Pengikut

Ahad, 2 Mei 2010

Bantuan 'Abang'

Helikopter Nuri dan Alouette 111 adalah pesawat yang paling tua dalam inventori TUDM. Nuri akan dapat 'adik' baru nanti - EC725. Alouette? Tak tahulah apa peranannya selain berterbangan di ruang angkasa Kolej Tentera Udara, Kepala Batas, Kedah Darulaman.

Siapa lagi si adik ini nak meminta bantuan sekiranya menghadapi masalah? Sudah tentulah si abang...Nuri. Oleh kerana sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, si adik 'terjatuh' dalam kawasan 'semak'. Tanpa banyak bicara, si adik tergantung dibawa pulang ke sarangnya di No 7 Skn, TUDM Kuching, pada 23 Mac 1974....







Inilah salah satu peranan 'kuda kerja' (workhorse) TUDM di suatu ketika dulu sehingga sekarang.

Mej Jen Dato' Fauzi Hussein TUDM (B)...Terima kasih kerana menghantar gambar-gambar tersebut.

21 ulasan:

mangchikla berkata...

http://min-def.blogspot.com/2009/12/peranan-seorang-pilot-nuri-di-era.html

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara mangchikla,

Anda mengetahui punca kemalangan Alouette dalam gambar? Di mana berlakunya insiden tersebut?

Tanpa Nama berkata...

Maj!!!
Kenapa mereka memilih EC725 tu, sedangkan banyak terdapat laporan yang rata rata terdapat banyak syarikat yag tidak mahu menggunakan pesawat Eurocopter terutama nya syarikat Offshore,kerana pengalaman menggunakan pesawat tersebut, tetapi TUDM beli juga! kenapa ya?
Dengar cerita pula mereka tak buat penilaian terperinci sebelum membuat keputusan pembelian tersebut hanya baca maklumat brochure sahaja? Macam itu bolih ka kita percaya yang pesawat tersebut bolih bertahan lama!!!
But my friend told me that, they will start tracking those people involve in making the decision to buy that helicopter!!! and they also said that the Nuri is still good for many more years as long as AIROD take interest in maintanence not only just to make big profit!!!
Takut abang terus terbang tetapi adik baru tak bolih terbang.
Kita tunggu aje lah kalau jadi....

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Saya sekarang sudah tidak lagi 'current' tentang perkembangan terkini berkaitan helikopter. Susahlah nak beri komen. Memang Nuri masih berupaya untuk melaksanakan tugas, terutama 'SAR'. Nanti nak tulis coretan sikit pasal Nuri & EC725, InsyaAllah.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Kalau hidup bekeluarga ni, pusing kot mana pun, last-last yg muda akan minta tolong dari yang tua jugak.

Dalam aspek workhorse TUDM ni, saya mendoakan akan ianya tidak akan berlaku sebagai mana kapal selam yang tak buleh selam.

Industri pertahanan adalah merupakan lubuk emas kerana semua anggota ibarat "Do first, Never Ask". Kalau dibekalkan sub-standard equipments pun, apa boleh mereka kata? BOLAYAN!

Yg dapat emas tu peduli hapa, janji masyuk termasuklah Punk-5 dan "keluarganya" itu sendiri.

Namun, itulah challenge yg dihadapi sekarang. It is all about dollar & cent

Kekadang nampak kelakar dengan tema hari TLDM baru-baru ni

Heheeheee....

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Kamal,

Saya berharap pembelian EC725 nanti '...alah membeli menang memakai', InsyaAllah. Seperti pembelian S61A-4 Nuri...worth every single cent.

Tanpa Nama berkata...

Askum Tuan,
Bila saya lihat pesawat allouette atau meriam tergantung dibawah perut nuri, ingatan saya kepada segelintir anggota TD khususnya Kor Perkhidmatan dari Unit Hantaran Udara yang biasanya terlibat dalam operasi sebegini.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,
Waalaikumussalam. 16 HU berpangkalan di landasan terbang Taiping. Kami kerap membuat "JST" untuk anggota HU. Saya mula berminat dengan pesawat terbang apabila kerap menghabiskan masa di situ semasa masih bersekolah. Rumah saya hanya lebih kurang 2 batu sahaja, iaitu Jalan Hugh Low, Asam Kumbang.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Boleh tuan beritahu siapakah nama juruterbang alloutte yang membuat pendaratan cemas ini?

Luke

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Luke,

Itu bukan pendaratan cemas..kemalangan pesawat. Maaf kerana saya tidak mengetahui pilotnya.

Tanpa Nama berkata...

Saya mengikuti blog encik, kerana saya kagum dengan profession juru- terbang TUDM. Kerana dimasa kecil kecil lagi saya begitu teruja bila melihat helikopter berterbangan jika ada kes2 besar, contohnya - lawatan orang2 kenamaan @ ketika berlaku serangan anggota2 komunis didaerah saya, Gerik pada tahun 1970 - 1980.
Saya begitu kagum dengan rupa helikopter yang gagah - Nuri dan si comel - Allouette. Ketika itu, mendengar bunyi Nuri dari kejauhan yang menghampiri pun saya rasa begitu amat teruja dan melompat2.
Dimasa remaja, saya selalu sahaja berangan-angan menjadi seperti encik suatu hari nanti dan balik kampung dengan helikopter(konon), tetapi hingga kini tak kesampaian.

Tetapi saya rasa agak sedih kerana tidak lama lagi khidmat kedua-dua pesawat yang penuh nostalgia dan banyak berjasa ini akan ditamatkan dan digantikan dengan yang lain bagi menaikkan kembali moral TUDM.
Begitulah resam kehidupan, yang lama akan dikenang yang baru akan disayang....

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Nota Fikir,

Orang Grik enkohnya! Memang betul, kami kerap terbang ke sana. Boleh dikatan 2nd home kepada kami. Tetapi saya tidak pernah bermalam di sana. Ada satu restoran yang menyediakan masakan 'perut masak lemak'(bukan perut 'tuala') yang sungguh sedap. Saya ingat sampai sekarang. Pegawai SB belanja kami makan.

zulfatah berkata...

tuan,sya ade soalan n pendapat utk verified,
1.Nuri,kita boleh tukar baru avionik pakej,enjin baru,everything upgradable..tp kita x boleh xtend d life of airframe is it? 30 yrs old steel is 30 yrs old steel.xbleh di upgrade.metal fatigue, microscopic fracture etc.so dlm ertikata lain,dh spi mase nuri tu di retirekan.x kira ape upgrade pn tp as long as airframe still mcmtu gak,mmg x berbaloi.in fact downright criminal.betul ke?

2.Nuri replacement.why not try CH53 super stallion? bigger load,bigger role,suitable for carrying 30 fully laden troops.
what about UH 60 Blackhawk? y blackhawk lose out to cougar?

3.brape nisbah Combat Search And Rescue (CSAR) copter vs utiliti copter? dlm berita dipetik all cougars yg dicadang beli akan diperanan sbg CSAR birds.tu yg jadi mahal menggila tuh (diaorg punya argument la)

4.Nuri masa tuan aktif dulu adakah equipped with CSAR capabilities or boleh jd CSAR pn just because of the pilot's skill and their grit n guts.in other words,CSAR capable coz d pilot,not d hardware?

pohon kemaafan jika tersilap kata

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Zulfatah,

Ini pandangan peribadi saya. Mungkin terdapat kesilapan fakta, maklum sajalah dah terlalu lama meninggalkan burung besi.

1. Alouette 111 adalah pesawat tertua dalam inventori TUDM tetapi masih terbang. Ini menunjukkan 'umur' sesebuah pesawat tidak terletak kepada 'berapa lama' ia digunakan. Bila Nuri menjalani Check 5 (overhaul), airframe akan di'strip' ke 'bare metal' dan di'x-ray'/ndt untuk menentukan tiada sebarang 'metal fatigue'. Komponen pula ada yang di'scrap' setelah mencapai jam penerbangan/jangka hayat yang ditetapkan (mana yang terdahulu). Ada juga yang dioverhaul. Itu sebabnya kita boleh lihat pesawat lama, seperti Dakota, Boeing 707, dll, masih berterbangan. Setahu saya, TUDM melaksanakan 'maintenance schedule'yang disyorkan oleh pembuat pesawat. Upgrade memang boleh. Di era saya, Nuri kami hanya dilengkapkan dengan peralatan navigasi paling minima, tiada auto hover, radar cuaca, GPS, dll.

2. CH53 Stallion (Jolly Green Giant)...tak termampu Malaysia membelinya. Lagi pula Uncle Sam tak akan jual kepada semua negara walaupun kita ada duit. Israel ada kerana ia adalah kroni US. Paling kepada CH53 ialah Chinook. Persoalannya masih $$$$.

3. Nisbah CSAR vs Utility, saya tak boleh komen sebab saya tak tahu.

4. Macam saya katakan di atas, zaman saya tidak boleh dibandingkan dengan era teknologi tinggi dan moden sekarang ini. Night vission goggle pun tak ada. Kami hanya menggunakan pesawat Tebuan/F5E dan gunship untuk CSAR seperti dilaksanakan ketika Lt Kol (U) Chong terbang untuk mengambil seorang casevac.

mangchikla berkata...

U cannot lawan kecanggihan 'mark II eyeballs' ngan 'I Follow Road' Technologies pada zaman tuh. Sori, tak perasan tuan tanya saya kat atas sebab tak terima thru my email. jwpnnya saya tatau. :D

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum tuan,
saya sentiasa mengikuti perkembangan blog tuan. saya juga meminati pesawt Nuri dari kecil ketika itu abah bertugas di GGK sg udang sehingga saya pula berkhimat dgn TUDM.

saya pernah bertugas di no. 5 skn labuan dan pengalaman saya pernah bersama2 menguruskan 11 jenazah nahas 2 x nuri terhempas disipitang pada 18 mac 1997.

Boleh tuan cerita tentang nahas pesawt nuri terhempas di gambang pahang dulu.

atau yang terhempas di hutan batu melintang? Tahun saya tak ingat. Tq Sir.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam Saudara Anon,

Terima kasih. Sesiapa yang boleh menceritakan nahas di Gambang & Batu Melintang? Kalau tak silap, insiden BM tu berlaku pada 1981 yang mengorbankan seorang warga tentera darat. Ketika itu saya berada di Bangladesh.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan.

kenapa airframe no. pesawat nuri berbeza- beza. sebagai contoh: FM11 kemudian FM17 dan sekarang M23-...

satu lagi tuan,
saya tengok no. airframe nuri diPLPK sungai udang FM1711. bagaimana dengan pesawat yg crash dibakalalan sarawak M23-11. nombor aircraft yang sama. Confuse saya.

Jika saya bandingkan gambar nuri dulu dan kini, main rotor head nampak berbeza. masa dulu TUDM ada upgrade MRH ke tuan?
mohon penerangan dari tuan. Terima kasih tuan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Soalan anda membuat saya terserentap. Jujur saya katakan, saya sendiri tidak ambil tahu tentang designation. Mula-mula saya masuk TUDM, Nuri dah mengguna FM 17- dan ditukar ke M 23- pada 1981. Mengapa saya tak tahu. Saya telah menghubungi 2-3 orang pegawai kejuteraan era saya untuk mendapat penjelasan tetapi mereka pun kurang pasti. Sesiapa yang tahu sebab-menyebab pertukaran itu?

Nuri FM1711 tidak sama dengan M23-11.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Saya tertinggal tentang soalan MRH. Setahu saya, MRH tak pernah ditukar dengan 'model' baru. Untuk mengesahkannya, saya telah menelefon CO salah 1 Skn Nuri. Menurut beliau, Nuri masih menggunakan MRH yang sama.

Berbalik kepada # daftar Nuri, saya sedang menunggu jawapan daripada Muzium TUDM.

hobbit1964 berkata...

Kepada yang meragui keupayaan EC725dan mengatakan bahawa kebanyakan syarikat "offshore" enggan menggunakanannya, saya boleh katakan bahawa punca maklumat anda perlu dipersoalkan dengan lebih lanjut.

EC725 adalah variant militari kepada EC225. EC225 pula, pada masa ini, merupakan platform pengangkutan offshore yang tercanggih, dan digunakan di kebanyakan syarikat offshore di bawah empayar Canadian Helicopters, Bristow mahupun di negara ini.

Maj Nor Ibrahim, I am glad to see that you managed to source the pictures your required on the AloIII extraction. I apologise at not being able to do so at your request as all my hunts in the squadron scrapbooks yielded no returns.

And finally, with regard to the EC725 and as a First Officer on the EC225, I trust that the RMAF has chosen well. The EC225 is a dream machine. Although I love the old Nuri and trust it with all my soul, after 5 months on this new bird, I am beginning to see that she too, 'speaks to me', albeit in French.

If the RMAF gets an unadulterated deal and fully comprehends as well as exploits the capabilities of the EC725, the forces' capabilities will truly be extended.

We will continue hearing pseudo-intellectual remarks about submarines that cannot dive even though they sailed from France sub-surface and continue to operate in the Spartlys undetected. Likewise we will continue to hear how the next generation helicopter was a shady deal because there are those who will grumble about it when their own bid on a backward Russian helicopter was not entertained.

I cannot verify at this time on the FM numbers, but I did ask the same question myself when I was under Nuri conversion. Perhaps this lead can be followed: the Nuris were purchased in two batches. It was the first batch that were numbered the FM series, and the second batch the M23 series, as are all current RMAF livery. It was upon the arrival of the second batch that the airframe numbers of the entire Nuri fleet were revised to conform to the M23 serial. Plausible?

Have a good day sir.