Pengikut

Isnin, 15 November 2010

Satu Putaran

13 Nov...Terima surat berikut daripada  Pejabat PM ekoran surat saya ini kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Kalau dulu, memang teruja juga. Tapi sekarang ni tak kisah kerana buat sementara  waktu dah KIV isu setelah JPM mengistiharkan '...tidak wajar untuk dipertimbangkan'.


Surat kepada Ketua Pengarah JPA...
Surat kepada KSU KEMENTAH...

Terus terang saya katakan, Datuk Siti Azizah hanya membuang masa sahaja. KP JPA (xKSU KEMENTAH yang membuat rayuan ketika menjawat KSU & menolak rayuannya sendiri-di sini) dan KSU nak buat apa kerana surat Datuk Siti hanyalah mahukan mereka '...untuk perhatian dan makluman' sahaja. Kalau dia kata 'untuk tindakan' lain jugalah. Adakah beliau mahukan KSU membuat rayuan ke3 kepada JPM yang sudah pasti tidak diluluskan oleh Dato' Wan Hamidah? Beliau sendiri sedia maklum prosidur di KEMENTAH kerana beliau pernah bertugas di Kementerian tersebut. Isu seperti ini mesti mendapat restu dari Pak Menteri sebelum KSU memajukan ke pihak atasan. Alangkan syor Pak Menteri, yang juga Naib Presiden UMNO, penjawat awam bolayan, inikan pula Pegawai Khas saja. Malah, Datuk Siti adalah Pegawai Khas kepada PM ke2 yang menghantar surat ke KEMENTAH hasil dari surat saya kepada Datin Seri. Pertama kali, seorang Pegawai Khas telah memanjangkan surat saya ke Datin Seri ke kementerian tersebut pada Januari 2010 terdahulu.

Pi mai...pi mai...tang tu saja....a futile excercise tapi nampak prihatin!! 

4 ulasan:

xpara87 berkata...

Tuan,
assalamualaikum

dulu depa kata pingat pingat JPP PTU & KPK tak pretige untuk di pertimbangkan, kemudian tidak wajar di pertimbangkan dan baru baru ini, keadaan ekonomi negara tidak mengizinkan......

ini semua cobaan

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam,

Betul kata arwah P.Ramlee dalam "Pendekar Bujang Lapok"...cubaan!

FMZam berkata...

Salam tuan2,

P.Ramlee pun menderita dalam kehidupan beliau sejak berhijrah ke Malaysia sampai ke akhir hayat dimana bakat besarnya telah dipersia2kan oleh orang2 Malaysia. Dah mati barulah orang sibuk nak kenang jasanya. Itulah orang kita.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara FMZam,

Betul tu. Saya sungguh sedih apabila menonton 'History' channel tentang arwah P.Ramlee. Tapi, sekurang-kurangnya arwah masih diingati. Bagaimana pula wira-wira yang pernah mempertahankan negara tapi yang berpangkat atau bergelar? Kalau dibukukan, terpahat jugalah nama mereka. Sama ada dibaca atau tidak, itu soalan kedua.