Followers

Tuesday, June 29, 2010

Luahan Hati

Pembaca...Sila klip u-tube di bawah sebelum mendeklamasi sajak berikut...klik jangan tak klik....


Ingat lagi sajak saya bertajuk "Ternoktah Satu Perjuangan"? Dengan komen-komen yang membuatkan saya terangkat, apa lagi, saya pun faks dan poskan sajak tersebut pada 22 Jun 2010 ke Bahagian Sastera, Utusan Malaysia. Pada 27 Jun 2010, terima sahaja Mingguan Malaysia, carilah kolum 'Sastera' dengan harapan sajak saya disiarkan. Sungguh hampa...jauh panggang dari api. Betullah...saya bukannya seorang puitis!

Hari ini, 28 Jun 2010...sedang membelek kolum 'Forum', tiba-tiba ternampak...

'Forum' Utusan Malaysia-28 Jun 2010 

Sajak saya....Teruja sampai nak rak walaupun tiada tarikh dan satu barisan diedit! Tak kisahlah, janji disiarkan juga...janji ramai pembaca akhbar ini memahami apa yang terpendam dalam sanubari saya. 

Saya turut menghantar sajak ini kepada kakak saya, Rabaiah@Arbaiyah Bt Sulaiman, untuk dikomen dan diperbetulkan. Beliau seorang mantan guru mengajar 'Sastera'. Tujuannya ialah untuk sajak ini dimasukkan dalam buku saya nanti (itu pun kalau ada penaja), InsyaAllah. Produk terakhir hasil dari dua buah fikiran kakak dan adik ini adalah seperti berikut...

Ternoktah Satu Perjuangan

2 Disember 1989 Haadyai…..
Lalu…….
Termeterai satu perjanjian
Ternoktah satu perjuangan
Tiada lagi pemburu
Tiada lagi yang diburu
Tiada lagi si burung besi jadi buruan
Tiada lagi ratapan untuk yang tersayang
Tiada lagi kecacatan yang ditanggung badan.....

Pasti.....
Angkara peluru tidak mengenal sasaran
Baik kawan mau pun lawan
Angkara jerangkap samar
Tidak mengenal yang salah atau yang benar
Inilah harga satu pengorbanan
Demi untuk negara yang tersayang.....

 Kini....
Hanya tinggal sebuah nostalgia
Tiada penghormatan
Tiada pengiktirafan
Tiada ganjaran
Tiada balasan
Walaupun nyawa jadi taruhan....
  
Wahai.....
Wira Negara
Darat dan Udara
Tiada ganjaran kepada yang setia
Sudah menjadi satu kelaziman
Pasrah si Wira
Menerima kenyataan
Moga Allah memberi berkatNya...

Dedikasi kepada semua wira, Darat dan Udara, yang terlibat ketika menentang kedurjanaan pengganas komunis di suatu ketika dulu...

8 comments:

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Usaha tangga kejayaan. Kalau kita sentiasa berusaha tanpa rasa jemu, Insya-Allah kita akan dapat apa yg diusahakan. Di dalam kita berusaha, pasti kita menempuh pelbagai halangan namun setiap halangan yang ditempuhi akan menambahkan pengalaman dan pengetahuan di dalam mencari jalan bagi melepasi halangan tersebut.

Saya kagum dengan semangat Tuan yang akan saya contohi di dalam kehidupan seharian. Untung dapat mengenali blog ini dan membaca posting Tuan. Nanti kalau saya balik Jitra, ingin benar bersemuka dengan Tuan. Kalau tak dapat jumpa di Darulaman Golf Club, jumpa di restoran area Yawata Bandar Darulaman pun jadik lerrr...

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Syabas apapun tersiar juga..Syukur!teruskan jangan jemu..kelmarin sembang dgn BG Dato Pahlawan Jamil bin Tahir JPP bekas Ketua Jurutera ..dia maklumkan seorang Bekas PW Ghazali x RAJD kini menetap di Kepala Batas terlibat dalam Projek Terumbu Layang2...Insyaallah akan cuba hubungi dia dlmasa terdekat..juga Lt Kol Suhaili masih khidmat akan cuba dapatkan gambar2 Projek tersebut,Insyaallah.

Mengutip makna Surah ke 94 Alam Nasyrah Ayat 6 ..Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada KEMUDAHAN..!

Moga2 menjadi rangsangan dan motivasi kpd kita semua!

K.O.A.L.A said...

salam tuan.

1 je yg boleh saya kata. sajak ni cukup memberi kesan di hati...keep it up sir! =)

Marina Monroe said...

Salam Tuan, boleh tak saya copy & paste sajak tuan di Blog saya. Sumgguh terharu...
Darah dan daging saya dari umur saya 16 tahun dengan hasil titik peluh suami yg berkhidmat dlm tentera darat..zaman komunis dulu2. Salam Tuan.

trooper_knife said...

bangga dan terima kasih kepada semua anggota keselamatan yang telah terlibat dalam kempen menentang petualang negara di suatu ketika dulu.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Puan Marina,

Terima kasih kerana membaca blog saya. It's an honour for me to have my sajak published in your blog.

Saudara trooper_knife,

Terima kasih. Golongan muda seperti andalah yang akan menentukan arah tuju negara tercinta ini.

Maryono said...

Salam Sir.....saya generasi terakhir sempat berkhidmat sebelum perjanjian damai 2 Dis 1989. I`m x Gunner. Perkhidmatan tuan untuk pasukan kami tidak kurang penting dan penuh bahaya. Saya terharu dengan dengan kisah yang dipaparkan. Alhamdulillah Tuan dikurnia kesehatan dan gembira hingga kini. Saya juga mohon mengabadikan sajak Tuan untuk simpanan peribadi.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Maryono,

Terima kasih & terharu yang anda berhasrat untuk menyimpan sajak tersebut. Sepertimana yang anda mungkin sudah sedia maklum, saya juga xgunner 3 Arty.