Jam 0825....sungguh selesa memandu kerana Lebuh Raya ke selatan lengang dari kesibukan trafik. Saya menysur keluar di Taiping Utara untuk perjalanan seterusnya. Guna jalan Persekutuan ke Taiping; ambil 'short-cut' ke tanah perkuburan Tekah (berhampiran dengan 'grass strip) melalui Aulong dari Simpang Halt; selamat sampai pada jam 1021.
Pusara arwah bapa dan 'pah' (ibu kepada mak) di tapak lama (gambar kiri); arwah 'Ami' (adik), dan Ayah Cu (adik mak) di tapak baru (gambar kanan). Di tapak baru tidak dibenarkan sebarang binaan; batu nesan pun disediakan oleh pihak pengurusan. Kaya, miskin, ternama atau tidak...semuanya SAMA!
Dalam perjalanan ke Taman Seri Kota (kebiasaannya berpenghuni pada Hari Raya sahaja), sempat mengambil mengambil gambar Stesen Keretapi. Semenjak tinggal di Taiping pada 1964, inilah rupa stesen tersebut yang masih mengekalkan ciri-ciri 'keasliannya'. Pembaharuan hanya kepada bumbung...separuh diganti dengan zink baru dan separuh lagi hanya dicat sahaja. Bermulanya perkhidmatan keretapi di Malaya dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang). Dari pemerhatian saya, stesen baru akan dibina sementelah siapnya nanti 'double tracks'.
Tiba di rumah, adik-adik dan keluarga, Intan (2 anak), Wahi (6) dan Cik Su (6) sudah selamat tiba. Hanya kak (Ani) tidak dapat bersama kerana sehari sebelum Hari Raya, anak beliau, Suzana, melahirkan anak ke 8 di Subang Jaya!! Menurut kak, beliau ada 19 cucu sekarang=saya 'tok wan' kepada 19 cucu. Eh...Eh...Eh.
Sepupu saya, Kak Wan, menjemput kami semua pergi ke rumah beliau di sebelah masjid Kpg Jambu untuk makan tengah hari. Sebelum itu, saya singgah di rumah 'Mek' (adik) di Taman Seri Hijau (3-4 km). Gambar dari kiri: Saya, 'Mek' & Wahinuddin. Makan lagi...

Selepas makan dan solat zohor di masjid, saya terus pacu kereta untuk melawat 'squad-mate', Lt Kol Robert Rizal PGB, yang tinggal berhampiran dengan Taman Tasek Taiping. Tiba...tiba...BEB buat hal ketika berhenti di lampu isyarat seperti yang berlaku disini. Start....jalan sikit...berhenti. Start...jalan sikit...berhenti! Orang pun hon hingga memekak. Mereka ini sengapa tak mahu faham...siapalah nak berhenti di tengah jalan! Dipendekkan cerita, batal pemergian ke rumah rakan dan selamat balik ke rumah.
Pada jam 1741, Mek membawa saya ke klinik untuk bertemu dengan pakar di Kampung Boyan. Apa lagi, siap dengan komputer, sipakar ni pun mendiagnosis semput...'fuel pumps' rosak. Ini saya percaya kerana saya rasa pun petrol tidak mengalir ke enjin...bukannya kerana spark plugs. Masalahnya, hari Sabtu dan keesokan hari Ahad, kedai spare parts di Butterworth tutup. Jika ditempah sekarang, hanya Isnin akan sampai dan siap pada jam 1600-1700. Apabila ditanya sama ada OK ke sekiranya saya memandu balik ke Jitra esok, beliau kata '...tak boleh jamin ma...rosak di highway lagi susah'. Jawabnya, saya suruh dia order pumps tersebut dan akan ambil kereta pada Selasa pagi nanti, InsyaAllah.
Malam tu, anak-anak Mek buat B-B-Q di rumah beliau. Tiba di sana, Aidi, Fara & Iman (anak-anak kak) dah sampai. Aidi dengan 4 anak; Fara - 5 & Iman - seorang.
14 September, jam 0700, berlepas dari stesen bas Sahab Perdana, Alor Setar, ke Butterworth untuk perjalanan ke Taiping. Terpaksa menunggu jam 0945 di Butterworth. Jawabnya...pekena nasi lemak di 'medan selera'. Puasa baru habis, berat badan dah menigkat. Setiba di Kemunting, Mek membawa saya ke Kpg Boyan dan saya pun membuat 'derma' kepada pakar...melayang RM1475. Apa nak dikatakan! Pakar tersebut memberitahu saya yang beliau menghadapi masalah ketika memandu ke kliniknya selepas menghantar saya dan Mek pada petang 11 September.
Sebelum balik ke Jitra, saya sempat pergi ke Taiping War Cemetary untuk mengambil gambar dan seterusnya melawat 'squad-mate', Lt Kol Robert Rizal di rumahnya. Maklumlah masih dalam raya mood, isteri beliau menjamu laksa...makan lagi. Rizal memberitahu berita mutakhir tentang lokasi pengsemadian anggota Sarawak Rangers ialah di kawasan Muzium Sarawak. Beliau turut menghadiahkan buku tulisannya - "My Adventure".
Sebelum berangkat pulang ke Jitra, singgah sekejap di Taman Seri Kota untuk berjumpa dengan mak. Beliau akan balik ke KL keesokan hari bersama Zura dan Apit (anak Mek). Kenangan satu hari di hari raya...

6 ulasan:
Taiping dah xmcm dulu sebok dan sempit...
Saudara mangchikla,
Memang benar. Taiping dah terlalu sibuk.
Salam tuan, Sdr Mangchikla,
Sape kata Taiping tak macam dulu, dulu pun Taiping dah memang sempit tak pernah tak sempit, dari dulu sampai sekarang sempit Taiping tak pernah mengembang, cuma dulu sempit Taiping tak terasa sebab Taiping dulu tak sibuk. Sekarang ni yang mengembang dan menyibuk ialah orang dan kenderaan, tapi Taiping tak jugak mengembang, maka jadilah Taiping tu sempit. Sori ye lepas raya ni cakap cam ni. Salam.
Saya penduduk tetap di Taiping dan tahu benar keadaan nya. Sebenarnya, bandar Taiping "jam" dengan kereta hanya masa perayaan - tahun baru cina, hari raya, deepavali dan sebagainya apabila penduduk Taiping yg bekerja di KL dan tempat lain kembali. Selain itu, trafik tidak lah keterlaluan sangat - destinations in Taiping are easily reachable in 5 minutes.
Saya juga orang Taiping. Pada hari cuti biasa jalan raya di Taiping tidak sesak, dan ada jalan singkat kalau nak ke Taman Tasik Taiping tanpa perlu melalui bandar dan lampu isyaratnya.
Cukup mendamaikan pada hari biasa, tetapi bila hari raya, bila semua perantau pulang ke Taiping, semua jalan penuh dengan kereta.
salam tuan,
Terharu saya bila tahu tuan bersahabat dgn Tuan Robert Rizal.tuan robert byk dikisahkan dalam legasi keperwiraan tentera darat.among so many in the company of heros dalam tentera darat.Kalau tidak salah sy,nama tuan robert rizal bagitu sinonim dgn tuan kanang,tuan micheal riman seperti dalam buku tulisan Maznan Nordin.Maafkan sy jika tersilap.harap tuan dpt sampaikan salam sy pada tuan robert rizal.u all sirs,r trully,one hell of band of brothers.i salute u all sir.i m just 33 yrs old.really still in the diaper when all of u fought bandits in the jungle,flew dangerous mission,risking all,giving everything n demanding none except doa that u will not let ur friends down.i m enviuos of u all sirs.really.
Catat Ulasan