Pengikut

Sabtu, 27 November 2010

Misi: Hijaukan Padang Golf

Pembaca...Saya terima e-mel berikut daripada Mej Ishak Isa. Terpulanglah pada anda untuk membuat rumusan tentang peranan unit elit ini di masa negara tidak menghadapi sebarang ancaman yang boleh menggugat keamanan negara.... 

Ini satu coreta cerita sedih.


Kem Terendak mempunyai sebuah padang golf. Bagaimana pun, terdapat banyak kawasannya yg botak....terutamanya  kawasan bersempadan dengan unit-unit tentera di sana. Untuk mencantikkan  kawasan-kawasan berbotak tersebut, pihak kelab telah bersetuju untuk memperbaikinya.

Maka, Markas 3 Div telah  mengeluarkan  satu perintah untuk membaiki  padang itu.


Mission: Hijaukan  padang golf Kem Terendak...

Ketika itu, saya Ketua Kompeni C, 8 Renjer. Ditugaskan membersihkan  batu-batu kerikir dan tanam rumput di sektor yg telah di bahagi-bahagikan.

Bayangkan sebuah pasukan elit, missionnya tanam rumput untuk kaum elit ATM main golf....Malu. Sedih dan kecewa.....memang kecewa!!

Bayangkan, jadi buruh paksa, rumput cari sendiri...so kami pergi cari di ladang-ladang getah berhampiran dan bukannya ada modal...modal air liur saja  dan ada pasukan yang bergaduh dengan pihak estate sebab ambil rumput.......kerja-kerja  ini berjalan  dalam beberapa bulan baru selesai.

Yang lebih parah lagi...pada satu ketika, sedang kami sibuk membuat kerja..ada seorang pemain golf berselisihan dgn kami dan bertanya... berapa kos yg di bayar untuk kerja-kerja ini?
Ketika itu..memang nasib pemain golf ini baik.......kalau tidak, dah tentu batang cangkul singgah di kepalanya.

One of the many other reasons  I quit the ARMY......pada hal, I was in line to be CO, 8 Royal Malaysian Rangers.

Cerita sedih zaman dulu dulu.

Saya harap 'peace time activities' seperti di atas tidak lagi menjadi amalan...kalau membantu rakyat, seperti membina/membaiki rumah,  menggali telaga, dll, OKlah juga. 

Kepada Pang5-Pang5, terimalah kenyataan bahawa masa sudah berubah. Suka tak suka, kita sekarang hidup dalam zaman IT di mana setiap rakyat, termasuk anggota tentera, berupaya menyuarakan perasan mereka melalui berbagai kaedah, seperti blog ini. Era '...by hook or crook' sudah lama berlalu. Fikir-fikirkanlah!! 

12 ulasan:

FMZam berkata...

Salam tuan,

Terbaca News Flash kat TV1 sat tadi, Veterans Sarawak disaran bukukan pengalaman mereka untuk generasi muda kita. Tapi siapa yang sarankan entah dan kenapa veterans Sarawak saja? Veterans Sarawak lebih hebat dari veterans lain ke?

Ir. Hanafi Ali berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ir. Hanafi Ali berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ir. Hanafi Ali berkata...

Selewat 2008, unit-unit simpanan masih mengamalkan penderaan style 'lama': minum air liur, kahak, kongsi berus gigi, etc.

Sewaktu saya membuat aduan atas perkara ini, TK saya ketika itu, Lt-Kol Omar, sekarang beliau CO 7RRR di KL? mengatakan beliau sewaktu kadet lebih teruk lagi, bahkan diludah dalam mulut oleh jurulatih.

Jadi kalau unit simpanan masih mengamalkan style 'lama' dalam latihan, apatah lagi unit regular. Lagi bergeliga lah otak nya nak mendera dan menyalahgunakan kuasa perintah. Kononnya nak latih untuk perang.

Kalau alasan "latih untuk perang" lah alasan untuk mendera anggota, child soldiers of Sierra Leone dan Liberia lebih mantap training nya dari ATM.

FMZam:

Itu politik tuuu. Saja nak ambik hari veterans sarawak supaya mengundi BN.

Anyways Salute to Mejar Ishak Isa! Renjer memang ada otak sikit berbanding dengan Melayu.

FMZam berkata...

Salam tuan,

Maaflah kalau saya kata kalau betullah kerajaan atau ATM kita ni ikhlas nak suruh bukukan kisah wira2 ATM tak kiralah dari veterans Semenanjung ke Sarawak ke Sabah ke, sepatutnya mesti ada inisitif dari kerajaan sendiri yang buat satu projek menggunakan sumber kerajaan kita yang kaya raya ni dan kalau kumpulkan semua kisah dari setiap seorang wira yang dianugerah SP dan PGB entah berapa ratus buku yang boleh diterbitkan, itu pun sudah lebih dari memadai. Kerajaan jangan hanya pandai buat saranan dengan air liur basi aje.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara FMZam,

Menjelma saja Hari Pahlawan, Hari ATM, Merdeka dll, veteran dicadangkan untuk membukukan pengalaman supaya 'rakyat sekarang dan akan datang akan mengetahui liku-liku yang dilalui oleh veteran-veteran untuk mereka (sekarang) hidup dalam aman damai' atau frasa seperti inilah. Ucapan dibuat oleh mereka yang ada kedudukan, termasuk jeneral-jeneral...politikus sudah semestilah.

Saya percaya ramai yang mahu menulis tetapi masalahnya ialah melibatkan kos. Saya ada menghubungi pihak tertentu di sebuah agensi kerajaan menanyakan sama ada agensi sedia menerbitkan buku saya...Tiada sebarang respons.Ini bukannya apa, saya bukannya Dato Jen Nor Ibrahim. Kalau kos bukannya satu masalah, saya cadangkan penulis terbitkan sendiri dan anda terpaksa memasarkan. Ini satu kenyataan.

Saya difahamkan Sawarak sedia membiayai penerbitan buku yang ditulis oleh anak watan mereka. Anda ingat Perak sedia menerbit buku saya? Wallahualam.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Darth Trust,

Dua tahun saya di MTD tidak pernah mengalami apa yang anda ceritakan...tiada sebarang physical contacts.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,

Apa yang di tulis oleh Mej Ishak Isa adalah benar sebab siapa yang pernah menyertai pasukan elit ini terutama anggota lain2 pangkat dari rejimen 8 renjer(para), 9 dan 17 melayu(para) pasti akan merasa arahan dan tugasan seperti yang di tulis oleh Mej Ishak Isa. Ada ketikanya tugasan yang di arahkan oleh Pang5 tidak tercatat di dalam kamus perjuangan pasukan elit.

Pada awal tahun 90'an, iaitu semasa pasukan 17 melayu di awal pembentukkan sebuah pasukan elit para, anggota2 di wajibkan menjalani basic airborne course di Pulpak sg udang. Dan pada anggota yang sedang menjalani basic airborne course, anggota terbabit tak boleh di ganggu sebab course yang di hadapi beliau melibatkan nyawa. Akan tetapi Pang5-Pang5 10 briged dan 3 Div bukan peduli sangat itu semua. Apa yang penting bagi mereka ialah agenda mereka mesti di utamakan dengan alasan arahan pihak atasan. Masih ingat lagi dalam ingatan saya apa yang di ucapkan oleh bekas Pang5 tentera darat malaysia, Jeneral Dato' Seri xxx xx xxxx bin xxx xxxxxx semasa beliau menjadi Pang5 3 Div. Dalam ucapan tersebut beliau berkata, "arahan yang saya berikan bukannya datang dari saya, tetapi arahan tersebut datangnya daripada pihak atasan. Untuk maklumat anggota2 semua, arahan tersebut bukannya untuk kepentingan pihak atasan, malahan untuk kepentingan diri saya sendiri pun bukan. Akan tetapi, semuanya untuk anda semua".

Tuan, faham akan maksud "anda semua"? Saya rasa semua anggota yang bernaung di bawah Markas 3 Div bolehlah bermain Golf tampa mengira pangkat. Perihatin sungguh bekas Pang5 itu.

Ir. Hanafi Ali berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ir. Hanafi Ali berkata...

Sir.

I attended the PO course in PLAW/Puswatan in January 2008. The PTI still made us do the side roll during PTs. The JLK (Kapten Azman Hafiz Salahuddin, now Mejar, RAMD, now serving in Lebanon) still made us do star jumps and squad jumps at 1 am/3 am in the morning. Kapten Azman is a fellow that will easily fail the BMI, height 5'4" or 5'3". How in hell did he get promoted to Mejar? He was a Malay with STPM. The other JLs made us drink water socked with stockings (air stokin), made us drink oats mixed with saliva and kahak. Sarjan Ahmad, Sarjan Mazzlan, Encik Saiful, I will remember your kind deeds forever. Sarjan Mazzlan stroked my helmet twice with a thick wooden pole. The helmet was dented (WW2 helmet, not the NATO/kevlar variant). Sarjan Mazzlan made us drank air stokin. En. Saiful made us drank kahak and saliva. There were more tortures and raggings, all in the name of "persediaan untuk perang". If that is the case, child soldiers of Sierra Leone are better trained than Malaysian Army. I applied for and got Attend B, but I still went through all the trainings. One female student cracked her arm and got Attend B throughout the course. One male student cracked his feet and got Attend B, too, but was prevented from being cast because that would made him RTU, and Kapten Azman didn't want any of his students to be RTU. We were engineers, lawyers, degree holders, people of standings in the society. We do not need to be broken down like darjah 6 recruits. We understand it the first time you tell us (well, most of us anyway. Some were really darjah 6-standard recruits, despite being chosen to go to this PO course).

After going through that hell, I was failed, given an F grade, the only one failed out of 63 students. The reason given, "gagal menyampaikan perintah". "Failure to command". I was made platoon commander during the conventional warfare module, and my platoon did not complete the diggings of foxholes in time. This was considered a big sin. Never mind the JLK made a stupid tactical mistake in choosing the location (hard ground hill). Mejar Cheong Lai Hock, (Ranger, now LTC), obligingly failed me. Mejar, you too, I will remember.

The Puswatan Komandan at that time, Leftenan Kolonel Zolkapli Rahmat, now Brig-Jen, was too busy playing golf in the camp grounds and couldn't stay a few minutes of 10 am sun for group photo. You too, kernel, I will remember forever.

I was a private when I attended the PO course, and still a private when my ROD expired in January this year (2010), after 8 years of service in TA. The fond memories I have serving with my rank-and-file sometimes could not mask the pain and sufferings I went through in that month-long PO course.

Others:
1. I rented a van (Nissan Serena) for my use during that PO course. I am a Muslim, a conservative Muslim at that, but I gave my van to Christian students on that PO course so that they can go to church on Sundays. Kernel Zolkapli or Kapten Azman did not provide that. Perhaps Mejar Cheong Lai Huat was a Buddhist.
2. There were three Hindu students, who were regularly served beef, this despite them asking for vegetarian meals a few days ahead of time. They must feel very 1Malaysia, ya?

6 months after the course, stung by the fact that I wasted 1 month in hell, and could not get a commission, I sent letters to Najib, PAT, PTD, AP of BPS, of my predicament. I only received two letters "Siasatan sedang dibuat".

Kapten Azman got promoted to mejar. The seargents get their warrants. The WO2 (En Saiful) happily retired.

What do I get?

Tanpa Nama berkata...

Assalam,saudara Darth Trust, Saya anggota Sukarela Di Rej. Askar Wataniah selama 20 tahun, bermula sebagai anggota LLP 10 tahun dan Pegawai 10 tahun dan selarang memegang jawatan Penolong Ketua Kompani, Saya mengenali anda, sikap andalah selalunya menimbulkan masalah dipasukan. Anda hanya inginkan pangkat dibahu tetapi dari segi tanggungjawap amat kurang, jawatan diluar sangkutlah dan ditinggalkan di balai pengawal walauapa pun jawatan anda di awam, keiklasan amat penting apabila memasuki perkhidmatan, anda jangan lupa apabila menunding jari keburukan oranglain hanya satu jari menunding kepada orang tersebut, tiga jari menunding jari keburukan anda dan satu jari menunding jari keatas. buatlah kerja dengan iklas, tidak berpuas hati yang baik melainkan yang terbaik.

Ir. Hanafi Ali berkata...

Salam saudara Anonymous December 8, 2010 4:44 AM:

Sementelah saudar mengenali saya, saya minta jasa baik saudara untuk mengemukakan disini "masalah" sikap saya tersebut. Juga sertakan bukti saya hanya " inginkan pangkat dibahu tetapi dari segi tanggungjawap amat kurang". Kalau tiada bukti, maka itu fitnah. Saya belum lagi mahu memanggil saudara sebagai bacul dan dayus, lalu kalau saudara tidak keberatan dan tidak terlalu mengganggu masa saudara, agar mengemukakan bukti-bukti untuk menyokong kenyataan saudara tersebut.

Untuk makluman saudara, saya dipilih dan terpilih untuk menyertai kursus PO, bukan atas permintaan saya sendiri. Saya enlisted pada 2003 dan cuma pergi PO pada 2008. Bila menghadiri Khemah Tahunan, Latihan Tempatan, Latihan Berterusan, saya melakukan fitik seperti anggota-anggota lain. Mencuci tandas, menggali latrine, membuang sampah, berkawal malam. Sebut saja apa tugas di kem atau di medan, saya pernah lakukan kesemuanya. Saya tidak pernah melawan jurulatih-jurulatih, tidak pernah tidak memberi hormat kepada pegawai-pegawai bertauliah, NCO dan semua rank-and-file.

Di luar kem memang saya bukan orang biasa, tapi di dalam kem saya cuma seorang prebet, dan saya tidak pernah sebut jawatan saya di luar kem.

Saudara ini hanyalah seorang mangsa deraan. Saya sarankan saudara luangkan sedikit masa untuk membaca kisah orang yang didera. "Victim Syndrome". Dari Wikipedia (maaf, Bahasa Inggeris):

"In psychology, Stockholm syndrome is a term used to describe a paradoxical psychological phenomenon wherein hostages express adulation and have positive feelings towards their captors that appear irrational in light of the danger or risk endured by the victims, essentially mistaking a lack of abuse from their captors as an act of kindness."

Saudara telah didera oleh jurulatih-jurulatih tertentu dengan alasan "untuk perang" dan lain-lain lagi alasan yang amat BODOH dan sekarang saudara merasa simpati, sayang dan suka dengan jurulatih-jurulatih yang mendera saudara.

Ingat ya permintaan saya tadi, minta dikemukakan bukti-bukti itu.

(Kalau bukti kenapa saya digagalkan seperti dalam rekod ATM tu tak payah lah. Kononnya saya lemah fizikal, itu ini. Itu bukti BODOH yang diada-adakan oleh Kapten Azman, Sarjan Mazzlan dan Sarjan Ahmad. Kalau saya lemah fizikal, ada berpuluh-puluh lagi penuntut dalam PO Siri 1/2008 yang gagal BMI, gagal akademik, tidak mampu berlari sekeliling kem dengan satu larian, pasti berhenti.)

Jangan menipu ya.