Followers

Monday, December 13, 2010

RTBK - Ration Tempur Beras Kampit

Saya terima coretan berikut dari seorang AQM pesawat Nuri ketika pesawat  membuat 'resup' di Kem Gubir (tanpa edit)...

Di sini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang boleh dikatakan sebagai manis dan agak melucukan. Ianya terjadi sewaktu melakukan tugas Re-sup  Ops Kota (Gubir) untuk troop yang bertugas di sempadan negara. Kami tiba di Kem Gubir seawal jam 0800H. Setelah selamat mendarat di Kem Gubir, Aircraft Capt  mengarahkan untuk Shut Down memandangkan cuaca tidak mengizinkan.

Saya mengambil kesempatan itu untuk membuat walk in brief kepada dua group yang amat penting tugas mereka semasa task re-sup tersebut.  Group yang saya maksudkan adalah Loading Team dan RefuelingTeam. Tujuan saya bukannya apa, hanya nak memastikan mereka masih ingat akan prosedur-prosedur yang betul bagi melancarkan lagi task pada hari tersebut.

Pertama sekali saya melakukan short refresh brief pada Refueling Team. Seperti biasa, mereka memang sudah sedia maklum akan tugas dan prosedur untuk mengisi minyak pesawat. Jadi, saya beralih pula ke tempat dimana barang-barang (rangsum) yang akan di bawa masuk diletakkan kerana Loading Team sudah sedia menunggu saya disana.

Seperti biasa, taklimat ringkas saya bermula dengan kawasan-kawasan bahaya pesawat diikuti dengan kawad naik turun pesawat. Setakat itu, semua sedia maklum dan tiada sebarang masalah berlaku. Seperti biasa juga, saya memanggil dan mengarahkan seorang troop untuk menunjukkan demonstrasi cara-cara menyusun kotak-kotak rangsum di dalam kabin. Seperti yang dijangkakan, beliau menyusun dengan betul dan pantas sekali. Saya memberikan pujian pada anggota tersebut lalu dia membalas, " Kawe wat reahsel susun kotak sampa kul 2 pagi tu incah (incharge)" (Dalam Loghat Kelantan). Ketawa besar saya mendengar jawapan anggota tersebut. Oleh kerana melihat Confident Level yang tinggi pada anggota tersebut, dengan secara tidak sengaja saya telah ajukan satu soalan pada anggota tersebut dalam loghat Kelantan. " Ghu...di kotak ration tu ada tulis RTBK, gapo dio RTBK tu? "

Lalu dengan confidentnya dia menjawab " RTBK incah, Ration Tempur Beras Kampit". Mendengar jawapan daripada anggota tersebut, apa lagi sampai sakit perut kami ketawa. Yang seronoknya, beliau tetap mempertahankan jawapan nya itu.......siap tunjuk pada saya sekampit beras yang di ambil dari dalam kotak tersebut.

Jadi, dikesempatan ini, saya ingin membetulkan jawapan anggota tersebut. RTBK bermaksud, Rangsum Tempur Basah / Kering.

Apa sekali pun, saya amat berterima kasih kepada mereka di atas segala tugas yang mereka laksanakan tanpa sebarang rungutan atau bantahan. Tanpa mereka, operasi pada hari itu mungkin tidak dapat di laksanakan.

Xxx Xxxxxxx...Terima kasih.

6 comments:

Katon Tin Ton said...

tuan
agak confuse kat label

JGN BUKA SBLM MAKAN

abih nak buka lepaih makan ka
kekeke

Anonymous said...

Tuan, hanya nak kongsi. RTBK-Rangsum Tempur Bungkus Kantung (teknik pembungkusan "retort pouches").

Anonymous said...

salam tuan...

teringat kenangan masa saya di boys' wing 14 tahun lepas...kenangan memikul pack semasa melaksanakan latihan hutan ketika masih berusia 16 dan 17 tahun tu akan kekal dlm memori saya sampai bila2...those were the days...


Lt Khaidir

CUCU TOK WAN said...

salam, tuan...

minta tolong tuan komen tentang pendapat dua akademis tentang sumbangan komunis dalam kemerdekaan negara.... rujuk http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kementerian-pelajaran-siasat-dakwaan-buku-teks-sejarah-bias/

MOHAMED said...

Rasa2 nya bukan selayaknya seorang Wira seperti Tuan Nor mengupas tentang pendapat akademis2 yang lupa daratan ini.Malah tak perlu dikupas apa2 kerana itulah yang pihak2 lupa daratan ini mahu, mencari publisti murahan.

zackrossi said...

Salam Tuan. Masa kecik2 dulu ayah sy ada jgk bawak lebihan RTBK tu. Yg sedap masa tu jem nenas & buah nenas dlm tin. Memang sedap ler melantak benda tu masa budak2 dulu.