We bought RM14, ie, more than 1 1/2 kg worth. Well, the weight of the 'adductor' muscles alone was only about 500gm.
To being one of the main ingredients used for 'teppanyaki' and as a gourmet food like this...
RM8 per kg
From this meaty 'adductor' muscle...
To being one of the main ingredients used for 'teppanyaki' and as a gourmet food like this...
Nutrition Notes: Here's how a 3-oz (90 gm) serving of steamed scallops stack up in terms of nutrition:
~ Calories 101
~ Protein 21 grams
~ Fat 1.3 grams
~ Saturated fat 0.1 grams
~ Cholesterol 48 milligrams
~ Protein 21 grams
~ Fat 1.3 grams
~ Saturated fat 0.1 grams
~ Cholesterol 48 milligrams
Plus, you get 50 milligrams of magnesium, 304 milligrams of phosphorus, and 1.2 micrograms of vitamin B12.
Source: http://www.lesliebeck.com/
Scallops...anyone? But, those with gout problems...watch out!
Source: http://www.lesliebeck.com/
Scallops...anyone? But, those with gout problems...watch out!
5 ulasan:
Salam tuan,
Bendaallah scallop ni memang agak asing bagi saya, asing kerana saya hanya dengar scallop ni itu pun bila mula2 berkerja dulu dan berpeluang membelek menu makanan di hotel atau restoran seafood. Walau nampak macam kepah tapi bukan dan dalam Bahasa Melayu dipanggil Kekapis itu pun pertama kalilah saya dengar perkataan kekapis.
Saya tau apa itu tiram, kepah, kerang, remis, lala, kupang dan lokan, tapi scallop atau kekapis tidak, walau hampir serupa dan sejenis. Waktu kecil dulu, saya akan ke baroh (tepi laut) untuk mencari lokan dan siput sedut di pantai yang berlumpur di baroh itu. Untuk dapat lokan, saya kena guna pisau dan kait dalam lumpur, bila terkena kulit lokan, saya cepat2 korek dan cungkil keluar dari lumpur sebab kalau lambat lokan tu dah lari ke tempat lain. Untuk dapat siput sedut senang saja, saya kutip satu2 siput yang bertenggek di batang pokok nipah waktu air surut.
Kerang, kepah, remis dan lala tu saya hanya beli saja di pasar. Kupang pula saya beli yang fresh sahaja dari penjaja yang jual di tepi sungai tempat dia menyelam kupang.
Sekarang ni lokan dan kupang cukup "rare" atau "scarce" untuk kita dapatkan. Lokan memang payah nak jumpa dan kupang fresh pula sekali sekala adalah. Kupang yang dah dikeluarkan isi dan dibungkus dalam plastik saya tak makan lah sebab saya hanya suka makan benda2 ni semua iaitu kepah, kerang, remis, lala, kupang dan lokan dengan hanya satu cara masakan sahaja - basuh bersih2, betul2 bersih dan masukkan dalam periuk tanpa air, tanpa garam, tanpa apapun kecuali beberapa batang serai, kemudian letak atas tungku, nyalakan api dan biarkan sampai masak. Lepas itu makan lah dengan nasi pun dah cukup. Itulah cara Melayu makan bendaallah2 ni dan memang sedap. Saya kira scallop kalau masak cara ini saja pun tentu sedap, sebab itu saya tak pernah order scallop di hotel atau restoran sebab diaorang tak hidangkan scallop cara macam orang kampung ni makan.
Tapi saya terperanjat bila ada satu hari tu saya pergi ikut kawan yang dapat jemputan makan di hari "Belgium Day" di KL. Tiba time makan saya tengok orang Belgium hidang berperiuk2 kupang (mussel) dengan cara masakan sama macam masakan kampung tu, saya tak makan benda lain yang dihidangkan selain kupang, kupang dan kupang pada malam itu. Yang bestnya saya diberitahu orang Belgium memang itu makanan biasa mereka dan kupang2 yang saya makan malam itu semuanya kupang yang diterbangkan khas dari Belgium untuk sambutan hari mereka.
Maaflah, tuan cerita pasal scallop, saya cakap pasal benda lain, semuanya kerana scallop tuan mengingatkan saya pada "scallop" saya yang saya kenal, serupa tapi tak sama, tapi yang pasti benda2 ni lebih berat kulit dari isi.
Selamat malam tuan.
Saudara FMZam,
Terima kasih kerana menceritakan tentang jenis-jenis siput. Inilah pertama kali saya mendengar perkataan "kekapis". Cerita anda mengimbau semula kisah semasa kecil di Lumut, 50/60'an. Setiap hari minggu pergi 'menyerampang' ketam dan mencari siput, terutama siput 'kemudi'. Bentuknya seperti 'kipas' dan saiznya besar. Kebiasaannya siput ini berada dalam selut. Untuk memudahkan kami mencarinya, kami berkaki ayam. Siput dapat dikesan dengan tapak kaki. Tak membahayakan kaki kerana kulitnya rapuh. Kali terakhir saya memakannya ialah 1979 ketika di TUDM Butterworth. Ada orang menjual di tepi jalan berhampiran dengan jambatan menyeberangi sungai di Prai. Hanya pada waktu petang sahaja.
Ada satu ketika, hampir semua penduduk Lumut pergi ke pantai untuk mengaut 'kupang'. Entah dari mana datangnya...punyalah banyak. Ceduk saja dengan tangan.
Cakap pasal kerang pula. Ketika di Labuan, saiz kerang di sana 4-5 kali besarnya jika dibanding kerang di Semenanjung...punyalah besar! Paling sedap sekali ialah bakar dengan kulit-kulit...Wow!
Semuanya hanya tinggal kenangan.
Salam Tuan
Bak kata iklan Maggie suatu ketika dahulu "Mee maggie cepat dimasak, sedap dimakan", begitulah juga dengan scallop ni.
Rebus ngan serai ajer dah boleh dimakan, campur perencah sikit dah tentu sedap tapi jangan lupa, kolestrol dia tu tak kureng hebat tingginya...
Saudara Kamal,
Itu sebabnya saya ingatkan sesiapa yang ada gout...telan air liur sahajalah. Ambil baunya saja sudah memadai..he...he.
Always wonder what's s scallop in Malay. Kekapis pun first time dengar. Useful info n stories. That's for sharing.
Catat Ulasan