Followers

Saturday, December 4, 2010

Cholestrol..Oh...Cholestrol

Sungguh pantas masa berlalu!! Diam tak diam, dah 6 bulan saya membuat pemeriksaan darah. Rasanya macam baru sebulan dua saya 'melawat' RSAT, Kolej Tentera Udara ini. Jadi, tanpa diarah dan dalam masa sendiri, pada jam 0830, 3 Dis 2010, terpacaklah saya di RSAT untuk pemeriksaan darah. Sekarang ni, RSAT sudah ada kemudahan untuk menganalisis darah dalam makmal sendiri...tidak perlu menghantar sample darah ke Hospital Sultanah Bahiyah lagi. Dalam masa sejam, inilah keputusannya....
                                            


Secara menyeluruhnya  masih OK, Syukur Alhamdulillah tapi tahap cholestrol dan LDL dah melebihi had maksima. Ni masalah besar! Mana tidaknya, semenjak menyambut Hari Raya Aidiladha, asyik makan daging korban sampai lupa diri, diburukkan lagi dengan jemputan majlis perkahwinan sempena cuti sekolah. Malah, malam semalam (keesokan paginya pergi ke RSAT)  sebelum tidur pekena sup 'gearbox'....sungguh uuummmmph! Padan muka bila cholestrol dah naik.

Sekarang ini kena 'arrest' peningkatan cholestrol dengan mendisplinkan diri. Buat permulaan, kena kurangkan makan di luar dan kurangkan pengambilan protin. Sebelum tidur, minum secawan air suam dengan perahan limau kasturi yang pokoknya ditanam di kawasan rumah. Itu depa kata tapi tak salah untuk mencubanya. Dalam masa 6 bulan lagi, baru tahu sekiranya ada perubahan, InsyaAllah.

Pembaca...Jagalah kesihatan anda kerana ianya yang paling berharga. Berguni-guni wang ringgit tapi hospital menjadi rumah ke2 pun nak buat apa. Saya hanya mampu berusaha, Allah menentukan segalanya...Wallahualam.

4 comments:

Darth Trust said...

Tuan.

Cuba makan oat sebagai makanan asasi. Dengar nya boleh menurunkan kolestrol dengan semulajadi.

Saya terkesima sikit kalau ingat oat ni. Teringat oat campur kahak dan air liur masa PO dua tahun lepas.

Anonymous said...

salam tuan...

Saya setuju dgn pendapat tuan...kesihatan diri amat penting dan mesti dijaga...kalau duit kat dlm bank ada berjuta tp badan asyik sakit takde gunanya...

Saya tidak main golf spt tuan...sebaliknya saya amalkan kayuh basikal di gym pangkalan setiap hari sekiranya tidak duty...klu hr cuti lak sy suka pergi berjogging dan bermain futsal dgn anak2 buah saya...selain itu saya masih aktif main game favourite saya iaitu ragbi...at least once or twice in a week kena main ragbi...walaupun umur dh nk masuk 32 next year tp masih mcm kawan2 yg lebih muda duk tackle org lain mse main ragbi...pendek kata i try to make myself busy with all sorts of sport activities utk jaga kesihatan diri...

Kalau tak dijaga kesihatan diri nie mcm2 penyakit leh dtg...diabetic, high blood pressure dan jantung tu dh wajib...diet pun penting gak...


Lt khaidir TLDM

Arunzab said...

Sudara Nor,
About health there is a saying;

There is something funny about life.All too often you never really know what you have,till it's gone.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Darth Trust,

Terima kasih. Saya memang mengambil secawan oats setiap pagi untuk sarapan semenjak hampir setahun. Memang ada kebenarannya seperti yang terbukti kepada isteri saya. Masalah saya ialah kebelangan ini asyik lapar sahaja dan setiap hari selepas golf, pekena nasi lemak atau roti canai. Dulu tak sangat kemaruk macam ni...He...He...He.

Resolusi 1 Muharam...nak kurangkan cholestrol.

Lt Khaidir TLDM,

Terima kasih. Bagus tu banyak xcercise. Tapi ingat, makanan tu jaga-jaga sikit. Makan berpatutan.

Saudara Arunzab,

Thank you. You're very right. Never ever take things for granted.