Pengikut

Isnin, 24 Mei 2010

Serawa Kuinin

Sekiranya orang Kedah pi menziarah kawan di Kuala Kangsor ketika musim buah macang atau kuinin, dan anda dijamu dengan 'serawa'....Jangan terkejut apa yang anda lihat....

'Serawa' buah kuinin dengan pulut dan santan

Pada orang Kedah, sebut sahaja 'serawa' membawa maksud 'pengat pisang' bagi orang Perak. Dulu saya pun keliru dengan 'istilah' ini. Mana tidaknya...tanpa ada sebiji buah macang pun di rumah, isteri saya kata beliau sudah buat serawa. Huh...Bagaimana saya tak menghidu buah macang? Saya pasti anda sedia maklum, janganlah cuba nak sorok buah macang. Baunya boleh dihidu satu dunia! 

Sebut tentang bau ni, teringat saya satu kenangan ketika mengikuti 'Eksersais Helang Malindo' di Medan.  Kami telah dibawa melawat ke Danau Toba. Saya telah membeli beberapa biji buah kuinin dari seorang penjual kaum Batak untuk dibawa balik ke Kuantan sebagai buah tangan untuk isteri. Niat tak nak berkongsi dengan rakan terselit di hati. Saya menyimpan buah-buah tersebut dalam almari. Seorang rakan telah bertanya siapa yang menyimpan buat macang kerana sebuah rumah disemarak dengan bau buah tersebut. Tak dapat disorokkan lagi. Saya mengaku buah kuinin itu saya yang beli untuk dibawa balik. Beliau berkata itu '...bukan kuinin, tapi macang'. Ingat saya nak duduk diam saja? '...kuinin lah'. Beliau mencabar saya untuk mencubanya. Beliau betul...Orang Batak tersebut telah menipu saya! Atau bagi mereka, buah kuinin = macang? Entahlah...Kenduri buah macanglah kami.

Berbalik kepada serawa. Isi macang/kuinin dihiris halus-halus dan digaul dengan santan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam dan gula. Oleh kerana masih ada pulut yang dikukus untuk makan dengan durian tempuh hari, saya telah eksperimen dengan menambahnya dalam adunan tersebut. Lupakan kalori buat ketika waktu. Rasanya? Wow.....!

Tak percaya? Cubalah...He...He...He. 

2 ulasan:

mangchikla berkata...

laaaa selama ni saya dok ingat macang=kuinin

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara mangchikla,

Macang terlalu bersabut. Kuinin kurang 'sabut' dan isinya halus. Baunya sedap.