Pengikut

Isnin, 6 September 2010

MDKP...Terima Kasih

Pembaca...Masih ingat coretan ini?

5 September 2010...Hari Ini Dalam Sejarah...Terkejut berok dibuatnya apabila satu kejadian aneh berlaku di depan mata kepala saya. Pekerja-pekerja MDKP datang membersihkan parit di depan rumah saya. Sungguh tak disangka prihatin juga PBT terhadap aduan rakyat yang sentiasa tidak lupa membayar cukai cukai.

Orang berbudi, kita berbahasa. Justeru, saya menghantar e-mel berikut pada hari yang sama...

Re: Kebersihan Parit
From:
nor ibrahim sulaiman 
To:
Pejabat Daerah Kubang Pasu 

Assalamualaikum,

UP: Puan Mashitoh.

Terima kasih di atas keprihatinan anda tentang aduan saya. Pekerja-pekerja terbabit telah membersihkan parit tersebut pada pagi tadi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Alangkah gembiranya sekira agensi-agensi kerajaan mengamalkan seruan 'RAKYAT DIUTAMAKAN'!

2 ulasan:

FMZam berkata...

Salam tuan,

Tentu sekali saya ingat posting tuan ni rasanya belum lama, masih baru, masih segar dalam ingatan. Harapnya tak akan jadi satu kebiasan pula untuk tuan mesti mengingatkan MDKP setiap kali bila longkang perlu dibersihkan. Mula2 tuan terkejut beruk lihat longkang terbiar, lepas tu tuan terkejut beruk lihat longkang dibersihkan, lepas tu tuan akan terkejut beruk lihat longkang tu terbiar semula....sampai bila tuan saja yang nak terkejut beruk?

Jiran sebelah rumah saya sejak kematian kedua2 ibu bapanya, anak2 mereka yang sibuk dengan urusan kerja masing2 langsung tak hirau tentang sekeliling rumah mereka hingga satu hari dipenuhi belukar dan disaman kerana membiak aedes. Satu hari bila mereka ada di rumah saya terus ajak mereka bersama2 mengerjakan semak samun dan belukar hingga bersih sekeliling kawasan rumah mereka. Lepas tu saya minta izin mereka sekiranya kawasan rumah mereka terbiar lagi, saya akan masuk dan bersihkan tanpa bertangguh nak tunggu mereka pulang, dan saya buat semua itu FOC. Saya buat ini sebab saya sahut seruan kerajaan supaya memerangi AEDES dan DENGGI dan mereka adalah jiran saya.

Saya tak faham kerajaan bukan main lagi berslogan sana sini tapi bila nak laksanakan mesti nak tunggu sampai ada beruk yang terkejut dan mati dulu baru nak bertindak! Inilah orang kita.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara FMZam,

Terima kasih. Harap2 10 tahun lagilah saya terkejut berok tentang isu parit ini. Itu pun sekiranya dipanjangkan umur (71), InsyaAllah.