Pengikut

Isnin, 17 Mei 2010

Rezeki Datang Menggolek

Wow!! Syukur Alhamdulillah...Sungguh tak disangka...2 artikel yang saya sumbang kepada majalah "PERAJURIT" dan  disiarkan telah 'mengkayakan' saya dengan RM300...He...He...He. Sungguh teruja bagai nak rak...!


Artikel yang saya maksudkan ialah "KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PEGAWAI ATM" keluaran Mac dan "TRAGEDI 26 APRIL 1976" yang disiarkan dalam isu April 2010. Mungkin...mungkin...akan disiarkan satu lagi artikel pada keluaran Jun sempena Hari TUDM nanti, InsyaAllah.

Pihak majalah tidak memaklumkan jumlah 'imbuhan' di atas sumbangan artikel. Sebaliknya, terus dikredit dalam akaun bank.

"PERAJURIT"...Terima kasih.

16 ulasan:

mangchikla berkata...

uwaaaaaa tuan , masuk 1000 kuar 1000 :D

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Kekadang kita menulis bukan nak mengharapkan sangat imbuhan tetapi ingin agar ilmu yang kita ada dapat digunakan untuk kebaikan orang lain. Bak kata orang rezeki jangan ditolak, kalau diberi kita ambil.

Above all, the ilmu itu kalau diamalkan oleh mereka yang membacanya, saya rasa Insya-Allah akan mendapat keberkatan dari-Nya hingga bila-bila. Bekalan di alam lain.

Abah berkata...

Tuan ,
Syukur Alhamdullillah, atas nikmat yang diberikannya.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara semua,

Terima kasih. Sepertimana yang dikatakan oleh Saudara Kamal, sehingga kini saya bersyukur di atas limpah kurniaNya..terutama sekali masih sihat dan mampu berkongsi pengalaman dengan anda semua.

Tanpa Nama berkata...

Good Luck, sir!
Kapt A***

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,
Saya mengikuti dengan penuh minat setiap tulisan dan rencana dalam blog tuan, terutama dalam hal-hal yang menyentuh perjuangan pahlawan-pahlawan tanahair kita dimasa lampau. ini mungkin kerana saya juga adalah bekas seorang pegawai tentera darat berpangkat captain.
tetapi setelah saya membaca rencana tuan bertajuk ‘iqra’, tiba-tiba saja saya menukar ‘gear’, termenung sesaat setelah dengan rasa rendah diri tuan mengaku tidak sangat membaca mengenai isi perjanjian damai hadyai. Saya tidak mahu membuat andaian bahawa pengakuan tuan itu apakah benar atau sekadar untuk tidak berdebat dengan panjang lebar mengenai isu tersebut, tetapi saya yakin dan pasti, melalui rencana-rencana tuan yang lalu, tuan adalah seorang yang banyak membaca dan tidak akan membuat sebarang komen tanpa sokongan dengan fakta-fakta yang tepat.
dari rencana-rencana tuan, saya dapat ‘summarise’ kan bahawa tuan benar-benar menyanjung pengorbanan pahlawan tanahair masa lampau, terima kasih saya ucapkan kerana saya yakin saya juga tergolong dalam kategori ‘pahlawan’.

Huraian dibawah adalah sekadar pandangan peribadi saya tetapi ianya adalah fakta sejarah yang sengaja tidak diketengahkan....

First and foremost, i assume we all agreed that history canont be change, but sometimes it do happened that history was not told in a way it is. Jadi kita yang dipanggil pegawai atau ‘pagar dawai’ (i’m sorry if air force don’t use this jargon), must learn history and get all the fact correct. From the beginning we was taught the military appreciation with the question ‘so what?’ and the famous first appreciation exercise at RMC; if my memory still quite clear it’s about the strategy to go out for a dating with a new girl.

So when we want to appreciate our past hero’s or warrior’s sacrifice, it must go back far beyond. If we find it was not written somewhere officially then the question of ‘so what?’ must come-in and we must find all the facts why that history was not told. When we related the sacrifice of our past hero’s we only subjected to the time from first emergency (1948) till 1989, the date when we officially signed a peaceful agreement with PKM to end the armed conflict. I’m not sure about other’s but me personally, before this i never bother to ask ‘so what?’, why only it started from 1948? where else during that time we are still a colonised nation. So, in 1948 we sacrifice for whom? No need for me to answer, just remember the key words of the appreciation ‘so what?’ and we can know the answer.

Did i sound too harsh if i say we sacrifice so that the British can furlong their grip of power in Malaya? And that’s why the British history only starts from 1948. And we are helping the British to rob our wealth and sustained their power.

So now, it reflects back to the word ‘iqra’. Do make a research, and know our own history, know it with facts and figures.

Learn about the origin of Regimen ke 10, about KMM, AWAS, SEDAR etc. Ask why the ‘Baling meeting’ was a failure. Anyway baling meeting was held in 1955, prior to our ‘merdeka’. So what if it was held in 1955 and prior to merdeka? It was represented by our people (Tunku). Think carefully......

Oleh itu marilah kita sama-sama ‘iqra’ to get the fact correct. For me personally, when we entered an agreement, ‘buang yang keruh dan ambil lah yang jernih’. Apa yang berlaku adalah satu tragedy, kerana kita lemah dan tidak pernah bersatu untuk melawan PENJAJAH......


Wassalam;
Capt ‘rkpt’

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Capt 'rkpt',

Terima kasih atas pandangan saudara. Dengan rendah diri saya mengaku saya tidak membaca perjanjian tersebut, bukannya untuk mengelak dari berdebat. Sekiranya saya membacanya sekali pun, saya tidak berhasrat untuk berdebat kerana kita semuanya berhak untuk memberi pandangan. Saya hormat pandangan para pembaca.

trooper_knife berkata...

alhamdulillah. semoga ia akan menjadi pembakar semangat buat kapt untuk terus bercerita kepada kami, generasi muda ini. tanpa kisah-kisah sebegini, mana mungkin kami dapat menghayati dan menghargai jasa dan pengorbanan pasukan-pasukan keselamatan negara tercinta ini.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara trooper_knife,

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya generasi muda menghayati coretan/komen dalam blog saya ini.

trooper_knife berkata...

mejar (B) nor,

terima kasih diatas balasan komen saya itu. lanjutan daripada perbincangan warga forum kami iaitu saudara syark hari ini, kami amat menaruh harapan yang besar andaikata mejar sudi untuk menerima kunjungan kami disamping dapat meluangkan masa untuk bercerita kepada kami kisah-kisah pahit getir yang telah mejar lalui sepanjang mejar menyahut seruan pertiwi mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman komunis disuatu ketika dahulu.

semoga impian kami akan tercapai.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara trooper_knife,

Saya telah memberi jawapan kepada 'syark'. Setakat ini tak ada halangan, InsyaAllah.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Nak join sama leh tak? Itu pun kalau dibuat di kawasan Alor Setar atau Jitra ler...

Bukan nak menyibuk cuma nak tahu citer ajer.

Heheeheee...

trooper_knife berkata...

terima kasih mejar.

** kapt kamal juga dijemput sertai kami jika ada kelapangan.

http://panggilanpertiwi.forumotion.net/rancangan-aktiviti-ahli-forum-f18/misi-merentas-waktu-2-t459.htm

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Kamal,

Mengikut mereka di Jitra. Tempatnya terpulang pada mereka. Tarikh yang dicadangkan pada 5 Jun. Apa pengalaman saya semuanya dah diceritakan dalam blog. Mungkin nak tengok muka handsome hero veteran ni...he...he...he.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Nak jumpa tarikh ....5 Jun ok ..saya ada di Kedah kenduri mungkin boleh p sama...terima kaseh.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

Depa nak dengak cerita veteran. OKlah. Hope to see you soon, InsyaAllah.