin would smell as there was no permanent partition but only Fabric.

The first time on the Caribou was on a Sabah schedule flight. Started to have stomach ache enroute from Tawau to KK.  The moment landed and taxied in to KK old Terminal dispersal, I ran faster than Carl Lewis to the Shell Depot toilet.

The next one was on a flight from Kuching to Labuan with passengers on board. About 10 minutes after passing abeam Bintulu, the ache started and I knew  I would not be able to hold until Labuan which was about another 1 hour 30 mins away.

Aircraft Commander Mej Jamari requested for a diversion to land at Miri and I beat Carl Lewis again.

On the third occasion, I had to do Air Drop Supply. It was a training flight from Labuan to Miri and only the 3 crew on board. Closed the sliding door between the cockpit and cabin and did my job at the rear into a big plastic garbage bag. Air dropped the bag before landing Miri.

For VIP/VVIP flights we fitted a portable toilet compartment complete with mirror, wash basin and water in the forward left of cabin just behind the bulkhead separating the cockpit and cabin.

You will remember, we used to carry our Bakat team around and on one occasion one of the ladies could not hold her small water any more. so the crew got her forward into the cockpit, closed the sliding door and ask her to do her job into a garbage bag.

Learning from this experience, I designed a curtain using para seat type material from safety section to partition a section near the ramp door at the back. Into this we placed a portable toilet bowl (like the one in C-130). If there were Bakat on board for long flights and not
too much baggage than there was space for this simple toilet. It was quite popular with them especially on Lab/Kuch/Lab flights.


Eh...Eh...Kesian orang Miri berhujankan t@#i. Saya tak boleh bayangkan terpaksa buka pintu pesawat tengah terbang, bukannya nak tolak rangsum tapi .....He...He...He. Insiden saya OK lah kerana hanya perlu hover dan 'bomb away'.

Caribou...Satu ketika dulu adalah 'workhorses' pesawat sayap-kaku TUDM sebelum kemunculan C130H Hercules. Pewasat ini juga adalah 'talian hayat' untuk mereka yang menduduki di pos-pos pendalaman. Pesawat digunakan untuk menghantar rangsum melalui kaedah 'air drop' dan juga mendarat di mana ada 'grass strips' (gambar kanan-'Forum Panggilan Pertiwi'). Sekarang, No 1 dan No 8 Skuadron tiada lagi pesawat ini dalam inventori setelah dilucutkan tauliahnya pada 2000. (N0 1 Skn - CN235; No 8 Skn - dikuburkan). Pesawat tersebut hanya dalam ingatan sahaja. Agaknya bagaimana sekiranya pilot pesawat pejuang seperti Sukhoi menghadapi masalah ini? Sipilot mesti mendarat dengan kuasa 'supersonic' ke lapangan terbang terdekat...He...He...He.

Caribou di Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Saya nak mencadangkan kepada Pak Menteri Sukan, MSM dan KOAM...Sekiranya Malaysia nak menrealisasikan idaman untuk mendapat pingat Sukan Olympic atau mana-mana sukan bertaraf antara bangsa, bekalkan pelari negara dengan JULAB dan PAMPERS dan tentukan mereka memakannya sebelum event tersebut...gerenti pecah rekod. Pelari...Anda sudah terjamin mendapat imbuhan RM1 juta dan pencen RM5K sebulan sepanjang hayat sekiranya anda mempraktikkan petua saya ini dan membawa balik pingat emas Sukan Olympic. He...He...He.

RMAF...What  is your 'extra mile' for the poor passengers? 

Sunday, November 21, 2010

Akaun Emas

"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH NASIB YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI"...surah ar-Rad ayat 11  

Pembaca...Sambungan kepada coretan ini. Pelaburan yang saya maksudkan ialah pelaburan dalam bahan logam...EMAS. Salah seorang geng golf saya, saudara Hamid (mantan Pengurus Maybank), telah memberitahu tentang kelebihan melabur dalam emas dan beliau sendiri telah melabur.  Sunnah Rasulullah"...Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal." Malah Tun Dr Mahathir tidak jemu-jemu mengenengahkan penggunaan emas (di sini).

Harga logam ini terus naik tak kira keadaan ekonomi...nilai mata wang menjunam turun tapi harga emas terus meningkat. Saya teringin juga nak melabur dalam emas tapi masalahnya tiada 'loose change' kerana semua aset cair saya dilaburkan dalam ASB. Sekiranya ada pembaca yang tak tahu di mana nak melabur wang yang  melimpah-ruah tu, berkat mengeluarkan zakat dan menderma, saya syorkan anda melabur dalam emas.

Tak malu saya katakan, saya pun baru disedarkan oleh rakan tersebut. Engkohnya, bank-bank sudah lama menyediakan kemudahan ini, seperti Maybank dengan 'Gold Savings Passbook Account'. Jadi, coretan ini hanya untuk mereka yang tidak menyedari kewujudan akaun seperti ini. Saya bukannya seorang Penasihat Kewangan, namun demikian nak cuba memaklumkan kelebihan emas.

OKlah, mari kita buat sedikit pengiraan berlandaskan data berikut...

Andaian:
  • Beli 10gm pada 21/4/08 dengan harga RM95/gm=~RM950
  • USD1=RM3.10
  • 1 oz=28 gm
Pada 19/11/2010, anda pergi ke bank untuk menjual 10gm emas tersebut. Harga yang dibeli oleh bank pada jam 1031 hari tersebut  ialah RM133.39/gram=~RM1333.90. 
Keuntungan: RM1333.90-RM950=RM383=~40%=20% setahun.

Menurut Pengarah Urusan Habib Jewels, harga emas akan mencecah USD2K/oz=RM6200 dalam masa 2 tahun lagi.

Andaikan anda membeli 1oz (28 gm) pada 19/11/2010 dengan harga RM3892 (RM133.39 x 28 gm). Dalam masa dua tahun lagi, nilai emas anda ialah RM6200, InsyaAllah. 
Keuntungan: RM6200-RM3892=RM2308=59%=~28% setahun.

Satu peringatan yang perlu diambil kira...Pelaburan dalam logam ini adalah satu pelaburan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun untuk mendapat pulangan yang memberangsangkan! Kalau anda jenis orang yang 'hari ini labur dan keluar dua tiga hari kemudian'...JANGAN'. Baik saja labur dalam ASB. Mengapa? Kerana bank telah menetapkan harga jualan/belian. Sebagai contoh, pada 19/11/2010,
  • Harga Jualan (oleh bank kepada anda) - RM139.02
  • Harga Belian (oleh bank ketika anda menjual semula) - RM 133.39
  • 'Keuntungan' bank: RM139.02 - RM133.39 = RM5.63/gm (=kerugian anda jika dijual beberapa minit selepas itu) 
Oh ya...lagi satu. Pelaburan ini pun ada risikonya...Harga emas tidak menentu. Semuanya terpulang kepada 'supply & demand'. Dalam masa 1 jam, ada kala dia naik...ada kala dia turun. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Akaun Emas ini, sila hubungi bank. Dalam buku akaun hanya mencatatkan unit gm yang dibeli, bukannya nilai RM. (Saya tak dapat apa-apa komisyen...He...He...He). Sekarang, semuanya terpulang kepada anda...Tepuk dada tanya selera. Fikir-fikirkanlah.

"KERANA SESUNGGUHNYA SESUDAH KESULITAN ITU ADA KEMUDAHAN"...surah al-Insyirah ayat 5 & 6.

Friday, November 19, 2010

Daripada "Bravo" Kepada "B.r.k"

Saya terima e-mel ini dari Mej Ishak Isa. Nak tergelak bila membacanya...sungguh lucu. Saya cuba nak dapatkan gambar tandas dalam pesawat C130H Hercules tapi tak berjaya kerana '... dikhuatiri boleh mencemarkan security procedure.' OKlah...saya pun takut nanti kena caj bawah Pak 'OSA', baru haru.  Memadai 'copy & paste' gambar  ini saja. Anda boleh lihat dalam gambar, C130H tiada tandas sepertimana yang terdapat dalam pesawat awam, seperti MAS, Air Asia. Lokasi tandas dalam pesawat Hercules adalah di sebelah kiri berhampiran dengan 'ramp door'. Pengguna dilindungi dengan 'langsir' plastik' ...tarik langsir supaya lain-lain penumpang tidak dapat melihat anda...He...He...He. 

Hari ini , nak cerita sikit pasal Charlie 130H.

Semasa bertugas di 8 Ranger tahun 1989. 'B' coy di bawah Kapt Sangaran ditugaskan untuk membuat satu latihan penerjunan di kawasan Gong Kedak.

Battle procedure starts from Kem Terendak dan  troop s berlepas dari TUDM Subang .  Door closed 0330hrs .

Oleh sebab door close begitu awal maka breakfast pun awal juga. Selesai para parade dan chalk parade, semua penerjun naik pesawat and off they go.

Dalam penerbangan, 90% of these para troopers mengalami sakit perut , ramai yg tak tahan dan terpaksa melepaskan ....dalam seluar.                                                       

Sesampainya mereka di Drop Zone  dan at P Hour, mereka di terjunkan. Upon landing , bukan tgt yang mereka serang tetapi parit dan sungai jadi sasaran untuk melepaskan hajat masing masing...... at the end of the exercise, tugas mereka adalah membersihkan C130 di landasan Gong Kedak......

After this incident.....all food prepared at TUDM Subang sentiasa di curigai oleh kami. Dan B Coy pun jadi "Berak" Coy.......

Alamak...Kesian krew Charlie! Agaknya depa kena pakai oxygen mask sebelum trup terjun berselaput dengan najis...He...He...He. Berikut adalah pengalaman Lt Kol Zainal Yan (B), ketika beliau bertugas sebagai Penasihat Tentera di Pakistan...

I had similar experience travelling in C 130 from Islamabad to Karachi. The aircraft was full of Defence Attaches and their families less the US Defence Attaches (they went by their own aircraft) from all over the world in an  organized visit to Karachi arranged by The Pakistan Intelligence Service. One of the defence attaches son want to s#@t and he has to do it in a small funnel like thing. I didnt bother to look because the smell was terrible. 

Anda semua jangan ketawa...insiden begini sampai ada pesawat Caribou terpaksa membuat 'emergecy landing' sepertimana yang dialami oleh seorang xCaribou pilot '... masa saya di Caribou dulu, terpaksa buat pendaratan cemas sebab sorang prebet sakit perut'. Ini kerana pesawat tersebut tiada kemudahan tandas.

Saya ada menceritakan pengalaman apabila seorang 'pax' melabur ketika dalam penerbangan dari PULADA ke Palembang di sini. Yang ada dalam Nuri hanyalah 'relief tube' (gambar kanan)...itu pun untuk kaum Adam. Kalau kaum Hawa berhajat ...terpaksa membuat 'Mayday Call' ...He...He...He.