Pengikut

Rabu, 8 September 2010

Hampir Melayang

14 RAW telah diaturgerak ke kawasan operasi di Karangan, Kedah. Kompeni-kompeni yang yang terlibat ialah A, B dan D. Lt M Ishak telah diarahkan mengetuai 12 Platun disebabkan platun tersebut ketiadaan pegawai. Lain-lain Ketua Platun Kompeni D ialah Lt M Zainal (Ketua 10 Platun) dan Lt M Osman  Chot (Ketua 11 Platun). Pegawai Pemerintah pula ialah Kapt Kassim PGB.  Oleh kerana keadaan di Gubir sungguh mendesak, Kompeni D telah ditugaskan untuk detasmen di kawasan operasi Gubir. Mereka diletakkan di bawah 7 Renjer. Ketika itu, Pegawai Memerintahnya ialah mendiang Lt Kol Tony Loone. 


Menurut Ishak, misi mereka ialah..."Tanam Ubi" (Jerangkap Samar). Bagi menjayakan misi tersebut, operasi dilaksanakan melalui 3 Fasa...
  • Fasa Pertama - Kompeni D diterbangkan ke LP (landing pad) marker 'YANKEE'.
  • Fasa Kedua - Membina satu LP/FSB (forward support base) di Bukit 543 yang akan dikenali sebagai marker 'INDIA'
  • Fasa Ketiga - 'Tanam Ubi'.
Fasa Ketiga - 'Tanam Ubi'

Sebelum Ishak diterbang ke LP marker INDIA, Loone memberitahu beliau tentang masalah LP tersebut. Menurutnya, pilot Nuri memberitahu beliau yang mereka menghadapi masalah untuk mengenal pasti lokasi sebenar INDIA.  Justeru, Ishak diarahkan untuk mempastikan kedudukan sebenar LP berkenaan. 

Selepas 3 hari berada di lokasi, Ishak berjaya mengenal pasti kedudukan INDIA sebenarnya. Kesilapan 'grid reference (GR)' ini adalah punca mengapa pilot Nuri menghadapi masalah.  Berlandaskan kepada bacaan peta, apabila Kompeni D bergerak dari LP marker YANKEE ke lokasi baru (INDIA), mereka telah menyeberang 6 anak sungai (streams). Secara zahirnya, memang benar mereka menyeberang anak sungai. Tetapi bukan 6...hanya 3 anak sungai! Yang 3 lagi bukannya sungai, hanya 'lurah-lurah kecil'. Air yang mengalir hanyalah air hujan, kebetulan mereka beroperasi ketika musim tengkujuh; musim panas, 'anak-anak sungai' ini akan kering.  Pembetulan GR telah dimaklumkan kepada Kassim untuk tindakan selanjutnya.

Lokasi YANKEE hanya lebih kurang 4 'map square (MS)' dari Bukit 543. Mereka (Kompeni D) hanya menyedari trup yang ditugaskan untuk 'Tanam Ubi' sebenarnya menuju ke MS di mana pasukan 7 Renjer dan tim pasukan Jurutera telah pun menanam Ubi. Tanpa berlengah, Kassim sendiri telah menjejak trup beliau dan mengarahkan mereka kembali ke INDIA. Tindakan Kassim mengelakkan terjadinya sebarang kecelakaan. 

Mulai hari itu, Ishak telah ditugaskan untuk meninjau, mengenalpasti dan memandu trup, termasuk warga Jurutera, ketika melaksanakan Tanam Ubi. Beliau berperanan sebagai seorang 'trekker' orang asli. Anggota Jurutera diketuai oleh Kapt Rahman yang tercedera terkena kapak di kakinya. 

Pada satu hari, ketika hampir tiba di INDIA, Ishak nyaris terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis...hanya 1 kaki jaraknya dari kaki beliau! Beliau berjaya 'mematikannya' dan membawa balik ke LP. Musuh memang sudah sedia maklum pergerakan Kompeni D ke kawasan operasi ini. Ketika membuat misi tinjauan, Ishak terlihat amaran "AWAS BOM TANAH" yang ditulis dengan cat merah di atas batu di tengah-tengah Sg Langkar. Menurut beliau '...Memang kecut perut di buatnya.'  

Syukur Alhamdulillah...Kompeni D 14 RAW tidak mengalami sebarang malapetaka sepanjang berada di kawasan operasi Gubir. 

6 ulasan:

basri bin omar berkata...

Salam Tuan dan Sdr Ishak!

Syukur kerana di panjangkan umur....begitulah kita ni bila sampai masa di pggl kena pergilah...yang tggl masih boleh berkongsi pengalaman utk tatapan generasi kini dan akan datang.
Kapt Rahman tu unit Jurutera ke berapa?..Jika 3 Skn RAJD ..beliau telah kembali keRahmatullah sikit masa dulu...!!!

Pernah di tumpangkan ke Kem Gubir lepas Ops Gubir 2 .di bawah naungan Lt Kol Tony Loone(Mendiang) untuk senggaraan kem tersebut..Ada satu insiden dalamana seorang Anggota 3 Skn RAJD-LKpl Ahmad Hashim(aka Mat Ikan) mangsa terpijak JS di kwsn operasi Gubir samasa nak di winch-up ke pesawat Allouette TERJATUH(AQ tak sempat nak grab tubuh beliau) dan patah tengkok... Beliau sblm itu survived pendarahan akibat JS tapi dah smpai ajal..Kejadian saya ikuti secara live telecast antara Kol Tony Loone dan Ketua Platun 7 Rgr menggunakan alatan semboyan ...Subhanallah!

Allahyarham Kpl Ahmad juga terlibat dalam Tim Pembersih JS Ops Gubir 2...seorang yang pendiam tapi rajin dan komited terhadap tugasan..Isterinya sedang sarat mengandong ketika itu..Alhfatihah buat ROHnya..moga2 dicucuri Rahmat! AMIN..!

FMZam berkata...

Salam Tuan NIBS, Tn Hj Basri,

Betul lah tu hanya seorang saja pegawai jurutera yang bernama Rahman pada waktu tu, tak ada Rahman lain tapi pangkat dia pada waktu itu ialah Lt Muda dan pasukan jurutera yang terlibat disana pada waktu itu ialah Skn Ke 3 Jurutera Medan yang berpengkalan di Taiping. Alfatihah untuk arwah Mejar Rahman.

Kepada pasukan tanam ubi jurutera nama 14 RAW memang tak asing sebab mereka memang merupakan teman setugas dalam kebanyakan kerja tanam ubi semasa operasi di kawasan sekitar sana dan anggota2 14 RAW memang orang lokal jadi memang mereka ada kepakaran tempatan untuk jadi trekker, bukan sahaja sebagai pasukan pelindung BLT Jurutera (Boobytrap Laying Team).

Memangnya mempastikan ketepatan Map Square (MS) dalam hutan2 Gubir dan Banding ada berlaku kekeliruan kerana sedangkan dalam peta askar yang begitu tepat pun pada waktu dulu masih terdapat kawasan2 dalam peta yang masih tidak bertanda, jadi memang ada kejadian dimana kami yang berada dilokasi yang dipertikaikan kesahihan MS nya diminta membuat kepastian maka kenalah kami melakukannya di atas tanah. Bila berlaku tugas tersebut, pasukan jurutera terlibat sama membantu menentukan pasukan sendiri tidak memasuki kawasan2 yang sudah ditanam dengan ubi sendiri (ubi musuh kita tak tahu). Nak membetulkan satu MS saja pun kita kena masuk dan periksa MS yang lain untuk mempastikan kesahihannya.

Saya tabik RAW, mereka juga setanding pasukan2 regular ATM yang lain dan selama bertugas bersama2 mereka saya tak akan kata bahawa RAW "is the lesser soldier than any soldier of our army".

FMZam berkata...

Salam tuan2 semua,

Even during the Insurgency War, we soldiers were well aware that the jungle in our country is no longer virgin so watch your steps. When we looked at the map, the Lepang Nenering section was still in dotted line and unmarked vegetation type, it looked innocent, but once there it was damn a thick jungle but we have to remind ouselves it's no virgin.

Dealing with our jungle, our fear factor is not so much on the bandits, but on booby traps. How many of us soldiers had expected to fight the bandits in the jungle was worthy than to get maimed or killed by boobytraps? There were soldiers everywhere in our jungle but what news were more boobytraps casualties than the enemy's body counts.

Alas, they called that damn thing Boobytrap. Booby means stupid, so boobytrap literally means the trap for the stupids (but don't mistake it with the word Boob we know of now). At least we termed it as Jerangkap Samar to not to insult anyone's intelligent. Both Booby and Samar had made soldiers alert and cautious not to be taken by the traps but still no matter how alert and cautious we are the trap we stepped on is exploded by a remote person. In a boobytrap situaton anyone can be a Booby, anyone can be so Samar (Blur).

So too in life, calling someone stupid doesn't make anyone clever. There is always a stupid in our own self. More so when the one we call stupid can pin down a clever with his pant down (or pen down).

Selamat Aidil Fitri to all Muslim brothers and sisters.

Abah berkata...

Tuan,

Kalau nak tanya pendapat Anggota-anggota Tempor waimah apa jenis pasukan sekalipun, mereka lebih rela berhadapan dengan Musuh secara 'face to face'. Contact dengan musuh lebih berbaloi berbanding JS.

Bab kata sebarang kerugian dipihak kita tidak berbalas akibat dari JS (1-0). Jika sekiranya contact secara manusia-sesama manusia paling tidak pun berbalas 1-1 atau lebih dari itu.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih. Bolehkah saudara Basri ceritakan tentang kejadian yang melibatkan arwah Kpl Ahmad Hashim? Saya kenal pilot Alouette berkenaan dan akan cuba menghubunginya. Kalau tidak pun, AQM beliau. InsyaAllah.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Insyaallah akan cuba dapatkan butiran ....Salam Aidil Fitri