21 September 2010 jam 1702...Saya terima mms ini dari seorang 'hamba Allah'. Wajah baru pusara arwah LT MUDA ABDUL HAMID BIN ISMAIL SP (coretan ini) setelah dibersihkan oleh 6 RAMD yang berpengkalan di Kepala Batas, Kedah Darulaman...Syukur Alhamdulillah.
Di peringkat awal...belum siap sepenuhnya dan masih terpaksa 'meniarap' untuk membaca kapsyen
Satu transformasi dari keadaan yang menyedihkan sebelum ini...
Saya turut difahamkan bahawa TDM akan mengambil langkah tertentu bagi menentukan pusara pahlawan negara ini tidak terabai lagi, InsyaAllah. Berkaitan dengan cadangan menukarkan nama madrasah tersebut kepada 'MADRASAH ABDUL HAMID', kemungkin besar akan menjadi kenyataan...Wallahualam. Saya memberitahu hamba Allah berkenaan agar beliau memaklumkan saya sekiranya cadangan itu menjadi realiti. Kalau tiada aral melintang dan diberitahu (walaupun tidak dijemput), saya akan cuba meluangkan masa untuk menyaksikan peristiwa itu nanti, InsyaAllah.
Pembaca...Sekiranya anda mengetahui pusara pahlawan-pahlawan yang terabai, saya cadangkan anda menghubungi PTD, salinan kepada Menteri dan PAT. Bukannya apa, kemungkinan besar e-mel tersebut tidak sampai kepada pengetahuan beliau kerana terhenti di peringkat 'gate-keepers' sahaja. Tetapi, apabila ada 'cc', penyaring tersebut akan fikir 2-3 kali juga!! Sekiranya tiada sebarang respons atau respons yang 'kurang asem'...e-mel saja kepada media massa.
PTD & 6 RAMD...Terima kasih.
5 ulasan:
Salam Tuan!
Syukur Alhamdulillah!
Alfatihah buat Roh Almarhum Lt M Abd Hamid SP ..moga2 Rohnya bersama para Syuhada...AMIN!
Tuan,
TK diatas pergorbanan yang diberikan. Semoga kerja-kerja amal yang tuan berikan akan diberkati Allah S.W.T. TK juga kepada Peg Memerintah 6 RAMD dan anggota-anggotanya kerana menunaikan Fardzu Kifayah membersihkan Pusara LT M Abd Hamid SP.
Alfatihah.....Amieen.
Syukur Alhamdullilah tindakan sudah diambil. Terima kasih atas usaha skuad itu.
Saudara Basri, Abah & Squad,
Terima kasih. Sebenar saya mengetahui yang pusara tersebut telah dibersihkan secara kebetulan sahaja. Saya telah menalifon CO 6 RAMD di Gubir bertanyakan sama ada lukisan helikopter yang dilukis oleh anggota 14 MTA masih ada. Apabila memperkenalkan diri saya, beliau terus menceritakan tentang arahan PTD untuk membersihkan pusara tersebut.
PTD telah menghantar e-mel/surat ke Forum saya kepada beliau. Itu sebab beliau mengetahui nama saya. Sehingga sekarang, saya tiada menerima sebarang respons rasmi dari pihak PTD. Tapi itu bukannya masalah lagi...pokoknya, pusara pahlawan tersebut tidak terabai lagi.
Al Fatihah kepada pahlawan negara yang telah terkorban. Terima kasih tidak terhingga kepada Kol Robert Rizal Abdullah dan Maj. Nor Ibrahim kerana andalah yang saya lihat banyak bertungkus lumus membela nasib wira2 negara dan andalah yang banyak memelihara sejarah kepahlawanan wira2 ini. Semoga anda dianugerahkan kesihatan dan kekuatan untuk terus menabur bakti kepada nusa bangsa...amin.
Catat Ulasan