Followers

Thursday, June 10, 2010

Perjalanan Yang Nostalgik

6 Jun 2010...Selepas makan tengah hari, saya telah bertolak ke Tepen (Taiping) untuk menghadiri majlis kenduri di rumah keluarga di Taman Seri Kota. Adik saya, Ahmad Kamaruddin (Mek) memberitahu bahawa mak hendak sangat buat kenduri di rumah tersebut; hanya beliau masih menetap di Taiping. Mak mengarahkan beliau mengupah orang untuk membersih rumah bagi tujuan tersebut. Rumah peninggalan arwah bapa hanya berpenghuni menjelang Hari Raya Aidilfitri atau ada majlis dimana kami semua balik ke Taiping. Mendengar kehendak mak, kesemua 6 adik-beradik bergegas balik ke kampung. Mak, 81 tahun, tinggal dengan adik bongsu saya di kawasan Subang Jaya dan mereka tiba pada 7 Jun.

Mek cuba mendapatkan perkhidmatan 'caterer' untuk majlis tersebut. Tetapi, maklum sajalah... cuti sekolah=kenduri kahwin, semua caterer 'fully booked'. Jawabnya...masak sendirilah. Selepas solat asar di masjid di belakang rumah, semua jemaah datang untuk menbaca doa selamat.

Pak Imam mengucapkan terima kasih bagi pihak keluarga

Jamuan ringan ala kadar saja
Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan mak sungguh gembira.

Sebelum saya bertolak ke Taiping, saya telah menghantar sms kepada Ketua No 3 Skuadron, TUDM Buterworth, memohon kebenaran untuk saya singgah di skn beliau pada 7 Mei ketika dalam perjalanan kembali ke Jitra. Tujuan saya ialah untuk 'scan' gambar-gambar tertentu yang terdapat dalam buku 'scrap'. Jawapan beliau...Tiada masalah. Terima kasih. Justeru, pada tarikh tersebut, berbekalkan dengan note book dan scanner, saya melencong ke Butterworth.

Memang banyak perubahan di bandar 'nilai mentega' ini dibandingkan ketika saya tinggal di sana 30 dekad dahulu. Saya terpaksa membaca 'tunjuk arah' bagi memastikan saya tidak 'tersesat'. Tetapi....satu 'landmark' ini masih tiada perubahan....

Lampu trafik di Simpang 4 - Semuanya seperti berdekad-dekad dahulu

Sampai sahaja di Bilik Pengawal pengkalan, saya telah menalifon Ketua Skuadron. Beliau memaklumkan bahawa beliau sedang bercuti dan saya boleh pergi ke skn dan boleh berjumpa dengan staf beliau.  Apabila memasuki pengkalan, sungguh nostalgik...! Seorang KU dari TLDM telah membawa saya ke 'crew room' dan mengambil buku yang saya kehendari. Sungguh banyak kenangan!! Saya scan mana yang saya perlukan.

Ketika menghidupkan kereta untuk pulang, seorang warga skn telah memanggil saya. Apabila terpandang nama beliau pada sut terbangnya, barulah saya mengenali beliau, SJN ZURAIDI (KU), yang banyak membantu saya. Beliau baru saja mendarat dari membuat tugas penerbangan di Pulau Perak (dimana?).

Lt Kol Norizal TUDM...Terima kasih.

10 comments:

Anonymous said...

Maj!!
3 Skn in memory but it will never be out of sight... out of mind!!!
Selagi hayat di kandung badan selagi itu lah skn ini tinggal dalam kenangan.
Dimana kah mereka yang pernah berjuang besama semasa di 3SKN? Semoga ALLAH tetap memberkati saudara ku semua.

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Unit 3 Skn Jurutera(RAJD) juga amat nostalgik bagi saya dan kawan2 yang sama waktu dengannya .....kini bertempat di Kuching di bawah naungan 3 Briged Infantri....Syukurlah dapat bersama keluarga tercinta tamabahan diwaktu2 senja begini.

Pulau Perak tu terletak di Selat Melaka ..tak silap antara Kedah dan Pulau Pinang ..ada Pos Pemerhati yang di bina 91 Rej Bina RAJD demi untuk memantau persekitaran...mungkin sebagai Listening Post!..Wallahuaqlam.

Abah said...

Tuan,

Ini sudah kira berita BAIK!!!!!
Sepastinya apabila segala peristiwa yang tersimpan didalam buku "Scrap' tersebut dapat disiarkan didalam blog tuan ini. Saya kira semesti semua pelanggan diblog ini akan ternanti-nanti untuk mengikutinya kelak.

Walau macamana dapat tak buku Scrap Skn X yang tuan maksudkan tempohari?

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan.....,

Terima Kasih kerana sudi hadir ke 3 Sqn tempoh hari. Tapi sayang la tuan,saya tak sempat nak borak panjang dgn tuan tempoh hari.Rasanya tak sampai 2 minit pun kita berbual.Tapi tak apa tuan,insyallah lain kali kalau ada masa kita boleh borak panjang pula.

Mengenai Pulau Perak tu,betul seperti apa yang En Basri Bin Omar katakan. Pemantauan di Pulau Perak dilaksanakan oleh unit infantri TD.Setiap unit akan melaksanakan Ops Pejarak di pulau perak ni selama 2 bulan sebelum diganti dgn unit yang lain.
Sama seperti 'Ops Kota' juga,setiap 14 hari S61 A-4 akan Resub kepada troop disana.
Dari WMKB ke pulau perak lebih kurang 45 minit masa penerbangan.
Kalau tuan ada google earth,tuan boleh tgok foto pulau perak tu.

Xxx Xxxxxxx

basri bin omar said...

Salam Anonymous!

Tk info...tak silap saya ada lagi sebuah pulau..Pulau Jarak juga d Selat Melaka..off Pulau Pangkor yang di bina oleh 91 Rej Bina RAJD dan sama fungsinya...! Wallahuaklam.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Anonymous (10/6 9.45am),

You're right...No 3 Sqn will never be 'out of sight...out of mind'. How I wish the CO would organise a gathering of all the aircrew who had once served the sqn!

Wahinuddin said...

Baru-baru ni bonda dah mencapai umur 82 tahun! Alhamdulillah, berkat doa anak-anak, cucu-cicit, bonda agak sihat cuma keletihan usia. Bonda seronok berada dengan anak-anak semasa kenduri tempoh hari. Kadangkala, ai amat merinduinya dan kadangkala sedih juga mengenangkan bonda yang bersusah paya memelihara kita semua termasuk anak-anak saudara tanpa rasa kesal. Keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT tampak jelas. Tidak terbalas budi kedua bonda dan arwah ayahanda. Hanya doa yang dapat menyusul selepas solat. Bila saja berada di luar negara walaupun buat beberapa hari, ai sentiasa teringatkan bonda. Apa juga boleh berlaku. Hanya keredaan Allah dipinta. Bonda tidak pernah mengeluh.
Dari anak-anak, BONDA ADALAH YANG TERBAIK. DENGAN RAHMAT ALLAH SWT, BONDA SENTIASA DI HATI SANUBARI KAMI. KERISAUAN BONDA ADALAH PUNCA KEJAYAAN KEHIDUPAN ANAK-ANAK BONDA. NASIHAT BONDA PASTI AKAN KEKAL DI HATI KAMI ADIK BERADIK SEHINGGAN AKHIR HAYAT.

Ai.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Ai,

Amin.

Anonymous said...

Alhmdllh...wanita bernama Hjh Rahamah Bt Mat Wahi..adalah wanita yang cukup hebat'tabah Dan cukup penyabar...encha ingat lg..Acik pnah berkata sewaktu encha berumur belasan tahun...wakt itu encha malas sehingga Ada saudara menggelar encha bwg merah...Acik kata perempuan sejati adalah mcm Atah...x akan keluar dati dapur selagi masih Ada kerja yang belum diuruskan...waktu itu encha x faham...kini menjadi ibu kepada 5 orang anak byk nengajar encha utk menjadi seikhlas ATAH...semoga allah sentiasa merahmati dam memberi keberkatan buat atah...kasih sayang atah yg x pernah putus2lah...menjadikan semua anak2 Dan keturunannya menjadi penyayang sptnya....thank u allah.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Fara,

Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan mak Ayah Ngah dan Atah pada Fara. Kita doa yang terbaik untuk beliau. Amin.