Pengikut

Khamis, 16 September 2010

Mangsa Jerangkap Samar

Saya terima e-mel dari seorang pembaca yang menyertakan keratan akhbar NST bertarikh 27 Mei 1978. Beliau bertanyakan sama ada...'Adakah berita ini ada kaitannya dengan coretan tuan bertajuk 'Gubir...Friday, 20 August, 1010?' Apa yang beliau maksudkan ialah kisah ini.

Saya pasti laporan akhbar ini tiada kaitan dengan pengalaman Lt Ishak tersebut. Ini kerana saya mengambil bodevac dan casevac pada 26 Mei 1978 manakala 11 anggota yang terkena jerangkap samar berlaku beberapa hari sebelum 27 Mei. Namun demikian, saya yakin yang saya terlibat mengambil casevacs yang dilaporkan kerana pada 17 hingga 24 Mei '78 saya dan krew - Lt M (U) Md Som dan Sjn Charles - membuat detasmen di Kroh untuk Ops Selamat Sawadee. Ketika detasmen, kami terbang setiap hari kecuali pada 18 Mei. Jumlah jam penerbangan sepanjang detasmen ialah 26 jam.

Pada 23 Mei sahaja saya telah terbang 7:20 jam...melebihi 20 minit jam penerbangan harian. Semua penerbangan ini melibatkan troop/freight/casevacs/comm. Begitulah tugas krew Nuri  ketika itu...tidak kira masa dan sentiasa diburu dan menjadi sasaran pengganas komunis.

Ada 'footsloggers' yang mengetahui cerita terbabit dan sedia berkongsi pengalaman itu?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,

Kisah ayah saya cerita, 28212 Sjn.Aris Md.Isa, memangku kaki anggota platoon beliau yg terkena booby trap, kaki hancur putih bersih sehingga casevac dlm heli@nama lain bagi Nuri :D...barulah darah merah perwira mengalir menitis ke bumi tuhan yg esa. Begitu la dashyatnya penangan booby trap PK. Saya yg mendengar terasa gerun juga.

Alhamdulillah, ayah saya selamat, cuma beliau mengalami kemalangan semasa kursus peralihan, 1 ruas jari hantu terpotong mesin perabot. Terdgr usikan kawan2 ayah, masa askar, tk jd apa2...dh pencen baru macam2 :D...

Ampun maaf jika ada salah silap...

Mohd Saiful bin Aris.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Mohd Saiful,

Terima kasih. Cuba cungkil lagi cerita dari ayah & pakchik untuk dikongsi bersama.