Pengikut

Selasa, 30 November 2010

Cakap Tak Serupa Bikin

Sebenarnya saya tak terniat langsung untuk menulis dalam 'Forum' Utusan Malaysia yang tersiar pada 29 Nov 2010 berikut (klik untuk membaca).


Pada 27 Nov, saya telah menghantar e-mel kepada Datuk Siti Azizah, Pegawai Khas PM, ekoran kepada e-mel ini dan ini. Isi kandungannya lebih kurang apa yang tersiar di atas yang telah diedit. Saya turut kepilkan bab bertajuk "Terkorban" dalam draf manuskrip sebagai kembaran. Bab ini mengisahkan 2 orang anggota Air Rescue Team, arwah Lans Koperal Ismail Ahmad dan Lans Koperal Sibki, yang terkorban dalam dua insiden berasingan tetapi melibatkan krew Nuri yang sama, iaitu Kapt (U) Chong Keng Lay, Lt M (U) Johan dan Sjn Mohsain. Lans Koperal Ismail terkorban dalam misi penerbangan untuk mengambil satu casevac dari 6 RAMD; Lans Koperal Sibki pula ditembak mati ketika pesawat berada di LP dalam misi 'resup'. Seterusnya, saya telah 'forward'kan e-mel tersebut kepada seorang editor Utusan Malaysia.

Pada 28 Nov, jari-jari yang tidak boleh duduk diam ini telah menghantar sms kepada editor berkenaan '...Dicadangkan UM tulis rencana tentang anugerah perkasa JPP, PTU & KPK dalam ruangan Perajurit. Y not highlight my struggle. Kesian penerima  dpd anggota LLP. Yr reporter is welcomed 2 contact me if my assistance is nec. Tk.' Saya menerima jawapan dari editor dalam beberapa minit saja '...Ok nanti saya uruskan'. Ha...Ini peluang saya untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kepada wartawan nanti. Pada jam 2154 (28 Nov), saya menerima mms yang memaparkan surat yang tersiar di atas! Itu sebabnya ada kesilapan seperti '...operasi menyelamat 'Cepung 475 Juliet Alpha'. Cepung 475 Juliet Alpha adalah 'callsign' Nuri. Insiden terbabit ketika Ops Selamat Sawadee. Walau apa pun, saya berterima kasih kepada editor terbabit yang sedia menyiarkan surat tersebut.

Pembaca...Kalau anda tak puas hati terhadap prestasi agensi kerajaan, saya syorkan anda menulis kepada akhbar-akhbar, tak kiralah NST, Star, Utusan, Berita Harian, dll. Kalau dapat, hubungi stesyen tv. Bukannya apa, terdapat agensi yang bolayan saja e-mel yang dihantar kepada mereka...mungkin di'delete' atau pun terhenti dekat 'gate-keepers' sahaja. 

Kabinet telah memberi arahan.....


Turut diperingati oleh TPM...

Cuba dikuatkuasakan oleh KSN (boleh tahan juga orangnya) yang mengarahkan penerima mesti menjawab dalam masa 3 hari berkerja....nampak memang cantik, tapi kenyataannya ialah respons pengakuan penerimaan standard ini pun 'bahawa perkara ini dalam tindakan'   (entah apa maknanya) tak kunjung tiba. Yalah...Kan ke kontrak KSN  tak lama lagi akan tamat, nak sibuk buat apa!!

Itulah ceritanya.

6 ulasan:

abu muaz berkata...

sudah bosan dengan kerenah pentadbiran...

cakap tak serupa bikin.

xpara87 berkata...

Janagan marah...
Tak termasuk dalam KPI dan KRA depa.........hujung tahun dapat bonus.

FMZam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
FMZam berkata...

Salam tuan,

Boleh tolong bagitau kat mana sensitifnya komen saya sampai kena padam ni? Sorilah tak tau pulak saya apa pantang larang (taboo) blog tuan ni, saya ingatkan ni blog orang2 yang berani??

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara FMZam,

Ketahuilah bahawa saya menghargai komen-komen anda yang begitu kritis. Tapi blog ini 'apolitical'..saya tidak menyentuh mana-mana tokoh politik. Dan saya juga tidak menganggap blog saya sebagai blog 'orang2 yang berani' kerana apa yang dituliskan adalah liku-liku yang saya lalui.

Saya juga amat 'sensitif' pada penggunaan perkataan-perkataan yang 'vulgar'. Harap anda memahami pendirian saya. Terima kasih.

FMZam berkata...

Salam tuan,

Pertama, apa yang vulgar dengan komen saya itu bila perkataan yang saya guna itu berkisar atas ayat yang tuan gunakan sebagai tajuk.

Kedua, apa yang politik kalau yang saya sentuh adalah quote dari seorang manusia dan hanya kerana dia seorang politikus pembangkang maka saya dichop political. Adakah kerana politikus itu dari pembangkang maka saya tidak "apolitical"? Bagaimana bila tuan gunakan nama atau quote dari politikus kerajaan, itu bukan apolitical ke? Jadi blog ini hanya boleh gunakan "quotable quotes" dari manusia2 yang tuan saja tentukan yang mana political dan yang mana apolitical ke?


Ketiga, ketahuilah wahai tuan, bahawa saya tidak lupa yang dalam blog ini ada waktu2nya yang mengkomen dengan betul2 vulgar tidak pula saya tengok tuan hentam, tapi dengan saya baru macam ini, suddenly your sensitivity has picked on me, is it fair?

Keempat, apa perinsip tuan kalau nak berkira tentang sensitivity bila tuan yang konon apolitical ini, bila tulisan tuan yang walau se'apolitical' dan tidak vulgar selama ini pun boleh menyentuh sensitivity sesetengah pembaca sepertimana yang telah berlaku?

Kelima, kita semua hidup berpegang pada perinsip, namun kalau perinsip kita berpegang pada satu pihak dan mengata yang perinsip orang lain salah, maka itu adalah tidak berprinsip. Jadi adalah lebih baik kita jangan sibuk dengan perinsip kerana kita hidup bersama2 dengan manusia yang berbagai perinsip hidupnya.