Followers

Thursday, June 17, 2010

Setiap 6 Bulan

15 Jun 2010...Dalam masa sendiri, pergilah saya ke PPAT (Pusat Perubatan Angkatan Tentera), Kolej Tentera Udara, di Kepala Batas untuk membuat pemeriksaan darah. Saya melakukan pemeriksaan ini setiap 6 bulan sekali. Saya turut mengheret ibu mertua sekali. Bukannya apa...mencegah lebih elok dari rawatan.

Senyum dalam ketakutan

Sebelum ini, saya terpaksa menunggu selama 2 minggu untuk mendapatkan laporan. Sekarang, dalam masa sehari sudah siap. Saya telah mengambil laporan tersebut pada 16 Jun 2010. Ini kerana PPAT  sudah dibekalkan dengan peralatan menguji darah.


Fuji Film Dri-Chem 4000i

Keputusannya....


Cholestrol dan LDL Cholestrol melebihi tahap maksima. Hai, apa nak dikatakan...kenalah kawal apa yang dimakan. Anda macam mana? Bila terakhir membuat pemeriksaan darah?

Oh ya...Sekarang ini anggota PPAT semuanya jadi 'Zorro' kerana 2 penuntut KTU disahkan positif H1N1. Mereka dikuarantin dalam Pengkalan.

5 comments:

trooper_knife said...

aha.. mejar. saya pun baru saja buat pemeriksaan darah sebelum misi berjumpa dengan mejar di gymkana. punyalah takut bila nak tunggu result.

benar apa yang dikatakan oleh mejar. mencegah lebih elok daripada rawatan. hasil pemeriksaan, dr komen semuanya baik kecuali kolestrol yang sedikit melebihi tahap sempadan.

mungkin saya tak menjaga sangat bab makanan ni sebelum ini. hikmahnya, kini saya lebih berhati-hati untuk mengambil makanan harian saya.

senaman juga makin kerap dilakukan untuk membakar balik kalori serta lemak yang berlebihan tu.

Abah said...

'Mencegah lebih elok dari Rawatan'.

Merupakan suatu peringatan kepada semua insan didunia ini. Saya juga menghayati motto tersebut dan mematuhi nya. Semenjak dua menjak ini paling tidak setahun sekali saya buat Medical Check, ECG, Stress Test dan Blood test dsbnya. Pada 6 bulan pertama ini sahaja saya sudah melakukan tiga kali ujian tsb iaitu di HATT, Pusat Kesihatan Komuniti MT, dan Melaka GH. Pada mulanya ada sedikit rasa sengal dan pedih di bahagian dada sebelah kiri. Risau jugak kot-kot ada masalah jantung. Alhamdullillah setelah 3 kali buat pemeriksaan di tiga tempat yang berlainan maka hasilnya semua sama Negatif. Tiada masalah jantung, Buah Pinggang, BP, Kolestrol semuanya di bawah par.

Disamping itu saya berjumpa Dietrician minta nasihat apa yang boleh apa yang tidak boleh bagi mengawal Kolestrol, Jantung dll.
Jawabnya kena pantang lah apa yang dinasihatkan nya dan patuh segala arahannya itu. janganlah pulak pantang jumpa lak...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara trooper_knife & Abah,

Kita usaha, Allah menentukan. Pada 16 Jun 2010, saya & isteri telah pergi menziarah rakan isteri yang telah meninggal duna pagi hari tersebut. Arwah meninggal diserang sakit jantung...baru 48 tahun!

Seorang doktor memberitahu, durian mengandungi banya cholesterol. Saya sungguh suka makan durian tetapi dengan maklumat terkini ini, terpaksa berjaga-jaga. Selamat Sjn Zuraidi...he..he.

Capt's Longhouse said...

mej nor dear friend,

,,,just adjust your lifestyle, drink tons of water and eat lots of fruits plus green apple juice everyday and some honey with warm water b4 nite nite with the real warm honey hihihi.
,,,no worries, you look great with your golfing kaki-lah. BUT do paint the out side wall for extra exercise ?. hehehe (Siti will really appreciate it) hehehe yaa indeed me and my sharp eyes for details i guess !!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Sharif,

Every morning without fail for countless no. of years, I've been gulping down a mug of plain water. Lately my wife insist that I take an organic concoction of sorts + green apple. As for the ugly wall, nanti jiran marah for the wall is theirs.