Followers

Monday, December 27, 2010

Tenggelamnya KD Sri Perak

Rakyat Malaysia jarang dikejutkan dengan insiden yang melibatkan kapal-kapal TLDM. Seingat saya, hanya ada 3 insiden yang memusnah rekod 'accident-free' TLDM sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar. Paling terbaharu ialah kebakaran kapal bantuan logistik, KD Sri Inderapura, pada 9 Oktober 2009 di TLDM Lumut. Kapal tersebut terpaksa dilucutkan tauliahnya kerana korasakannya 'beyond repair'. Ikan-ikan yang paling seronok kerana dapat 'playground' baru...He...He...He.

Terbakarnya KD Sri Inderapura di Lumut (Ihsan kucenkuni)

Dua lagi insiden melibatkan LST KD Raja Jarom yang berlanggar dengan sebuah kapal tanker, Shoyu Maru,  di Selat Melaka dan telah mengorbankan seorang anak kapal pada 20 Disember 1982.
Kerosakan pada KD Raja Jarom (Ihsan utuhpaloi)

dan tenggelamnya KD Sri Perak (bunyi macam novel "Tenggelamnya Kapal Van De Vick" untuk subjek sastera di era saya) di Laut China Selatan pada 8 Januari 1984... 

KD Sri Perak sehari sebelum insiden (Ihsan lamandihati 25/3/2009

Apa yang saya tahu tentang cerita tenggelamnya KD Sri Perak hanya melalui laporan akhbar seperti The Star...
Petikan akhbar The Star

Justeru, apabila seorang pembaca, Pak Mail, menawarkan saya untuk menjadikan coretan beliau tentang insiden KD Sri Perak sebagai bahan cerita untuk buku kedua saya, sudah pasti saya tidak melepaskan peluang ini. Beliau adalah salah seorang anak kapal tersebut yang terselamat dan cerita ini adalah kisah pengalaman beliau sendiri ketika kejadian berlaku...first-hand exprience. Sehingga kini, inilah satu-satunya sumbangan dari anggota TLDM. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui cerita sebenar ini, sila klik di sinisinisini dan sini

Saya harap ada dikalangan pembaca yang sudi kongsi bersama tentang insiden KD Raja Jarom dan KD Sri Indrapura.

Saudara Pak Mail...Terima kasih.

5 comments:

Anonymous said...

Tuan admin,

Saya sokong niat saudara membukukan cerita KD Sri Perak berdasarkan pengalaman Pak Mail. Jangan tunggu lama-lama takut pula kami yang sudah lanjut usia tak sempat menatapnya

Anonymous said...

Salam tuan..

bila baca kisah KD PERAK yg dipukul ombak besar sehingga tenggelam nie terus sy teringat kenangan kapal terperangkap dlm ribut di tengah2 Indian Ocean pada Jun 2009..semasa tu sy ditugaskan di kapal auxiliary TLDM Bunga Mas 5...walaupun kapal tu besar dan panjang tapi dlm hati tetap takut dgn keadaan ribut tu...
nasib baik bila kapal tiba di Teluk Aden cuaca dan keadaan laut amat baik dan kami dpt melaksanakan tugas escort kapal2 dagang milik MISC tanpa sebarang masalah.

Lt Khaidir

yastro said...

Salam tuan...
saya rasa Tuan Lt Khaidir pun boleh mencoretkan sedikit pengalaman beliau semasa bertugas.

Persoalannya, boleh ke time tgh "terikat" ni, tuan menceritakan pengalaman tuan?

Anonymous said...

Salam tuan..

Memang saya berhasrat utk menceritakan pengalaman saya yg tak seberapa nie..tetapi memandangkan saya masih terikat dgn perkhidmatan maka hasrat tersebut terpaksa KIV dlu..Insyallah saya akan menamatkan perkhidmatan TJP saya pd tahun 2012..kalau nak tulis buku mcm tuan tu mungkin tak kot sbb pengalaman tak banyak tp memadailah saya emailkan cerita2 kat tuan shj..


Khaidir

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Khaidir,

Terima kasih. Kita kongsi bersama cerita yang pernah kita lalui. Macam saya katakan, saya ingin mengatahui kehidupan seharian seorang submariner. Bayangkan...Pergerakan semuanya terhad. itu persepsi saya.