Pengikut

Khamis, 23 September 2010

Satu Penghormatan

Pembaca... Berikut adalah e-mel Mej Ishak Isa (B) kepada saya pada 22 Ogos 2010... 

"Masih ingat kem Gubir?
Just to recall your memory...
Lt Col Harun pernah mengarahkan saya  membuat sebuah lukisan dinding. Tujuannya sebagai penghargaan kpd Pilot-pilot yg berjasa kpd kami.
Lukisan dinding itu saya buat di dinding officers Mess kem Gubir. Ukuran 15x10. Gambar nuri...."
(Gambar kanan: Ihsan Lt Kol Basri Omar (B))

Pada 19 September 2010, saya telah menghubungi Pegawai Memerintah 6 RAMD yang ketika ini berada di Kem Gubir, memohon jasa baik beliau agar dapat menghantar lukisan tersebut sekiranya masih ada. Hasilnya,  pada 21 September...Inilah lukisan yang dimaksudkan oleh Mej Ishak Isa...

Nuri menghantar rangsum dengan dieskot oleh sebuah Alouette 111 Gunship 

Saya percaya gambar ini telah dilukis pada persekitaran 1978 ketika 14 RAW beroperasi di Gubir. Ketika usia menjangkau senja, melihat gambar sebegini sudah pasti mengimbau kembali kenangan di masa lampau...sungguh nostalgik! Dulu, memang tidak memberi sebarang makna. Sekiranya diizinkan Allah, satu-satu hari nanti 'I must make a point to revisit Gubir...a visit down memory lane!', InsyaAllah.

Pegawai Memerintah 6 RAMD & Mej Ishak & saudara Katon Tin-Ton...Terima kasih.

Kepada semua 'footsloggers'...saya tidak mewakili sesiapa tetapi saya pasti rakan seperjuangan di era saya tiada bantahan sekiranya saya mengucapkan bagi pihak mereka dan diri saya sendiri...

"TERIMA KASIH DI ATAS PENGHORMATAN TUAN-TUAN SEMUA"

12 ulasan:

Robert Rizal Abdullah berkata...

Squad lukis gambar ini? Tak tahu squad boleh melukis. Cantik! Can you still paint today?

I was good in painting up to RMC time (puji sendiri). OC Cadet Wing, Allahyarham Mej Othman pernah minta saya buat beberapa lukisan landscape in water colour. I was told he had framed and kept them in his house. I wish I can contact his family to have a look at the painting. Today, I have totally lost my painting skill - the interest is still there.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Memang benar kata2'Orang berbudi kita berbahasa-Orang Memberi Kita Merasa'...Pengorbanan J/Terbang dan Krew TUDM dulu kini dan selamanya AMAT di hargai!!!!!
Apapun moga2 apa yang kita buat selama ini di BERKATI Allah SWT...Insyaallah!
Wajar p ziarah balik Kem Gubir...pasti akan MENGUSIK jiwa tambahan pula di waktu SENJA begini ...Jalan kesana dah elok-Trans Eastern Kedah Highway dari Baling hingga ke Durian Burung disempadan Malaysia Thai-very scenic!

Tanpa Nama berkata...

Ni gambar kat dalam officer mess ni

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Apa kata Tuan organize satu hari, kita ramai-ramai gi melawat Kem Gubir tu?

Saya pun ingin melawat kembali kem tersebut yg telah memberi kerjasama penuh semasa bertugas di Desa Utara Pedu Lake Resort.

Kalau ok, jgn lupa war-warkan plan tu. Saya akan luangkan masa utk bersama-sama.

Salam Aidil Fitri, tak sempat nak berkunjung ke rumah Tuan masa raya, pada hal dah berasa di area Taman Tunku Sarina, kalut org mai rumah.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Squad,

Saya hanya boleh melukis 'straight line' sahaja...itu pun menggunakan pembaris. Masa sekolah kat KE VII dulu, saya dan members duduk kat 'tuck shop' bila ada 'art' class. Itulah punya handalnya saya melukis...He...He..He.

Saudara Basri,

Terima kasih.

Saudara Anonymous,

Lukisan itu memang di Mes Pegawai Kem Gubir. Dah senja ni, memang terharu apabila melihat gambar yang didedikasikan kepada krew helikopter.

Saudara Sanusi,

Tmn Tunku Serina mesti melalui Darulaman Heights.

Ahli forum 'Panggilan Pertiwi',

Saya cadangkan anda menyahut syor Saudara Sanusi untuk membuat lawatan ke Gubir. Selain beliau dan saya sendiri, mungkin ada pembaca yang ingin turut bersama melawat lokasi yang banyak membawa kenangan.

FMZam berkata...

Salam tuan2 semua,

Rasanya patut benarlah kalau diadakan kelompok tuan2 yang terlibat dengan Kisah Gubir ini dengan nama "The Gubir Veteran" bermula dengan lukisan Mej Ishak yang simbolik ini sebagai asasnya. Cukup jelas dari insiden Gubir ini akan adanya konsep perjuangan yang telah di pamerkan oleh semua unit yang terlibat - the fighting Nuri, the fighting Alouette, the fighting TA, the fighting Engineers, selain daripada unit2 infantri RAMD dan Komando yang sudah memang merupakan the fighting element.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan dan Sahabat2 !

Satu ide yang baik utk ziarah kesana....Salam

Tanpa Nama berkata...

Sorry maj,
Panglima Angkatan Tentera tu tahu ke Gubir kat mana? Padang golf tak ada dan tempat menyanyi pun tak ada?
Yang ada lukisan kat dinding sahaja dan gambar dia pun tak ada kot.
Tapi kalau ajak PTD ikut sama mungkin dia tahu kot sebab dengar cerita masa cerita Gubir sedang hebat PAT tu kerja jaga kapal terbang turun naik sahaja!!! Tu sebab agak nya dia langsung tak membantu dalam beberapa isu yang di timbulkan. Dah nasib... "out of sight, out of mind". hahahahaa sorry la Maj... baru nak berhari raya ni, maaf zahir batin. Teruskan perjuangan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

Terima kasih. Sesiapa yang sedia mengaturkannya, dipersilakan. Apa yang diperlukan hantar surat kepada CO 6 RAMD. Unit tersebut berada di Gubir sehingga Nov 2010.

Saudara Anonymous,

Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Apa nak dikatakan. Untuk makluman, bila ada uar-uar untuk membuat dokumentari tentang peranan Nuri ketika menentang pengganas komunis, pihak TUDM begitu 'BERAT' memberi kerjasama melain MESTI diselitkan, quote... 'segmen to highlight airforce next generation'. Tanpa kerjasama TUDM, mana mungkin dokumentari tersebut boleh dilaksanakan.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Saya teringat kembali menyaksikan saat dua buah Nuri "take-off" dari Kem Gubir ketika dalam bas yang bergerak menuju ke Tasik Pedu, dalam tahun 1998.
Ketika itu masih awal pagi dan saya sempat merakamkan keadaan masa itu, cuma tidak sempat tukar lens telefoto, jadi tak boleh nak zoom pada Nuri tersebut.
Dari situ dapat saya bayangkan beginilah keadaan yang digambarkan oleh tuan dalam kisah tuan sebelum ini.
Gambar2 tersebut juga saya e-mail kan kepada tuan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Sudah pasti melihat gambar tersebut mengimbau kembali kenangan di suatu ketika dulu.

PW 1 (B) Alias Shahabudin berkata...

Sy terharu melihat lukisan yg masih kekal dlm mess tsbt. Sungguh ia mempunyai nilai yg paling bermakna kpd tuan-tuan pernah menatap pada setiap waktu menjamah rezeki.