Pengikut

Ahad, 19 Disember 2010

Andainya...

Mana boleh duduk diam! Selain menghantar e-mel yang petikannya dipaparkan di sini, saya e-mel pula kepada Dato'-Dato' Politikus...

From: nor ibrahim sulaiman 
To: Dato' Zahid Hamidi ; Mininter of Def ; YB Dato Rais yatim ; KP FINAS 
Cc: Tan Sri Azizan ; PTU ; PTU ; Maj Kamarul RMAF RMAF ; Kol Jamal Kesek ; KSU KEMENTAH ; Lt Kol Shuhaimi MA ; sidek ksn 
Sent: Friday, 17 December 2010 9:20:57
Subject: "Intellectual Property"


Assalamualaikum Tan Sri/Datuk/Tuan,

Rujuk petikan coretan berikut dalam blog saya http://xnuripilot.blogspot.com (ini). Saya tidak pasti sama ada jalan cerita filem yang akan dibuat berdasarkan kepada blog/draf manuskrip saya. Saya telah mengolah coretan dalam blog untuk dibukukan dan ketika ini draf manuskrip tersebut berada di sebuah IPTA untuk dinilai dan seterusnya diterbitkan. Saya telah menyarankan kepada pengarah terbabit agar membaca blog saya yang ber'label'kan "Unforgettable Flying Experiences" dan "Tragedi Gubir" bagi mempastikan sama ada filem yang dirancangkan - Alfa Charlie: Diari Seorang Pilot - bersamaan dengan apa yang saya tulis. Kecewa sekali, respons beliau '...saya rasa tak perlu membacanya krn ia tiada berkhaitan dgn filem ini. harap maalum'.  Bagaimana beliau mengetahui tiada persamaan sekiranya tidak membaca blog saya?

Setahu saya, tiada seorang pun mantan pilot Nuri yang mencoretkan pengalaman sepertimana yang saya lakukan. Saya tiada 'access' kepada sinopsis cerita tersebut untuk dijadikan bandingan. Saya telah menghantar sms kepada PAT dan PTU yang saya sedia berjumpa dengan staf mereka untuk membaca sinopsis apabila MTU menerimanya nanti. Saya yakin MTU mesti diberi sinopsis/skrip terlebih dahulu kerana cerita ini melibatkan TUDM.

Secara jujur saya katakan, ANDAINYA cerita ini berlandaskan kepada tulisan saya (walaupun diolahkan), saya sangat teruja dan bersyukur kepada Allah kerana akhirnya pengorbangan kami, TUDM amnya, krew Nuri khususnya, diberi pengiktirafan. Apa yang saya kesal ialah saya tidak pernah dihubungi terlebih dahulu. Sekiranya terbukti ianya diciplak, sanggupkah sebuah agensi kerajaan meneruskan penggambaran nanti walaupun sudah mengetahui asal usul filem berkenaan? Di manakah 'conscience' pembuat keputusan? Tidakkah agensi terbabit menghormati 'Intellectual Property' sepertimana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan? 

ANDAINYA  CERITA DARIPADA TULISAN SAYA....Isu ini tidak akan timbul sekiranya pengarah menghubungi dan berunding dengan saya. Malah saya tidak keberatan berkerjasama sekiranya beliau memerlukan bantuan saya bagi menjayakan pembikinan filem tersebut. Atau, mungkinkah ini semuanya secara kebetulan sahaja? Wallahualam.

Harap mendapat tindakan sewajarnya. Fikir-fikirkanlah dan terima kasih. 

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

...dan turut menalifon FINAS, bahagian Perlesenan, untuk bertanyakan sama ada mereka sudah menerima skrip/sinopsis filem berkenaan. Menurut seorang pegawai FINAS, sehingga kini beliau belum menerima sebarang dokumen berkaitan pertanyaan saya. Prosidur agensi kerajaan tersebut menghendaki  penerbit/pengarah memajukan dokumen-dokumen, seperti skrip/sinopsis, sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggambaran bermula. Sekiranya tiada sebarang masalah atau pertikaian, barulah lesen diberi bagi memula penggambaran. Saya telah 'forward'kan e-mel di atas kepada beliau 'untuk makluman dan perhatian'nya. Jadi, buat masa ini...Tunggu dan lihat  sajalah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya percaya ada pengarah yang tertarik dengan catatan tuan dalam blog tuan - 'xnuripilot' lalu cuba mencedok fakta2 untuk dijadikan kisah atau filem mereka.
Harap tuan perlu berbuat sesuatu - jangan biarkan orang lain ambil kesempatan buat 'duit', tuan pula tidak merasa apa-apa dan letih / buang masa menulis fakta / cerita sebenar kerana tuan berhak diatas hakcipta yg tuan sendiri hasilkan.