Followers

Sunday, June 20, 2010

Setahun Sebagai Blogger

20 Jun 2010...HUT pertama saya sebagai seorang blogger...Hanya kerana Chin Peng!! Coretan pertama saya ialah "Mengapa Saya Menentang Chin Peng Kembali Ke Malaysia" telah menjadi 'assignment' para siswa-siswi pengajian Sosial Sains USM.  Coretan "Pengalaman Ke2" dan "Patriotisme 4" turut dijadikan assignment untuk mereka. Satu kejayaan.

Dalam jangka satu tahun, saya anggap saya telah berjaya...

~ Membuka semula 'file' berkenaan elaun untuk penerima anugerah  Darjah Perkasa - JPP, PTU & KPK yang telah diKIVkan. Walaupun sehingga kini masih tiada sebarang berita, namun isu ini telah diketengahkan sehingga ke Parlimen pada 11 November 2009. KEMENTAH telah pun membuat rayuan ke JPM pada 31 Mei 2010 agar dipertimbangkan....InsyaAllah.

~ Menamatkan tempuh 'pertapaan' Tragedi 26 April 1976 setelah 34 tahun. Memang saya kecewa pihak berwajib yang sepatutnya bermegah dengan wira-wira mereka yang terkorban 'Killed In Action' sepi seribu bahasa apabila saya mencadangkan mereka membuat sesuatu untuk memperingati wira-wira tersebut. Syukur Alhamdulillah, Arkib Negara Malaysia bersedia memperingati insiden itu dan telah disiarkan melalui program RTM 1 dan Radio Klasik "Hari Ini Dalam Sejarah". 

~ Menyakinkan Penerbit program RTM 1 - "Galeri Nasional" - agar menyiarkan tragedi tersebut. Mereka telah pun menghubungi pihak Markas Tentera Udara (MTU). Menurut Penerbit, respons MTU 'memberangsangkan'. Tunggu dan lihat sahajalah...Wallahualam.

~ 'Melobi' agar Muzium TUDM menyenaraikan warga-warga TUDM yang menerima anugerah Darjah Perkasa. Menurut seorang rakan yang pergi melawat muzium tersebut hari ini sempena 'Hari Terbuka', akhirnya tersenarailah nama-nama berkenaan. Untuk makluman, saya yang telah e-melkan senarai tersebut...Syukur Alhamdulillah.

~ Menjadi 'terkenal' dengan adanya rencana 'I Remember When' dalam New Sunday Times, 6 September 2009  bertajuk "I flew a Nuri to Mt Kinabalu". Dari seorang yang dikenali hanya dikalangan kaum keluarga terdekat...tak termimpi ditulis kisah lama untuk tatapan ramai. Ini diikuti pula cerita dalam majalah 'Perajurit'...Syukur Alhamdulillah.


~ Mengumpul maklumat dari para pembaca yang turut terlibat dalam operasi Gubir dan Selamat Sawadee. Sepertimana yang dicadangkan, hari ini saya telah menghantar draf manuskrip kepada pihak UKM untuk pertimbangan mereka sama ada coretan saya itu 'bookable' atau sebaliknya. Sekiranya tiada penaja, saya akan 'membukukan' satu naskah di kedai komputer sebagai kenangan.

~ Menghubungi rakan seperjuangan, walaupun melalui talipon, yang telah sekian lama tidak mendengar khabar. Begitu juga saya telah berpeluang mengenali ramai kawan baru walau pun melalui alam maya. Saya sungguh terharu apabila ada ahli forum 'Suara Panggilan Pertiwi' sudi berjumpa untuk mendengar cerita 'tok wan' ini.

~ Menjadi 'kaya' apabila menerima RM300 hasil tulisan ke majalah 'Perajurit'. Syukur Alhamduilillah...He...He...He. 

Sudah pasti saya turut kecewa dan hampa dengan agensi-agensi kerajaan tertentu. Mungkin saya hanyalah seorang mejar pencen dan bukannya mantan Panglima Tentera Udara, semua e-mel saya tidak pernah berjawab walaupun dengan jawapan standard '...dalam pertimbangan kami'. Bukannya saya meminta bantuan kewangan atau merekemenkan saya mendapat gelaran 'Dato', tetapi hanya permohonan seperti untuk mendapatkan senarai penerima anugerah Darjah Perkasa. Mungkin mereka terlalu sibuk...Maklumlah, mempertahankan ruang angkasa negara dari ancaman......siapa ya? Lebih mudah berhubung dengan Pak Menteri, KSU dan KSN. Sekurang-kurangnya mereka sudi juga memberi respons. 

Syukur Alhamdulillah...masih ada insan yang sedia membantu. Kepada mereka.....Terima kasih. 

17 comments:

Capt's Longhouse said...

dear nor,
,,,you have done well indeed to-date but more to come yaa !! hahaha
,,,keep it up and going. You got what it takes too....true to principles and morality.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Sharif,

Thank you. I pray to Almighty Allah that there are publishers who might be willing to sponsor the book. For your information, I quoted your story in the bathroom on the tragic day..

Anonymous said...

Nor,

,,,no worries you can even utilize some of my write up from my blog too if you require them and about publisher you will have them knocking at your door !. Just cont. with your write-up plus get as many pics too.
,,,am still looking for my log book, once found i will write more details on ops Gubir plus the rest.

Anonymous said...

Assalamualaikum......Tuan,

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Yg Pertama "Jotting Of XNuripilot"

Keep it Up Sir!!!!
Ramai yang menyokong tuan. Insyaalah,selagi termampu saya akan membantu tuan...

Xxx Xxxxxxx

mangchikla said...

Happy 1st HUT Sir, lookie here on what i found :D

FMZam said...

Salam tuan,

Apa itu seorang blogger kalau bukan dia mencerminkan keperibadian dirinya sendiri kerana bila seorang blogger itu menulis maka dia ialah APA YANG DIA TULIS, bukan apa yang dia kata dia itu APA DAN SIAPA. A blogger is when "you are what you write" not WHAT AND WHO you say you are.

Ada banyak blog di maya siber ni dan blogger adalah bintang2nya dan seperti bintang, blogger itu ada berbagai jenis APA DAN SIAPA bintang dirinya. Namun, seperti juga bintang, blogger yang bersinar itu adalah kerana apa yang dia tulis, bukannya blogger yang bergantung pada NAMA BESAR dia.

Tuan bersinar kerana tulisan tuan, harapan saya semoga tuan tidak jadi blogger yang malap kerana menjadikan dirinya seperti sebutir bintang yang "burnt out" gara2 tulisannya sendiri "yang mencemarkan diri". Malap dan terangnya sinar tuan itu BUKAN KERNA NAMA seperti kata Ramli Sarip.

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Allow me to take this opportunity to congratulate you for the said 1st anniversary and not to forget your wife who I'm sure your big supporter.

Abah said...

Tuan,
Tahniah setelah 356 hari, 52 minggu,12 bulan Blog ini terpamirnyanya blog ini di screen Monitor saya, saya akui bahawa blog ini merupakan satu-satunya blog saya tatapi dan melekat dihati saya setiap hari.
Semoga usaha murni tuan akan mendapat restu dan rahmat dari Alllah S.W.T.

Capt's Longhouse said...

dear nor,

,,,the incident where-by late Capt Choo 'Ba hai' took upon himself to act as the dummy chopper to draw enemy fire might be an interesting write-up too. This happened just a few months b4 Ops. Gubir. He 'sand bagged' his chopper for that role and hovered ahead of my chopper while i winched/absailed down the troops. He took the enemies fire and that is by itself a PGB incident as far as my books is concerned.
,,,Most unfortunately, he was killed in Lt(u) Chung chopper in Ops. Gubir, which again he took over the ferry flight role from me !. In fact, everytime I see a Nuri flying over head, his ever smiling face will appear in my mind. He is my HERO for life.

FMZam said...

Salam tuan,

When we fight for our country, never think of getting a reward for any valour, gallantry or bravery that we did, when all we would have done was done as our duty as soldiers first. Remember bravery is commonplace in war and there were many untold stories and unsung heroes who have lived and died uncherished and never grumbled about it because soldiering is only a duty, not a bounty.

Cahaya Bina, Selamat Sawadee, Op NAGA, live forever in me to say that all soldiers have moved forward into unknown territories with fear, but without less courage to be as brave as any soldier in the moment of truth and that moment of truth is to fight for our country, not for medals.

Abah said...

Tuan,

Saya amat teruja dan amat-amat setuju dengan pendapat Sdra FM Zam. Apa yang telah kita taburkan bakti kepada Negara bukanlah kalungan pingat dan bintang sahaja yang diharapkan sebagai balasannya.
Hanya lah sekadar harapan agar jasa-jasa hasil pergorbanan itu dapat disanjung dan dinikmati oleh cucu-cicit kita di kemudian hari kelak.


P/s Hanya apa yang ada tersemat didada hanyalah sekadar PPA dan PPS sahaja. itulah pingat yang telah diperolihi setelah perkhidmatana selama 22 tahun kepada Negara dan bangsa. Namun demikian syukor kehadrat Allah S.W.T. kerana dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan dan serta mengekalkan tidak menghilangkan bahagian tubuh badan saya sepanjang perkhidmatan.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara semua,

Terima kasih atas komen anda semua dan dengan jujur, saya menghargainya.

Sharif,

I was not involved with the evacuation of the populace out of Temenggor. But I remember aircrew were flying more than 30 POB. I also remember when the villagers found an intact body when they dug the grave for reburial.

Pilots out there...care to share your expriences? I'll be too happy to post in my blog. Thank you.

Arunzab said...

Saudara Nor,
Thank you for highlighting the case of allowance for recipients of the gallantry awards of - JPP , PTU, & KPK. Gallantry awards as we all know are not given to those who have only done their duty, but to the selected few who have gone beyond the call of duty. The citation has to read about of a specific action and the part played by the servicemen before the award is bestowed by the king. I don't believe a soldier goes into battle with to view to 'fight' for any gallantry medal. He is there to do his duty for the country in the very best way he can. In doing so if he has preformed in a manner which merits recognition then he is suitably rewarded according to the existing system . I don't believe the recipients of any of these gallantry awards that you mentioned are exactly holding placard's and demanding any form of monetary rewards. However if there is merit and that they too be considered as those who have received the SP & PGB and are paid RM. 2000/ and RM.1500/respectively than we should all rightly applaud your Herculean one man effort of fighting their case. Besides that, I know most of those who have been awarded the KPK are Other Ranks and could do with so extra allowance which can be considered as their 'rizki'.

For the last one year or so I have thoroughly enjoyed your first hand accounts of life as an airman. They remind me in many ways of the many missions accomplished by the infantry wallas which could not have been possible without the support of the many magnificent men and their flying machines.

To all air men on behalf of the foot soldier ' Tabek'.

Salam

basri bin omar said...

Salam Sdr Fmzam ,Abah Dll!

Apa yg di perkatakan Fmzam dan Abah juga Arunzad memang benar....teringat masa di tawar pingat PGB dulu 10 Mei 1976 oleh JPM, saya pada mulanya menolak tapi atas nasihat Pemangku OC(3 Skn)Kapt Akhbar Khan...katanya "Hang bukan mintak tapi depa nak bagi...terima lah ..satu penghormatan pada Kor Jurutera(RAJD kini) khasnya pada semua warga Jurutera! Wallahuaqlam...cuma satu catatan.

Buat Mej Md Nor!
Teruskan kerja baik Tuan...moga2 menjadi satu amalan yang akan di nilai Allah sebagai KERJA BAIK dan di ganjarkan di sana nanti,Insyaallah!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Arunzab & Saudara Basri,

Terima kasih. Kebanyakan penerima JPP & KPK adalah anggota LLP, baik ATM atau PDRM. Dengan kos kehidupan dewasa ini terus meningkat, elaun ini, jika diluluskan, dapat mengurangkan bebanan kewangan mereka.

Secara jujur saya katakan, saya tak tahu pun saya telah dicalonkan untuk PTU...tak sampai ke tahap itu! Saya mengetahuinya hanya apabila menerima surat tawaran.

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Saya amat sejutu dan berdoa agar Allah makhbulkan permohonan kita,Insyaallah...

Kelmarin p sembang dgn rakan2 yang masih berkhidmat...sentuh blog xnuripilot...rupanya ramai peminat tapi kerana masih berkhidmat depa cuma setakat melayari saja....Syabas Tuan!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Basri,

Terima kasih. Cerita masih tergantung kerana ketiadaan 'the great escape'. Cuba dapatkan dari Mej Jen Dato' Rodi (B) tapi beliau menyatakan yang beliau tidak terlibat dalam operasi tersebut. Ketika itu beliau bertugas sebagai Training Officer.