Pengikut

Ahad, 14 November 2010

Buku...Fasa Ke3

13 Nov 2010...Saya telah poskan draf manuskrip melalui posLAJU ke UKM...


...dengan dikepilkan surat berikut...


Mungkin UKM akan terima draf ini pada hari Isnin, 15 Nov. Mereka akan membuat 2 salinan untuk diberi kepada 2 orang penilai dan kebiasaannya, penilai dikehendaki memberi ulasan dalam masa 2 bulan (lewat tu biasalah). Lapuran penilai akan dibincang oleh Jawatankuasa yang akan membuat keputusan muktamad. Justeru, saya hanya boleh mengetahui respons UKM sama ada manuskrip saya ini memenuhi kriteria UKM dalam masa 2-3 bulan lagi. Jadi, tunggu sajalah...kalau ada rezeki, UKM terima. Kalau tidak, menjajalah ke penerbit lain...Wallahualam! 

Nota: Sesiapa yang ada gambar seperti di atas yang tak pernah disiarkan untuk muka hadapan? Gambar di atas adalah disalin daripada buku TDM. Harap sudi hantarkan kepada saya. Terima kasih.

3 ulasan:

mangchikla berkata...

Semoga berjaya, insya Allah, ameen :D

Abah berkata...

Tuan,

Saya sentiasa mengikuti blog tuan walaupun saya berada di kawasan. Dari Jumaat sehingga petang Ahad saya berada di Kuantan Pahang kerana majlis Perkawinan kerabat disana.

Semoga penulisan dan Manuskript tuan ini diterima danpersetujui oleh pihak UKM untuk menerbitkannya. Insyaallah..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara mangchikla & Abah,

Terima kasih...harap-harap berjaya.