Pagi 21 April 1976....Beberapa buah pesawat 'Tebuan' dan F5E berlepas dari TUDM Butterworth untuk sortie pengeboman terakhir terhadap lokasi kem pengganas komunis yang telah dikenal pasti. Tugas ini telah bermula pada 17 April lagi. Di waktu yang sama, 5 buah pesawat Nuri (satu sebagai 'decoy') dan 2 Alouette Gunship siap sedia di Kem Gubir untuk menerbangkan anggota 'X' Skuadron, RGK. Selesai sahaja 'aerial bombing', dengan disaksikan oleh GOC, Mej Jen Dato' Mahmood dan Panglima 6 Bde, Brig Jen Arulgrapasam, pada jam lebih kurang 1000, kesemua helikopter tersebut berlepas dari padang bola kem menuju ke destinasi sini.
- 15444 Kpl Yaakob Badu
- 15500 Kpl Saidon
- 20522 L/Kpl Mat Sepin Ismail
- 23130 Tpr Ahmad
- 24338 Tpr Abd Rashid Mohd (Semboyan)
- 25044 Tpr Sanawi
- 25XXX Tpr Bahari
- 26XXX Tpr Abdullah (Jurutera)
- 26XXX Tpr Zakaria
Ahmad mengingatkan anggota beliau agar berhati-hati. Mereka bergerak ke hadapan dalam bentuk 'anak panah'; Ahmad berkedudukan di #4. Kira-kira jam 1030-1100, terdengar satu letupan yang kuat dan debu-debu berterbangan. Ahmad telah terpijak jerangkap samar! Menurut beliau '...apabila saya terpandang ke bawah, saya lihat kasut but koyak dan tapak kaki kanan pecah macam ayam kena gelek'. Mat Sepin pula menjerit '...Sjn Ahmad dah kena...Sjn Ahmad dah kena!' Mangsa pertama jerangkap samar.
Tanpa berlengah, 'medic' dan anggota lain memberi rawatan kecemasan. Setelah membuka kasutnya, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah membalut kaki Ahmad dengan 'field dressing'. Ahmad memberitahu bahawa balutan hampir sebesar sebiji bola sepak bagi mengelak darah terus mengalir. Beliau terpaksa menahan kesakitan kerana mereka tidak dibekalkan dengan morfin. Ahmad Rashid menghubungi Markas Taktikal di Gubir tentang kejadian ini dan meminta Nuri mengambil casevac.
Walau pun dalam kesakitan, Ahmad@Jantan mengarahkan Mat Sepin, Ahmad dan Bahari untuk membuat rondaan di kawasan 'permatang' yang dipercayai kedudukan musuh. Jarak permatang adalah lebih kurang 250-300 meter dari lokasi mereka. Apabila tiba, Mat Sepin mendapati '...Hanya dapati kesan berjalan musuh dalam kumpulan kecil (5-10 orang)'. Setelah mengesahkan musuh sudah berundur, mereka bertiga kembali ke lokasi. Anggota seksyen terpaksa mengusung Ahmad ke lokasi berhampiran - lebih kurang 50-100 meter. Ini kerana lokasi awal tidak sesuai untuk Nuri mengambil Ahmad secara kaedah winching; bentuk muka bumi memudahkan musuh menembak pesawat.
Pada jam lebih kurang 1330-1400, kedengaranlah bunyi 'the old but faithful defenceless iron bird came to the rescue'. Ketika membuat 'approach to hover', Mat Sepin menceritakan '...kedengaran tembakan senjata ringan musuh (5-10 tembakan) dari permatang bersebelahan. Tiada apa berlaku terhadap pesawat nuri dan selamat membawa keluar SJN. Ahmad.' Walaupun menyedari Nuri beliau menjadi 'shooting duck' semasa membuat winching, namun kapten pesawat tidak mengendahkan bahaya yang dihadapi demi untuk mengeluarkan Sjn Ahmad@Jantan. Beliau selamat diterbangkan ke Hospital Alor Setar.
Mangsa jerangkap samar di kem pengganas komunis...
- Sjn Ahmad@Jantan Bin Abdullah (21.4.76) - 'X' Skn
- Tpr Hussin Bin Mahbeb (21.4.76) - 'X' Skn (di sini)
- Tpr Yaacob Bin Hassan (21.4.76) - 'X' Skn
- Lt Basri Bin Omar (25.4.76) - 3 Skn Jurutera
- Arwah L/Kpl Abdullah Bin Majid (25.4.76) - 3 Skn Jurutera
Lt Kol Aziz Rashid, PW2 Roslan, PW2 Mat Sepin & S/Sjn Ahmad@Jantan...Terima kasih.
4 ulasan:
Tuan,
Baru pulang dari KL kerana menghadiri Mesyuarat Agong KVKM. Kebanyakan anggota Trup yang terlibat tragedi Gubir juga hadir di mesyuarat tersebut, diantaranya Wak Sudir, PW2 Saidon, Pw2 Mat Sepin, Mat Amin dll hadir sama. Ada juga saya memnbayangkan iaitu Gubir Reunion dicadangkan oleh Rata-rata mereka bersetuju.Semoga reunion yang dicadangkan tuan itu berhasil..
Didalam pemilihan pucuk kepimpinan Kelab juga mengekalkan Kol Nik sebagai Presiden KVKM buat kali ketiga (2010-1013). Jawatan terebut juga sebagai penggal terakhir setelah menjawat jawatan tersebut selama 3 penggal.
Mesyuarat yang dirasmikan oleh YB menteri Pertahanan berjalan dengan lancarnya walaupun dapat sedikit kocakan semasa pemilihan dilakukan. Itu adalah adat pertandingan mana-mana NGO yang mungkin kepada mereka yang mempunyai kepentingan tertentu untuk merebut jawatan tertinggi didalam KVKM. Namum demikian semua kekusutan itu dapat diatasi dengan lancar oleh Pengerusi Sementara iaitu Kol Mior dari Kor Risik yang juga merupakan ahli kelab dari Wilayah persekutuan.
Saudara Abah,
Tak ada ke sesiapa yang buka mulut pasal elaun kepada Pak Menteri?
Tuan,
Diantaranya apa yang disampaikan oleh YB Menteri ketika merasmikan mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:-
1. Kursus peralihan akan dijalankan mengikut kemahiran yang diperolihi ketika berkhidmat. YB menteri tidak mahu seseorang Pesara tentera berkesudahan sebagai seorang Pak Guard, pemandu teksi dsbnya. Manakala Kursus-kursus peralihan tersebut setaraf City and Guild of London, Pittman dan diiktiraf oleh Syarkt-syrkt luar.
2. Dari segi Kebajikan setiap bantuan mestikan diberi mengikut kadar yang difikirkan sesuai dengan musibah yang berlaku kepada pesara-pesara.
3. Kemasukan atau pengambilan Anggota tentera diberi keutamaan kepada anak-anak Pesara ATM. Kenaikan Pangkat LLP kepada Pegawai akan diberi keuntamaan sekira mencapai tahap akademi serta kemudahan untuk belajar lanjutan sehingga ketaraf Dip/Ijazah akan diberikan kemudahan.
3. MRSM akan dibina lagi untuk Anak Tentera dan Pesara-pesara. Disamping itu juga penjurusan pembelajaran akan dititikberatkan dari segi duniawi dan Ukrawi. Hafiz alquran juga pergandakan di MRSM itu kelak.
4. Kontraktor dikalangan Tentera diberi keuntamaan kepada bekas Tentera dan ahli KVKM untuk semua kerja-kerja disemua kem-kem tentera sedia ada. Kepada kontraktor yang berjaya hendaklah memberi sumbangan 20% dari pendapatan projek akan disalurkan kepada tabung Kelab dsbnya.
5. Tanah ATM yang terdapat di luar kem SU akan akan diusahakan oleh Ahli Kelab dengan tanaman Kontan sehingga suatu masa yang tidak ditetapkan dimajukan oleh ahli Kelab dan akan diserahkan kembali kepada ATM sekiranya memerlukan.
6. YB juga melantik dikalangan dua mantan pegawai GGK Ahli Kelab untuk melaporkan kepada beliau sekiranya ada perkara penting untuk disampaikan kepada nya.
7. Maaf, tentang sebarang elaun Pingat tidak disentuh oleh YB Menteri.(No Komen).
Itu sahaja apa yang telah sempat saya buat catatan ketika perasmian Mesyuarat Agong KVKM Malaysia semalam oleh YB Menteri.
6.
saudara abah.
sarjan ahmad@jantan masih hidup?
Catat Ulasan