Pengikut

Khamis, 13 Mei 2010

Pengotor

Memang benar apa yang diluahkan oleh pengirim surat ke 'Forum' Utusan Malaysia...

Ruangan Forum Utusan Malaysia pada 11 Mei 2010

Saya memang bersetuju dengan pihak yang sedia menganjur pertandingan memancing dengan hadiah yang ditawarkan sungguh menawan...


Ini adalah salah satu riadhah yang melibatkan kesemua anggota keluarga. Di Taman Darulaman kerap diadakan pertandingan ini. Saya perhatikan sambutan sungguh menggalakkan. Macam satu pesta dimana seluruh keluarga datang untuk berkelah sambil memancing. Saya tidak pernah mengambil bahagian kerana tidak berminat. 

Tetapi paling saya kesali ialah SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB segolongan pemancing! Lihat keadaan di persekitaraan tasek keesokan harinya...

Sampah...sampah...sampah

Islam menekan 'KEBERSIHAN'. Tidak salah saya katakan hampir 95% peserta adalah orang Islam. Adakah ini sikap seorang Muslim yang beriman? Tong sampah telah disediakan tetapi mengapa sungguh 'berat' untuk menggunakannya? Mungkin mereka yang terbabit berpendapat '....Kami sudah bayar yuran...biar mereka bersihkan. Itu kerja mereka'. Sekiranya inilah dalam pemikiran mereka...saya sungguh kecewa sekali!

Itu kaki pancing. Apa kurangnya juga pemain golf yang konon-kononnya dari golongan 'elit' (kecuali saya). Lihat saja sikap segelintir perangai kaum ini... 

Tee-box No 14 - Par 3

Mereka ini menaiki buggy dan kebiasaannya mengguna perkhidmatan kedi. Apalah salahnya menyuruh kedi buangkan botol/sampah dalam tong sampah yang telah disediakan atau pun simpan dalam buggy. 

Taman Darulaman adalah di bawah pengurusan Darulaman Golf & Country Club (DGCC).  Saya ada mencadangkan agar DGCC mengenakan syarat untuk penganjur pertandingan memancing menyediakan 'beg plastic' untuk semua pemancing. Semasa mendaftar, mereka diberi beg tersebut - satu beg untuk satu joran. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk menangani masalah sampah bertaburan sekeliling tasek. Seperti biasa...cadangan tinggal cadangan sahaja!

3 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Courtesy begin at home... That is what being said by my wife to our children which also can be concluded that cleanliness begin at home too.

I would say that this bad attitude very much subjected to what being taught by parents who are equally to be blame as well.

I pretty much can read what is in their rubbish mind while throwing the plastic bag or used newspaper as below:

a) For anglers, I have paid the entrance fee so it is a duty of organizer to ensure cleanliness.

b) For golfers, I have paid the green fee, buggy and membership fee etc couple with I'm somebody (likewise I don't play golf), it is a duty of the management to ensure cleanliness.

c) Above all, I am untouchable due to poor enforcement etc..

In my ship, if you are caught throwing rubbish to the sea will result to immediate dismissal and be sent off at the next nearest port.

Sadly to say, attitude cannot be changed within a night, it take years.

FMZam berkata...

Salam tuan,

Cakap pasal sampah saya rasa kita semua setuju dimana pun di Malaysia ni rata2 sama saja keadaannya macam yang tuan ceritakan di tempat ini. Sampah adalah fenomena masyarakat Malaysia kerana kita tak percaya kepada "management of sampah" macamana negara2 lain percaya dan berjaya menguruskan dengan baik.

Kalau saya quote Singapura nanti orang kata saya pro Singapura pulak tapi Singapuralah contoh yang baik sebab Singapura tu jiran sebelah kita saja, tak payah tengok jauh2 sampai ke atas awan nun sana. Macamana Singapura boleh ubah bekas tanah milik Melayu menjadi lebih bersih dari Tanah Melayu?

"Management of sampah" ni adalah management of discipline dan logik management of discipline ialah "award and punishment". Untuk mendapatkan logik itu mesti ada enforcement yang cekap baru boleh ada award and punishment yang membuatkan orang patuth pada peraturan dan menjadi berdisiplin.

Ramai orang kata Singapura boleh buat kerana negara dia kecil, tapi kita tak boleh buat walau pun di tempat yang kecil. Logik Singapura mudah saja, cukup hanya seorang yang melanggar disiplin itu didenda dengan sewajarnya akan menyebabkan ramai orang akan sedar dan berwaspada untuk melakukan kesalahan itu. Macam2 yang Singapura buat untuk membuktikan dengan bukti yang tidak dapat dipertikaikan oleh mahkamah jadi bila yang melanggar peraturan didakwa tanpa sebarang pertikaian, barulah orang semua tak berani memperlekehkan kes di mahkamah bila bukti nya memang solid. Dan bila satu orang yang buat salah kena hukum solid, maka itu akan mengajar yang lain. Nak ajar disiplin pada manusia ni bukan boleh dengan 'ayaq lioq' aja.

Kita di Malaysia ni hanya di Penang dan Melaka saja yang ada penguatkuasaan "sampah management". Pelajaran sivik hanya dalam pagar sekolah saja tapi luar dari pagar sekolah semua yang dipelajari HANCUS. Lepas tu mari pulak pendatang asing yang langsung tak takut nak berperangai sampah macam rakyat sampah kita sendiri.

Jangan kata Singapura tu kecil, ingat negara lain kata kita ni negara besar kah? Bila kita selalu anggap sesuatu perkara itu perkara kecil tapi perkara kecil itulah yang selalu kita gagal, apalagi lah kalau perkara besar.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Sanusi & FMZam,

Memang betul apa yang anda berdua katakan. Kebersihan bermula dari rumah. Ini peranan ibu bapa. Di luar pula, ketegasan anggota PBT melaksanakan tugas. Hanya dengan 'duit' saja sipengotor akan terajar. Cuba denda RM500 apabila ditangkap buang puntung rokok semasa berjalan di kaki 5..saya rasa mungkin taubat nasuha dia tak lakukan lagi.