Pengikut

Ahad, 13 Jun 2010

1 Jun 2010

1 Jun 2010...

...Hari ini ~ HUT TUDM ke 52.

...Hari ini ~ Saya menerima  buku ini dari Lt Kol Dr Syed Othman Bin Syed Omar (B).  Saya telah menghubungi beliau dengan cadangan agar beliau menceritakan pengalamannya terkena jerangkap samar di Ban Tong Yan, selatan Thailand, ketika membuat rodaan pada 4 Ogos 1979. Tiga anggota 19 RAMD cedera parah dan mereka diterbangkan oleh 'burung besi' ke Hospital Alor Star. Dari Alor Setar beliau telah dipindahkan ke Hospital Sungai Petani sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang. Setelah menjalani 2 bulan rawatan, beliau disahkan hilang penglihatan kedua-dua pancaindera tesebut. Saya telah menulis coretan tentang beliau bertajuk "Sumber Inspirasi".

Saya berhasrat untuk menjadikan tajuk tersebut sebagai satu 'bab' dalam buku saya nanti, Insyaallah. Oleh kerana sebab-sebab tertentu, beliau  telah menghantar buku di atas dan memberitahu saya boleh 'ciplak' apa yang saya kehendaki dari buku tersebut.

...Hari ini ~ Saya membuat temu janji dengan WO2 Mohsain (B), xkomando di Restoran Haji Ramly, Simpang Empat Kangkong. Beliau berada di LP, Gunung Korbu, ketika sebuah Nuri, FM1717, terhempas  dan menceritakan apa yang berlaku sebelum dan setelah kecelakaan tersebut. Juga, beliau menceritakan bagaimana Lt Raja Musa (FOO) terkena jerangkap samar dalam Ops Selamat Sawadee. 
                                      

10 ulasan:

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

WO2 Mohsin tu tggl dimana?...Restoran Hj Ramli mmg popular di Kedah...anak2 saya tak miss p makan disana setiap kali blk Kedah...di fahamkan Hj Ramli tu X Svc juga?

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum Mej Nor Ibrahim,
Dunia tentera memang asing bagi saya. Namun, saya tetap menghargai ceritera pengalaman para tentera spt yang Mej paparkan di dalam blog. Amat menarik sekali, walaupun ada kalanya amat memilukan. Kisah spt yg Lt. Kol. Dr. Syed Othman dan WO2 Mohsain alami serta episod2 lain, contohnya, pada hemat saya amat wajar didokumentasikan dgn lebih sistematik, khususnya dlm bentuk buku. Buku 'Tragedi Dalam Kenangan'? Boleh dimuatkan gambar2,termasuk orang yg terlibat & cerita dari mulut mereka sendiri. Buku begini saya rasa amat berguna bagi ahli ATM terutama yg baru, dan boleh dilancarkan misalnya oleh Menteri Pertahanan tatkala menyambut Hari tentera. Mungkin yg saya terfikir ini sebenarnya telah dibuat? Semoga ceria selalu!

Abah berkata...

Tuan,

Sampaikan salam saya kepada En Mohsein. Pastinya baca yang diceritakan oleh En. Mohsein kepada tuan. Saya kenal sungguh En Mohsein, beliau seorang yang periang,ceria walaupun beliau dalam keadaan dalam keadaan berduka kerana 2IC nya dalam keadaan yang tidak begitu sihat. Semoga beliau redza dengan ujian Allah keatas hambanya.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

En Mohsain tinggal di kawasan Simpang 4 Kangkong. Geng golf saya pasti singgah makan di Restoran Ramly dalam perjalanan balik dari arah selatan. Sudah pasti kari ayam kampung menu utama. Ramly mantan 'cook' MSC sebelum menamatkan perkhidmatan.

Waalaikumussalam Cikgu,

Memang ada nawaitu untuk membukukan pengalaman. Ketika ini sedang mengolah coretan dalam blog dan sibuk menghubungi rakan taulan untuk mendapatkan pengesahan tentang satu-satu peristiwa. Sekiranya ada penaja, saya akan terbitkan buku tersebut, InsyaAllah.

Saudara Abah,

InsyaAllah. Beliau turut menceritakan yang arwah OC ketika di LP, arwah Mej Ahmad Rashid, mengarahkan beliau memakai pangkat sarjan di LP apabila menerima berita kenaikan pangkat. Apa yang dilakukan ialah menggunting kotak rangsum yang berwarna hijau dan gamkan pada lengan celoreng.

Sepertimana yang sedia maklum, 2IC beliau kurang sihat. Tawakal dan berdoa kepada Allah sahajalah untuk yang terbaik.

azlee berkata...

Di malaysia terdapat kekurangan dokumentasi tentang sejarah negara jika dibandingkan dengan negara-negara lain.Mungkin disebabkan tidak ramai dari mereka yang berminat dan berkemahiran untuk menulis dan mengkaji tentang sesuatu peristiwa.Buku yang terakhir dibeli berkaitan dengan insurgency adalah turbulence years in perak-ops selamat sawadee. Media massa dan kementerian pendidikan masih lagi gagal dalam mensensasikan "our heroes" semasa zaman insurgency. Zaman insurgency adalah satu platform untuk rakyat malaysia berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh pasukan keselamatan.Oleh yang demikian saya sangat kagum dan hormat dengan usaha Tuan untuk mencatat dan membukukan segala peristiwa, aktiviti dan operasi ATM semasa era insurgency. Saya dilahirkan selepas operasi-operasi bersejarah ini berlaku jadi blog ini telah menjadi fav. saya dan kewajipan saya membuka setiap hari.
Zillion of respect and salute to Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman

Best Rgds

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Azlee,

Terima kasih. Saya hanya mampu menceritakan apa yang saya mengalami.

trooper_knife berkata...

saya sentiasa menyokong usaha mejar untuk menerbitkan buku-buku yang menceritakan pengalaman dan kisah benar pasukan keselamatan negara kita.

diluar sana masih kurang buku-buku yang bercorak begini. generasi muda amat memerlukan bahan-bahan bacaan yang boleh membuka minda mereka serta memupuk semangat cintakan negara.

saya pernah bertemu dengan lt. kol. dr. syed othman secara peribadi dirumah beliau pada awal tahun ini di sungai siput. memang betul apa yang dikatakan oleh mejar, beliau juga telah menjadi insipirasi buat saya. semangat untuk terus hidup dalam dunia yang penuh mencabar yang telah beliau tunjukkan amat menyentuh perasaan saya.

andai kata mejar ingin bertemu dengan beliau, saya sentiasa bersedia untuk mengaturkan pertemuan itu untuk mejar.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Trooper_knife,

Kalau seorang OKU boleh berjaya, mengapa kita yang diberikan Allah tidak cacat cedera, tak boleh berjaya? Lt Kol Dr Othman tidak sempat melihat wajah anak-anaknya. Saya harap ramai lagi akan menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi.

Katon Tin Ton berkata...

salam semua kat mana boleh dapat buku ni
dah lama cari

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Katon Tin Ton,

Cuba talifon Lt Kol Dr Syed Othman di 019-2356190.