Followers

Friday, June 25, 2010

Tragedi 26 April 1976...E-mel Untuk PTU

Pembaca...Saya sungguh teruja apabila terbaca artikel dalam Utusan Malaysia pada 23 Jun 2010 berkenaan Hari Terbuka Muzium TUDM pada 20 Jun 2010 tempuh hari. Mana tidaknya...menurut laporan, adalah menjadi wadah PTU untuk memperingati wira-wira TUDM di suatu ketika dulu. Apa lagi, tanpa membuang masa...melayanglah e-mel berikut...

Memperingati Jasa-Jasa Perwira
Thursday, 24 June 2010 17:15:33
From: nor ibrahim sulaiman Add to Contacts
To: PTU ; PTU
Cc: Dato Muslim ; PS1 Muzium ; Maj Kamarul RMAF RMAF

Assalamualaikum Tan Sri,

Syabas kepada Tan Sri yang telah mengambil langkah pertama untuk '...memperingati jasa-jasa perwira dan pejuang tanah air terdahulu'...Syukur Alhamdulillah. Secara jujur saya katakan bahawa saya tidak mengetahui apa yang dimaksudkan Muzium TUDM memasuki 'fasa kedua'. Saya pasti selepas ini Muzium akan menjadi satu institusi dimana para pengkaji boleh membuat rujukan berkaitan dengan sejarah TUDM,.


Utusan Malaysia pada 23 Jun 2010

Di sini saya ingin membuat cadangan selaras dengan wadah Tan Sri. Buat permulaan, saya mencadangkan TUDM mengabadikan warga TUDM yang terkorban dalam tragedi 26 April 1976 semasa Ops Gubir. Maksud saya ialah menamakan jalan-jalan di pengkalan TUDM tertentu sempena dengan nama mereka. Sepertimana yang Tan Sri sendiri sedia maklum, mereka yang terkorban dalam nahas pesawat Cessna di Sabah di akhir 80'an telah diabadikan dengan jalan-jalan di TUDM Subang.

Sudah tiba masanya jalan-jalan di TUDM Kuching dinamakan Jalan Kapten (U) Choo Yeok Boo dan Jalan Kapten (U) Mustapha Kamal. Manakala diwujudkan Jalan Lt (U) Chung Ming Teck, Jalan Lt (U) Wan Munsiff dan Jalan Sjn Leong Yee Heng di TUDM Kuantan. Merekalah yang 'KIA' dalam kata erti sebenarnya.

Saya difahamkan akhirnya Muzium TUDM telah menyenaraikan mereka yang telah dianugerahkan 'Darjah-Darjah Perkasa'. Tindakan seterusnya ialah mempamerkan 'citation' ketika penerima-penerima dicalonkan untuk anugerah tersebut. Saya pasti dengan sumber yang ada, ini tidak menjadi satu masalah.

Sekian untuk pertimbangan Tan Sri. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Respons dari 'Big Flying Chief'? Terkejut besar sekiranya menerima walaupun respons standard'...dalam perhatian kami' (Apa maknanya?).  Saya sudah 'mangli' dengan ketiadaan sebarang respons. Dari Jen Dato' Muslim '...Thank you also from me. I hope you’ll find time one day to visit the Muzium or at least visit the Muzium’s website.' ( Thursday, 24 June 2010 21:18:44). Pokoknya...saya telah mencuba. Manalah tahu, kalau terbuka hati pihak berwajib, maka terabadilah nama wira-wira TUDM berkenaan di Pengkalan di mana mereka berkhidmat sebelum terkorban, InsyaAllah.

7 comments:

Anonymous said...

Sorry la maj! rasa nya si Rodzali tu pun macam yang lain lain juga. Maj pun mungkin kenal si Rodzali ni kat kuantan dulu!!!
Kita tunggu lah dengan harapan sebab TUDM sekarang ni hanya berusaha nak perbetulkan imej yang hampir tak keruan and being highlighted for the wrong reasons.
Dato Muslim tu pengasas muzium TUDM tu takkan depa dah lupa kot.
Semoga semua nya dalam perhatian!!!

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

I wonder, in some KERAjaan's official website, there are e-mail addresses of some of the heads. But when we send the e-mail to them, receiving respond after 6 millions years would be considered great. Why they are so scare about e-mail?

Citing example, I did send an e-mail to one of the Langkawi Development Authority (LADA) based on their website but never receive any respond. When I asked during meeting with him the answer is "Ooo... e-mail tu I tak pakai. I dok guna yg Yahoo saja". He further mentioned that "E-mail tu pun I tak tau, geng IT yg buat tak habaq".

Therefore, there is no way Malaysia would be moving ahead if the mentality of those KERAjaan officers are -ve about ICT. Even those 3rd countries namely in Africa continent are better in accepting the ICT.

Back to your posting, I wish all the best to you in waiting for the respond on your e-mail. I guess you will receive a message "..... dlm perhatian." because I believe it was an auto respond set to reply any email to them.

What a wonderful Malaysia!!!...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Anonymous,

Sekurang-kurangnya saya telah cuba..apakan daya! Menjaga ruangankasa negara lebih penting daripada melayan kerenah mejar pencen ini. Lagi pula, wira-wira KIA tersebut semuanya hanyalah krew 'eggbeaters' sahaja.

Saudara Sanusi,

I'll be very lucky if MTU send the standard response '...dalam perhatian kami'.

Faizul said...

Well, the Air Force and its Generals must be too busy fighting our enemies that they have got no time to respond to us the old timers who actually fought the real enemies and made their life so comfortable.

The salary in cash and kind that they get is so much more that we ever dreamed off.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Faizul,

Thank you. PTU talked about remembering the previous heroes...yet those 5 KIA were forgotten till 26 April 2010. A real pity! Typical of 'cakap tak serupa bikin'.

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

I would agree with Faizul that the Air Force and its Generals aree too busy fighting with the enemies which they always ecounter........... where?

Golf course la, where else!




Kah kah kah...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Kalau,

You're very, very right...he....he..he