Pengikut

Jumaat, 21 Mei 2010

Ketibaan Raja Buah

Aha...Musim 'Raja Buah' sudah mula tiba. Pada 19 Mei, 2010, isteri saya membeli 2 biji durian di pasar Jitra. Harganya? RM5 sekilo...dua biji - RM16. Masih mahal kerana buah baru nak luruh.  Menurut beliau, penjual memberitahu durian dari dusunnya sendiri di Wang Tepus. Dua biji yang dipilihnya adalah yang konon-kononnya terbaiklah. Syukur Alhamdulillah...berbaloi jugalah dengan harga yang dibeli.

Durian, gunting pokok untuk mengopek dan pulut

Dah berusia ini, nak kopek durian pun kurang tenaga. Bagi memudahkannya, saya menggunakan gunting mengerat pokok bunga. OK jugalah. Berbalik kepada durian tadi. Tipikal kebanyakan orang Kedah, mereka tak sah kalau tak makan durian dengan pulut. Justeru, kerana 2 biji durian, pulut pun dimasak. Saya orang Perak. Seingat saya, tak pernah makan durian dengan pulut. Jadi, saya seorang makan tanpa pulut. Tapi, kalau makan pulut dengan 'kuah' durian memang kegemaran saya.

Bercakap pasal pulut. Satu makanan orang utara yang belum lagi saya jamah ialah 'pulut dengan ikan kering tamban tergeliat'. Jangan ketawa...ini satu sarapan pagi yang popular. Pulut, ikan kering tamban dan kelapa digaul seperti dalam gambar. Geng saya kalau ternampak makanan ini di 'Gymkhana Cafe' selepas bermain golf, melurulah mengaut sendiri pulut dari dalam periuk. Menurut salah seorang dari mereka...kerak pulut itu lagi best! Kadang-kadang ikan kering dah habis, mereka 'order' telur mata kerbau sebagai pengganti. Satu-satu hari nanti, saya akan cuba jugalah...tak cuba tak tahu/no venture no gain. Betul tak?

Selepas main golf tadi, saya dan isteri telah pergi ke Wang Tepus untuk membeli durian. Sebiji pun tak ada...atas pokok banyaklah. Petang nanti akan ke pasar malam...manalah tahu mungkin ada dijual di sana.

11 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Sekarang di Langkawi 21 0914H Mei 2010. Suasana sejuk sebab masih lagi hujan dari malam semalam. Cuti bagi kebanyakan orang dan kerja bagi kebanyakan orang.

Bagi yang cuti, kalau sarapan pagi adalah pulut dengan ikan tamban kering ditambang ngan durian skit ka, fuh!! apa nak kata.

Lepas sarapan mau ajer terus tarik kain selimut sampai time gi sembahyang Jumaat nih.

Sayangnya saya terpaksa kerja. Petang kelmarin tiba tapi fening kefala masih terasa kerana perubahan cuaca. Rehat sebentar bersama Kit Kat sebelum terus belayar ke Selatan.

Heheeheee...

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Kamal,

Pagi tadi pergi pasar 'nat' Tok Jalai. Tujuan utama nak cari durian kampung. Sebiji pun tak ada. Terpaksalah beli 2 biji durian Siam. Tentang durian,..'local' paling best. Import no class. Mungkin bulan depan luruhlah agaknya.

Oh ya, pulut dengan dengan pekasam pun kata mereka sungguh ...ooomph.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Mungkin belum time utk "local" meluruhkan diri sendiri. Dusun buah pusaka di Binjai pun masih gah memegang dahan.

Pak Mat mesti akan telefon kalau "local" dah hilang gah. Cuma risau sbb skrg ni diceritakan bahawa musim hujan, takut "local" kesejukan dan luruh awal.

Pulut ngan pekasam belum pernah dengar tapi ini menarik untuk dicuba.

The best time off-day sebab diriwayatkan bila kena pulut time sarapan, dia akan menarik urat mata yg hanya nampak katil ajer.

FMZam berkata...

Salam tuan,

Cakap pasal durian ni, rasanya generasi sekarang dah tak merasa macamana generasi saya merasa durian jenis baik terus dari pokoknya dalam kebun durian di kampung. Mungkin juga nama2 durian yang tergolong dari kelas baik seperti durian emas, tembaga, kacangpuri dsbnya sudah tidak kedengaran lagi. Kalau dulu pokok2 durian batangnya saja 3,4 pemeluk dan tinggi memuncak, buahnya nak kopek punyalah liat, tapi isinya pahit manis punyalah sedap. Ada isi kuning dan ada putih tapi isinya tebal melekit dan yang bestnya ada isi yang biji durian nya tu sangat kecil atau kempis.

Sekarang ni durian dah komersial, nama pun dah main pakai huruf saja, D10, D24 dsbnya, tapi ada juga yang ada nama durian tapi pelik2 namanya. Harga tak payah cakaplah, kalau beli dalam kotak putih (6-8 ketul aje) di Bangsar tu atau di shopping complex boleh sampai RM40-50 sekotak (bergantung kepada jenis).

Lain pulak halnya kalau beli durian tepi jalan, banyak kali kena tipu, walau harga lebih murah dari di shopping complex, tapi bila sampai rumah, isi didalam separuh dari durian itu selalunya mangkar, busuk dan berair. Saya kalau beli di tepi jalan mesti suruh kopek habis tiap2 pangsa baru beli, itupun kadang2 tetap kena tipu jugak. Jadi saya dah serik, dari buang duit makan durian tepi jalan baik saya beli yang di shopping complex mahal pun tak apa asal makan walaupun sedikit (sebab mahal) janji puas hati.

Saya suka makan lempuk durian yang dibuat sendiri oleh arwah datuk saya atau oleh saudara mara di kampung. Sebabnya lempuk durian diaorang ni dibuat dari durian yang baik, rasa memang lembut dan sedap jauh beza dari lempuk yang dijual di gerai2 tepi jalan. Lempuk durian ni dibalut dengan upih.

Di kampung dulu, kami pun memang makan durian dengan pulut juga, kami panggil "gula durian". Dan yang bestnya bila makan durian dengan nasi gaul dengan santan, tapi ramai orang rasa geli nak makan durian cara tu.

Sekarang semua pokok durian lama dah tak ada di kampung, kalau cakap durian kacangpuri pun orang kampung pun dah tak kenal durian tu lagi. Yang tinggal pokok durian kahwin, pokok kecil tapi buah lebat. Orang kampung pun pandai cakap, "kalau nak rasa durian dulu2, beli aje di shopping complex, semua jenis ada, siapkan duit ajelah".

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara FMZam,

Wow...pengetahuan anda tentang durian boleh tahan juga. Memang betul, nama durian pun sekarang ini ikut nombor. Dulu, durian 'tembaga' dari Trong tak boleh lawan. Dua tahun sudah, seorang kariah surai bekerja di Mardi Bt Tangga menjemput saya dan 3-4 orang lagi pergi ke dusun Mardi ketika musim durian. Beliau menjaga pokok durian. Kami 'test' durian - D24, dll (tak tahu nama). Apa lagi, lepas geramlah kami makan. Untuk bawa balik, dijual dengan RM3 sekilo.

Paling yang tak boleh lupa ialah ketika bekerja di TUDM Kuantan. Musim durian saja, kami buat navigation flight untuk 'durian run'. Kami terbang ke kawasan pedalaman seperti Pasig, Gemala, Pos Betau. Siapa yang jadi penumpang, bersila makan durian. Bau dalam Nuri boleh tahan sajalah.

Lempuk pula memang menjadi kegemaran. Tak beli tapi buat sendiri. Kebelakangan ini, lebih berhati-hati. Maklumlah sudah masuk magrib.

Saudara Sanusi,

Bila 'local' dah jatuh, panggillah saya untuk 'test' durian tu. He...he...he

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Ttg durian ni ..Org Kedah kwsn saya di Merbok dan Pendang depa makan dgn Nasi di bubuh santan dan sikit garam..Almarhum Ayah saya suka sangat..gitu juga Isteri saya...saya cuma mula suka Durian bila kami-saya(BG Dato Tairobi dan BG Dato Jamil Tahir serta Mej Ahmad Zahari...Ex Sprs)di bawa oleh Lt Kol Khairuddin ke dusun Cina di Telok Bahang pada musim tahun 1989...masyallah ..pertama kali makan durian Tembaga...terus jadi ketagih..satu couple Cina..tanya "Haiyya apa jenis punya Durian"..mereka juga terkejut!!!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

Ketika masih tinggal di KL, bila musim durian, saya memandu ke dusun durian di Air Keroh, sebelah kiri jalan sebelum Famosa golf club. Boleh tahan juga durian di situ. Dulu harganya OK lagi. Sekarang tak tahulah sama ada lagi atau tidak.

Faisal berkata...

Mejar,pulut dengan ikan kering tamban + kelapa tu memang kena cuba. Cuba jangan tak cuba. Seperkara lagi, mak saya pernah bagitau bahawa dulu-dulu ketupat pulut hanya dibuat oleh orang2 sebelah utara semenanjung, manakala disebelah selatannya pula ketupat nasi. Jadi terkejut jugaklah orang selatan semenanjung bila datang beraya ke utara. Mejar, "Gymkhana Cafe" tu terletak dalam kawasan Equin Center tu ke & menghadap Tasik Darulaman?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Faizal,

Nampak gayanya saya kena juga pekena ikan kering tergeliat satu-satu hari nanti. Ya, Equin Cafe mengadap Tasih Darulaman. Mengapa tak bagi tau ketika bertandang ke sini? Boleh juga berborak cerita lama. Call me whenever you're in the area.

Faisal berkata...

Mejar, biasa la bila kena pulut ni, mata jadi berat aja. Katil asyik dok panggil ajak tidoq. Lebih bahaya lagi bila kena memandu selepas makan. Saya ada pergi ke Gymkhana Cafe tu utk recce tempat tu sempena perjumpaan Panggilan Pertiwi bersama Mejar pada 05/06/2010 nanti. Bukan tak mau, tapi, tak tau rumah Mejar. Bapak saya pernah jadi DO Kubang Pasu (1974-1976). Banyak memori manis ketika membesar di pekan Jitra. Masih ingat lagi kem2 tentera di sepanjang jala bila nak ke Alor Star & juga kenderaan2 tentera serta polis yg menuju ke sempadan M'sia-Thai pasti melintasi hadapan rumah DO. Sekarang dah banyak berubah. BTW, my HP# 012-4706086. See you this coming Saturday, Mejar. Take care.

p/s: Dr Rozmey tu jiran mejar ke? Hi hi hi.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Faisal,

Dr Rozmey dekat le dengan rumah saya. Saya ingatkan dulu Jitra ni OKlah kerana kurang sibuk. Itu sebab beli satu lot tanah di Darulaman Heights. Sekarang ini Jitra dah sibuk sangat. Tapi masih OK jika dibandingkan dengan KL.