Followers

Wednesday, June 23, 2010

Tertembak 1

Hai...apa dah jadi dengan xskuadron saya, No 5 Skn, TUDM Labuan? Kalau cerita positif, saya turut berbangga, tapi ini....?


Utusan Malaysia 22 Jun 2010

Seingat saya yang dah menjangkau 61 tahun, inilah buat pertama kali kejadian sebegini berlaku dalam pesawat TUDM. Alouette Gunship mengalami 'stoppages' semasa 'straffing' ketika Ops Gubir di suatu ketika dahulu memang pernah berlaku, tetapi '...tembakan yang berlaku dalam pesawat Nuri'? Mengikut laporan,  ianya '...sedang menjalani latihan pernerbangan'. Pada pemahaman saya, ini bererti tidak melibatkan trup dan pesawat membuat penerbangan 'navigasi' seperti ke Tawau, Sandakan, dll. Anggapan ini berlandaskan pengalaman ketika berkhidmat di skn tersebut 26 tahun dahulu. Krew membawa senjata M16 apabila membuat penerbangan di luar pengkalan, seperti navigasi. Sekiranya penerbangan di ruang angkasa Labuan atau persekitaran, seperti di Penumbok, tidak perlu membawa M16. Itu dulu. Sekarang...Wallahualam!

OK...tiada penumpang... bererti hanya melibatkan anak kapal sahaja.  Soalan cepu mas...Mengapa senjata dalam keadaan 'cocked' mengetahui 'magazine' dah ada peluru hidup (bukan 'getah')? Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Kalau tidak...minta simpang!Ketika di era saya, kami tidak pernah 'cock' senjata ketika membuat penerbangan di kawasan 'panas' seperti di Gubir dan Kroh.  Kami boleh 'berbangga' ditembak oleh pengganas komunis ketika menentang kedurjanaan mereka. Ini...apa nak diceritakan kepada anak cucu nanti?

Anak kapal...Utamakan keselamatan. NEVER EVER TAKE SAFETY FOR GRANTED!

Catatan: Saya telah menghubungi UKM pada 22 Jun 2010. Pihak terbabit telah menerima manuskrip 'coretan xnuripilot' dan paling awal akan diberitahu sama ada ianya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh IPT atau tidak dalam tempuh 3 bulan lagi. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, cari penerbit lain, InsyaAllah.

5 comments:

Anonymous said...

Maj!
Itu baru satu yang terkeluar berita. Nampak nya mungkin kurang pengawasan mereka ni tak macam dulu kala waktu zaman mej.
Sekarang ni kat TUDM macam macam yang aneh berlaku. Moga di lindungi ALLAH dari malapetaka tetapi mereka kena lah berusaha, guna lah akal sikit. Terlalu banyak yang terjadi dan menakutkan dan turut menghakiskan kepercayaan rakyat terhadap kemampuan TUDM.
RMAF leaderships need a wake up call!!!!!

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

With some amendment to be made in accordance to advice and guidance from UKM, I believe the manuscript will be accepted for publication thus become part of the reference by related students.

Back to the posting, it was a surprise to hear the news in which I would eager to know the real story about it without depending on Utusan Meloya only as they tend to do cover-up story.

We are now living in peace and harmony, thanks to those ex-servicemen like you and others.

However, that doesn't mean we can compromise safety. If you can remember KD Inderapura, IT WAS SAID:-
- that on the second day of the incident, the CO was at golf course. Hah!!???...
- they are practicing fire drill to the extend all crew are to tired to respond on the real alarm. Really!!???...

Don't quote me wrong as the above are stories which I myself could not confirm it despite having such a big cable in Lumut but since is has became talk of the town, I guess it is true story.

That is not the point. What I'm trying to say is that currently, I would say all servicemen be LLP or Peg are having "tak pa" attitude even on safety.

You will see it especially in Wataniah during their UKMTD or suntikan perang or annual camp. Just imagine how M-16 or M203 or LMG or GPMG or Garl Gustav can decide between life or death and yet the Peg "buat tak kisah"?

Tak pasal-pasal saja saya bergaduh dengan OC kerana menegurnya...

mangchikla said...

uwaaaaaaaa salin kulit nampak :D

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous & Kamal,

Hari ini MTU telah mengeluarkan kenyataan tentang apa sebenarnya berlaku. Saya akan poskan nanti. Betul..betul..tak tahu mengapar keselamatan diabaikan.

Saudara mangchikla,

Alangkan ular pun bersalin kulit...saya apa tah lagi..he..he..he

Abah said...

Tuan,

Semoga manuskipt tersebut dapat diterima oleh pihak UKM serta diterbitkan.

Background Blog yang ada sekarang ini lebih teruja dengan Keadaan Cockpit serta pilotnya yang berlatar belakangkan langit biru dan Kumpalan awan putih.

Teringat pulak saya dengan lagu Kak Pah kita 'Terbang Helang'