Pengikut

Sabtu, 29 Mei 2010

Sumber Pengesahan

Semenjak duduk depan note book untuk mengolah coretan untuk dijadikan manuskrip, saya terpaksa membuat panggilan telefon kepada rakan-rakan untuk mendapatkan pengesahan sesuatu peristiwa. Banyak cerita yang saya telah lupa butir-butirnya. Maklumlah...pengalaman ini berlaku lebih dari 3 dekad yang lalu! Nasib saya baik kerana rakan-rakan seperjuangan sedia membantu. Mereka memberi nombor telefon orang tertentu yang boleh memberi penjelasan yang saya perlukan.

Melalui 'Gunners' Club', saya telah berjaya menghubungi Lt Raja Musa yang saya 'winch-up' apabila beliau terkena jerangkap samar (JS). Saya mahu pastikan kecacatan yang beliau alami. Lt (U) Md Som pula mengesahkan coretan saya ketika beliau, masih kapten 'D cat', ditembak dan saya mengarahkan beliau mendarat di Ban Chang Tharats dan seterusnya saya mengambil alih Nuri beliau untuk dibawa balik ke Butterworth. Sjn Peter Nunis pula menyatakan bahawa beliaulah 'gunner' Kapt (U) Lim Tow Liang dalam insiden di mana mendiang Kapt Hardev Singh dan 4 anggota pasukan Peninjau terbunuh akibat diserang hendap berhampiran dengan Kem Gubir pada 11 April 1975. Sjn Mohsein memberi nama anggota komando yang merayu supaya beliau di hantar ke hospital Alor Star apabila tercedera akibat terpijak JS. Dan ramai lagi....

Namun demikian, saya agak kecewa dengan satu pihak tertentu.  Saya telah menghubungi pegawai-pegawai unit tersebut untuk mendapatkan nama seorang anggota mereka yang saya 'winch-up' di waktu malam dan sedikit ringkasan insiden tersebut. Tugasan asalnya  ialah 'casevac' tetapi apabila berada di dalam pesawat menjadi 'bodevac'. Tujuan saya hanyalah untuk mengabadikan arwah...itu sahaja! Tiada sebarang respons. Lain pula respons dari blogger '7renjer.blogspot.com', Mej D. Swami, beliau sentiasa memberi kerjasama. Apabila saya meminta nama-nama anggota 7 Renjer yang terkorban dalam satu serang hendap di jalan Gubir/Nong Gajah, tanpa berlengah beliau menyenaraikannya. Tak apalah...mungkin mereka terlalu sibuk untuk melayani kerenah mejar pencen ini!

Apa pun, kepada mereka yang sudi membantu saya, hanya ucapan...TERIMA KASIH yang boleh diungkapkan.

5 ulasan:

Abah berkata...

Tuan,

Saya tak ingat nama (TPR Ali) yang seperti nama yang tuan maksudkan itu, walaubagaimana pun saya ada rujuk dengan dengan Sjn Mohsein (Bersara PWII) dia pun tak ingat siapa yang dimaksudkan itu. Sila hubungi En Mohsein di 0134678373 dia menetap di Negeri Kedah juga (Berjiran) dengan tuan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Abah,

Terima kasih. Nama itu diberi oleh KU saya, PW 2 Mohsein. Saya akan confirm dengan KU itu nanti, InsyaAllah. En Mohsein ini pula siapa? Anggota komando juga ke?

Abah berkata...

Ooooh saya ingat kan En Mohsein dari Kdo. Yup.... dia pun mungkin banyak cerita tentang Ban Charat/Sawadee dan juga cerita NURI kat Perak yang terhempas tu, tetapi tidak melibatkan kehilangan nyawa.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Lt Kol Ali(dulu Lt Ali) ....kini bertugas di Kem Terendak sahkan dia juga tercedera di dlm Ops Selamat Sawadee tu dan 2 anggota 7 Skn Jurutera terkorban di sebabkan JS musuh..Kpl Dusrashid dan Spr Manan...Al Fatihah buat ROH mereka..AMIN!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

Dah menghubungi beliau. Saya diberitahu insiden beliau berlaku hari yang sama dengan Lt Raja Musa. Beliau dan 3 anggota di waktu pagi dan Raja Musa tengah hari. Ini bermakna saya yang membawa mereka keluar dari kawasan tersebut dan menghantar ke Alor Setar. Ketika itu hanya saya saja yang membuat detasmen di Kroh.