Followers

Saturday, June 19, 2010

Ternoktah Satu Perjuangan

Saya bukan seorang yang minat dalam bidang seni...baik penulisan atau menghayati puisi atau apa-apa yang ada kaitan dengan seni. Ketika mengikuti pengajian 'Institute of Cooperative Auditors' di suatu ketika dahulu ( waktu malam selama 3 tahun di Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya), seorang pensyarah dari UKM memberi komen '...Mejar...you bukannya seorang seni'. Memang betul kata beliau. Isteri saya sendiri memperakui 'kelemahan' saya ini dengan tulisan beliau di sini.

Saya tidak faham dan tidak minat pada sajak. Tetapi apabila melihat rakan-rakan menulis sajak, pantun, 'poem'...teringin jugalah. Fikir punya fikir...tercurahlah luahan yang terpendam dalam minda selama setahun ini.

2 Disember 1989...Haadyai
Termeterai satu perjanjian
Ternoktah satu perjuangan
Tiada lagi pemburu
Tiada lagi diburu
Tiada lagi ratapan kehilangan yang tersayang
Tiada lagi siburung besi bahan buruan
Angkara peluru tidak mengenal sasaran
Baik kawan atau pun lawan
Tiada lagi kecacatan ditanggung badan
Sehingga ke akhir hayat
Angkara jerangkap samar
Inilah harga satu pengorbanan
Demi untuk negara tersayang
Tetapi...kini hanya tinggal kenangan
Tanpa sebarang penghormatan
Tanpa pengiktirafan
Apakan daya dah nasib badan
Menggadai nyawa dipinggirkan
Mengharum negara wira kebangsaan
Wahai wira-wira...darat dan udara
Pasrah hadapi alam kenyataan
Penuh cabaran bukannya khayalan
K e s i a n...!!

Macam mana...Boleh menyertai sayembara mendeklamasi sajak peringkat kampung tak? Ketawalah....saya tak marah. He...He...He

7 comments:

Abah said...

Tuan,

Phewettt!!!!!

Hasil nukilan yang baik. Bermula dengan rangkap pertama (Tarikh keramat) sehingga ayat penyudah dengan kata pemutus(Sekian). Sesuatu permulaan yang akan akan menjurus kepada langkah seterusnya. Untuk menambakbaikan lagi apakata kalau diselitkan dan berlatar belakangkan musik sentimental ketika sipembaca menghayati sajak tersebut.

Anonymous said...

Maj!
Ok la tu. Senang faham!!! tapi kalau ada yang tak faham memang sah la mereka tu .....

FMZam said...

Salam tuan,

Seorang puitis itu bukan hanya dari bersajak atau bergurindam tapi dari coretan yang tersurat di hati dan coretan itu bila diluahkan walau hanya sepotong ayat dari ribuan ayat, namun punya wadah yang tersirat, maka akan jadilah ia satu puisi. Contoh, Jotting of an X-Nuri Pilot itupun sudah cukup menggambarkan yang penulisnya seorang yang ada seni kerana punya kepakaran untuk menggambarkan pengalamannya melalui penulisan yang akan menarik minat orang untuk mengalami bersama pengalaman yang dilalui oleh si penulis. Seorang penulis yang baik adalah penulis yang tau seni yang boleh membawa pembaca masuk mengembara kedalam pengalamannya secara "virtual" melalui penulisannya.

Bila bukan semua X-Nuri pilot boleh menulis pengalamannya dengan baik maka hanya X-Nuri pilot yang ada seni untuk melakukannya adalah seorang SENIMAN, dan tuan adalah X-Nuri pilot yang seni.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Abah &Anonymous,

Terima kasih. Nanti akan fikirkan satu lagu.

Saudara FMZam,

Wow...terangkat saya dibuatnya. Anda pun apa kurangnya berdasarkan komen yang diberikan. Terima kasih.

basri bin omar said...

Salam Tuan !

Setuju sangat dgn Sdr Fmzam tu (mentang2 geng Jurutera???) tidak Tuan kata apa yang Tuan BUAT,Tuan BUAT apa yang Tuan kata!!!!! Tu senilah tu ...pada pandangan saya MAAF.

Kirim kat Perajurit untuk di siarkan....dapat duit lagi,Insyaallah.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Basri,

Coretan setahun dirumuskan ke 93 perkataan. Pertama kali dalam kehidupan ini membuat sajak...bunyi macam kawad saja..he...he...he.

Faisal said...

Seorang sasterawan telah lahir! Sajak nukilan Mejar dlm posting ini telah disiarkan dlm Utusan Malaysia pada hari ini (28/06/2010). Semoga ada pihak tertentu akan celik mata disebabkan oleh karya Mejar. Tahniah!